14

Mencuci lantai, mengurut kaki. Dari pagi hinggalah dini hari, tugasnya hanya memperhamba diri kepada Cempaka kesuma.
Sepertinya mereka semua edan kesmeran (mabuk asmara) dengan Cempaka kesuma. Sehingga sanggup saja menurut kata-katanya. Tidak pernah sekali mahu memungkiri.
Cempaka kesuma hatinya mula berbelah bahagi. Mahu mendapatkan seorang bukannya mudah. Terlalu nama dia menanti. Sekarang demi lubuk kencana terpaksa dia mengorban pemuas nafsu dan cintanya pula.
Hanya kerana Aina.
Namun, bila difikirkan kembali. Bagus juga mendapat pucuk muda sebagai ganti kakak.
Selarek senyum terjungkit di bibir Cempaka kesuma. Dapat dikesan oleh Anduka. Anakandanya itu nampak telah menyusun rencana.
Bertukar orang baharu andai Aina bersama mereka. Aina itu banyaklah guna.

"Baiklah."
"Ku lepaskan kakak kepada Alisa kembali kepadaMu. Namun jasad dan jiwa tidak boleh bersatu. Jika terjadi, beliau tidak lagi berupa itu. Sebaliknya dimamah usia sepertinya bangsa kamu sendiri."
"Mengikut peredaran masa, waktu dia pergi menyerah diri. Bulan bertukar, tahun berganti."
"Jika sudah tertulis janji, dia harus mati sekian hari, maka begitulah tamat cerita diri."
Tutur Cempaka kesuma dengan sedikit nak gembira. Memikirkan habuan yang akan menanti diri. Bukan main lagi dia memikirkan masa hadapan.
Sudah merancang rancang pula tawanan demi tawanan, menjadi hamba kepada kantung serakahnya.
Terpolongo kakak kepada Alisa mendengarkan ucapan Cempaka kesuma. Berasa diri bakal bebas dari cengkaman. Alangkah gembira hatinya tiada terperi.
Tiada kata mampu diucapkan mengganti perasaan di Kala itu.
Tidak mengapa andai dia juga dimamah usia. Asalkan boleh berjasad semula. Biarlah. Biarlah dia bersama kami.
Terkejut Puspa Kemboja bukan kepalang. Telah di agak Aina yang diidamkan. Benarlah Michael ada tujuan. Untuk membawa Aina ke lubuk kencana.
Bertambah kuasa dan kekuatan. Syaitan!
"Maknanya bicara, kakak kepada Alisa kembali kepada kami semua?" Tanya Puspa Kemboja bagi memohon pemutus katakan kedua.
"Ya, kakak kepada Alisa kini kembali kepada kamu semua."
"Tiadalah aku bermain kata. Bangsa ku berpegang kepada sumpah setia!"
"Kakak kepada Alisa, pergilah kamu ke sana. Tukarkan kami dengan Aina!" Arah Anduka.
Cempaka kesuma hanya tersenyum simpul di sebelah ayahandanya.
Kakak kepada Alisa yang tadinya diam umpama patung, berasa kaki tidak lagi terpasung. Memandang sekilas kepada Anduka dan cepat kesuma yang tidak menghiraukannya, pantas dia berlari menuju ke arah Kak Syasya dan Alisa iaitu adiknya.
Alisa kebingungan lagi. Sudahlah menahan bisa sedang diubati, kini bersua pula dengan kakak yang tidak beliau ingat lagi.
Dia tetap berdiam. Bergemuruh rasa darah menyerbu ke muka. Bila kakaknya mendakap dekat tubuh.
Sekian lama hanya mampu memerhati.
Dari beliau masih kecil ditinggalkan pergi.
Bergenang air mata Kak Syasya melihatkan akak dan adik bersatu kembali.
Berhujan tangis di mata kakaknya Alisa dapat menyentuh adik tersayang. Sekian lama tidak terbayang.
Kak Syaysa, Sara dan kak Ayla sudah menerpa ke situ. Memegang erat Aina. Kerana terdengar pada telinga mereka. Akan katanya Aina akan ditukarkan inap kelubuk kencana.
Dipaut erat yang masih ditutup hijabnya. Berpaut lengan kak Fathia.
Aina juga menangis mendengarkan tawaran Puspa Kemboja. Sangka Aina, benarlah bagai dikata. Tanpa dapat di hidu akan muslihatnya dia.
Puspa Kemboja naik turun nafasnya, hendak mengatur tindakan yang akan menyelamatkan semua jiwa yang ada. Dicongak congak kalian yang ada, masih lagi dalam kemampuannya.
Berfikir fikir Puspa Kemboja. Kali itu, tindakannya agak bahaya. Sesudah rancangan terlaksana, pasti geruh lagi besar akan menimpa. Tetapi, dalam sangka, itu yang sebaik cara.
Sedang dia berperang dengan perasaan, libang libu mengenang untuk nasi akibat perbuatan, terbit satu ilham.
Akhirnya Allah menghulur bantuan. Terlintas ayat mengunci lawan dan menutup pandangan.
Baru sudah dia mengucapkan hizib kaf memberi bantuan. Jika tadi kat 40, untuk memasung musuh. Kini akan diatur hizib kaf 41, untuk tukarkan mata musuh menjadi kelabu. Dengan kata biasanya, gelap pandangan. Tidak melihat kemana tujuan orang yang melafazkan hizib berdiam diri.
Itu saja dalam perkiraan Puspa Kemboja. Di pandang wajah Kak Syasya mohon juga bantuan lisan. Bertelapati mereka secara rahsia. Itulah kelebihan bangsa putih Wulan. Boleh menyampaikan apa-apa yang dirasakan, hanya dengan menyatu pandangan.
Di sana nanti, mempersiap bantuan, mengubati luka serangan, dan menyusun rancangan. Sementara itu semua akan bergentayangan jiwa.
Setakat itu, itulah saja apa yang difikirkan. Diam-diam Puspa Kemboja mempersiap perjalanan ke putih Wulan. Anggerik bulan putih dicabut kuntuman demi kuntuman. Diberi olehnya setiap seorang. Sambil dia mengulang baca hizib kaf.
Bagi Anduka dan Cempaka kesuma, dalam pengamatan mereka Puspa Kemboja tetap berada di mana dia memula bicara.
Sebenarnya, telah dihidupkan amalan Wong Dewi. Membolehkan orang berbahagi badan, dari satu kepada lapan, dari lapan kepada sembilan, cari sembilan pecah kepada seribu kembar bayangan.
Sambil Puspa Kemboja berbahagi kuntuman anggerik bulan putih, mulutnya tidak lekang berkata-kata menitip pesan.
"Pegang erat dalam genggaman. Jangan sesekali dilepaskan. Sebaik menggenggam kuntuman bunga, mata pejam seratnya, jangan dibuka!"
Dikumpulkan sekelipan mata, seluruh ahli keluarga di tengah halaman membentuk bulatan. Sambil mulut melafaz hizib kaf empat puluh satu tiada hentinya. Diulangnya sebanyak empat puluh kali. Tanah di dalam genggaman dipegang erat.
Sebaik tamat pusingan bacaan ke empat puluh satu, dilemparkan tanah tersebut kepada anduka dan Cempaka kesuma.
Segalanya bagaikan berlaku sekelip mata, senget tidak tertangkap oleh musuh durjana akan yang jangan licik lawannya.

Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    10h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    1d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    4d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters