Homepage/KISAH AINA DI ASRAMA/
20
"Nantilah yang lain akan hamba fikirkan. Cubalah juga hamba memohon bantuan dari seluruh kenalan kerajaan."
"Berdoa lah agar kita dapat berjumpa jalan. Untuk menyelesaikan persengketaan dan permusuhan."
"Pasti kekanda ku, Anduka dan Cempaka Kesuma mengatur serangan. Segerombolan bala tentera sudah pasti mereka sediakan."
"Bukan sedikit akan kita berdepan nanti. Hamba kena sungguh dengan kekanda hamba itu."
Panjang dan terkandung kerisauan juga dalam luahan Puspa Kemboja. Bimbang cuma dia memikirkan tindakan yang bakal dibentuk oleh Anduka. Bukan dia tidak mengenali siapa kekanda. Selagi tidak dapat apa yang diidam, siap siap lah menempuh murkanya.
Setakat detik itu, masih selamat mereka berdiam dalam kerajaan yang aman. Tidak kurang juga pahlawan dan tentera yang ada di Putih Wulan. Di tambah dengan anggerik bulan putih, bunga sumpahan kelemahan banyak ditanam berkeliling kerajaannya.
Cuma Puspa Kemboja perlu membuat beberapa pertimbangan. Seteru mungkin datang dalam pelbagai bentuk dan jenis belaan.
Tidak dalam keadaan nyata, mungkin lagi bentuk bayangan digunakan. Sejarah Anduka menjadi raja tidaklah biasa biasa. Sungguh telah sesat hatinya.
Terimbas kenangan di layar mata mata Puspa Kemboja. Eloklah dia berperi kepada semua yang ada. Akan siapa sebenarnya Anduka dan Cempaka kesuma.
Lubuk kencana,
Sebermula kisah, membuka rahsia siapa anduka. Dia adalah kekanda kandung Puspa Kemboja. Mereka hanya dua bersaudara. Waktu ayahanda mereka gering berpurnama lama, kerana sudah meningkat umur, letakkan kerajaan lubuk kencana pada jagaan Anduka. Ketika itu, dalam pemerintahan ayahanda baik-baiklah belaka bangsa.
Boleh sahaja mereka bertemu dan berbual mesra dengan penduduk di sekolah itu. Segala bantuan dan pertolongan, akan sama-sama mengerjakannya.
Andai ada keramaian, baik di alam biasa mahupun di alam bunian, saling mereka meramaikan.
Kurang barang, akan dipinjamkan. Kurang lauk, kan dia carikan kerbau balau liar sebagai hidangan. Tidak adalah yang kurang. Tidak pernah bersengketa.
Jika penduduk di sekolah itu mencari apa-apa, singgah menyinggah mereka melepas lelah. Sesudah hilang penat, sambung mereka mencari di dalam hutan. Pendek kata baik hubungan.
Ayahanda pergi setelah janji sampai. Menghadap Ilahi mengikut aturannya. Bersedih hati dan bermuram durja lah sekaliannya. Teruslah dia dijaga oleh kekanda. Kerajaan juga dibawah kuasa nya.
Syahadan, tiba sudah waktu edan kasmaran. Dengan bangsa manusia Anduka menaruh berahi. Gadis genit bernama Suraya telah berjaya mencuri hatinya. Memang cantik dan elok baik budi, lembut perketi. Elok rupa juga jika dijadikan permaisuri.
Namun Suraya tiadalah mengetahui. Bawa dirinya sedang diperhatikan, oleh raja lubuk kencana. Seorang raja alam bunian, yang ketika itu muda belia. Puspa Kemboja dapat menghidu ada yang tidak kena.
Seolah-olah kekanda bermain tepuk hanya di peha. Bukan sepasang tangan yang membalasnya, menghasil bunyi setia kata. Faham lah dia, kerana hatinya perempuan juga.
Tahulah mengenai mama ikan sekilas di air jantan betinanya. Maklumlah dia jika Suraya tidak menaruh hati kepada kekanda Anduka. Melainkan memilih manusia biasa juga.
Puspa Kemboja telah cuba menasihati. Dikhabarkan Suraya bukan dengannya menaruh hati. Namun tidaklah kekandanya itu mendengar. Sejenis sikapnya , agak degil tegar. Jika dia mahu, tiadalah orang boleh ingkar.
Rupanya benarlah tekaan Puspa Kemboja. Suraya terlebih dahulu menyulam cinta bersama jejaka sebangsa. Tok imam muda di sekolahnya, pasangannya. Di surau itu dia beradam Cuma tidaklah diketahui sesiapa, demi menjaga batas batasnya mereka.
Sebaik Anduka mendapat berita, datang dia bersama menanda menteri sekaliannya, juga tok kadi besar kerajaan. Terbit cemburu dalam Hati. Ingin segera dia memiliki. Sebelum buah hati, berkalih terus menerima janji dengan imam muda sebaya mereka. Terus rombongan ke rumah Suraya menghantar lamaran. Juga dinyatakan hasrat dan keinginan pernikahan segera berjalan.
Mula mula ditolak oleh keluarga Suraya akan pinangan. Bagi mereka, biarlah anak membuat keputusan. Rupanya bukan itu jawapan Anduka mahukan. Telah diberikan kata dua sebagai ugutan.
Jika Suraya dan keluarga menolak pinangan, akan bersengkatalah semua penduduk sekolah dengan bangsa lubuk kencana seluruh keturunan.
Tiadalah daya Puspa Kemboja menasihatkan kekandanya. Bonda mereka juga ketika itu tiada bersama. Setelah mangkat ayahanda tercinta, bonda membawa sedih ke Keraton lama kekanda sulungnya. Di sri nanding bonda berdiam. Duduk di pondok Pesantren.
Bagi bonda, anakanda berdua sudah cukup dewasa menentukan arah kerajaan dilorongkan. Lagi pula, dia juga sudah usia tua dia alam mereka. Baiklah kiranya mendekatkan diri kepada Tuhan yang esa.
Mana lah tahu, ikut jejaknya seseorang yang tercinta. Adalah sedikit bekalan di bawanya.
Tidak mahu tidak, Suraya terpaksa di tunangan juga dengan Anduka. Tidak lah lama ikatan mereka. Cukup haul rujuk hari sekali lagi datang menjenguk diri. Pernikahan keduanya berlangsung lah dengan meriah sekali.
Walau tersimpan luka di hati Suraya, tidaklah dia mampu menahan kehendak raja yang sudah edan kasmaran terhadap dirinya itu. Dilupakan olehnya rasa hati dengan imam muda di sekolahnya itu. Bagi dirinya kini, tiadalah mereka berjodohan. Sudah aturan Tuhan.
Bukan tidak diketahui oleh Anduka akan. duduk perkara. Telah juga Puspa Kemboja mengingatkannya. Carilah sahaja dari sebangsa mereka, atau puteri yang dalam kerajaan kenalan. Tetapi tetaplah sudah pilihan Anduka, tidak mahu dia berberpatah arang, berputih mata. Kerana itu juga dia cepat cepat mengatur rencana.
Meminang Suraya dan meminta pernikahan cepat terlaksana. Agar sah lah sudah Suraya menjadi miliknya dan kerajaan lubuk kencana.
Setelah disatukan, Puspa Kemboja lah menjadi tempat kekanda ipar itu meluah perasaan. Telah dia lupakan segala kisah hatinya. Tumpuan hanya lah kepada suami tercinta, dan berdiam diri di lubuk kencana. Boleh dia balik seperti biasa menemui ayah bonda jika terbit rindu bergentaran. Tiada lagi halangan asal dalam pengetahuan.
Adatlah orang dalam berkahwin. Sesudah itu, melekatklah di rahim. Oleh benih menjadi janin. Membesar elok dalam kandungan Suraya. Tiba-tiba teringinlah badan. Hendak dia makan pengat labu yang dimasak oleh ibu. Bukan tukang masak istana . Mereka tidak dapat menghasilkan pengat labu yang sangat lazat buat santapan. Tetapi tekaknya berasa keinginan.
Air tangan ibu hendak dia suap, memenuhkan impian. Berasa rasa kesedapan, manis labu dan lemak santan. Menggebulah keinginan. Tiada dapat ditahan.
Balik lah dia ke rumah ibu membuat keputusan. Memenuhi kehendak dan mengidamnya diri. Waktu itu, Puspa Kemboja tidak dapat menemani, kerana dia perlu menghadiri keramaian kenalan kerajaan dan menjalankan tugas sebagai utusan perdamaian.
Kanda suami pula tidak dapat di memohon izin pancutan ke rumah ibu ketika itu. Anduka sibuk menyelesaikan persengketaan. Antara penduduk yang berselisih faham. Tugasnya selaku raja, tidak pernah dapat berehat lama lama. Ingin menganggu orang sedang berbicara adil saksama, tidaklah dapat dilakukannya. Bimbang juga jika di marahi oleh kekanda.
Walaupun di beri ucap Pakistan, tidak juga Anduka dapat pergi meneman. Tuntutan seorang pemimpin kerajaan. Lagi juga sedang dalam usaha perdamaian dengan kerajaan sebelah jiran, Istana lama namanya. Utusan yang dihantar pula tidak pulang pulang menunjukkan muka. Sekali lagi terbit mentari. Jika tidak juga dibenarkan kembali utusan nya itu, perang akan dilancarkan.
Oleh itu Suraya pulang ke rumahnya, seperti biasa. Tidaklah dia mahu diorang iring oleh pengawal dan pengawal istana. Biasa sudah hubungan dua alam. In Sha Allah selamat dalam lindung.
Tiba dia di rumah nya, dilihat kosong tiada sesiapa. Pintu rumah juga tertutup rapat daunnya berserta mangga. Dikunci oleh orang tua berdua.
Rupanya ibu dan ayah ke tempat lain untuk menjenguk saudara mereka. Letih lah rasa , kecewa di hati, remuk rendam dia menangis ingin sekali pengat labu idaman Puteri.
Kebetulan dijadikan cerita, berlakulah kekasih lamanya. Imam muda, dalam perjalanan ke masjid yang terletak di sekolah untuk menunaikan tanggungjawab mengajar ilmu agamanya.
Terlihat akan iman, Suraya menangis di tangga rumah. Berbelah bagi rasa di hati Suraya. Hendak di biarkan bimbang akan apa apa yang akan terjadi. Hendak ditanya, moleklah kiranya?
Atas rasa perihatin dan perimanusian, di tanya jua lah apa punca tangisannya. Dari jauh sahaja iman muda itu menyapa. Tidak manis berbual berdua dengan isteri orang pula dipengang nama, permaisuri lubuk kencana.
Berceritlah Suraya kepada bekas kekasihnya. Tiadalah sudah mereka berdua menaruh rasa. antara kedua, sekadar kenalan sahaja. Sudah di tumpahkan cinta dan taat setia, hanya kepada Anduka, suaminya. Betapa dia terlalu mengidamkan, pengat labu sudah sekian lama Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (951)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
500
10h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
1d
0baik
4d
0View All