8

Masih bertegas.
"Sudahlah Anduka."
Celah Alisa . Halus suara tetapi cukup memaklumkan noktahnya.
"Telah kau pesongkan akal waras sahabatku. Kau tusuk jarum hasutan mu tika itu. Hingga akhirnya jasad dan jiwanya kau musnahkan."
"Beliau telah kau serahkan kepada Cempaka kesuma sebagai gelang ganti. Hanya kerana Sarah ingin bijak pandai sekolah."
"Tidak cukup dengan itu kau rakus dan tamak. Diriku juga kau ingin hidup jiwa. Mujur Syasya datang menyelamatkan keadaan."
"Aku relakan jasad ku hilang dalam paksa. Hanya untuk menjadikan anakmu Cempaka kesuma kelihatan menawan seperti sekarang. Namun bukan semudah itu jiwa ini akan ku lepaskan. Cukup sudah atas sumbang lakumu. Kerana aku telah berjanji mempertahankan sahabatku, Aina."
"Pergilah kau.!"
"Pulanglah kau sana. Ke tempat asalmu, Lubuk Kencana !. Dunia bawah tanah itu tidak sesuai berada bersama kami di sini."
Amat lembut tutur bicara tetapi tersebar ketegasan Alisa. Ada sedikit taburan diberikan melalui kata yang disusun.
"Hergghh ....."
Tiba-tiba Cempaka kesuma mengeluarkan suara. Selayaknya menderma dalam.
"Diam kau Suri Adjeng Melati!"
"Anak tidak kenang budi dan jasa! Lahirnya hanya menumpang rahim orang lain. Kau adalah warisku ."
Bentang Cempaka kesuma. Beria ria dia menghamburkan rasam Terasa dicabar dirinya.
Terpamer raut berang yang bukan kepalang. Tajam matanya menikam. Jika sesiapa yang memandang dirinya ketika itu, nescaya boleh terbeliak biji mata.
Walau cantiknya masih bersisa , tetapi melihat tingkahnya berfikir dua kali andai sesiapa mahu mendekati.
Kini tersingkap hijab kisah Alisa.
Satu jiwa dalam dua dunia. Di dunia nyata manusia Alisa namanya. Tetapi di dunia lubuk kencana, dia adalah waris antara Cempaka kesuma.
Dia bukti dan hasil pencampuran di dunia. Dunia yang tidak dijangka oleh manusia.
Sememangnya tidak terlintas oleh akan fikirkan kita. Tapi , tiada apa yang mustahil jika atas izinnya. Wallahualam. Kejahatan Laqqus, syaitan yang menyesat kan manusia yang lemah.
.
.
.
.
Upah ..!!! Tempik Cempaka kesuma .
"Geruh menanti . Ingat !" Sambungnya lagi dalam kemarahan.
"Bersedia kah kamu semua wahai manusia yang lemah?"
Serentak Anduka dan Cempaka Kesuma meluah bicara. Sengaja ditekankan perkataan lemah. Selayaknya amalan syaitan. Cuba meniup amarah dalam diri dan jiwa manusia seperti kak Syasya.
"Allahuakbar !" Laung Kak Syasya segera.
Kak Syasya dapat menghidu dua musuh cuba memainkan rasa. Nafsu amarah sengaja dipancing agar mudah alpam
Andai leka.
Bermakna, membuka peluang untuk kedua makhluk itu mencuri ruang.
Alisa tidak membalas. Hanya senyum menggaris di bibir mulus. Telah terbiasa dia dengan cara kedua makhluk itu mempermain jiwa.
Hanya jari-jemarinya semakin kejap memegang hujung selendang. Selendang yang satu ketika dahulu kepunyaan seseorang.
Pemberian Cempaka Kesuma.
Bukan calang hebat kuasanya. Dapat menggerak dan merubah duduk seseorang dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sekelip mata. Pendek kata memikirkan sahaja di mana berada lantas pejamkan mata. Pabila kelopak terbuka batang tubuh telah sampai ke destinasinya.
Bukan sekadar mempercepat waktu tetapi amat ampuh dijadikan senjata pertahanan diri. Mampu menewaskan haiwan buas yang tidak terlawan dek kudrat manusia biasa. Apalagi gangguan segala jembalang dan puaka yang cuma menguji.
Kerana selendang sakti bernama cinta anggun Dewi datangnya dari kalangan bangsa yang tinggi darjatnya dalam dunia sana. Darah keturunan raja memerintah lubuk kencana sahaja memilikinya.
Syukur merafak sembah, salendang cinta anggun Dewi berada dalam genggaman tangan yang tepat pemilihnya.
Tidak berkelip-kelip Aina melihat suasana ketika itu. Bagai akan ada pergaduhan besar berlaku.
Walau bagaimana hebatlah lakonan nya. Walau tinggi kuasa dan ilmunya. Siapa pun kita, tetaplah juga makhluk kepada Khaliq.
Maha pencipta.
Kita hanyalah hamba.
Kehebatan Alisa bukan kepalang. Walau jasad tidak dapat suwenang dipandang oleh mata kasar manusia, tetapi ilmu agamanya bukan mainan anak. Siaga dengan langkah dan bunga silat yang diajarkan oleh Syasya.
Kedua mereka telah siap menunggu buah langkah serangan musuh. Suasana yang tadinya elok diselubungi kabus nipis.
Kelihatan kaki Cempaka kesuma dan Anduka perlahan-lahan tidak lagi menjejak ke muka bumi. Mereka mengumam semula . Butir yang tidak dapat didengar dengan jelas sebutannya. Ada bunyi seperti serapah .
Apa yang pasti tidak dapat difahami oleh kak Syasya, Alisa , apa lagi Aina.

Aina terkaku.
Kakinya pergi tegak terpasang ke lantai bilik dorm itu.
Dia yang sedari tadi mama hati merangkul kuat lengan kakaknya. Tanda gusar dan bimbang bersarang di hatinya. Dia tidak pasti apa yang dia rasa. Apatah lagi hendak melakukan apa-apa.
Pada ketika itu , membulat mata kak Syasya memerhati gerak lawan. Walau kelihatan seperti tenang sekali beliau berdiri. Tidak berkelip-kelip kelopak mata.
Pun begitu di sisi kanan jari jemari kak Syasya, terus-terusan teratur mengguli biji biji tasbih yang sememangnya selalu dibawa. Sebelah tangan yang satu lagi ke belakang badan diletakkan.
Memperkemas dirimu Nampaknya kak Syah Syah juga dapat membaca dan gerak geri.
Alisa pula , dengan gemalai mengundurkan sedikit kaki kiri ke belakang. Sekali dilihat umpama dia sedang buka buah Tari. Ayu dan gemalai langkah kaki.
Selendang panjang Cindai anggun dari berwarna kuning itu kejap digenggamnya. Nampak dekat Alor Serdang itu melilit pinggang dan memintal tubuhnya sehingga hujung lagi satu yang jatuh meleret itu membentuk rupa seakan-akan akar rotan.
Tetap lembut tetapi terselah padu tenaga yang dialirkan melalui benang selendang. Seperti ada kuasa sakti yang mengalir melaluinya. Pasti mampu menangkis apa juga yang mencari geruh.
Anduka mengatur buah pertarungan terlebih dahulu. Serangan pertama disasar . Sabar bukan pegangan jiwanya. Wajahnya garang dan menyeramkan. Serangan diluah.
Jari telunjuk dan jari hantunya dirapatkan, , ibu jari dan dua lagi, manis dan kelingking ditemukan. Tangan tangannya itu lurus ke hadapan. Selayaknya ingin menutup tubuh kak Syasya. Tidak kira ke mana tujunya jika terkena, nescaya tembus hingga ke daging merah.
"Huyarghhh....." Serang Anduka.
Laju sekelip pandang kelihatan tubuhnya menghala ke arah kak Syasya yang tetap berdiri kaku.
Sekelipan mata terpelanting Anduka ke belakang!
Jauh terperosok punya ke hujung tempat Cempaka Kesuma bergentayangm Serangan terhenti di situ. Tersekat di antara garis lengkung yang di pagar oleh kak Syasya.
Berkerut dahinya melawan rasa luka yang perit dan menggigit. Dari hujung jari membawa ke tangan, hingga ke pangkal bahunya nampak hitam. Berkeruping terus seperti terbakar. Teruk sekali rupanya ketika itu.
"Arghh ..... Celaka kamu!"
Senangnya panjang kesakitan terlampis rasa marah.
Ada riak terkejut terukir di wajah Cempaka kesuma. Terlnyata pagar kak Syasya juga tidak kurang hebatnya.
Tapi benarlah kaum yang satu ini pandai bermain wajah. Walau berona tegang raut Cempaka kesuma kerana terpana melihat apa yang menimpa. Sekelipan mata wajahnya berubah sama sekali.
Dengan perlahan dia mula mempamer senyum senyuman mengejek. Mempermainkan perasaan lawannya. Sengaja dia ingin merendahkan kebolehan kak Syasya.
"Setakat itu saya dari kamu berdua? Hah? " ucap Cempaka kesuma mengawal rasa.
Dilibas-libas selendang merah kepunyaan-nya. Kaki yang tidak menjejak tanah memula langkah. Perlahan aturannya namun kian lama semakin laju dan mendekat. Berdesup bergentayang menuju ke arah kak Syasya dan Alisa.
Tujuannya kak Syasya. Lagi beberapa langkah lepaslah dia garis persempadanan larangan. Berasa dia bukti kekuatan bangsa.
Tidak semena-mena , Alisa bertindak. Melibaskan hujung selendangnya. Tepat mengenai rusuk kiri Cempaka kesuma. Selayaknya seperti sedang membuahkan sebat.
Zap!!
Tertunduk Cempaka kesuma kesakitan. Serangannya dalam leka lawan tidak menjadi. Dia juga tersentak ke belakang dek sakitnya rusuk dihantam. Terasa dadanya seperti dihenyak oleh seketul batu besar.
Berkerut dahi menahan rasa. Terbit sedikit darah di hujung bibirnya. Bukan merah seperti manusia lain tapi hitam nampak menggerunkan.
Nampaknya penyerang telah cedera agak teruk juga. Bukan sedikit kesan diterima.
Lawanku bukan sebarang manusia. Tanda serangan bakal diatur bertubi-tubi. Perlu dirangka dan disusun corak perlawanan, kerana musuh yang ditentang memang bukan calang-calang.
Seorang manusia yang sangat ampuh ilmu agama. Satu lagi pula dari darah waris sendiri.
Cempaka kesuma masih memegang rusuk sebelah kirinya. Sakit bukan sedikit akibat libasan selendang Cindai anggun Dewi. Berbisa dirasakan seluruh batang tubuh. Tetapi tetap dia memaku pandangan ke arah dua seteru yang ditentan.
Kak syasya kedengaran membaca ayat kursi. Tidak nama diikuti oleh Alisa. Bibir Syamel juga sepontan membacanya. Aina turut serta. Bergema-gema surah pendinding berulang-ulang dilafazkan.
Bohong andai kata yang berhadapan dengan bangsa lubuk kencana dua beranak itu tidak gentar.
Tetapi pergantungan telah mereka sangkutkan sepenuhnya kepada Allah. Tuhan yang satu. Memandang susuk tubuh yang kekar dan sedikit besar dari manusia biasa itu juga sedang membuatkan kaki libang-libu mahu menyusun lari apatah lagi beradu kekuatan.
Cempaka kesuma terus menerkam. Selendang di badannya dijadikan seperti tongkat. Melibas tepat ke musuh. Kali ini serangan dituju ke arah Alisa pula .
Pada perkiraannya mereka berdua belum cukup bersedia. Kerana baru tadi Alisa menghalang dia dari mencederakan seseorang.
Benar congak.
Alisa sendiri tidak menyedari sebelah kakinya terkeluar dari garis larangan.
Cindai anggun Dewi pula agak longgar dari cengkaman. Kerana baru tadi di hantar melibas musuh.
Dan kesempatan itu di ambil oleh cempaka kesuma untuk melancarkan serangan balasnya. Selendang merah yang berubah menjadi seperti tongkat itu menyebat kaki Alisa hingga minta mulut itu terhunjam ke tanah.
"Ya Allah ! Alisa !!"
Jerit kak Ayla agak cemas. Bukan sedikit serangan balas.
Terkesan di kaki wanita itu, segaris suka berbekas selendang merah yang menyebatnya. Berkerut dahi memercik peluh Alisa menahan kesakitan.
Pedih dirasakan menyerbu daging betis. Bisa terasa meresap menuju ke seluruh badan. Perit . Seperti bisa sengatan kala jengking rasanya.
Kak Syasya tanpa berlengah cuba menarik tangan Alisa untuk masuk semula ke garis sempadan. Dia membacakan ayat pelindung dari sihir dan surah al-fatihah. Lantas segenggam tanah subur disapukan ke tempat luka tersingkap daging.
Belum habis disapu pada luka yang terbuka...
Kak!
Berketerup tulang-temulang kak Syasya. Sebahagian berjaya ditempelkan pada luka Alisa, dan memberhentikan darah yang meleleh. Tapi sebahagian lagi tanah tu terlepas kerana dia telah diserang .
Belum sempurna sepenuhnya bantuan perubatan kak Syasya.
Lebih parah mereka berdua masih berada di luar garis sempadan larangan.
Belum sempat kak Syasya dan Alisa masuk kembali keruai sempadan, Anduka menghantar lagi buah pukulan tepat mengena kak Syasya. Sengaja dia memanah serangan kepada tubuh itu. Berdendam dia.
Tumbukan padu melekat kuat ke belakang kak Syasya yang menunduk akibat menahan buah pukulan pertama tadi. Ditambah pula keadaannya yang sedikit membongkok ketika Alisa yang tercedera.
Terpelanting orang itu , menyembur darah dari mulut. Terseret tubuhnya ke tanah.

"Haha. Tidaklah sehebat mana namanya manusia. Tetap tidak dapat menewaskan bangsa Kami juga!"
Gurau Anduka menutur keji.
"Ermmmmm.." Gumam Cempaka Kesuma. Berkembang senyum di pinggir bibir nya yang kehitaman, bekas darah hasil luka serangan.
Sengaja dia membuang senyum menambah garam. Menyedapkan hinaan kepada manusia. Berasa puas hatinya melihatkan mereka tercedera. Nampaknya kemenangan mula membuka ke pihak lubuk kencana.
Bertambah-tambah rasa gembira apabila melihat dua susuk itu masing-masing menyeringai kesakitan. Tersenyum manis perempuan bernama Cempaka kesuma.
Lantas dia mengalih pandang melihat Aina pula. Tajam renungan. Seumpama tidak mahu lepas. Tidak puas andai sekadar ditatap dari jauh.
Aina .
Itu tujuan utama mengapa mereka di situ. Menuntut janji untuk dilunaskan. Tersungging lagi senyuman kedua makhluk itu.
Syamil di sudut mana dia berdiri tadi tidak berganjak. Seolah-olah dia sudah dipasung. Hanya mampu melihat apa yang berlaku terhadap rakannya dan kak Syasya.
Dia sungguhnya telah dirantai oleh janjinya sendiri kerana dua kuasa besar Dari lubuk kencana.
Yang akhirnya membataskan setiap tindak tanduk.
"Cempaka Kesuma. Mulakan!" Arah Anduka.
"Ermmm..." Hanya itu yang dijawabnya. Seraya bergentayang mahu menuju ke Aina.

Garis persempadanan larangan tadi telah terungkai. Bubar. Mudah kerja Cempaka kesuma kali ini. Hujung selendang merah cuba dihantar meraih Aina yang berdiri kaku.
Terkesima mereka yang diserang secara tiba-tiba. Bergentayang Cempaka Kesuma menuju ke tempat Aina berdiri.
Kak Ayla yang sedar keadaan Genting itu cuba menghambur sekuat tenaga melalui lengan yang dirangkul oleh Aina.
Sedaya mungkin dia menahan Aina dari di pengapa-apakan oleh susuk bernama Cempaka Kesuma yang sedang dalam perjalanan menghala ke tempat mereka.
Di dalam hati tidak kering zikrullah. Mencuba meraih kekuatan diri. Memandang Cempaka kesuma yang bergentayangan itu juga membuatkan hatinya kecut. Tetapi demi rakan kak Ayla gagahkan diri berdiri di situ.
"Bukan kamu ingin ku. Dan bukan kamu lawan ku."
Dengan muda kak Ayla ditolak oleh selendang Aina. Belum sempat dia membuka kuda-kuda bunga silat. Sudahnya, terperosok kak Ayla jatuh di bucu. Kepalanya mencium bingkai kisi-kisi yang diukir dari kayu cengal.
Rangkulan Aina terlepas dari memegang kejap dengan senior. Dan selepas itu Cempaka kesuma menghantar hujung selendang satu lagi melihat Aina.
Sebaik saja hujung selendang merah ingin menyentuh bahu Aina.
Gegak gembita seketika apabila suara nyaring Cempaka Kesuma memecah hening. Sangkanya mudah kerja mengambil Aina bila garis persempadan terungkai. Apalagi kak Syasya masih tercedera.
Rupanya ada lagi bintang di pasark untuk melindungi nya. Terlepas hujung selendang itu dari merangkul Aina.
Aina kian cemas nafasnya. Bacaan ayat pelindung diri terasa kucar-kacir tajwid dan sebutan. Sendiri Aina ketakutan'. Pucat muka menahan gelora dalam hati. Memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Cempaka kesuma anduka kepada dirinya nanti.
Seiring dengan jeritan Cempaka kesuma yang kedengaran hari yang penuh kesakitan, terundur ke belakang susuk yang bergentayangan dengan selendang merah itu. Sebahagian badannya yang terdedah dalam pakaian ratu Jawa itu kelihatan berbintik-bintik.


Book Comment (951)

  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    22h

      0
  • avatar
    FaqihahNurfaiqah

    best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍

    2d

      0
  • avatar
    Yus Wlter

    baik

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters