Homepage/KISAH AINA DI ASRAMA/
13
Sakitnya tiada terperi.
Tidak berdarah tetapi menghitam saja kaki.
Berasa ada seribu ular berbisa mematuk-matuk di kala itu. Menitis juga air matanya mengenai pipi.
Kini telah tiba nya giliran, Puspa Kemboja bersama Anggerik Bulan putih mula mengatur serangan. Berdesup perginya ibarat lintasan cahaya memutih bersinar menuju ke arah dua saudara.
Dia pasti, sekiranya dituju mereka berdua, Amurti Gentala tiada dapat melakukan apa-apa. Kerana hanya menurut arahan tuannya. Jika tuan yang terkorban, Amurti Gentala hanya akan bergentayangm Diam sahaja menanti arah tuan.
"Dup"
"Krak!"
Terpelanting Anduka ke belakang. Tepat siku Puspa Kemboja mencium dada.
Tidak dapat dia menyangka fikirannya dinda. Dikira Amurti Gentala yang akan menjadi mangsa ml Rupanya diri sendiri yang terkena.
Sebelah lagi tangan Puspa Kemboja, merungut pula rambut Cempaka kesuma. Terburai dari sanggulnya. Di tarik oleh Puspa Kemboja.
Laju speaker ni Puspa Kemboja mengatur kaki. Di pelik pula selendang merah pada jari. Sambil memukul anggerik bulan putih seluruh badan Cempaka kesuma. Bagaikan tidak cukup suara dia melolong-lolong dalam kesakitan.
Melepuh badannya.
Berkeruping terus dan terbakar.
Menjerit-jerit Cempaka kesuma tiada henti. Asap nipis memuncul di setiap luka yang mengena diri. Selendang merahnya dapat ditawan oleh lawan. Selempang hitam pula terbang menghilang.
Buat seketika, Amurti Gentala hanya bergentayang. Memusing-musing ia tiada arah tujuan. Kedua tuannya sakit dicederakan. Maka dia menanti arahan.
Sepantas kilat Puspa Kemboja kembali kepada suri Adjeng Melati dan kak Syasya. Selendang merah balik ke kaki untuk menyembuh bisa libasan ekor Amurti Gentala. Ternampak raut lega pada wajah Suri Adjeng Melati.
Berasa sejuk seluruh kaki.
Seumpama disiram embun pagi
Darah kak Syasya juga telah terhenti. Dibalut dan dirawat oleh cinta anggun Dewi. Namun tiada dapat diangkat tangan yang telah tergelak jatuh ke tengah halaman.
Hanya dilihat dengan matanya di Kala itu. Tanda tangan telah terkorban. Kepada Allah jua tempatnya memohon pertolongan.
Anduka dan Cempaka Kesuma terlihat tunduk kesakitan. Tiada lagi bergentayangan. Terjatuh mereka ke tanah. Habis berdebu ke seluruh tubuh dan wajah.
Berasa mereka semakin lemah. Telah terpisah selendang merah. Dirampas oleh Puspa Kemboja lalu diberikannya kepada Suri Adjeng Melati membalut kaki.
Ayahandanya Anduka juga seperti berpatah hati. Selempang hitam miliknya entah ke mana pergi.
Puspa Kemboja seraya berkata.
"Ayuhai kekanda Anduka. Juga anakanda Cempaka kesuma. Baliklah kalian ke alam sana. Duduk berdiam di lubuk kencana."
"Di sini bukan selayaknya kanda dan anakanda berada. Sudah-sudahlah membawa gerhana."
Penuh santun ayat disusun, walau dada berombak kencang.
Belum surut dari mengatur gerakkan.
"Diam kau Puspa Kemboja."
"Kau yang perlu ke Putih Wulan."
"Urusan ku ini dengan dirimu tiada kaitan. Engkau bukan lagi darah keturunan ku."
"Pergi kau!" Balas Anduka kegeraman.
"Memanda Puspa Kemboja. Telah berlepuh keruping tubuh Cempaka kesuma. Memanda hadiahkan sebegini rupanya."
"Bukan memanda hendak kami cerca, tapi selayaknya diperkata. Memanda bukan lagi sebahagian Lubuk Kencana."
"Lupakah memanda? Perginya memanda ibarat kuda tiada bertali. Maruah juga memanda lurutkan. Sanggup bertukar rupanya tuan. Tidak kah memanda berasa malu?"
"Sekongkol janji untuk tidak berseteru dengan bangsa lemah ini?"
Ejek cempaka kesuma, lalu dituding jari ke arah kak Syasya.
Kak Syasya hanya mematung berdiam diri. Tiada apa hendak dikatakan lagi. Memang benarlah tohmahan isteri. Dia memang bangsa lemah, sanggup menyerah diri melunas janji.
Begitu bisa ucap tuturnya. Sengaja Cempaka kesuma melemparkan cerca. Baginya yang dalam keadaan serba tidak kena, haruslah musuh dipermainkan perasaan.
Semoga terlalai sedikit pergerakan. Senang baginya nanti mengatur serang berlawan.
Tersentak juga Puspa Kemboja, dek bahasa anakanda ponakannya. Tetapi, segera dia menyedar diri.
Baginya ucapan itu sekadar menguji.
Benarlah mereka itu sedarah dan seuri. Tetapi tidaklah dia memilih menjadi hitam dan jahat untuk memenuhi nafsu dan kepuasan diri.
Itulah sebabnya dia berlari meninggalkan lubuk kencana. Lantas membentuk kerajaan yang lebih elok dengan pengikutnya yang selama ini tiada olok-olok..
Keputusan Puspa Kemboja, tiada lain bekerjasama dengan manusia. Elok aman tenteram seperti bersaudara. Walau lain bezanya bangsa dan rupa.
Senyum saja Puspa Kemboja mendengarkan ucapan anakanda itu. Baginya Cempaka kesuma tidak lebih daripada seorang anak remaja. Mudah panas hatinya.
"Oh anakanda Cempaka kesuma. Izinkan memanda memperbetul bicara."
"Adapun, keputusanku memimpin putih Wulan, bukan kerana bacul. Tetapi lebih mulia daripada itu. Memanda sudah muak bersekutu dengan ayahanda mu."
"Berbuat jahat dan khianat telah jemu. Tidak lah lagi jadi kesukaan ku."
"Pilihan ku untuk menyekutu bangsa yang selalu menjadi mangsa mu. Kerana, tidak mahu ada yang tertunduk lagi dengan nafsu. Sebagaimana suamimu itu."
Senyum saja Puspa Kemboja memandang kak Anya. Bergenang air mata kak Anya ketika dirinya menjadi tajuk banding. Dia tahu ke semua kesalahan layaknya di bahu.
"Tiadalah kuasa mengawal dirinya lagi Lebih kepada boneka semata-mata oleh cempaka kesuma. Pemuas nafsu sahaja. Atau suruhan ayahanda menyesatkan jiwa-jiwa manusia lainnya."
Benarlah kata pepatah sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah selayaknya untuk diri. Kerana dituntun nafsu semata-mata.
Ketika kawan-kawan diserang bertalu-talu dia hanya diam membatu. Apalagi menerkah mengatakan tidak untuk berusaha berkuit janji juga tidak mampu.
Kasihan kak Anya . Hanya membiarkan ular di hadapan mata. Menangis sahaja semampunya dia.
Anduka menyumpah seranah kepada Amurti Gentala. Rusuknya berasa sedikit bergegar. Patah dua Puspa Kemboja. Apa lagi bisa Anggerik Bulan putih yang sememangnya sumpahan, mula menular.
Kepalang perit yang dirasakan, sakit lagi otak dan badan melihatkan keadaan anakanda kesayangan. Habis melepuh, berkeruping seluruh badan. Tiada dapat rupa mengenal tuan.
Terlihatlah sangat buruk dalam pandangan.
"Kamu sudah melampau Puspa Kemboja!"
Terlampias nafsu amarah dalam suara Anduka.
Baginya adinda yang sedarah pada asalnya, semakin mendatangkan celaka.
Berputar kat ligat bersama berbola mata. Cuba mengesan ke mana terbang selempang hitam puaka yang bukan sebarang gunanya.
Bisa menyembuhkan kan luka, juga ada kuasa mengatur semula khadam untuk bertindak.
Terlihat olehnya selempang hitam berjuntai di atas pucuk pokok kelapa. Sekelipan mata, berdesup perginya Anduka mencapaikan kain itu semula.
Diregutnya saya menyembah tanah pokok tiada kena mengena. Punya kuat tenaga yang dialirkan kepada lengan, walau berkerut dahi menahannya.
Berasa tubuhnya dihempap dengan batu gunung. Menahan sakit rusuk ni tiada lagi bersambung.
Sakit!
Sebaik selempang di genggaman tangan, Anduka ketawa berdekah bersambung-sambungan.
"Jangan diingat telah menang!"
"Aku bukan raja dari kerajaan sebarangan. Jika tidak, bukanlah namaku anduka dari lubuk kencana!"
Bongkak sekali bunyi anduka mengaku kuasa.
Dilibas selempang hitam kebadan Cempaka kesuma. Sekali lagi ibarat silap mata, tubuhnya pulih seperti sediakala. Selepas itu, tersenyum semula.
Melihat mulus kulit kembali ke dada dan seluruh muka. Rasa perit juga telah tiada. Ibarat dilahirkan semula layaknya.
Anduka terus melipat selempang hitam.
Dilibaskan kuat ke rusuk kirinya yang cedera. Sebagaimana orang memukul bantal di pembaringan. Seperti urut-urutan. Berselang serapah di luah.
"Hahahhaha Sekarang apa lagi atur serang?"
"Atau setakat ini mampu ditunjukkan?" Cabar Anduka.
Nampaknya dia telah kembali bersedia. Amurti Gentala juga menyeringai menampakkan taringnya giginya. Bagaikan dapat dia rasa darah merah segar dapat dihirup melalui tenggoroknya mangsa.
Sudah berkira-kira dia, kenyang berpurnama lama.
"Kau Puspa Kemboja."
"Setara mana ilmu dada hendak menumpaskan aku dan Amurti Gentala." Seraya tergelak-gelak Anduka.
"Dan kamu manusia biasa!"
"Bacaan mu itu langsung tidak memberi kesan kepada diri dan keturunanku. Kau tahu? Dasar bangsa lemah. Nafsu selalu di dahulu. Hahaha."
Melengking suara. Sengaja Anduka menabur garam pada luka. Memainkan perasaan lawannya pula. Lemahnya manusia kebanyakan pada hati dan perasaan. Di situlah letaknya titik lemah diri. Anduka sangat mengerti dan biasa sudah dia menakluki hati hati yang lemah.
Hanya dengan tawaran-tawaran mendapatkan sesuatu yang mudah hati tersesat menanti padah. Apa yang dikejar oleh bangsa lumut kencana adalah lemahnya hati manusia. Semakin banyak disedarkan mereka semakin berkuasa.
Jika tahap keimanan mereka tinggi, tetapi tetap juga terpesong menabur janji. Diibaratkan kepada bangsa itu, makanan paling lazat pemuas nafsu.
Beberapa purnama tidak dapat menyesatkan manusia lain juga tidak mengapa. Harga seketul hati yang tinggi tahap keimanannya menyenangkan kehendak mereka tiga purnama.
Puspa Kemboja kematian kata. Tidak dia dapat menyangka. Begitu kuat kekanda melawan takdirnya. Walau terguris juga hati mendengarkan kata-kata kekanda sendiri, Puspa Kemboja hanya berdiam diri.
Dia kenal benar dengan sifatnya kekanda Anduka. Tidak dapat jahat, cara halus diguna. Tidak dapat guna kuasa, dicuba pula menawar bahagia. Tidak dapat menumpaskan lawan menggunakan kekuatan, maka dipermainkan kelemahan. Supaya mangsa selalu tunduk pada kelakuannya.
Kini hanya tinggal dirinya. Alisa masih cedera. Walau tidak nampak luka tetapi pasti berbisa.
Kak Syasya tinggal sebelah kudrat lengan. Setelah cabut sebelah kanan. Duduk dia pop menahan, bersama sisa kesabaran. Mana mungkin dapat menghulurkan bantuan. Sendiri terluka juga sudah membuat kak Syasya tidak keruan. Cuma iman sahaja membuatkan dia tidak lupa akan adanya Tuhan.
Aina tidak lah dapat melakukan apa-apa. Sengaja hijabnya ditutup, agar tidak hilang pertimbangan akalnya. Maklumlah, darah remaja, masih muda. Bukan dia dapat membeza gerak laku seteru yang banyak cara menipu. Silap silap, membuka ruang memudahkan lawan menakhluk dirinya.
Sara pula sebaya dengannya semestinya sama. Kudrat mereka tidak kuat mana. Berbeza dengan kak Syasya yang sudah besar.
Di kala itu, Puspa Kemboja mempertimbang keputusan, bersama hatinya yang rawan. Hendak bagaimana dia berdepan. Dua seteru membawa Khadam belaan.
Agak galau hatinya memikirkan langkah corak perjuangan ketika itu. Sambil sambil mengenkap jambak Anggerik Bulan putih, berkert dahinya memikirkan cara menumpas lawan.
Hendak diseru panglima perang dari Putih Wulan, tiada berkesempatan. Walau hanya memejamkan mata dan mengkhabarkan sahaja, cukup untuk memanggil semuanya turun ke Medan pertempuran, tidak juga dapat dilakukan. Tiada masa hendak dipertaruhkan.
Lagipun tidaklah Puspa Kemboja mahu bertempur dalam alam nyata manusia. Takut dia akan kesannya kepada sekalian yang berada di sekeliling mereka. Bagi Anduka, tidak kira siapa atau di mana. Berang hatinya, serangan dilancarkan tiada mengira masa.
Tetapi Puspa Kemboja tidak mahu, geruh alam mereka memusnahkan manusia lain. Tidak adil mengorbankan insan tidak bersalah demi memuaskan nafsu amarah. Itulah yang membezakan dua raja dan satu keturunan. Seorang hitam hati, seorang putih suci.
Hendak dia menyerang seorangan , tidak cukup daya dia melawan ketiga syaitan. Bukanlah takut.
Hendak bagaimana dia mahu menyusun genderang perang. Jika sekadar Cempaka kesuma, mudah juga dia mahu menewaskan. Atau jika hanya dia dan Anduka, walau sama ampuh sama perkasa, mungkin masih ada peluang dia menang.
Tapi, keadaannya kini berseorangan diri. Anduka pula sudah tentu akan di pertolong oleh Cempaka Kesuma. Banyak lebihnya kepada pihak lawan di sana. Pening dan serabut fikirannya berpusing pusing.
Menyerahkan Aina, ibaratnya dia terputus nyawa. Makin banyak pula kelakuan sumbang Anduka dan Cempaka Kesuma menyesatkan manusia di lakukannya. Mahu habis serta kampung, dan negeri ditawan, menjadi hamba kepada keduanya.
Tidak!
Tentu sekali ada cara.
"YA Allah, bantulah hambamu ini yang tiada daya melainkan menyerahkan segala kepadamu." Sudahnya, doa dipanjatkan agar dia mendapat jalan.
Arakian, muncul di fikiran. Hendak dia memutuskan waran. Manalah tahukah kekanda juga dapat sedikit diperlengah membalas serangan.
"Beginilah kanda Anduka. Kalau dah ibarat ini kata. Dinda serahkan Aina. Apakah tanda akan melepaskan kami sekaliannya?"
Tidak dapat dinafikan, bergoncang dah dia menunggu jawapan Anduka ketika itu.
Apakah mahu seteru memberi setuju?
Atau, terpaksa juga dia berdepan dengan kesakitan, sebelum cuba mempertahan.
Dalam hatinya berdetik suara. Jika kanda juga pandai menawarkan kelebihan yang membuatkan orang terbuta mata, apalah salahnya dia juga menggunakan cara yang sama.
"Haha andinda ku, Puspa Kemboja. Akhirnya kau mengaku tidak mampu melawan ku? Begitu maksudnya."
"Mudah sungguh adinda menyerah kalah, sebelum kita beradu kekuatan? Tahu akan tertewas sebelum dapat mempertahankan?"
Bernada sinis dan mengejek kedengaran dari mulut anduka.
Senyum team bersama kembang dalam hatinya. Membilang kemalangan sudah semakin bersua. Tapi tidak lama dia menyimpul makna tawaran adik saudara keturunan. Suara Cempaka kesuma memukul pendengaran.
"Ayahanda!"
"Tidaklah anakanda mahu menyerahkan tu sesiapa walau dapat menakluk Aina!"
Bergelen-geleng kepala Cempaka kesuma. Melengking sedikit nada suara. Sungguh dia tidak menyangka, ayahanda termakan pujukan yang lebih kepada bentuk tawaran.
Bibit persetujuan kata seolah tidak kedengaran. Terkejut dirinya. Takkanlah itu balasan kata ayahanda Anduka. Mudah benar ayahanda mahu menyerahkan sesiapa.
Dia sendiri pun belum mungkin mahu menerima. Mahal dan unik sekali harga Aina kepada ayahanda dan lubuk kencana.
Sehingga dia terpaksa mengorbankan pula kakak tercinta?
Bagi Cempaka kesuma, kalaulah sekadar mendapat Aina, tidaklah ada gunanya kepada diri.
Walau telah dikhabarkan oleh ayahanda, orang itu berbagai guna dan akan bertambah kuasa, tetapi dia tidaklah mahu mengorbankan sesiapa yang dahulu yang sukar didapatkan.
Baginya, Aina lebih kegunaan hanya kepada lubuk kencana, dan legasinya pemerintahan. Bukan ada peri penting pada dirinya.
Alisa sudah didapatkan jasadnya. Apalah guna kawannya itu?
Biasa sahaja pada pandangan matanya.
Bagi Anduka berbeza pula. Sesudah Alisa gagal dipesong jiwa ke lubuk kencana, sahabatnya Aina patut menggantikan tempatnya.
Puteri Aina, penerusnya waris dan legasi lumut kencana. Bukan Salam kuasa pada aina. Itulah asbab untuk mendapatkannya.
Dia tidak diketahui bagaimana darahnya. Tetapi tetaplah Aina mempunyai kelebihan sendiri. Boleh menakhluk kerajaan musuh dengan memetik jari.
"Diam lah dahulu anak kanda Cempaka kesuma."
"Jangan mempertikai rencana. Dengarkan dahulu bicara ayahanda."
"Tidaklah orang lain berguna kepada kerajaan ayahanda, melainkan hanya untuk kepuasan ayahanda sahaja. Jika kita mendapat Aina, lain pula tengok cerita."
Agak kasar juga penyerangan Anduka kepada Cempaka kesuma. Ingin dia memberi kefahaman buat anakanda, yang kadang singkat betul fikirannya.
"Eloklah anakanda bersetuju bersama ayahanda sekarang. Lebih dari budak tu, anakanda mampu mendapatkan."
"Sekarang ini, hanya Aina, Puteri Aina harapan waris kerajaan." Luah Anduka memutus kata. Terus-terusan dia memujuk anakanda Cempaka kesuma angga mengikut katanya.
Tidak langsung menjadi kesan kepada dirinya pandai orang itu ditukar ganti dengan Aina. Bagi dirinya, hilang cukup satu beban ditanggung bersama. Orang itu lebih kepada boneka semata-mata.
Entahlah bagaimana anak kandungnya boleh berahi suka kepadanya. Apa yang lebih pun? Biasa juga.
Sedihnya Cempaka kesuma juga hanya bersifat sementara. Begitulah adik jika sudah suka kepada sesuatu barangan. Sukar juga mahu melepaskan.
Tapi Anduka lebih memahami anakandanya itu. Sekejapan waktu, berkelip-kelip kelopak mata dua tiga picing banyaknya, eloklah dia.
Tambah lagi, jika dapat digantikan sasa, kekal dan jauhnya jejaka, selain orang itu. Tersenyum lah ia kembali, hilang duka nestapa dan rawan hatinya itu. Tidak mungkin mengingati lagi kawannya.
Sebagaimana sebelumnya ni bersama seseorang itu juga. Ditinggalkan sahaja Jaka, Tarmimi, Murad dan budi. Sudah puas dia main-main berahi, hati mula ingin menakhluki laki lain pula. Yang tertinggal menjadi hamba abdi.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (951)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
500
12h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
2d
0baik
4d
0View All