12

Tanpa berlengah, walaupun bingung dirasakan, Aina lantas semula Bismillah dan membaca ayat tersebut.
Berulang-ulang kali sehingga dirasakan hatinya sedikit tenang dan terbuai dalam alunan bacaan sendiri.
Sebati dirasakan.
Ada satu perasaan halus meresapi membuatkan dia dalam keadaan bertenang diri. Nafas mulai mengendur tidak setengang mula-mula tadi.
Hanya kedengaran deruan angin menampar pipi. Aina masih boleh merasakan apa yang berlaku di sekeliling cuma telah tertutup hijab pandangan.
Dia melihat dengan mata terpejam. Dia mendengar dalam keadaan bungkam.
"Giliran mu Puspa Kemboja!"
Tempik aduh ka sekuat-kuatnya seraya mengunkuk jari mengarahkan khadam belaan.
Marah benar dia terhadap adik kandung sejarah keturunan lubuk kencana.
Bagi anduka kini, Puspa Kemboja hanyalah sekadar musuh yang perlu dihapuskan demi dia mendapatkan habuan dari dan dia telah diiktirarkan.
"Amurti Gentala!"
Hanya itu nama diseru.
Sekonyong-konyong angin deras Penampang pipi Puspa Kemboja. Meskipun ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan musuh dan pelbagai rupa sedikit sebanyak hatinya dipagut juga oleh risau tidak bertepian.
Apatah lagi kali ini tugas melindungi waris Suria Adjeng Melati terletak di pundaknya seorang.
Kak Syasya masih belum boleh bergerak hanya erangan kesakitan kedengaran.
"Allah, Allah..."
Kak Sasha melafaz asma mohon kekuatan dan berserah sepenuhnya kepada yang maha kuasa.
"Bismillah la yadhurru ma asmihi syaiun FIL Ardi was fish sampai wa Hua sami un alim."
(Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan di langit (selagi) bersama dengan namanya dan dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui)
Diulang ulang boleh kak Syasya. Walau dalam kepayahan menutur kata akibat cedera yang menimpa.
Secara zahirnya memang tiada apa yang mampu dilihat oleh Puspa Kemboja. Tetapi dek kerana dia juga dari darah keturunan raja lubuk kencana s maka bukanlah sukar untuk dia mengesan kedudukan Amurti Gentala.
Lemahnya hanya satu.
Balingan Abu atau debu.

Jika terkena Maka akan terlihatlah bentuknya. Mudahlah pula serangan dilakukan.
Namun keadaan Puspa Kemboja ketika itu tidak membolehkan ia mencapai hasrat tujuan. Dia tidak boleh mendapatkan rambut atau debu sekiranya masih berada di ambenan.
Dia perlu turun ke tanah halaman untuk mendapatkannya. pasti la ada debu yang dapat digunakan.
Puspa Kemboja mempersiapkan kuda-kuda seraya dimulakan dengan bismillah...
Dia menggunakan segala punca kekuatan dan perlindungan yang ada. Segala emoji cuba agar berjaya menghapuskan serangan kekanda Anduka bersama anakandanya.
Namun kebergantungan kepada Allah juga diminta doa.
Lawannya bukan calang-calang membawa duka.
"Kafa ka rabbuka kan tadika wakifatan kifkafuha kakaminin Kana min kalahkan takkiru karran kakarril karri fu kibidin tahki musyajsyakatan kallak laki kalak kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhun ya kaukaban Kana yahki kaukabalfalak" ( Surah kaf 40) baca penuh tartilnya oleh Puspa Kemboja.
Dia telah kehilangan kata. Hanya hizib itu yang dikira dapat melengahkan serangan musuh buat kali kedua.
Hizbul Kaf atau hizib kaf empat puluh ini antara amalan orang orang dahulu kala.
Diumpamakan ilmu baik nak segunung intan permata.
Namun bukan semua boleh mengamalkan apa lagi di ijazahkan dengan ilmu ini katanya.
Hanya orang-orang tertentu sahaja boleh kan anugerahkan ilmu ini dengan amalan-amalan lainnya.
Wallahualam. Segala yang yang baik itu dari Allah juga adanya.
Sebaik sahaja hizib kaf disebutkan Puspa Kemboja mengulanginya sebanyak tiga kali. Tangan digenggam erat tidak dilepaskan.
Anduka dan Cempaka Kesuma seolah-olah tidak mampu buat apa-apa. Amurti Gentala juga tidak terasa menghujah serangan.
Kesemua mereka ibarat kaku terdiam, tidak menyedari.
Ke mana Puspa Kemboja pergi atau apa yang terancang dalam hati.
Kesempatan itu diambil oleh Puspa Kemboja sepenuhnya. Dia mengambil keputusan untuk turunkan laman. Sekelipan mata dia hilang. Tahu-tahu di sisi suri Adjeng Melati dia berdiri.
Huluran tangan diberikan kepada kak Syasya, Cindai anggun Dewi melakukan tugasnya di Kala itu, mengikat erat tubuh satu persatu.
Genggaman tangan Puspa Kemboja masih lagi erat. Hatinya sedikit lagu dari beban berat. Kesemua yang cedera telah diselamatkan dengan keizinan Allah.
kak Syasya, Alisa dan Puspa Kemboja masing-masing mengangguk tanda satu kata putus telah dibuat.
Mereka perlu melakukan sesuatu.
Cindai anggun Dewi diperkemaskan letak pakainya. Digenggam hujung salah satu bucu manakala yang satu lagi melilit ke belakang badan dan pinggang.
Seperti sedang memegang cemeti.
Puspa Kemboja pula segera mencapai anggerik bulan putih yang tersisip di pinggang sebelah belakang.
Digenggam erat tangkainya ibarat memegang belati. Siap menghunus sesiapa sahaja yang mendekati.
Kak Syasya pula yang sedikit terhincut kaki membilang kemas tasbih di jari. Asma Allah disebut berkali-kali. Memohon perlindungan dari rabbul Izzati.
"Berapa kali aku menegaskan."
"Tujuan kedatangan hanya menuntut hak yang telah dijanjikan!"
Pelik Cempaka Kesuma. Anduka mula hanya mengangguk dengan tangan kanan memegang selepang hitam menghala tepat ke hadapan.
Mereka masih bergentayangan di udara.l Ibarat layang-layang tiada bertali memegangnya.
"Juga telah aku perjelaskan."
"Untuk musnah atau menyakiti kawan-kawanku atau harus ku tidak akan sekali-kali terjadi!". Balas kak Syasya juga dengan nada tegas.
"Kami tidak tercipta selayak sebaik kejadian untuk menunduk kepada kemahuan bangsa kamu."
Sambung kak Syasya lagi.
Bertambah amarah anduka mendengarkan ucapan kak Syasya. Lalu Amurti Gentala sekali lagi di arah.
"Ingkanpundi mbotem ku urutan"
"Ancur wae men ngaleungit!!!"
"SA iki Amurti Gentala!!"
(Yang mana tidak menurut kemahuan ku hancur lumat kan mereka! sekarang ini Amurti Gentala!)
Arahan anduka dilafaz berserta kain selempang hitam di kibas ke udara. Deru nafasnya yang tidak teratur. Berombak dadanya yang bidang.
Membuat kemarahannya.
"Gerre.. Grrrrr"
Hanya bunyi deraman yang memecah suasana ketika itu.
Belum sempat serangan di luah pantas si Puspa Kemboja menggenggam debu tanah yang berjaya dicapai.
Dibacakan Bismillah bahasa latin surah al masad. Di hembus kedebu lantas dibaling ke arah mana anduka dan Cempaka Kesuma bergentayangan.
Sebaik debu berterbangan jelaskan dia zahir mata pandangan. Terbitlah susuk Amurti Gentala khadam suruhan.
Badan Si naga suruhan panjang berkaki ukurannya. Sisiknya kehitaman namun berkilat umpama mutiara. Sepasang mata yang merah membuntang bulat. Seakan terbit api dalamnya.
Tajam pandangan matanya menghala pandangan tepat. Tumpuannya, kak Syasya, Alisa dan Puspa Kemboja.

Seolah-olah khadam itu tidak sabar lagi untuk mengerjakan mereka cukup cukup. Hidung kembang kempis menghirup udara.
Di mulutnya ada janggut. Masih bersisa darah pekat kepunyaan Cempaka kesuma yang dihirup nya tadi. Besarnya bukan kepalang. Berekor ekor gajah dihimpun kalau mahu dibandingkan.
Pendek kata tidak terbanding hebatnya naga dengan kekuatan manusia biasa. Mengeletar juga jari jemari suri Adjeng Melati demi memandangkam khadam belaan mereka.
Berasa dia kerdil. Namun diarahkan dalam hati, bacaan dan lafaz zikir membasahi bibir.
Mencari kekuatan dan jalan menyelesaikan.
Kak Syasya, walau kelihatan tenang berdiri dengan kuda-kuda siaga, tetap terbit rasa gementar nya. Manakan mereka bersusuk manusia biasa hendak melawan khadam sebesar gajah dihimpun berekor-ekor banyaknya. Berganda saiznya.
Puspa Kemboja menggeleng kepala. Inilah dia rupanya Amurti Gentala. Paling kuat dalam jagat raya.
Nampaknya perlu lebih tumpuan dan sepenuh tenaga dicurah. Tersilap percaturan langkah tiadalah akan belasnya selain membelasah.
"Allahuakbar!"
Pekik kak Syasya bilamana kelihatan Amurti Gentala, terbang melayang menuju ke arahnya terlebih dahulu. Tanpa sempay dia membuat persiapan melawan.
Kepada dia rupanya khadam di arah terlebih dahulu untuk menghancurkan.
"Prak!"
"Zazs"
"Allah!"
Raung kak Syasya. Serak suara menuturkan. Terlihat tasbih tercampak ke tanah. Beserta tangannya sebelah tertanggal dari badan dicabut tanpa rasa kasihan. Rupanya kak Syaysa telah dibelasah oleh Amurti Gentala.
Habis tangannya tersebut dari batang tubuh begitu saja.
Darah membuat buat membasahi jubah kak Syasya. Terduduk kak Syasya menahan kesakitan bukan kepalang. Berasa kepalanya ringan mahu pitam.
Segera Suri Adjeng Melati mendekati. Dibalutnya Cindai anggun Dewi. Selendang kuning air mula memerah warna darah.
Hanyir sekali baunya.m
Kak Syasya pula semakin lemah akibat luka yang parah.
Puspa Kemboja tak dapat membaca serangan terhadap orang itu. Disangkanya dirinya yang akan beradu tenaga.
Rupanya permainan syaitan bukan calang-calang perkiraan. Telah tersilap dia meneka. Kak Syasya rupanya mangsa pertama.
Sebaik melibas tangan kak Syasya hingga putus, Amurti Gentala berpatah balik semula Menanti arahan yang seterusnya dari tuan empunya.
"Suri Adjeng Melati!"
Keras sekali Puspa Kemboja melaungkan nama. Tanda ada bahaya menerpa. Terpaling wajahnya dari memandang kak Syasya luka, ke arah duduknya si naga.
Sebaik Amurti Gentala menuju ke arahnya untuk melakukan serangan, dilibas oleh suri Adjeng Melati menggunakan Cindai anggun Dewi.
Tepat mengena sebelah kiri pipi. Mendengus naga kerana terluka. Sedikit terkopak kulit muka yang menggerutu kasar hitam berkilat.
Terjuntai janggut yang hampir putus disebat. Terteleng kepala Amurti Gentala, si musibat.
"Aarrrh....Grrrr."

Bertambah marah khadam belaan. Bila diri dicederakan. Tidak disangka selendang mampu menewaskan. Datangkan luka kepada dirinya.
Terpana juga Anduka dan Cempaka kesuma. Melihat apa yang menimpa Khadam belaan mereka. Tidak disangka Cindai anggun dewi, setinggi itu kuasanya.
Amurti Gentala terbang lagi menerpa. Suri Adjeng Melati tujuannya. Kali ini berpusing ia sekeliling, sebelum melibas dengan ekornya yang tajam seperti lembing.
Terhunjam wanita itu terpelanting.
Terperosok berhampiran kak Syasya yang tinggal tangan sebelah. Menyeringai suri Adjeng Melati menahan pedih.
Di bibir Suri Adjeng Melati mengalir darah. Tanda diri cedera parah. Kakinya bukan sekadar luka bisa kala, tapi kelihatan lembik seolah lumpuh pula.
Dari pucuk jarinya, sehingga kepangkal betis pula menghitam warna. Tanda bisa sudah di suntik melemahkan anggota. Berkerut dahi Suri Adjeng Melati.

Tidaklah dapat menahan diri.




Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    14h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    2d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    4d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters