logo text

Chapter 41 Semua wira mati dengan terhormat. Jadi, jangan pilih pilih.

" Engkau menantiku?"
Ucap Tuah sambil menghunus pedang di pinggangnya.
" Mmmmmm. Tidak tahu, awak rasa bagaimana?"
" Saya tidak ada masa untuk memikirkannya, boleh saya tahu nama awak?"
" Ahh. Saya belum pernah bertemu lelaki yang budiman sepertimu. Nama saya-"
Belum habis dia menghabiskan ayatnya.
Sebuah tombak panjang sudah melekat di jantungnya.
Tombak dari bekas orang kampung yang melawan pontianak itu terpacak di badan hantu itu.
Pontianak itu terus jatuh ke bumi.
Dengan cepat Tuah berlari ke tubuh itu dengan harapan dapat terus memancung kepalanya.
Pedang itu dilipas tepat di leher pontianak itu.
Hasilnya, kepala dan badan pontianak itu terpisah.
Ehhh. Begitu sahaja, syukurlah. Saya sempat memperdayakannya lalu membuat serangan mengejut.
Dirinya yang leka kerana menganggap saya lemah membuatkan saya berjaya dengan helah ini.
" Tapi boong!. Hihihihihi." ucap kepala pontianak itu sambil tersenyum.
Ekor Pontianak itu terus mengikat tangan kanan Tuah.
Tangan itu ditariknya menyebabkan tubuh tidak berkepala itu tertarik pada Tuah.
Dalam sekelip mata. Kukunya yang panjang terus menembusi jantung Tuah.
Ini gila. Dia terlalu laju.
Saya dapat melihatnya, tetapi saya tidak sempat beriaksi. Saya terlalu lambat, tidak!. Manusia terlalu lambat.
"Hihihihihi.........."
pontianak itu ketawa dengan kuat.
Ekornya kemudian mengambil kepalanya yang terputus lalu meletakkannya semula ke tempat asalnya.
Tuah tergamam. Pontianak yang sepatutnya dilawan olehnya, sekarang sudah berada di belakangnya sambil tangannnya menembusi jantung Tuah.
" Awak mahu tahu sesuatu?, saya tidak menghancurkan jantungmu. Saya mengelaknya saat melubangi dadahmu. Awak mahu tahu kenapa?
Sebab saya mahu menariknya keluar dari badanmu tanpa hancur dan menghirup darahnya betul betul di sebelah telingamu.
Cuba awak bayangkan!, awak mendengar bunyi jantung awak dimakan betul betul di belakang awak.
Ianya menarik bukan. Hihihihih, ini sangat seronok."
Pangggg!!!!!!!!!
Bunyi tembakan dilepaskan.
Pontianak itu rebah sekali lagi.
Belum sempat tubuh itu jatuh.
Seorang lelaki tua terus berlari dengan pantas lalu mencengkam kepala itu.
Lelaki itu berlari menjauhi Tuah.
Ekor Pontianak itu terus menyerang lelaki itu dengan cara menikamnya dari belakang.
Belum sempat ekor tajam itu ingin mencapai lelaki tua itu.
Hujung ekor itu sudah hancur akibat tembakan yang dilepaskan dari pistol yang dihalakan lelaki itu kebelakang.
Lelaki tua ini gila. Bagaimana dia boleh menembak ekor saya dengan tepat tanpa melihatnya sekalipun. Ini bukan orang biasa. Saya perlu lebih berwaspada.
Setelah cukup jauh dari penempatan manusia. Lelaki tua itu kemudian melempar pontianak itu ke arah tanah lapang.
" Engkau adalah orang tua yang gila."
" .... Terima kasih untuk pujiannya saya rasa."
" Iyaaa. Awak tahu?, saya sangat menyukai tua yang kuat. Sekiranya saya menyukai awak, mahukah awak menerima saya menjadi isteri awak?"
" Hahahahaha. Saya tidak ada masalah dengan itu. Itupun sekiranya awak mahu sayap dan ekor awak itu dipotong.
Awak tidak perlu risau tentang tanduk dan kuku awak.
Saya akan ketipkan kuku awak itu dan untuk tanduk awak. Sejujurnya, saya menyukainya."
" Hihihihihi. Awak adalah orang yang menarik. Lebih menarik dari orang muda itu. Baiklah, saya sudah tetapkan. Saya akan memakan awak terlebih dahulu sebelum lelaki muda yang tadi."
Pontianak itu hilang dari pandangan.
Lelaki tua itu terus menghayun kan pedangnya dengan pantas di udara.
Iyaaa. Dia seperti bertarung sendirian, tetapi bunyi hentakan yang kuat terus keluar dari pedangnya.
" Ehhhhh. Bukankah awak mahu berkahwin dengan saya?, kenapa awak memberikan harapan palsu kepada saya?. Tidak, kenapa semua perempuan berlaku jahat dengan saya sejak dari dahulu lagi."
Lelaki tua itu hilang. Dengan cepat dia menghalangi laluan Pontianak yang sedang bergerak laju itu.
Hujung pedangnya terus membenam di leher pontianak itu.
Dia kemudian mencabut semula pedang itu lalu melibaskannya.
Sekali lagi, kepala itu terputus.
Kepala yang jatuh itu ditembak dengan pistol orang tua itu.
" Saya tidak main main. Ini gila, buat pertama kalinya. Saya merasakan perasaan takut.
Kali ini, sayalah yang menjadi mangsanya. Manusia ini, dia terlalu kuat. Siapa dia sebenarnya.
" Ingat Luna. Semasa melakukan kerja ini, awak pasti akan bertemu dengan seorang lelaki.
Sejujurnya, saya tidak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak. Saya kurang pasti bagaimana usia manusia berfungsi, yang pastinya, manusia itu cepat menua.
Apapun, sekiranya awak bertemu dengan manusia yang tanpa kelemahan sedikitpun.
Gunakanlah apa sahaja cara untuk terus hidup. Larilah sekiranya boleh, percayalah cakap saya!. Lelaki itu bukan lawanmu."
Kata kata itu mulai terngiang-ngiang di minda Luna.
Jadi. Inilah lelaki itu. Saya perlu lari.
Tubuh tanpa kepala itu terus menangkap kepalanya lalu terus berlari.
Lelaki tua itu mengejar tubuh itu.
Kedua mereka berlari dengan sangat laju.
Tangan pontianak itu tertanggal akibat potongan lelaki tua itu.
" Menyerahlah!. Awak sudah kalah raksasa."
" Tidak. Aku tidak akan kalah dengan orang tua bangka sepertimu. Aku menolak untuk kalah."
Sebelah kaki pontianak itu terpotong.
Tubuh yang pincang itu terus terhuyung-hayang lalu terjatuh ke perigi yang berada di pusat kampung itu.
Orang tua itu berhenti berlari.
" Saya perlu mengakhiri hayat pontianak ini disini. Saya perlu memastikan dia betul betul mati."
Lelaki itu mendekati perigi itu.
Serangan yang laju tiba tiba dilepaskan.
Dia tidak sempat beriaksi sepenuhnya. Serangan itu terlalu laju.
Hampir sahaja ekor Pontianak itu menikam jantungnya.
" Ehhhhhh. Awak masih sempat mengelak?, sayang sekali. Saya sangat berharap awak terus mati."
Pontianak itu. Ianya sembuh, tambahan lagi. Dia sepertinya raksasa yang berlainan.
Rupa pontianak itu bertambah mengerikan. Saiz tubuhnya bertambah ,lidahnya terjelar keluar, biji matanya terus tumbuh di semua tempat di badannnya.
Pendek kata. Dia sudah sepenuhnya menjadi raksasa.
" Terkejut?, dengan apa yang berlaku pada saya. Hihihihihi."
" Awak tahu, saya sudah tahu ini akan terjadi. Salah satu dari sekutu saya mempunyai mata yang mampu melihat masa depan.
Iyaaa. Matanya suda melihat semua ini dan memberitahu hal ini pada saya.
Hihihihihi. Dalam erti kata lain, saya ingin memberitahu awak yang saya sempurna.
Saya menggunakan kuasa saya untuk mengambil kesedaran beberapa kampung disini.
Saat malam hari, mereka membuang air yang ada di perigi itu. Kemudian, apabila saya mulai menyerang kota ini.
Cuba teka!, apa yang saya lakukan. Hihihihihi, saya menuangkan darah mereka ke dalamnya.
Semua mereka.
Semuanya sudah dirancang, saya tahu yang saya akan kalah kepada awak walau seberapa besar saya berusaha.
Tetapi, cara ini sahajalah yang berjaya membunuh awak. Hihihihihi.
Awak sudah bersedia untuk mati orang tua?"
" Saya membuat silap. Saya tidak mengira sesuatu seperti ini terjadi.
Saya sedikit leka apabila melihat dia lemah. Saya ditipu, semuanya hanyalah lakonannya sahaja. Sial......., bagaimana saya boleh melakukan kesalahan yang sepatutnya pejuang veteran seperti saya tidak melakukannya?."
Pistol dihalakan ke raksasa itu. Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah raksasa itu.
Tubuhnya yang hancur akibat tembakan itu dengan cepat tumbuh.
" Hihihihihi. Iya, saya sudah bertambah kuat dan awak bertambah lemah. Selagi darah yang ada di perigi ini tidak habis, selagi itu mustahil untuk awak membunuh saya.
Hihihihihi........, tolong jangan bersedih. Ini bukan salah awak. Iya, hanya sahaja. Kami raksasa jauh lagi kuat dari kamu manusia.
Walau seberapa kuat kamu. Kamu tidak akan boleh melimpasi had kamu sebagai manusia.
Hihihihihi. Selamat tinggal orang kuat."
Daripada perigi itu. Keluar satu tentakel merah yang terbentuk dari darah dan isi pontianak itu.
Hujung tentakel itu membentuk kapak yang besar.
Kapak itu kemudian terus dilibas ke orang tua itu.
" Inilah pengakhiran saya. Huuuuuuuuh, sekiranya dibandingkan dengan cara mati rakan rakan saya. Kematian mereka lebih hebat. Cisss, saya cemburu dengan mereka."

Book Comment (168)

  • avatar
    DauRandy

    jjj

    1d

      0
  • avatar
    Shamiera Mira

    i like

    3d

      0
  • avatar
    Mirza Syakira

    menarik & best citer ni

    6d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters