5

Dicium-cium oleh Aina. Agak harum juga baunya. Lembut. Tidak menusuk seperti bau mana-mana pewangi bilik Aina yang sememangnya dari jenama terkenal. Seperti biasa pula Aina dengan rumahnya bunga anggerik yang baru temu ingat itu. Aina terus menggelek jambak bunga tersebut.
Sambil menyanyi kecil, Aina membawa bunga terus menuju ke bilik Dorm nya. Mahu dikongsikan penemuan istimewanya pagi itu dengan Sarah iaitu rakan baiknya. Biar sama-sama menghayati indah dan cantiknya anggerik bulan putih yang mereka sukakan.
Sara yang melihat rakannya mula menunjukkan muka, menyambut kehadiran dengan senyuman.
Tiba-tiba mati lerek senyum gadis itu berganti dengan bulatnya mata yang membuntang, melihatkan apa yang dipegang oleh Aina.
Berderau darah mudanya. Berasa menyerbu terus naik ke muka, hingga ke ubun-ubun kepala. Sejuk salju terus pucuk jemari kaki dan tangan colour melihat rakannya membawa sesuatu.
"Aina!"
"Mana Aina dapat bunga tu?" Walau masih bersisa budi santun baik bicara, namun suara cemas Sarah tidak dapat disembunyikan dengan baik.
Hampir terlepas jambak bunga anggerik dalam pegangan, kala suara Sara melantun, menghunus ke gendang telinganya.
Terpinga-pinga sebentar Aina memandang Sarah dan bunga yang dipegangnya. Bersilih ganti. Bingung dia. Terkaku seketika. Mengapa Sara meninggikan suara?
"Why , Sara , Aina ambil dari depan pintu Dorm kitalah."
Tergagap-gagap dia memula bicara. Mencari atur susun kata agar Sarah dapat mendengar dengan tenang hati, dan mengerti. Tidak diketahui ,mengapa Sara naik riak tidak suka dalam suara .
"Begini sara , seperti biasa pagi-pagi, Aina buka tingkap dan pintu."
"Tapi , tadi Ina tengok ada bunga ini, diletakkan betul-betul di harapan pintu kita."
"Puas Aina cuba mencari-cari siapa yang menghantarkan bunga ke sini. Aina ingat senior ataupun orang sekeliling yang letak. Sebab Aina aku ada beritahu mereka. Aina teringin nak tengok dan pegang anggerik liar."
"Apa lagi, bunga anggerik bulan putih ni weh, cantik gila kan"
Lambat-lambat Aina menerangkan.
Kendur terus pula mata Sara. Tersedar dirinya sudah terlajak madah. Termarah-marah, walau tidaklah keterlaluan. Cuma rasa terkejut melihatkan bunga anggerik bulan putih yang tiba-tiba dipersembahkan.
Lantas, digamitnya kawan karibnya.
Menghantar pesanan kepada kawan, agar mendekat seperti selalu. Ada sesuatu yang ingin diberitahu. Harapnya Aina faham dan tahu mengapa dia bertindak begitu.
Duduklah Aina bersimpuh dengan ayu, di tubir tilam rakannya. Betul betul disisinya. Tangan Aina di raih. Sebelah tangan langi, mengambil anggerik yang dipegang Aina, diletakkan di tepi duduknya.
"Aina, siapa yang meletakkan anggerik bulan putih ini, aku juga kurang pasti."
"Apa yang lebih penting, aku tak mahu Aina ambik dan bawa masuk dalam aspuri ini lagi."
"Aina faham kan . Kerana anggerik inilah, rakannya Alisa.........."
Terputus bicara Sara . Terlanjur kata . Berdecit mulutnya, bila mana tersedar sudah terlanjur bicara pula. Terbuka apa yang tidak sepatutnya.
Aina yang mendengar sara mula menyebut nama Alisa, mengangkat wajah. Seperti Sara mahu berkisah. Menerangkan sesuatu yang nampaknya payah. Terus dia laju bertanya.
"Kerana bunga anggerik ini?"
"Kenapa dengan dia? Apa yang berlaku? jawab sara?" Soal Aina tidak sabar.
Dapat Aina rasakan, ada sesuatu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan. Mungkin kah dirinya dipermainkan kan? Atau hanya khayalan semata-mata, lalu otak memutuskan untuk mendengar jawapan.
Sara memandang tepat ke anak mata Aina yang sarat dengan tanda tanya. Dapat dilihat oleh matanya, rakan karibnya itu sedang terluka. Terhimpit sesuatu yang perit. Tidak tahu mahu mengubah sakit. Sara mengukir senyum semula.
Ternyata pengalamannya selama menghampiri seabad hidup, mampu menutup bicara yang tersungging lajaknya.
Tidak dinafikan terasa sedikit membiru di wajah, dirasakannya. Kerana terlepas sedikit lanjut bicara. Hampir membuka rahsia. Rahsia yang tidak patut diketahui oleh sesiapa.
"Oh bukan . Maksud aku kerana bunga ini, bunga kesukaan Alisa."

"Alisa, kawan karib MU suka bau bunga ini. Melihat kuntum kuntuman putih yang bersih sangat melekakan dia."
"Ibu mu menyanjung bunga ini. Itulah yang membuat Sara sedikit terkejut. Bercampur sedih dia merindukan dia yang telah tiada, bila bermain ditatap lama-lama"

Tutup sara mengakhiri bicara.
Bergenang air dalam kolam mata tuannya. Berkaca-kaca. Sisa hidup yang ada hanya gagah kerana menantikan kasih yang dia yakin akan pulang juga. Walau tidak pasti bila kah masanya akan tiba .
Manakala Aina sudah pun meniaga air mata yang menuruni pipi. Sayu dan tersagat hati dikala nama rakannya meniti. Sarat rasanya menanggung kehilangan yang tidak bertepi.
"Aina juga sama , Sara. Aina rindu gila dekat Alisa. Sangat rindu."
Bertambah esak, Lingga serak suara Aina menutur kata. Dipeluk erat tubuh Sara.
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang bagai mahu koyak retina, juga sedang mengalir air mata. Mengenangkan insan yang tersayang menangis hiba. Di seka dengan hujung jari runcing nya. Didodoi hati ini kembali. Sambil berlalu pergi dari tempat dia berdiri dia menyaksikan kesedihan dua pasang sahabat itu.
Suatu masa, yang rahsia bukan lagi rahsia. Kita akan bersatu juga.
Bait-bait gurindam pilu hanya berlagu dalam hatinya. Begitu terhiris perasaan .
Apakah daya. Janji diberi perlu ditepati . Perlu dilunas tiada beralasan. Perlu dijelas. Tiada kuasa melawan kehendak sebuah isi janji. Jika itu pertaruhannya, maka sesekali jangan dimungkir. Berat taruhannya. Bukan kepala sakit jiwa. Bukan sedikit perlu merana.
Setiap yang berlaku ada asbabynya. Ada yang setia ,tidak kurang juga yang sebarang memungkiri kata.
Senior yang bernama Syasya iaitu senior kegemaran Aina.
Syasya tenang memerhati kawasan sekeliling sekolahnya. Kebanyakan bunga yang menjadi hiasan, adalah Bunga kegemarannya iaitu Anggerik. Cantik sekali. Ada juga bunga-bunga yang disusun berselang seli tapi tidak sebanyak anggerik liar yang menguasai.
Ada juga seri pagi berwarna ungu, menjalar keliling pagar kayu kecewa yang memang di Bina oleh pihak sekolah. Di bawahnya merengek bunga dahlia menguning manis sekali. Tidak dilupa mawar merah, kuning dah putih pula berkelompok diletakkan di penjuru halaman.
Paling banyak dan tidak terlawan, sudah pasti Anggerik Bulan putih yang tersayang,menjulur disokong kayu-kayan yang dibawa asli dari hutan, berbagai alir lengkoknya. Menambahkan lagi cantik anggerik liar, sama seperti tumbuhnya di tempat semulajadi memaut pada kayu Kayan.
Sejenis lagi anggerik yang turut ditanam ialah anggerik merpati. Bentuk kuntuman baunya memang kelihatan seperti burung merpati senang bertebangan di awan. Kurus sedikit kelopaknya. Walaupun putih juga warna , tetapi tidaklah terlawan warna cantiknya anggerik bukan putih yang menjadi kesukaan.
Semua buku itu ditanam sendiri oleh pekerja sekolah dan dijaga juga oleh Syasya dan rakan-rakan.Pekerja juga ada sahaja fikiran kayu yang dihasilkan untuk menyokong hiasan tanaman. Sama semuannya sukakan kedamaian dan kecantikan.
Melihat bunga-bunga yang segar ibarat membaca sayang dan cinta mereka. Sesetengah bunga memang ditanam tidak kurang juga yang dikutip dari hutan.
Hidup elok segar dan selalu berkembang di halaman sekolahnya. Dan yang tergantung di sekeliling kebunnya. Kesibukan dengan urusan seharian tidak mematahkan semangat keduanya untuk mengelakkan kawasan sekolah.
Syasya
Walaupun hidupnya penuh dengan kesibukan dengan bahagi masa antara belajar tetapi hidupnya tidak pernah dipersiakan. Dia pandai membahagikan masa antara belajar menanam pokok dan menjaga pokok dan uruskan dorm.
Manis menawan ,tiada tandingan. Syasya seorang yang sangat terkenal di kawasan sekolahnya kerana sangat bijak belajar seorang pembersih dan sangatlah baik. walaupun sedemikian beliau tidak pernah riak dan takbur.
Rakan-rakan sebaya syasha juga tiada seorang pun yang pernah merasa kurang senang dengannya. Walau tikus dikurniakan wajah yang sempurna. Berbentuk bujur sirih hidung terletak elok alis mata terukir, bulu matanya melentik umpama bulan sabit, kulit kuning langsat elok terjaga, Syasya tidak pernah sesekali meninggi diri.Hidupnya serba sederhana.
Kerana itulah Syasya mempunyai banyak kawan yang cuba untuk rapat dengannya. Bagi rakan karibnya ibarat mendapat bulan yang jatuh ke riba. Sudah elok Paras rupa baik pula pekertinya. Masa dia mahu menolak Tuah. Mempunyai kawan yang cantik baik budi. Senang hati dia menerima gadis itu . Walaupun hidupnya tidaklah sesenang orang lain tetap menjaga maruah dan agama.
Ternyata Syasya tidak salah meletakkan agama di tempat pertama melihat rakan-rakannya. Syasya bahagia dengan rakan-rakannya. Walaupun dia tahu ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kebijakannya.
Syasya juga tidak kurang usaha. Rajin membantu orang sekeliling menolong menjual makanan di kantin menolong tukang bersih untuk cuci lantai dan banyak lagi.
Kehidupan Syasya sangat tenang . Jauh dari hutang . Tidak ada yang menyimpan dendam merosakkan. Beliau memilih untuk sentiasa berbaik sangka kepada semua. Semua pelajar dianggap seperti ahli keluarga. Tidak kedekut atau berkira-kira.
Tiada yang menghimpit perasaan. Umurnya baru 17 tahun . Sudah dipaksa masuk ke asrama .

Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    1d

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    2d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters