19

Masih dia berasa terawang-awang.
"Kak Syasya, sekarang!" Laung satu suara perempuan memecah gegendang telinga. Tidak Alisa dikenali siapa dia.
Tiba-tiba, Alisa berasa dirinya seolah-olah tidak lagi menjejak bumi. Badannya melayang-layang ringan dari udara.
Tercabut selipar di kakinya. Dia tidak memijak tanah tanah basah hutan. Dia berpusing pusing bergentayang. Bila sahaja mata dapat dibuka sikit bukan main terkejut dia.
"Ya Allah!!!"
Apa tidaknya, dia melihat tubuhnya sendiri. Terbaring atas batu tempatnya berhenti mencelur kaki.
Memucat warna kulit di mukanya.
Terpejam rapat kedua biji mata.
Seolah olah tidak lagi bernyawa. Sedangkan dia, bergentayang bersama seorang perempuan yang sungguh rupawan. Bukan Cempaka kesuma bersama dia.
Semakin pelik dan menerawang fikirannya. Di tangan perempuan itu ada anggerik putih yang menawan. Perempuan itu hanya tersenyum manis. Tidak berbanding dengan nama-nama orang yang dia pernah kenali.
Leganya kejap dalam pegangan perempuan itu. Bila bebola mata melihat ke bawah, dia menyaksikan jasad nya mula menghilang.
Bermula dari hujung kaki, bagai ditelan kabus tebal. Hilangnya jasad bersama seorang perempuan yang mengaku sebagai kakak dan seorang perempuan lagi yang berkerut menahan kesakitan ini mengaku sebagai kakanda asal keturunan.
Bagai hilang pertimbangan. Menjerit-jerit Alisa. Pelik tetapi benar yang dialaminya. Dia melihat sendiri, dirinya berpisah dengan "diri".
Tetapi seolah tiada apa yang keluar dari pita suara. Tidak lama kemudian, dilihatnya Kak Syaysa mendekat.
Hanya gelengan kepala kak Syasya menyatakan segalanya. Faham lah dia kini, tidak lagi berjasad seperti manusia biasa. Telah hilang' ditelan kabus pekat.
Hanya air mata mengalir di pipi.
Teringat Aina, sang puteri.
Teringat sepupu rapatnya ,sara pasti menanti.
Apa lagi keluarga, pasti galau yang tidak terbendung sedih hatinya.
Anggukan dan senyum berserta lambang Yan Kak Syasya sebagai bekal. Dia hidup tetapi seolah-olah tiada nyawa.
Jasad juga hilang di mata.
Perempuan yang memegang lengannya tadi terangguk-angguk dalam bahasa yang kurang dia mengerti.
Akhirnya Alisa menyimpan sedih dan walang. Dia hanya berdiam. Menurut sahaja apa yang akan terjadi.
Pegangan di lengannya bertambah kemas. Terlihat olehnya, kuntuman bunga anggerik bulan putih diramas ramas. Lalu diraupkan ke sepasang matanya.

Dia tidak mampu berkata kata.

Hanya menurut sahaja. Terus bersedih juga tiada gunanya. Jasad telah diambil cempaka kesuma. Alisa berasa sedih angin sangat laju di sekeliling. Dan dia juga berasa diri sendiri ibarat bertebang-terbang ditiup angin. Kejap jemarinya menggenggam selendang yang dibawa.
Kelam.
Berdengung bunyi telinganya.
Hinggalah dia di arah untuk membuka mata. Jejak kakinya tiba ke suatu daerah yang sangat tenang ,dan mendamaikan Sukma. Sudah tentu bukan di sekolah asrama yang diduduki oleh nya.
Putih Wulan, nama tempat itu dikhabarkan. Alisa hanya terdiam dan terus terdiam. Masih bingung dirasakan.
Perempuan itu hanya menentang duduk perkara sebenar tentang kejadian. Dari mula dia diseru masuk ke dalam hutan. tanpa sedar, hingga lah apa yang berlaku ketika dia dilarikan.
Putih Wulan tempat diamnya sekarang. Perempuan itu memperkenal diri sebagai Puspa Kemboja, memegang Tampok pemerintahan dalam kerajaan. Kini Alisa selamat di bawah jagaannya.
Hanya masa yang akan menentukan. Bersua kah dia dengan permata hati dan keluarga semula. Menitis lagi air matanya. Terkenangkan puteri nan seorang.
Aina. Maafkan aku tidak dapat bertemu mu lagi selepas ini.
Menunduk sedih Alisa. Tidak dapat digambarkan perasaan walang dan gundah.
Cuma sedikit rasa gembira. Bila Puspa Kemboja menutur kata. Dia boleh melihat keluarga dan sahabat baiknya Aina. Dia juga boleh melihat sepupu rapatnya sara.
Satu pesan dan permintaan sekiranya Alisa ingin melihat rakannya itu, hendaklah berbekalkan Cindai anggun Dewi mungkin ini yang menjadi sebahagian dari diri.
Sejambak anggerik bulan putih juga jangan sekali-kali dilupakan. Itulah syarat. diperketat. Tidak boleh dilupakan walau sesaat.
Dikhabarkan lagi oleh Puspa Kemboja, anggerik bulan putih, bungan larangan dan punca kelemahan kerajaan lubuk kencana. Selamat dia, tidak akan dipengapakan selagi bunga digenggam. Ampuh dek bunga mempertahankan bang Putih Wulan, beserta bacaan bacaan dari al quran.
Sekitar istana mereka, banyak sekali ditanam. Tinggal memetik ia membuat pegangan. In Sha Allah selamat dengan izin Tuhan menentukan.
Semenjak itu, selalulah Alisa melawat rakan dan keluarganya. Walau mereka berbeza langit dan bumi. Tetap kasih sayang dan cinta sampai mati. Melihat rakan membesar berhari hari, hancur luluh rasanya hati.
Sebagai rakan karib yang sangat rapat, dia tiada di sisi. Namun apa lagi harus dikesali. Redha lah hati menerima ujian Ilahi.
Walau ketika itu, Alisa berada di benua asing. Tetaplah Alisa datang menjengah. Dalam bentuk yang tidak dapat dirasa. Bersama haruman yang dia bawa bersama.
Apabila balik Aina ke situ. Lagi lah gembira hatinya bukan kepalang. Tidak perlu dia jauh jauh terbang bergentayangan. Dapat melawat anaknya tersayang . Pada waktu malam dan siang.
Pergilah Alisa ke mana mana selalu bertemankan Puspa Kemboja. Bila bila Puspa Kemboja menjalankan tugas rutinnya sebagai Kijul di alam manusia, tetap Alisa ada di sekitar nya.
Kadang hatinya tiada menahan. Cuba cuba juga menyampai pesan. Bertambah usia Aina dan berpengatahuan, lagi lah Alisa sering menemani.
Puspa Kemboja tidak boleh Alpa. Setiap saat, ada yang mengintai intai peluang untuk kembali berjumpa. Merebut jiwa malang, yang sepatutnya milik habuan janji. Pasti ada direncanakan oleh Anduka.

Hari dia menyelamatkan Alisa, mujurlah Anduka tiada bersama. Hanya Cempaka kesuma keponakan nya. Senanglah baginya mempertahan Alisa dan dilarikan.
Jika ketika itu, Anduka datang melawan. Tiadalah Puspa cukup kekuatan. Masih baru dia membina Putih Wulan. Ilmu pertahanan juga baru setengah jalan. Belum cukup amalan dan pengajian.

Itulah sebabnya, Aina selalu menghidu bau wangian. Rupanya ibu datang membawa pesan.
Menunjukkan kasih dan sang tiada bertepian. Untuk rakan yang selalu menjadi pujaan.
Walau terpisah jauh badan, tetaplah aku dan Puspa Kemboja melakukan pengorbanan yang tidak terjangkau oleh pemikiran.
Jika berjauhan benua, terpaksa Alisa dan Puspa Kemboja melalui perjalanan yang tidak terkira lelahnya.
Berasa lega, sekiranya Aina pulang ke sekolah asrama. Baharulah hati sedikit tenang. Boleh dia selalu bertandang. Melepaskan rindu yang tidak terbendung dari kejauhan.
Terungkailah misteri wangian yang selalu muncul di sekeliling Aina. Tidak lain, aroma si rakan baik yang membawa bersama Anggerik Bulan putih sebagai pelindungan, selain menyerahkan segala Allah subhanahu wata'ala.
Sudahlah Aina. Kesat air mata mu itu. Tiadalah dapat menahan hati melihat rakan karibnya menyulam sedih.
"Apa yang berlaku, berpunca salah dari dia sendiri, kakak Alisa."
Garau dan dalam sekali suara itu meluah rasa.
Rupanya seseorang mula berbicara.
Habis diceritakan oleh nya semua kejadian. Dari asal usul keinginan nya. .
Sehingga lah dirinya menjadi persembahan. Terpasung jiwa dan jasad ditaruhkan. Meninggal semua yang tersayang.
Meraung Sara bukan kepalang. Mendengarkan ucapan dari orang tersayang. Tidaklah dia dapat menahan terkilan, rupanya dia juga menyumbang asbab perjanjian.
Akibat terburu-buru dengan keputusan m Diri juga tidak sabar menempuh ujian. Mahukan kebijaksanaan segera lekat di otak. Tidak dia memikirkan galaunya orang sekeliling yang memikirkan.
Maka itulah, mudah sungguh syaitan menyesatkan. Janji dan sumpah sanggup kakak kepada Alisa tukar ganti dan berikan. Menyesal juga tiada berguna. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Ujian kepada setiap yang bernama manusia.
"Sudahlah kalian, apa yang terjadi cukup cukuplah dikesalkan atau dibicarakan."
Suara Puspa Kemboja menyedarkan semua yang sedang melayan perasaan.
"Buat masa ini, semuanya di bawah jagaan Putih Wulan."

Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    10h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    1d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    4d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters