18

Di belakang susuk wanita yang bermuka berbentuk, Ada seorang lelaki mengikut bagai telah dicangkuk tengkuk.
Bintang mata Alisha memerhatikan kejadian aneh itu. Tidak pernah dilihatnya. Terdiam kaku dia umpamanya patung cendana.
Dalam hati, berkurang juga rasa risau. Kerana munculnya susuk berdua itu, tidaklah nampak berbahaya. Lagi pula nampak baik-baik sahaja.
Kasihan Alisa. Tiadalah dia dapat meneka. Hadirnya dua makhluk itu bakal mengundang bencana dan nestapa dalam hidupnya.
Dari asap tebal, muka seorang perempuan. Pakaiannya berupa puteri raja Jawa. Tampang wajah ayu jelita. Mulut sekali kulitnya. Putih berbayang urat hijau jika diperhatikan lama lama.
Di sebelah pula, ada seorang gadis yang cantik. Tidak jauh umur bezanya. Gadis yang hampir sekali dengan rupa dirinya. Melopong mulut Alisa. Siapakah dia??
Seperti dekat hatinya'.
"Alisa, adik ku."
"Ada pun nama beta Cempaka kesuma. Beta jadi kerajaan lubuk bencana. Di tempat adik berdiri itulah, terletaknya halaman singgahsana aku."
Wanita itu memperkenal diri sebagai kakaknya?
Celaru dan kekeliruan otak Alisa cuba merumuskan cerita.
"Kakak? Soal Alisa.
Perempuan itu hanya mengukir senyum manis di pinggiran bibir. Memang tidak dapat dinafikan begitu indah di pandangan.
Cantiknya bukan seperti manusia biasa, rakyat kebanyakan. Tetapi, lengkap dengan persalinan itu membuatkan susuk bernama Cempaka kesuma nampak sempurna dan sukar digambarkan keayuan.
"Iya adikanda. Beta kakaknya."
"Adikanda, juga adalah pewaris keturunan kakaknda. Kerajaan Lubuk Kencana, menantikan hadirmu adinda. Dapat berdiam di sana selama lama."
"Oh ye lupa lah kakaknda."
Sedikit tersenyum seraya menggeleng geleng kepalanya.
"Janganlah adinda ragu ragu. Kerajaan kita, lubuk kencana memang tidak nampak di pandangan manusia. Apa lagi menggunakan pancaindera biasa."
Sambung Cempaka kesuma, memperkenal asal usulnya.
Berkerut dahi Alisa, cuba mencari makna disebalik butir bicara. Terkunci mulutnya untuk bertanya. Hanya menanti bait kata seterusnya sahaja. Banyak perkara yang tidak dapat dia faham ketika itu.

"Itu lihatlah kerudung kuning air panjang sehinga melingkar kaki."
"Kerudung adinda Bernama Cindai anggun Dewi. Asalnya Dari lubuk bencana, kepunyaan puteri puteri."
"Dahulu ia kepunyaan kakaknda. Tetapi telah kakanda beri kepada seseorang."
Cempaka kesuma terus-terusan berbicara. Menerangkan duduk perkara kepada adinda nya.
Seraya Cempaka kesuma, membawa berbola mata pandangan ke arah seseorang di sebelahnya.
"Ini adik angkat ku juga namanya kak Ayla."
Senyum menari kata. Terpana seketika Alisa.
"Ayla?"
"Ayla juga nama kakakku. Akan tetapi ......" Tersangkut bait ucapan Alisa bila terkenangkan kakaknya.
"Tetapi dia dikhabarkan korban jiwa dibaham harimau di dalam hutan ini?" Sambung Cempaka kesuma.
"Hah bagaimana saudari tahu? Saudari kenal kakakku?" Alisa melontar tanya bertalu-talu.
"Adinda, inilah kakakmu. Tidak dia terkorban jiwa, dibaham harimau. Melainkan di lubuk kencana berdiam dirinya. Menyulam cinta bersama kakanda."
Menoleh jumpa kekosongan memandang Aina yang tunduk membungkam.
"Benarkah begitu?"
Alisa mula berminat untuk tahu. Benarkah kakaknya di sebelah perempuan itu.
"Benarlah sebagaimana yang diberitahu. Semua khabar berita yang dibawa, hanyalah perancangan kakaknda. Dipersetujui oleh kakanda kamu sendiri."
"Ini Ayla, kakanda mu."
"Andinda, terangkanlah kepada adinda kita. Mengapa kita bertemu di sini. Dan buktikan juga kepadanya, bahawa dia adik kandung mu."
Cempaka kesuma mula memberi laluan kepada Ayla untuk merungkai cerita.
"Alisa.."
Berbeda agak lama orang itu ketika namanya disebut mulut.

"Benarlah kata kakanda mu ini dik. Kakak ku bernama Ayla. Tidaklah kakak terkorban oleh harimau sebagaimana khabar berita. Kakak memilih untuk melunaskan janji dan kata. Di lubuk kencana, selama-lama Akak berada."
Kakak terdiam sebentar. Mengela lafaz yang dirasakan menyesak di dada. Sesungguhnya terlalu ingin dia mendapatkan keputusan yang sangat menarik buat keluarga dan mendapat lebih kasih sayang.
Mengingati kembali, mengingatkan khilaf dan kianatnya dia dengan itu, menjadikan Ayla teragak-agak untuk bertindak.
Bimbang juga dia sekiranya alisa rebah, kerana tidak dapat menerima kenyataan. Setelah berapa tahun Alisya tidak mengenal kakak, Tiba tiba hari ini dia memula madah merungkai kisah.
Namun, bila dilihatnya Alisa hanya berdiam. Kaku, membisu. Datang kembali rasa berani untuk terus memberitahu. Dibuangnya rasa ragu-ragu.

"Bukti kakak yang paling akrab dengan mu dahulu adikku, adalah tanda lahir di belakang pelipat betis kananmu."
Terus Alisa tersentak. Benarlah bagai dikata perempuan itu. Hanya keluarga dan rakan rapat sahaja yang tahu kerana dia tidak pernah memberi tahu kepada orang luar.
Hanya mereka yang tahu, di mana tanda lahir terletak. Tempatnya pula tidaklah sembarang orang boleh nampak.
"Kakak ke sini hanya berdiam diri sahaja. Selama ini hanya memerhati. Kehidupan mu dan rakan rakanmu sehari hari. Cuma jauh, terpisah ruang yang sukar dipercayai orang.
Ayla berasa semakin yakin untuk menceritakan semua kepada adiknya.
Maka bermulalah dia dari cerita pasal keluarga antara dia dan kawan kawannya dan keluarga yang berada di rumah. Terus lah kepada walang dan ujian yang menimpa.
Sehingga akhirnya, dia menyetujui kata. Janji dimaterai, habuan diterima. Dapatlah dia merasa kebijakan walaupun sementara dan jatuh kebijaksanaan buat adik dia kini.
Namun, Ayla perlu kembali menunai janji kepada kakak di sebelah satu lagi. Tinggalkan Alisa, keluarga dan rakan-rakannya membela sendiri.
Terdiam Alisa tidak bersuara walau sepatah kata. Hanya air matanya tidak putus-putus membasahi pipi.

Ayla teruskan juga cerita, tentang bagaimana hilangnya dia dikhabarkan terkorban jiwa. Bersama cebisan baju, bertinta darah ungka sebenarnya.
Tertunduk Alisa. Tidak tahu hendak mengungkap walau secebis madah. Keliru dia bertambah gundah.
Dia juga perlu mendiami Lubuk Kencana kata si kakak. Hari itulah semua perlu berlaku. Datangnya Alisa ke hutan itu juga, perancangan daripada cempaka Kusuma yang mengaku kakaknya.
Tidak lah Alisa mahu setuju. Teringat dia padas rakan-rakan dan keluarga terutama ibu ayah, Mia dan sara. Manakan hendak berpisah dengan Aina, Shira tu kalbu. Mengikut mereka berdua ke alam lain lagi satu?
"Tidak. Alisa tidak mahu mengikut kakak ke lubuk kencana!"
"Alisa tidak mahu!" Jerit Alisa bersiponggang ke segenap penjuru hutan lubuk itu. Tergeleng-geleng kepalanya.
Cempaka kesuma yang sedari tadi hanya berdiam diri, tidak lagi dapat sembunyikan amarahnya di hati. Sebelum ayahnya Anduka hadir mencampuri urusan diri, baiklah dia sedaya upaya mungkin menyelesaikan sendiri.
Bagi Cempaka kesuma yang masih ada rasa timbang rasa, ayahanda tentu tiada bersabar lagi. Tidak mahu secara rela, ianya akan dipaksa. Itulah Anduka ayahanda punya cara.
"Adikanda ku. Benarlah dirimu itu adalah adik kandungku yang berada di bumi."
"Kau adalah bukti darah daging ku. Nama mu juga turut berada di sini, Suri Adjeng Melati. Susur galur waris kerajaan lubuk kencana.
"Kerajaan kita, dipimpin oleh Anduka. Berpangkat nenda.
Tegas suara Cempaka kesuma menjawab persoalan yang sarat dalam benak Alisa.
"Suri Adjeng Melati?"
"Anduka?"
Semakin berselirat persoalan dalam kepalanya. Terasa berpinar bijik mata. Pokok-pokok umpama sedang berliuk lintuk menari-nari di hadapannya. Pandangannya semakin kelam. Tidak ada apa-apa yang dalam kotak ingatan.
Hanya dengan tiba-tiba, muncul suara lain memanggil namanya kedengaran. Dia kenal empunya tuan.
"Alisa. Ayatul Qursi."
Laung suara itu. Kedengaran kerasa sekali. Bagaikan tersentak, Alisa mula membaca bismillah.
"Allahulailah haillah hualhayyul Qayyum .......
"Diam!"

"Hentikan!
Laung Cempaka kesuma. Pedih dan perit gendang telinganya mendengar kan ayat itu diucap.
Tapi bibir Alisa semakin pula menguatkan bacaan. Baik sungguh taksub dan bertatil sekali
Diulang ulang sebanyak mungkin ayat itu. Kepalanya yang pening seketika itu berasa mula menjadi ringan dan mula kembali berfungsi. Cuma maya belum mahu terbuka katupnya.



Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    10h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    1d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    4d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters