Homepage/KISAH AINA DI ASRAMA/
21
Berjauhan lagi air mata. Sepelaung jarak mereka, dapat juga dikesan kesedihan melanda permaisuri lubuk kencana. Beruntaian rasa kasihan, melihatkan kenalan dalam kesedihan.
Lalu, menujuklah imam muda. Dikhabarkan akan cuba minta ibunya menyedia apa yang dimahukan barang semangkuk dua.
Sebaik baik tutur kata disebutkan muncullah Anduka dari entah mana. Sesudah selesai segala urusan, hendaklah dia melihat apa kejadian isteri belahan jiwa. Di cari seluruh singgahsana tiada bertemu. Lalu diputuskan pergi ke rumah mertua. Mengatur langkahnya.
Tetapi lain pula yang tersua di muka. Dilihatnya isteri sedang berhujan air mata. Basah lencun mengalir di pipi, sehingga dada. Melihat imam muda, sekonyong terbitlah rasa cemburu menerpa. Panas hatinya. Disangkanya, imam muda itu punya angkara sehingga adinda isteri menangis tiada henti. Tidak dia menunggu lama. Beradu kekuatan lah dia di situ.
Terkejut bulan kepalang Suraya yang menyaksikan. Suami sendiri yang seperti sudah hilang pertimbangan. Lembik longlai, imam dikerjakan.
Katanya tidak padan dengan nama pembawaan. Berlaku mungkar juga rupanya tuan. Tanpa bertanya apa punca.
Adapun sudah salah sangka Anduka. Isterinya menangis kerana melepas rasa. Ingin dia mendapatkan masakan ibunya. Rupa rupanya tiada di rumah mereka berdua. Kerana itulah rasa terkilan. Melepas tangis yang deras umpama hujan.
Setelah mendengarkan kata kata isteri. Bertambah menggelegak rasa panas hati. Sangka Anduka, Suraya menyebelahi bekas kekasih yang pernah bertakhta di hati.
Berpaling dia melihat isteri. Direntap tangan di bawah bergentayang pulang. Isteri yang tidak sampai hati melihatkan bangsanya diperlakukan, meluah lah rasa tidak keruan. Dinasihatkan belahan Sukma, jangan bertindak melulu buta. Kelak binasa badannya kita merasa. Sedangkan duduk perkara tidak diperkosa, sudah dijatuhkan hukuman pula. Salah cara.
Tidak puas hati Anduka. Tengah panas, ditegur pula. Itulah dia senjenis petaka. Di saat itulah, perang putus saudara dan sahabat dimulai. Tidak lagi bangsa lubuk kencana dan manusia biasa dari mana mana dapat bergaul mesra. Suraya tidak lagi di benarkan menjenguk ibu dan bapanya.
Remuk redam hati Suraya mendengarkan keputusan, sedangkan tiadalah salah sebarang perlakuan. Terpisahlah sudah jasad dari penglihatan kedua orang tua yang membesarkan.
Disimpanlah rasa, sehari-harian. Pulangnya Puspa Kemboja ke Lubuk Kencana setelah menjalankan tugas menjadi perutusan bagi pihak kerajaan, dan meraikan sekalian keramaian, disambut dengan esak tangisnya ipar kesayangan.
Diceritakan segala yang terjadi. Tersedu sedan menahan rasa hati. Dinasihati suruh berhenti dan bersenang diri juga tidak mahu dituruti. Semakin hari semakin teruk keadaan iparnya. Kurus kering, melidi batang tubuh. Kerana menanggung rindu kepada orang
tua.
Disampaikan kepada Anduka, kekandanya. Akan keinginan adinda permaisuri yang berbadan dua. Biarlah dia pulang barang seketika, melepas rindu lelah dada memeluk ibu dan bapa.
Tetaplah tegas juga keputusan kekanda Anduka. Tidak lah dia akan membenarkan. Bimbang bertemu atau berpapasan dengan iman dimaksudkan.
Menggeleng kepala Puspa Kemboja. Teruk benar lakunya kekanda. Cemburu sudah bertukar dendam. Tidaklah elok untuk badan dan empunya tuan. Tiadalah dia dapat menyampaikan. Sedu sedan ipar kesayangan. Sehari hari masyhur rupanya yang rupawan.
Menahan awan kerinduan yang semakin memberat berbulan bulan. Tidak dapat makan pengat labu diidam, tidak lah dia terasa terkilan.
Sudah hilang keinginan.
Cuma dia mahu sekali melepaskan kerinduan.
Dirasakan nyawa tidak lekat ke badan, selepas melahirkan. Entah apa difikiran, semakin kuat dinyatakan perasaan. Bimbang juga Puspa Kemboja akan keadaan seperti iparnya.
Puspa Kemboja setia memujuk kekanda. Tetapi tidak pernah membuahkan hasil setujunya. Sehingga genaplah sembilan purnama, sepuluh hari tuanya kandungan kekanda ipar. Tibalah saatnya dia melahirkan.
Ketika itu juga, tidak di benarkan ayah dan ibu bertandang bertanya khabar. Baginya Anduka, terusan dia menaruh sangkaan. Tahulah dia mengapa pernah pinangan dahulu seakan tidak disuka. Imam muda di masjid tua Itulah pilihan ibu dan ayah Suraya rupanya. Itulah yang bermain difikiran Anduka. Sehingga akhirnya, memutuskan perhubungan saudara mara.
Bidan istana bergegas-gegas bersegera, begitu sibuk nampaknya. Menyiapkan kelengkapan menyambut kelahiran. Puteri sulung diraja Lubuk Kencana.
Keluar sahaja anak dari perut bonda. Sempatlah sekejap merasa susu badannya. Putih mulus, tiada bandingan. Matanya bulat, galak sekali memaku pandangan. Pasti tidak mahu berpaling melihat wajah kecil molek itu. Namun, lain cerita kepada bondanya.
Bertambah memucat bibir Suraya, walau telah diberikan air dari Periuk Kera Kencana sebagai penguat badan setelah penat lelah. Telah sampai seruan ILAHI, akhirnya Suraya memejam mata selama-lama.
Membawa bersama beban sarat kerinduan, kerana terpisah daripada ayah dan ibu kesayangan.
Sungguhlah kedua mertua berkecil hati dan terkilan. Hanya utusan menyampaikan khabar kedukaan Sugul kedua orang tua itu.
Tidak dapat mereka melakukan barang sesuatu. Hanya Tahlil dan Yassin dikirimkan, tiga malam berlanjutan. Buat peneman dalam perjalanan si anak yang tidak dapat bertahan. Air mata sahaja yang mengalir, tenang menerima suratan takdir.
Datang juga akhirnya Puspa Kemboja. Diamdiam membawakan bayi Suraya menemui datuk dan
neneknya. Bergembiralah sekaliannya mereka.
Berpeluk tangis mengucup wajah cucu sulung, kesayangan. Tidak tertahan Puspa Kemboja melihat akibatnya persengketaan, kerana salah sangkaan. Teruk sekali akibatnya tidak tertanggung badan.
Cempaka Kesuma, bayi diberi nama. Dikhabarkan oleh Puspa Kemboja, datangnya dia tidak boleh berlama. Ketahuan Anduka, geruh menimpa. Mengangguk-angguk kedua orang tua. Melepaskan cucu kembali ke Lubuk Kencana. Tiada mereka berdua terdaya. Walau telah jatuh kasih dan cinta melihat cucu buat kali pertama.
Tinggallah Cempaka Kesuma bersama ayahanda. Bagi dirinya, hidup hanyalah kena ayah tercinta. Diceritakan oleh ayahanda, bonda gugur kerana olah manusia. Jahat kesemua manusia. Dihasut dan dipasakkan kebencian kepada manusia sekalian, kononnya membikin dia kehilangan teman. Iaitu bonda tersayang.
Bertumbuhlah bibit kebencian Cempaka kesuma kepada manusia, dek didikan ayahanda. Tercapai lah sudah hasrat hatinya,tidak sesekali membenarkan cempaka kesuma, menaruh belas kasih kepada bangsa itu.
Dengan keturunan imam muda juga telah terpalit tinta dalam larangan. Tidak ada sekali menjalin hubungan. Jika boleh, musnahkan dan sedarkan manusia lemah. Biar lelah.
Semasa kecilnya, selalu juga Cempaka kesuma memanda Puspa Kemboja berjalan berdua dugaan. Pernah juga dia dibawa ke alam manusia. Bertemu datuk dan neneknya.
Tetapi, malang tiada berjodohan. Cempaka kesuma yang sudah pandai berkata kata , menceritakan perjalanan yang dilaluinya, menemui manusia bersama Puspa Kemboja.
Semenjak itulah, segala gerak geri diperhatikan. Puspa Kemboja tidak lagi diizinkan membawa Cempaka Kesuma ke mana-mana tanpa pamitan dan penggawa mengiringi perjalanan.
Sukarlah sudah baginya mengatur pertemuan Cempaka Kesuma dengan datuk dan neneknya. Dibawalah perkhabaran demikian kepada kedua insan. Sedih berpanjangan.
Sudahlah anaknya gugur melahirkan juga tidak diizin menjenguk. Satu-satunya buah hati, Suraya itulah pengubat duka dan lara.
Tetapi, sudah suratan takdir begitu cerita berakhir. Gerbang laluan antara kedua bangsa juga telah di jaga persempadanan. Tidak boleh sewenangnya melepaskan atau terlepas ke dalam kawasan larangan kedua kerajaan, manusia dan bunian.
Semenjak itu jugalah, kedua beradik sering berbeza pendapat dan keputusan. Cempaka Kesuma juga telah mengikut ayahanda habis-habisan. Manusia dijadikan seteru untuk disesatkan. Dihirup jiwa mereka, dan dijadikan hamba semuanya.
Itulah asalan cerita siapa Anduka dan Cempaka Kesuma. Tetaplah bagi Puspa Kemboja, ponakannya masih boleh diajak bicara.
Dia khilaf kerana mendengar kata ayahanda yang menaruh benci dan keras kepala. Tidaklah meletakkan kesalahan seluruhnya kepada Cempaka Kesuma. Dia tiada siapa, hanya ayahanda. Bahkan nenda ratu juga tidak didengar nasihatnya. Dek kerana kuat hasutan Anduka, menunjukkan kesesatan semata-mata.
Menaruh kasihan juga kadangkala Puspa Kemboja melihatkan ponakan. Bagai lembu dicucuk hidung, menurut sahaja kata ayahanda yang kesesatan.
Putih Wulan
Sekalian yang mendengarkan, habis terdiam. Melopong mulut Aina demi sahaja kata penutup certia terbit dari mulut Puspa Kemboja. Tidak dia menyangka sedemikian rupanya sengketa.
kak Syasya yang tiada berlengan sebelah, masih memintal tasbih dengan tangan yang ada. Tenang sahaja lagak kak Syasya . Dia antara orang lama di Kampung Ulu Beriang. Ada juga sampai ke pendengaran nga tentang cerita.
Kak Syaysa menerima dirinya kini tidak lagi sempurna seperti dahulu. Mungkin bantuan yang ada darinya juga akan sedikit terganggu. Di sisinya ada rakan lain. Masing masing kelihatan seperti sedang berfikir. Memcu cakera akal untuk membuahkan jalan penyelesaian.
Ingin Puspa Kemboja, membawanya air dari periuk kera kencana untuk menumbuhkan semula yang telah cedera, atas izin Allah Ta'ala. Tidaklah mahu oleh kak Syasya.
Bimbang dia sesiapa yang mengetahuinya akan tercedera pula akidah. Memikirkan ada kuasa lain lebih mengatasi aturan Allah SWT. Itulah lagi dirisaukan oleh dirinya. Hendak meluah apa yang telah di alami kepada sekalian pelajar di sekolah juga berhati hati memilih simpul kata. Bimbang ada yang terpeesong pula kepercayaan. Bahaya kepada seluruh keturunan.
Dijelaskan oleh Puspa Kemboja lagi, kali ini pastinya bukan biasa biasa serangan. Dua kerajaan yang sangat hebat dalam alam bunian bakal bertemu, beradu kehandalan.
Satu lubuk kencana dan satu putih Wulan. Kedua duanya tahu akan lemah dan handalnya lawan masing masing.
"Beginilah, telah hamba memerah akal membuat pertimbangan. Inilah cara, dapat hamba putuskan."
Puspa Kemboja memula lantunan buah fikiran. Berat juga hatinya ingin meluahkan tentang perkara itu. Tetapi itu sahajalah yang boleh dia aturkan. Demi menjaga sekalian yang ada di Putih Wulan.
"Putih Wulan akan hamba serahkan kepada Puteri Aina dan Suri Adjeng Melati untuk memimpin kerajaan."
"Sementara hamba memohon bantuan dari kerajaan Sri nanding, di bawah pemerintahan laman. Dalam sempurnama juga perjalanan hamba."
"Dari sana, hamba akan cuba bawa bonda ratu bersama. Singgah pula ke putih gading cuba dapatkan angkatan tentera dan pahlawan."
"Seterusnya akan hamba menuju ke kerajaan tertua, Istana lama memohon pendapat dan sedikit pandangan dari mereka yang tinggi pengetahuannya akan alam kami."
"Pimpin dan pertahankan selagi ada nyawa dan nadi. Hamba tidak tahu apa akan terjadi tanpa hamba nanti. Nyawa dan badan tiadalah dapat berikan jaminan."
"Tapi jangan semua berduka nestapa atau bimbang. Tetaplah sekalian tuan bersama, jangan berpecah atau bersendirian. Itulah pesanan. Sepanjang pemergian hamba, telah hamba susun tentera untuk mempertahankan."
"Manalah tahu jika ada yang cuba mengintai peluang memecah benteng Putih Wulan."
"Anakanda Suri Adjeng Melati juga telah hamba persiapkan ilmu berlawan. Bukan lah dia sebarangan."
Putus Puspa Kemboja. Panjang amanatnya. Dalam keadaan sekarang, eloklah mereka semua bekerjasama dan terus berjaga jaga. Tahu mana patut duduk jika ada sebarang bencana.
Dalam hatinya, akan dicuba untuk laman menasihati Anduka dan Cempaka kesuma terlebih dahulu, sebelum langkah seterusnya dibuat.
Sudah semestinya laman akan hulurkan bantuan, ianya kerana Puspa Kemboja bukanlah dari lain keturunan. Ayah mereka bersaudara, sebab itulah dia panggil paman.
"Tapi nenda,tidakkah bahaya tindakan pergi bersendirian? Seorang sahaja bergentayang membawa perkhabaran, tiada kah siapa yang akan menemani nya?"
Puteri Aina meluah resah. Bimbang dia Puspa Kemboja akan bertemu susah dalam perjalanan.
"Jangan lah gusar anakanda Suri Adjeng Melati. Pandailah beliau mempertahankan diri nya. In Sha Allah. Lagi pula, senang hamba menyusup ke sini dan sana. Bimbang pergerakan hamba di ekori oleh orang suruhan lubuk kencana. Biarlah hamba berseorangan."
"Pintu masuk kerajaan Putih Wulan juga sudah hamba kuncikan. Kuncinya ada dalam pegangan. Selepas ini akan hamba serahkan kepada Puteri Aina. Janganlah ke mana mana sekiranya tiada yang mendesak berbuat sedemikian. Jatuh kunci ini ke lubuk kencana, payah kita."
Puspa Kemboja memberikan kata balasm Seraya dilayangkan kepadanya segugus kunci berwarna tembaga dan besi lama.
Terdiam terus puteri Aina.
"Biarlah Puspa Kemboja menggembara. Molek sudah cadangan nya itu." Kak raisya menyampuk bicara mengiyakan buah fikiran Puspa Kemboja.
Lama dia berdiam mendengar segala rencana. Dibiarkan sahaja Puspa Kemboja mengatur strategi pertahanan mereka.
Mereka yang lainnya mengangguk mengiakanm Benarlah juga tindakan. Jika berkumpulan, lebih mudah dilihat oleh musuh musuh. Berbeza dengan sendirian. Mudah sedikit mahu menyusup ke mana mana mencari bantuan.
Setelah sudah kata putus diambil. Semua mereka mengambil tempat masing masing di mana sepatutnya berada.
Berdiam Anduka dan Cempaka kesuma ketika itu bukanlah sebarangan, pasti ada tujuan dan rencana. Tidak boleh mereka di Putih Wulan leka.
Tanpa mereka yang di Putih Wulan tahu, ada telinga yang mendengar segala rancangan dan persiapan. Diam diam, menyusup juga tanpa pengetahuan. Kelebihan dirinya yang tidak tertewas oleh Anggerik Bulan putih. Berpura pura dia, turut bersedih. Namun penuh kepalsuan.
Tersungging senyuman di wajahnya. Tangan insan yang sudah lama tidak ditemui di genggaman. Berjalan seiringan. Ada perkhabaran gembira akan dibawakan kepada kerajaan Lubuk Kencana. Sudah pasti dia mendapat ganjaran setimpal dan kenyang berpurnama lama.
Boleh juga dia memohon membawa bersama insan tersebut. Biarlah menjadi hamba kepada dirinya pula. Senyum puas terpamer di wajahnya.
Sementara, biarlah dia mengikut sahaja. Satu ketika akan dia melakukan tugasnya pula. Jangan disangka air yang tenang tiadalah buaya. Besar juga kadangkala yang mendiami Lubuk puaka. Tidak seseorang tewas, boleh jadi menunggu mangsa mangsa semua.
Tiga. Empat. Lima. Sekali gus dibedal oleh nya.
"Kala takbir senja melabuh warna. Pasti akan terbit aroma Anggerik Bulan putih. Menerawang berkeliling merebak wangian. Andai terhidu, hanya biar kan. Mungkin Suri Adjeng Melati melawat dan memerhatikan ni teman....."
______________________________________
"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui ......"
Tamat......
Prakata
Katakanlah wahai Muhammad: Wahai tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa siapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah juga yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang menghina sesiapa yang engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap tiap sesuatu.
Betapa dalam AL quran telah ditegaskan. Allah sebaiknya yang menentukan kuasa pemerintahan dan kehancuran setiap sesuatu mengikut kehendaknya, dan semua ada segala kebaikan. Tiap tiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.
Sungguhpun manusia dijanjikan sebaik baik kejadian, namun kadang kala tetap juga ada ujian mendatang. Lantas tertewas dengan hasutan syaitan yang di rejam. Melupakan agama sebaik baik pegangan. Sehingga tenggelam iman, dalam lautan gelora dugaan. Kita manusia lemah!
Kak raisya,
Dia adalah pemerintah. Dia khalifah yang sepatutnya menjaga keluarga kecilnya. Tetapi dia mudah sahaja terpeesong akal yang waras, kerana kehendak diri dan sahabat. Ianya menjadikan nafsu sebagai raja di hati, mengemudi.
Tidak lah disangkal lagi. Memang sudah berjanji, akan di goda anak Adam. Sehingga nyawa bercerai dengan badan. Akan di hasut supaya mengikut. Terhumban ke neraka jahanam, sama sama berpaut.
Walaupun tanpa sedar dosa yang telah dilakukan. Sepatutnya bila akal waras, menyekat nafsu dan keinginan.
Dasar manusia sifatnya tamak.
Membuka ruang menunduk kepada kemahuan syaitan.
Akhirnya kak raisya menjadi hamba kepada bangsa itu. Ianya terikat bicara. Jiwa dan jasad terpasung oleh Cempaka Kesuma, dari lubuk kencana. Anak raja yang tidak dapat disangkal hebatnya dia. Gembira dan bangga ayahanda nya Anduka.
Seorang lagi manusia lemah memberikan janji. Janji puaka yang perlu ditepati. Jika dimungkiri, padah akan menimpa. Menghapus seluruh keturunan dan sahabat, waris dan akhirnya suku. Menjadi hamba tidak terlepas lagi.
Tiga sumpah janji di meterai, dengan bangsa kerajaan lubuk kencana....
_________________________________________
Berjayakah Putih Wulan mempersiap bantuan dan menangkis serangan? Atau sekadar bertahan?
Tetewaskah mereka di tangan Anduka dan Cempaka Kesuma yang mengumpul kekuatan semula?
Bagaimana halnya dengan Alisa dan Aina?
Bagaimana pula dengan sara dan rakan rakan dan senior yang lain?
Di mana cikgu ketika murid hilang?
Siapakah gerangan suruhan lubuk kencana yang berjaya menyusup ke putih Wulan tanpa sengaja?
Semakin banyak kisah dan persoalan bertebaran. Ditinggalkan seketika bersama kerajaan putih Wulan. Manalah tahu, akan muncul kuasa kenalan yang membantu mereka melawan lubuk kencana yang bernafsu seperti syaitan.
Tentang penulis
Bismillah saya membuka bait kata dengan merafak sembah kesyukuran kepada Allah, yang mencipta akan sesuatu bersesuaian dengan kehendak dirinya sendiri. Beserta sesuai pula fungsi dan guna.
Lahirnya Aina bukan sesuatu yang biasa. Beliau seolah olah di seru seru mengolahnya. Inilah sebenarnya apa yang dirasa. Sehingga adakala dia diserang lelah dan meremang yang tidak diketahui puncam Meninggalkan papan kekunci seketika /, meraih nafas semula.
Uniknya Aina bermula dengan sepatah perkataan. Nama Aina itu sendiri yang akhirnya ilham mencurah curah bagai air hujan menyimbah bumi.
Hi semua nama saya Amirah. Saya berasal dari Malaysia. Maafkan saya terpaksa tulis tentang diri sebab nak cukupkan patah perkataan. Kalau korang nak sambungan cerita ini korang kena beli sendiri dekat madam Yui pun web. Saya guna cerita dia dan ubah suai sedikit. Nama tajuk cerita ini yang sebenar adalah Seroja.
Korang pergilah follow Instagram dan Facebook dia ya. Terima kasih sudi membaca. Saya masih lah bawah umur ya. InshaAllah untuk novel seterusnya saya akan perahkah seratus peratus dari kepala otak saya.
Kalau ikut pendapat korang lah kan? Korang suka cerita cinta ataupun seram. Boleh tulis dekat komen. Nanti saya akan buat sendiri. Tunggu tau. Novel seterusnya adalah novel cinta.
Sebarang pertanyaan boleh direct massage Instagram saya iaitu mirah_syg. Saya harap anda semua gembira. Maaf kerana terlewat saya positif Corona virus.
Terima kasih ya yang sudi komen positif dia ruang komen. Jangan lupa juga doakan saya untuk exam saya pada masa akan datang. Doakan saya berjaya dunia akhirat.
Mirah juga turut minta maaf kerana mencampur pelbagai di dalam bab ini. Mirah mintak maaf jika ada banyak kesalahan ejaan. Mudah akan cuba membalas semua komen yang terdapat di ruang komen itu. Jika tak sudi membaca kalian juga boleh main scroll scroll untuk kumpul points.
Doakan Mirah berjaya ya kalian. Murah juga akan turut doakan kalian yang sudi membaca ini berjaya dunia akhirat. Dapat apa sahaja yang diingini. Dan akhir sekali sentiasa murah rezeki. Berjaya dalam apa sahaja yang diminati. Jangan lupa tulis tau korang suka baca cerita apa cerita seram cinta atau apa apa sahaja. Tulis tau.
Selamat tinggal dan salam sayang dari Mirah untuk semua yang membaca.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (951)
Share
End
Recommendations for you
500
10h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
1d
0baik
4d
0View All