15

Berdua beranak berdiam sahaja, lagaknya menanti balasan tawaran yang mereka terima setujunya. Langsung, tidak dapat dianggap oleh Anduka mahupun anakanda. Betapa si mangsa juga kadangkala punya kelebihan menundukkan pemangsanya.
Amurti Gentala juga tidak dapat mengesan. Terdiam mereka semua. Gelap pandangan tiba-tiba. Terus kelam. Hitam memekat pada mata ibarat telah buta.
"Sekarang!" Pekik Puspa Kemboja seraya berhambur langkahnya. Dipegang erat semua ahli yang dalam bulatan dengan sekali cengkam.
Kak Syasya mula membaca bismillah, memohon bantuan dari Allah.
Dibacakan,

"Wajaalna mimbaini aidhihim , dan aamin qalfihim , faagh syainahum fahumlah yarjiuun."
(Surah yasin:9)
"Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."
Mereka berlapan kesemua memejam mata. Bergentayang laju, dalam kabus menipis menuju ke satu arah yang tidak dapat diketahui.
Hanya suara dan tangan Puspa Kemboja erat mendakap mana yang dapat. Tangan masing-masing mengenggam anggerik bulan putih seeratnya.
Kosong.
Pegun .
Senyap.

Hanya angin berdesir, membayang selaju mana mereka bergerak. Sejuk berasa menampal kulit muka.
Beserta kabus mereka menghilang, tanpa bayang. Tidaklah dapat di jejak, apa lagi dipandang.
Ghaib begitu sahaja.
Tidak berapa lama kemudian, hilang kabus. Kembali asal penglihatan, tersedar Anduka dan Cempaka Kesuma.
Hanya mereka berdua di halaman yang kosong dan pegun. Bersama khadam belaan di atas hujung cucuk sanggul.
Kali terakhir dalam kotak ingatannya, adalah melepaskan kak Fathia kepada Puspa Kemboja. Itupun dengan jaminan bahawa Aina akan diberikan untuk kerajaan Lubuk Kencana.
Tiba-tiba, mereka diam. Tidak tahu apa yang terjadi kepada tubuh badan. Habis sakit dirasakan. Bila mata kembali meraih penglihatan Yang sebelumnya kelam, kelopak mata terbuka, tidak sekali mengedipkan.

"Penipu!!!!"
"Dasar penipu! Jaga kau Puspa Kemboja dan bangsa putih Wulan. Kali ini sahaja kau aku lepaskan."
"Bertemu buku dan ruas kali keduanya, tidaklah kamu semua mendapat muka."
Bergema jeritan Anduka. Menggebu-gebu suaranya menyentak Alam buana dan seluruh isinya. Benar amarah telah sampai ke ubun-ubun dirasakan.
Akibat terpedaya oleh bangsa putih Wulan yang dalam perhitungan, lemah kekuasaan.
Tidak dia menyangka, menjadi bahan kecindan kepada mereka. Alangkah jatuh rasa maruah dan martabatnya raja. Boleh tertipu oleh adinda dan manusia biasa.
Teresak-esak Cempaka kesuma. Mengenangkan Kak Fathia yang telah dilepaskan. Barulah dia berasa terkilan. Menyetujui segala rancangan. Sudahnya dia tidak berteman.
Serapah di luar bersama tangisan. Tersedu-sedan dia melafazkan. Menyuruh khadam pulang ke persemayaman. Dijanjikan persembahan yang lain akan diberikan. Mengharap khadam faham. Senang lain kali kepada mereka jika ingin menyeru bantuan.
Sedarlah mereka berdua telah dialpakan. Ada yang menutup hijab pandangan. Hingga keduanya tiada kesedaran.
Amarah tidak dapat dibendung lagi. Kali ini tentulah mati. Jika bukan musuh, dirinya sendiri. Begitu sekali janji dipateri. Menebus maruahnya Yang lurut ke kaki.
Lantas tangan anakanda diraih, selempang hitam dikibas. Mereka juga hilang dalam kabus yang tebal, membawa malu dan amarah yang tidak bertepian. Lubuk kencana tempat tujuan mereka beriringan. Menyusun semula rencana.
Tahulah mereka, Puspa Kemboja di mana. Tentu putih Wulan arah tempat mereka berdiam.
Pasti akan berlaku peperangan antara dua kerajaan yang lama tidak sehaluan. Kesannya, tidaklah sedikit melainkan berkesudahan dengan kehancuran dan kehilangan pahlawan.
Anduka tekad ingin menebus maruah yang tertewas dan dimalukan.
Kali ini pasti tidak akan dilepaskan. Walau seorang dari keturunan. Cucu cicit juga akan dikerjakan. Barulah terbalas segala kekecewaan.
Cuma mereka memikir bagaimana hendak melepas benteng pertahanan. Bukan sebarang diletakkan pangkal larangan. Sekeliling kerajaan putih Wulan, telah ditanam anggerik bulan putih, bunga sumpahan.
Jika diatur bala tentera berlawan, belum bolos ke medan pertempuran lagi, masing-masing telah terkorban. Dek biasanya bunga yang menjadi kelemahan.
Hendak dimusnahkan anggerik bulan putih, bukan sedikit masa diperlukan. Lantaran telah hampir seperti hutan. Tebal dan tiada berlaluan. Penuh berselirat akar bunga menutup jalan.
Entah bila mereka akan memula serangan. Tentu bangsa putih Wulan juga telah mempersiap diri dan pertahanan.
Kembalilah mereka berdiam. Memikirkan cara hendak menyerang dan menyeberangi kerajaan putih Wulan.
Bagi mereka kali ini, Puteri Aina perlu ditakluki!
Biarlah relai badan terkorban. Biar kerajaan bermusuhan, asalkan tercapai hasrat dan tujuan. Habuan janji yang menitik idamkan mesti di genggaman.
Itulah satu tujuan dan pegangan. Dua beranak memikir jalan. Manakan tidak, sumpah janji tidak terlunas. Dalam hati tersimpan dendam.
Kak Fathia pula telah terlepas.
Habuan mereka entah ke mana, darah anak anda pula menjadi santapan khadam belaan Amurti Gentala, bukan sedikit menghilang dahaga khadamnya itu.
Sekali gelaran memuaskan khadam bayangan, Cempaka kesuma perlu bersemangat dan berdiam cukup dua belas purnama lamanya.
Barulah putih kembali segala luka dalaman, akibat kelaran dan memberi minuman khadam. Sepanjang tempoh itu makan dan minum Cempaka kesuma kena berjaga.
Hanya boleh minum air dari mangkuknya periuk kera. Dalam kiraan tujuh banyaknya.
Makannya mula hanya hati kerana bertujuh kiraan. Sehingga genap dua belas purnama persemayaman.
Baharulah dia beroleh kuasa semula. Sembuh segala luka dalaman. Demikianlah, kehendak peraturan.
Memikirkan peri lamanya perlu menahan sabar, amukan marah mula menembar. Dia bukan raja yang pandai menahan hati.
Panas dadanya.
Ibarat gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa. Pulangnya mereka berdua kelubuk kencana, mempersiap segala bala tentera.
Memikir-mikir dalam kepala, ke putih Wulan serangan dipacu.


Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    10h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    1d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    4d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters