Homepage/KISAH AINA DI ASRAMA/
11
Aina.
Kenalnya membawa bahagia. Pelengkap cerita kau kat mana. Bagai ditatang bagai minyak yang penuh. Hinggap nyamuk seekor habis satu kampung kecoh. , begitulah ni ibaratkan sayang nya kawan-kawannya kepada Aina.
Sehinggalah tiba di suatu ketika. Aina sudah kena bersama Alisa setahun kira kira.
Bergegar terasa Alam buana. Berita yang meng "garong" memecah suasana. Cedera Cempaka kesuma terkena renjisan air campuran bunga anggerik bulan putih.
Meraung raung dia dalam kesakitan. Pedih berasa seperti bisa daripada.
Puspa Kemboja seakan tidak berasa lelah. Renjisan demi renjisan "di hadiahkan "
Puspa Kemboja sempat melirik mata memandang Aina. Kelihatan Aina seolah-olah tidak mampu lagi berdiri tegak.
Terkejut bukan kepalang Aina. Satu demi satu hijab simple lah selama ini menjadi rahsia terbuka di hadapannya.
Air jernih terlihat bergenang di kelopak mata Aina. Manakan tidak, hari ini dia dia sungguh kan dengan segala perkara tadi berhadapan dengan seribu ancaman dan bala.
Mengalir air mata anda melihat orang sekelilingnya, Suri Adjeng Melati terhinggut menahan kesakitan. Mencari kekuatan akibat libasan selendang merah berdarah.
Dilihatnya orang sekeliling sedang membalut kaki dengan Cindai anggun Dewi. Tercungap-cungap dia mencari nafas menahan kesan pengubatan.
Anduka meleparkan renungan yang tajam. Marah hatinya bukan kepalang. Dirinya sendiri terbakar tangan. Anakanda tersayang melepuh pula sebahagian badan.
Kali ini musuh dari susur galur waris sendiri yang perlu ditentang. Bukan juga calang-calang kehebatan lawan. Sama tinggi ilmu sama kesakitan.
Andindanya Puspa Kemboja kelihatan tenang dan sedia menangkis sebarang ancaman.
Anduka mengimbas kain selempang hitam yang terjuntai di bahu kirinya. Di sapukan keseluruh dengan yang terbakar hitam. Tidak si minah minah keajaiban berlaku.
Kulit yang berkeruping hangus mulai sembuh dan kembali pada bentuk asal.Tidak lama selepas itu, jangan senyum puas menunjukkan kelebihan diri di tutup dada Cempaka Kesuma.
Bersama serapah yang agak laju dimandermkan, dan tidak jelas butir bicara dilafazkan. Sekelipan ni mata erangan Cempaka kesuma juga semakin perlahan.
Di singkap saja kan itu, daging daging tubuh Cempaka kesuma yang tadi melepuh, kembali bercantum mulai sembuh.
Nampaknya selempang hitam milik anduka bukan sebarang kain bawaan. Sama tinggi kesaktian dengan cinta anggun Dewi.
Punya kuasa menyembuhkan sekelipan mata.
"Aku ke mari menuntut hak sebagai mana janji."
"Sudah dipersetujui oleh cakap Alisa dari kalangan bangsamu sendiri. Mengapa kau menghalang kami?"
Tempik anduka sekuatnya.
Selayaknya jika hal itu dituju tepat kepada kak Syasya. Kepada andukam mererak sengaja mencari padah. Mengapa dihalang dirinya untuk mendapat tawaran ganti kepada janji yang telah disumpah!
Bagai guruh di langit dia melampiaskan marah. Seraya, jarinya menunding tepat ke arah kakaknya Alisya.
Terbelalak dia mendongak kepada kakak Liza bila nama dia terasa Anduka memaksudkan dirinya. Sedarlah dia selayaknya kata hinaan dan cercaan terima. Ashab dia juga kerana berani memutus kata.
Tanpa difikirkan buruk baiknya. Terpesona sudah akal yang waras.
"Tiga syarat diperketat. Ikatan janji telah tersurat. Cincin dia tukar rambut seurat. Memateri lafaz bertukar hikmat."
"Satu pertukaran baru diserahkan. Jasad dan badan bertukar tuan. Jiwa diserah tanda pengorbanan mendapatkan result terbaik"
"Satu lagi jangan dilupa. Sampai mati ku tuntut jua. Sudah diberikan kata jua. Jika ultah buruk padahnya."
Panjang anduka menuturkan baik-baik karangan. Cempaka kesuma mengangguk kepala mengiyakannya.
Aina pula semakin tidak keruan mendengar bicara anduka. Dia kurang faham dan mengerti. Bunyinya bagai irama sahut menyahut, tetapi terkandung seribu pengertian.
Aina memandang Puspa Kemboja. Hanya senyuman dilemparkan kembali ke seraut wajah Aina Yang mengharap jawapan. Terkesan sedikit gugup Aina membalasnya .
Kak Syaysa dan suri Adjeng Melati atau Alisa telah kembali berdiri.
Bersedia pula menghadapi seteru sekali lagi.
Kak Syaysa mengeset mulutnya dengan hujung lengan. Disangkanya peluh tetapi nafas dihela bila melihat kan warna yang terpalit.
Merah!
Darah.
Nampaknya kak Syasya cedera. Dalaman terluka tidak terlihat oleh mata kita.
Alisa yang melihat menghela nafas bunyinya berat. Tidak berhenti nampaknya darah merah pekat.
Luka kak Syasya di dalam tubuhnya, tidak terlihat seperti kesan dilibas selendang merah berbisa kala.
Alisa cuba membantu. Hujung Cindai anggun Dewi mula dihulur mahu menyeru. Namun dengan sister kekuatan kak Syasya bertahan. Guna tangan menolak bantuan katanya jangan. Masih bersisa tenaga di badan.
Anduka dan Cempaka kesuma memerhati lawannya. Mereka dua beranak sedia melakukan serangan balas.
Walau kini mereka berdepan dengan tiga susuk mempertahan rakannya. Dan bukan sedikit kuasa bakal ditangkis dan ditepis.
Dua beranak bertatah permata seraya mengangguk mengiakan kata.
Kedua mereka memejam mata. Tenaga dipadu mengguman serapah tidak tentu butir bicara.
Namun, sesiapa yang mendengarnya pasti meremang bulu roma. Hendak membalas pun kurang faham apa makna. Sambil tangan diangkat menengadah ke langit, bagai haha memeluk seisi keluarga duduk berlutut badan di Alun ke kanan dan ke kiri.
Cempaka kesuma pula sekejapan melibas selendang ke sana sini. Mereka nampaknya menyeru sesuatu yang tidak diketahui.
"Hai jegoro nyowo, siul-siulan....
(Hai taruhan jiwa bersiul-siulan)
Kawula seru asma panjenengan..
(Aku seru namamu)
Patung sampeyan kahayang hate kawula.....
(Lunaskan hajat hati ku ini)
Ingkanpundi mbotem ku urutan...
(Yang mana tidak menurut kata)
Anchor Meng ngaleungit..!
(Hancur lumat kan mereka)
Hai Amurti Gentala ....
(Hai Amurti Gentala: bayangan naga)
Sesudah ayat itu habis diucap , sekonyong-konyong angin menderu. Dedaun kering habis berterbangan.
Pokok yang berhampiran dengan sekolahnya ada yang hampir mencium tanah pucuknya. Kedengaran derap langkah datang bersama deru angin yang sangat kuat.
Prak!
Prak!
Patah pokok yang mana berada di laluannya. Dari jauh kelihatan pucuk pucuk pokok menunduk menyerah ke tanah. Nampak lumat dihancurkan apa sahaja yang menghalang jalan.
Ada semacam tangan besar dan hitam yang meramas-ramas. Kaki yang memijak bukan kecil diikut caranya. Seperti terbelah dua pokok pokok yang di sekelilingnya.
Puspa Kemboja tambah galau. Terhenti tanyanya menyulam renjis. Bila mendengar serapah yang baru habis.
Apatah lagi bunyi yang datang kedengaran bengis. Menggeleng dia demi mendengarkan bait serapah yang dilafaz oleh kedua seteru.
"Ah permainan syaitan.
"Khadam bayangan diseru merasuk badan. Menunduk mengikut telunjuk kanda aduka. Cempaka Kesuma juga turut bersubahat sama."
Detik hati Puspa Kemboja.
Bukan calang-calang khadam belaan mereka berdua.
Amurti Gentala rupanya!
Puspa kemboja siap sedia. Suri Adjeng Melati dan kak Syasya terbelalak mata. Belum pernah melihat sedemikian rupanya.
Apakah jenis bantuan yang diterima setelah mereka. Aina tidak berkelip mata. Seakan akan kering tenggoroknya untuk mengeluarkan suara. Apa lagi bala bencana akan menimpa mereka semua. Sekali lagi mara serangan petaka.
Anduka dan Cempaka Kesuma semakin kuat mengalunkan serapah mereka. Diulang ulang berdengung bunyi sebutan.
Pergerakan badan juga semakin pantas dihayun ke Kiri dan ke kanan.
Kesurapan!
"Gggrrrrrrrr..."
Hanya itu yang kedengaran. Gerakan yang tadi seolah-olah meranapkan seisi sekolah itu beriang terhenti.
Hanya dengusan bunyi yang mengganti. Tiada apa yang dilihat berdiri, kecuali bayangan hitam berbentuk seperti naga, sini tempat di atas ubun-ubun anugerah dan cepat kesuma.
Mata anduka telah berubah warna. Dari hitam pekat memerah pula kelihatannya.
Cempaka kesuma pula mencabut cucuk sanggul nya yang kelihatan seperti bilah pending' pusaka. Di tusuk sedikit ke dalam daging di pergelangan tangan, lalu ditarik perlahan-lahan mengelar.
Darah kek lebih kepada hitam warnanya mengalir laju dan membuak buak dari bukaan tangan.
Apa yang hairan kan Semua belum sempat titisan darah jatuh membasuh bumi, tiba-tiba hilang bagai ada yang menadah mulut menunggu untuk menyedut.
"Slurpppp.."
"Slurpp...."
Ini sahaja yang kedengaran.
Bebola mata Cempaka kesuma pula mula memutih. Terbelalak matanya ke atas. Seolah mempersembah darah untuk di hidup makhluk itu.
Sesiapa melihatnya nescaya basah seluar. Bertabur kaki melangkah. Berhambur peluh jantan. Berasa gerun dan seram.
Jangan berani menyeru namanya. Terdengar nanti bangkitlah ya. Bukan sebarang mainan Khadam belaan.
Hadirnya dapat dirasa tetapi tidak di pandangan. Jika serapah diluah bersatu tenaga barulah ia akan terjaga. Untuk memberi khidmat baktinya.
Demikian dihikayatkan perihalnya khadam bernama Amurti Gentala (bayangan naga).
Dikhabarkan orang dahulu kala, ia khadam paling kuat dalam jagat raya Sesuai dengan makna namanya. Ia hadir tak terlihat pada pandangan mata.
Hanya dapat merasa gentar nya serangan ia. Korbannya tidak akan sedar tahu tahu sudah bubar.
Kepada pemilik banyaklah guna. Bertuan hanya satu, taat setia. Bukan sebarangan kuasa dan bakti akan dihulurkannya.
Cuma makannya bukanlah sebarang hidang, embun jantan minuman 3 dulang, berserta darah dari kotoran perawan.
Menambah kekuatan amalan syaitan perlu juga darah kelaran tangan tuan, membuka kekuatan.
Tidak lama kemudian anda akan mula menyimpan selempang hitam ke awang awangan. Seolah-olah mengatur serangan dalam bentuk bayangan.
Di arah Amurti Gentala lagaknya dia berkibas tangan.
Tanpa Ada pesan tiba-tiba......
.
.
"Zaap".
Berdesup satu tu jahat angin yang kuat dan Kajang menuju ke arah kak Syasya.
Serentak beliau terpelanting ke belakang sebelum sempat membuka buah pertahanan.
Berguling kak Syasya dalam pergi bersama anggun Cindai Dewi membeli tangan dan badan. Mengiringi menahan kesakitan yang bukan sedikit.
Tidak ada satu pun yang kelihatan. Cuma seolah-olah teruk angin yang padu yang cukup tenaga melanggar beliau. Terpekik Aina seolah-olah hilang kawalan bila melihat kak Syasya dalam keadaan sedemikian.
Tidak disangka serangan yang datang bukan dalam tubuh yang dapat dilihat. Melainkan hanya bayangan. Sukar mereka menembak langkah lawan.
Puspa Kemboja sudah sedia menunggu giliran.
Dapat dirasakan akan tumpuan musuh ketika itu adalah dirinya sendiri. Anggerik Mulan putih dicabut kelopaknya. Dalam Dua tiga kuntum. Lantas diramas sehingga lunyai.
Bersama mulut yang terkumat-kamit melafaz bacaan, disapukan pula ke Alis Aina. Sekejapan, Aina merasakan pandangan matanya mulai kelam.
Dia seolah-olah di awang-awangan. Hanya kedengaran bunyi angin berdesrir. Seiring dengan suara pesanan hadir.
"Ayatul Qursi." Bisik suara milik Puspa Kemboja.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (951)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
500
16h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
2d
0baik
4d
0View All