3

Sara , kita makan luar nak tak hari ni kita outing lambakan kita tak outing. Mahu?" ”Dont worry nanti Aina belanja cakap je nak makan apa ." Tanya Aina.
Dalam fikirannya, hanya mahu mencari lain suasana menikmati pagi Sabtu itu.Mungkin akan kurang sedikit rasa walang dihatinya.
" Boleh juga. Lama kan tak outing.Boleh juga hirup udara luar selain dari asrama je kan . Cuaca pun nampak elok je kan?" Balas Sara tanda bersetuju.
Sebaik sahaja bersiap mereka merancang untuk pergi menunggu teksi di hadapan sekolahnya.
. Ketika sedang menunggu bas Aina rasa seperti mahu terkencing . Lalu dia pun meminta izin Sara untuk ke tandas terlebih dahulu . Jadi dia gunakan tandas yang berhampiran .Tandas itu sudah lama tidak dimasuki orang .
"Allah!"
Jerit Aina.
Spontan tangan nya terus menuntup muka . Sekarang akan suasana menjadi terlalu sepi ketika memasuki tandas Itu. Tiada suara seperti budak lelaki bermain bola sepak di luar. Sedangkan tandas itu berhampiran sahaja dengan padang .
Selepas Aina siap membuang air di ternampak seolah olah sesusuk tubuh seakan akan manusia. Berdiri kaku di hadapan tandas paling hujung sekali.Dan kerana itulah dia menjerit terkejut. Lalu dia pun membaca suratul Alfatihah dan ayat Qursi di dalam hati.
Perlahan Lahan dia berlari ke arah pintu untuk keluar dari tandas itu. Apabila dia keluar tandas kembali semula bunyi kanak kanak bermain bola sepak.
Selepas dapat keluar Aina terus berlari ke arah Sara.
"Ermmm sara!" Kata Aina dengan nada ketakutan .
"Ye Aina . Sini lah teksi dah sampai. Kenapa"
Balas Sara , sambil melambaikan tangan dari arah teksi.
"Kita pergi ke Pavilion je lah"
Kata Aina. Sepanjang perjalanan di selalu pandas ke belakang untuk memastikan benda yang dia pandang itu tidak ikutnya kemana mana . Alhamdulillah tiada apa dari pandangan nya.
Apabila sampai di Pavilion mereka bergembira membeli belah. Selepas selesai mereka berdua pergi ke kedai makan .Mereka makan dengan penuh rasa syukur. Mereka makan nasi lemak.Walaupun kedai itu kelihatan ramai orang tetapi mereka tetap dapat layanan yang baik.
Terbahak bahak mereka tertawa,lucu mengingatkan kisah masing masing .

"Alahai, tertumpah pula".
Kesal suara Sara bertutur kata . Air sirap yang sedang diminumnya habis tertumpah membasahi pangkal peha.Sara rasa bersalah .
"Ermmm Aina maafkan saya , izinkan saya ke tandas jap ye ."
Tergopoh gapah Sara berkata sambil berlari ke arah tandas.
Dia yang selesa makan pakai tangan ,tidak sengaja , tergelincir dari pautan jari , maka cawan air yang diminum semua tertumpah.

Aina hanya menggeleng kepala dan tolong lap air yang di minum oleh Sara . Oleh kerana dia berasa malu . Jadi Aina terus ke kaunter bayaran dan membayarnya . Selepas itu dia mencari Sara.
"Sara awak oleh tak pakaian awak basah ye jom lah balik saya dah call teksi "
Pantas Aina berjayakan nya pada Sara . Apa yang Sara mampu buat dia mengangguk kepala dan mengikut Aina pulang ke Asrama.
Apabila sampai di asrama Aina menyuruh Sara pergi terlebih dahulu kerana dia mahu mengambil buku di security dan serahkan pada warden.
Ketika dalam perjalanan Aina ke bilik warden tiba tiba hidung Aina menangkap satu bau.Bau yang pernah dihidunya.Aina pun berhenti seketika di tengah jalan ,taktala bau harum itu sekali lagi menusuk rongga hidung.
Berkerut dahi Aina,dia pun pandang ke kiri dan kanan untuk mengenal pasti dari mana arah datangnya bau itu.Serta merta bulu Romany juga turut naik. Dia masih ingat akan bau itu.
Tanpa membuang masa Aina terus berlari menuju ke bilik warden. Selepas selesai menghantar buku itu dia terus berlari ke arah biliknya.
Berderap-derap lantai dipijak Aina,Berdegup kuat jantungnya seakan baru tamat acara pecut.Sampai di bilik di mana senior ,junior dan kawan kawannya berada,Aina berhenti dan mengulas senyum manis. Peluh di dahinya juga turut dilapnya. dengan menggunakan baju yang dipakainya..
"Kenapa awak ni Aina ? Berlari macam ada benda je kejar awak?"
Tanya Sara tidak bertangguh lagi apabila melihat Aina mengucap mencari nafasnya dua tiga kali. Sara akan dapat menangkap riak kalut dan cemas cucunya.
Tajam renungan Sara mengharap sesuatu dijelaskan oleh Aina.Aina faham renungan itu. Namun, Aina buat seperti tidak mengerti..
"Maaf lambat. Ada hal sikit tadi. "
Lantas Aina menarik dan mengajak Sara menyiapkan kerja sekolah . Tidak dijawab soalan kawannya itu. Biarlah apa yang dirasa, disimpan dahulu ketika ini .

"Errmm Aina , mana pen aku yang kau pinjam untuk tandatangan buku tadi " Soal sara.
Ah! Kenapa dengan kau ni Aina . Pen aku pun boleh tertinggal kat bilik warden . Takkan nak masuk bilik warden semata mata nak ambik pen aku je.
"Sorry Sara aku terlupa , sorry sangat sangat""
Pantas Aina menjawab dengan muka bersalah . Dia tahu akan salah dia..
"Eh takpelah aku ada banyak lagi pen , aku faham kau ada masalah "
Oleh kerana Sara tahu Aina seperti menyembunyikan masalah jadi Sara hanya mampu memaafkannya. Lagipun sebelum ini Aina ini seorang yang tak pernah berkira apa yang Sara nak pinjam dia bagi je.
"Jomlah baca buku bahasa melayu"
Pandai Sara mengubah suasana yang tadi seperti ada yang tidak kena . Walau pada pengamatan Sara , dia pasti bukan soal buah hati yang menggangu fikiran Aina.
Hatinya dapat menangkap sesuatu yang lain sedang cuba menanti masa menemui Aina.
Ya, dia yakin dan pasti .
"Dia " cuba menegur Aina.
Tidak dapat tidak, aku perlu cepat bertindak. Aku perlu melakukan sesuatu.
fikir Sara, Jika dibiarkan semakin parah.
Dalam diamnya itu , Aina masih lagi ketakutan apabila mengenangkan apa yang terzahir dia matanya tadi. Sewaktu dia berada di tandas lama tadi . Apa yang dia lihat, rasa sebolehnya mahu disuarakan kepada kawan rapatnya iaitu Sara.
Melihat bayangan susuk itu berpeluktubuh berdiri, membuatkan hati kembali meracau. Dia tidak lagi terdaya mahu menyimpan rahsia itu. dengan bau-bau wangian yang semakin kerap dihidu oleh nya.
Fikirannya kusut dan tertekan.
Aina kemudiannya hanya tersenyum. Biarkanlah dahulu.Apa pun malam ini penentunya.Aina akan bertanyakan dan minta Sara dan kawan kawan sebiliknya menjawab setiap satu persoalan yang mengasak fikirannya.
Pada keesokan harinya, Aina tidak terganggu lagi dengan kemunculan kelibat susuk tubuh misteri. Seruan namanya juga seakan berhenti. Bauan wangi belum hinggap di rongga hidungnya.
Seakan-akan segala yang pernah dirasai, tidak pernah menimpa diri.
Maghrib semakin kelam, Aina baru sahaja melipat telekung yang digunakan dan mahu letakkanya di tempat yang sepatutnya..Agak lama solatnya kali ini .. Tidak lupa bacakan surah yasin buat sahabatnya Alisa..

Semoga Alisa tenang disana .Aina tiba tiba terkenang pada sikap Alisa. Pada kejadian itu berlaku dia tidak faham akan apa apa.. Hanya gambar dirinya bersama Alisa menjadi peneman dikala kerinduan menjengah secara tiba-tiba.
Aina juga teringat Alisa adalah kawan yang tak pernah berkira . Ada selalu diskusi dia. Ada ketika Aina sedang menangis dan memerlukan.
Cuma melalui mimpi-mimpi yang kadangkala rasa seperti benar benar berlaku.Sehingga di berasa tidak mahu terjaga pada hari hari tertentu.
Dalam mimpinya yang bertemu, Alisa selalu mengatakan sesuatu. Tetapi tidak difahami Aina yang ketika itu , belum faham apa apa. Dia bermimpi bersama Alisa iaitu rakan baiknya . Dalam sebuah singgahsana. Cantik dan menawan pandangan.
Sekeliling tempat itu, ada pokok bunga anggerik bulan putih iaitu bunga yang selalu mereka berdua lihat bersama-sama ketika sedang berbahagia. Aina dan Alisa berpimpin tangan , menyanyikan lagu kegemaran mereka. Tetapi dengan tiba-tiba datang satu lembaga hitam yang amat menakutkan sekali rupanya.
Lembaga itu menarik Alisa dengan cukup ganas. Sehingga Alisa terbontang-banting cuba mengimbangi diri dari tersungkur mencium tanah. Cuba dilibas dengan selendang yang selempang di bahu , tetaplah tidak mahu menghentikan perbuatan makhluk itu. Akhirnya, memisahkan Alisa dari pegangan Aina.
Menjerit meraunglah Aina berairmata. Terjaga terus dari lena. Apabila seorang senior kesukaannya menerpa ke biliknya, tiadalah satu pun kata-kata mampu dibicara. Hanya tangisan tersedu-sedan mengganti tajuk perbualan.
seringkali kakak seniornya iaitu kak Fathia memujuk , katanya kepada Aina itu hanya mainan tidur sahaja. Setelah mata seakan membengkak , kerana banyaknya menangis dan hidung tersumbat teresak-esak Sarah dan Senior datang dan mendakapnya erat sekali.
Walau ramai yang datang mencuba , untuk menggantikan Alisa. Tetaplah Aina menolaknya. Tidak akan diganti walaupun apa terjadi.
Tidak lama kemudian Sara datang di samping Aina .Di tangannya ada sekeping gambar lama . Tertanya-tanya Aina apakah makna .Tanpa suara Sara menyerahkan gambar itu kepada Aina. Bila melihat dan merenung, kelihatan jelas seorang wanita memakai tudung.
Bukan main cantik tidak terperi. Raut lembut dan kemas gera geri. Terlekat persalinan elok sekali. Berdiri serong, terkena sinaran mentari. Menyerlah sekali kulit yang mulus, sepertinya sutera yang licin dan halus.
Puas Aina membelek dan mengkaji siapa gerangannya, akhirnya mulut sara berkata
"Itu Alisa kan , dia adalah sepupu saya "
"Saya tahu sebelum awak masuk sekolah ini Alisa banyak cerita pasal awak apabila cuti "
"Apabila saya dapat tahu yang awak masuk sekolah ini sebab nak lupakan kawan baik awak tu Alisa saya jadi teruja sangat nak rapat Ngan awak"
Sara kata lagi, Alisa seorang yang sangat baik dan kalau betul dia sayang kan seseorang dia takkan lupakan orang itu walaupun dia dah mati . Dia mati sebab sakit jantung.
Sedari itu,hanya kisah itulah yang ni semat ke dada. setelah lama melamun diri , memandang semangat layar kenangan kembali. Dikesan air mata yang menakung dan membasahi pipi. Aina mula menyedar diri. Dikeliling jam di dinding bilik . Jarum tepat ke angka 9 malam . Fikiran Aina beralih kepada kejadian yang dialaminya sejak pagi lagi.
Tentang kelibat susuk manusia yang tidak diketahui siapa?
Tentang namanya yang diseru oleh seorang yang tidak dikenalinya?
Tentang bauan wangi yang semakin kerap menusuk dan menerbitkan kerinduan, kadangkala ?
Tentang apa yang disorok oleh Sara?
Semua persoalan itu semakin mengasak jiwanya. Terasa tegang belakang tengkuk dan bahu. Baru sahaja Aina menguak sedikit rambut lurus pada bahu itu , dia berasa seolah-olah ubun ubun kepala diusap.
Damai.
Menyenangkan sekali auranya. Sejuk terasa, semacam Semilir angin menyentuh lembut. Setengah dengan cara itu juga, terbit bauan wangi yang selalu hadir.
Semerbak aroma memenuhi ruang bilik Aina. Suasana menjadi seolah olah berdengung. Pegun seketika. Terbuai seketika perasaan Aina.
""Aina.... Aina....... ""
Sebaik nama diseru, mendadak berpaling Aina. Tetaplah kepala cuba melihat siapa yang menyentuh.
Senior kah?
Mustahil.
Dia terdengar suara senior berzikir dan berborak di bilik Senior yang lain. Keadaan bilik yang tadinya dirasakan berdengung. Kembali ke asal.
Kosong. Tiada apa yang dilihat di ruang mata. Sekeliling biliknya sepi.
"Aina . Jom pergi ke kantin bersama sama"
"Baik sara kejap"
Tidak menunggu lama Aina keluar dari biliknya.
Sah.
Bukanlah Sara atau senior yang menyeru aku tadi. Tidak mungkin juga Sara atau senior yang menyentuh dan mengusap bahu ku.
Tapi, siapa?






Book Comment (952)

  • avatar
    aaWawa

    besttttttttttt

    1h

      0
  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    1d

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters