Homepage/KISAH AINA DI ASRAMA/
17
Alisa tersenyum manis sekali.
Ada perancangan telah disusun rapi di dalam hati. Dia tekad akan teruskan yang berhampiran di sekolahnya untuk mencari anggerik ayah seorang diri. Tidak lagi mahu mohon bantuan daripada sesiapa untuk membawanya bunga.
Telah lama disimpan, Ada sesuatu semacam bermain dengan perasaannya. Menarik tarik hatinya untuk ke sana. Bergenlonjak anganan. Walaupun di hutan itu, hilangnya kakak kepada Alisha dibaham Pak belang khabarnya.
Tidaklah peduli dia. Tekad sungguh mengikat kata-kata.
Alisa tidak tahu, dalam diam merencana ada yang telah meniup niup keinginannya itu. Di layar-layar cantiknya bunga yang bakal dia temui.
Sungguh lah banyak tipu dayanya bangsa yang satu itu. Tidak akan pernah puas selepas satu mahu satu.
Ianya seperti kakak kepada Alisa dulu, yang dituntut rasa dalam kalbu. Untuk menyeru ke hutan yang berada berhampiran dengan sekolahnya itu. Begitulah juga keinginan Alisha menggebu-gebu.
Sedangkan Alisha tidak tahu, beliau juga sebahagian dari korban janji. Baginya hanyalah menurut rasa hati, ingin juga berjalan ke dalam hutan sepi seorang diri.
Rupanya pihak lain menanti untuk menakluki diri.
Bahana dan guruh yang bakal ditempuh, tidak difikirkan lagi seketika itu. Hanya kerana bunga anggerik bulan putih yang menawan dan menjadi idaman.
Alisa ingat lagi. Pada ketika itu, Aina ditinggalkan bersama rakannya. Sekeliling sekolah itu dan ingin berjalan-jalan. Membawa Aina memang pula kepenatan. Lagi kan pula Aina sedang lena dalam ayunan.
Satu kucupan Alisa berikan. Dihangatkan perlukan seperti kebiasaan. Mengangguk rakannya mengiakan. Jangan diganggu lenanya tuan.
Cuma berulang Kali rakannya mengingatkan. Jaga akan keselamatan, itulah pesanan darinya.
Rupanya lain maksud keinginan badan. Ke dalam hutan berhampiran dengan sekolah nya, dia ingin persendirian.
Berjalanlah Aina ke hujung sekolahnya. Sambil membetulkan kain kerudung. Bibirnya pula bertali yang bunyi senandung. Pakaiannya ketika itu hanya sepasang kurung. Berbenang kasa, potongan pesak gantung.
Ketika dirinya menghampiri hutan itu, terlihat oleh dia akan seekor rama-rama yang nampak begitu asing. Ianya berterbangan hampir dengan lengan yang bersingsing.
Cantiknya rerama yang bukan calang-calang. Ada semacam batu mutiara dan nilam pada keliling kepaknya. Lebar dan besar pula nampak berbeza daripada rama rama biasa.
Ianya berwarna terang, campuran warna Kundang, hijau pucuk pisang dan juga jingga. Belum pernah Alisa melihatnya di mana-mana.
Baik ke Asramannya, atau muzium sanggup juga. Asyik sekali Aina memerhati. Rerama terbang sekejapan rendah, dan sekejap tinggi. Cuba gapai oleh ni dengan jari. Teringin sekali Alisa memegang sendiri.
Namun jinak-jinak merpati. Sungguhpun itu begitu dekat dipegang ialah lari. Terbang rendah berhampiran hampir bahu, nanti apabila mahu disentuh tinggi sekali ia pergi.
Benar benar kegeraman Alisa melihat kejadian rerama yang begitu indah. Kalaulah sempat beliau persembahannya kepada Aina rakan atau dikenali sebagai sepupunya Sarah. Tentu terlopong mulut mereka, tiada bermadah.
Tersenyum Alisha mengenangkannya. Tetapi agak sukar mula mahu menangkap rerama. Tidak segar langkah berjalan. Sehingga terlupa jalan dan laluan. Semakin jauh dia bawa diri ke dalam hutan.
Memanglah bijak tipu dayanya syaitan. Rupanya aturan anduka dan Cempaka kesuma dari kerajaan lubuk kencana.
Bergelak-gelak mereka berdua. Melihat Alisha semakin jauh langkahnya. Seakan-akan terlupa tujuan asal mencari bunga. Telah tersasar pandangan melihat rerama.
Mudah sungguh diperdaya fikir mereka berdua. Kadang Alisa terlompat-lompat ingin menangkap. Berasa lelah dia berhenti rehat. Rerama itu pula dekat-dekat. Bila dicapai, dia menjauh cepat-cepat.
Tidak disangka rupanya hanya jerit, sehingga akhirnya ke sebuah lubuk, Alisa tersesat. Sampai di sana duduk, dan melepas lelah yang dirasakan berat. Sesuai lah rasa duduk berehat.
Sengaja digelapkan mata dengan deru air yang tenang, dan jernih sekali warna. Sungguh mempersona.
Senyum Alisa.
"Oh ini lubuk itu."
"Cantiknya. Tidak sia-sia aku meneroka ke dalam hutan jauhnya." Detik hati memainkan umpan.
Tersenyum simpul seorang diri. Lantas kaki dihulur, direndam dalam air yang mengalir tenang sekali.
Pada hematnya, bagus juga dapat merehatkan diri. Penat olehnya berjalan sedari pagi. Mendongak Alisa melihat suria yang mencelah-celah dibalik lembayong dedaunan pokok hutan.
Dihitung-hitung masa dianggarkan hampir ke tengah hari jua. Tapi, agak pelik dia. Perut tidak pula berasa lapar, atau kerongkong minta dibasahi air kerani dahaga.
Kalau diikutkan, dari asrama ke hujung hutan ini bukan dekat juga.
"Ah! Biarlah. Jika dahaga, air jernih nampak molek diguna." Detik hati Alisa bersuara.
Kakinya masih bermain-main dengan air sungai yang mengalir. Dilihatnya rerama tadi juga hinggap di batuan berhadapan dengannya. Tersenyum lagi dia memandang rerama yang bagai meneman perjalanan.
Diayun-ayun kaki. Berkocak-kocak air berbunyi. Seronok dan khayal kami memerhati. Sehingga menggigil-gigil dan kebas dirasakan jari jemari kaki.
Sejuk sekali!
Tersentak dirinya tiba-tiba, lalu dengan pantas Alisa menarik kakinya yang halus mulus. Dia seakan akan terdengar namanya dipanggil.
Sayup-sayup, tetapi jelas sungguh. Suara yang menyerunya pula sangatlah lunak.
"Alisa......"
"Alisa......"
Suara yang memanggil manggil dirinya semakin dekat dirasakan. Mengembang tengkuk, dan berasa kebas muka.
"Siapa pula perempuan yang menyeru nama dalam hutan rimba?"
Persoalan itu teruslah bermain di benaknya. Sehingga Alisa memberanikan diri bertanya.
"Iya, siapa tu?"
"Siapa di sana"
Alisa ragu ragu. Jika manusia, tiada terdengar olehnya dedaunan remuk dipijak oleh kaki.
Jika haiwan, takkanlah pula boleh berkata-kata?
Haiwan apa yang sakti sekali, hingga boleh menyeru namanya.
Fikiran mula diserang kerisauan. Deras nafas di dada, menandakan cemas mula beraja. Aliran darah juga berasa serba tidak kena. Memucat wajah Alisa ketika itu.
Kalut dia memikirkan, siapalah yang memanggil namanya dalam hutan. Perasaan takut tak dapat lagi disembunyikan.
Meliar mata Alisha melihat sekeliling. Pertama, cuba menangkap susuk siapa yang mungkin bersembunyi dibalik pokok-pokok. Kedua, mencari apa sahaja ranting dan dahan mati di tanah untuk dijadikan senjata mempertahankan dirinya.
Tekad!
Siapa pula juga yang muncul di Kala itu, akan bermatian dan menggunakan kayu dan batu yang berada di situ. Cuba mencederakan seteru!
Sehingga tidak semena-mena, suara halus itu hadir bergema semula.
"Alisa semanis nama. Jangan cemas dan galau sayangku...."
"Tidaklah berniat mahu mencederakan, melainkan teringin bersua muka sahaja."
Seolah-olah dapat membaca fikiran alisa. Suara yang bergema itu terus-terusan menyambung bicara.
Sekonyong-konyong, hidungnya kembang kempis menghidu sesuatu. Terbit baru seperti kemenyan di dalam dupa. Semakin lama, semakin kuat. Alisa cuba bertenang diri.
Diam dia terpacak menanti, siapakah yang akan. memunculkan diri.
Matanya agak pedih, ianya kerana dengan secara tiba-tiba, bergentayang asap nipis menerawang memenuhi pandangan.
"Apabilagu permainan lawan." Bisik Alisa. Kekuda kaki siap siaga dipasang. Jika tidak dapat ditentang, dia sudah menanda arah mana mahu berlari sekuat hati.
Bersama asap nipis yang semakin lama semakin menebal, muncul seolah-olah satu susuk.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (951)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
500
10h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
1d
0baik
4d
0View All