logo text

Chapter 18 2018: 17

Lengkap berpakaian baju kurung, gadis berumur 22 tahun itu membontoti pembantu bos jabatan yang ditugasnga kelak. Agak berdebar juga ketika diperkenalkan kepada rakan sekerjanya. Sudahlah baru pertama kali dia mahu bersosial setelah hampir dua tahun tidak keluar dari rumah.
Puan Maizatul memanggil dua orang pekerja wanita untuk berdiri di sebelah mereka berdua. "Ini kak Ummi. Kak Ummi, Iman. Iman, kak Ummi. Yang sebelah tu Nailea. She's around your age. Maybe you guys can be best friends?"
Iman mengangguk. "Mujurlah ada yang sebaya. Saya ni pemalu, Puan."
"It's fine! Tengok cara awak masuk tadi pun saya dah tahu dah awak memang jenis pemalu. Takpe, nanti kita kenal kenal lagi ya. Meja awak in between these two ladies. Semangat kerjanya!"
"Baik. Terima kasih, Puan Mai sebab tolong bawa saya kenal dengan rakan sekerja lain."
"Pleasure."
Kemudian, wanita yang memakai pakaian formal itu beredar ke biliknya. Meninggalkan Iman bersama dengan rakan barunya.
"So, saya nak kena buat apa ya mula mula ni?"
"You relax je dulu. Pc pun you tak ada lagi kan? Untuk beberapa hari ini, tak apa saja kalau awak banyak tanya kami. That wont be annoying issue to us." Nailea bersuara. Tidak begitu tegas nada itu kerana pandangannya terhadap Iman- boleh dikatakan agak lembut, tidak seperti kebiasaannya ketika melayani kerenah pelajar yang berurusan dengannya.
"Nanti kak Ummi ajaq hang kenai file semua nah? Awai lagi pun hang nak berdedikasi kat sini. Nanti cepat dried out energy hang." Iman mengangguk mendengar pesanan kak Ummi. Wanita itu hampir sebaya dengan umur ibu kandungnya- menurut mengamatannya sahaja. Iman tidak mahu memulakan perbualan mengenai peribadi seseorang seawal kariernya. Biarlah mereka yang membuka cerita dahulu mengenai keluarga mereka. Bukan mahu berahsia,namun baginya, diam daripada berkata mengenai keluarganya adalah lebih baik.
Letak limit orang kata.
_____________________
5 months ahead...
Ketika Iman mahu keluar makan bersama sama dengan rakan sekerja mereka, Nailea menyatakan bahawa seseorang akan turut serta dalam waktu makan tengah hari mereka. Kak Ummi sudah mula menyenggol lengan Iman, ketawa riang mereka apabila dapat mengusik wajah Nailea yang makin memerah kerana malu.
"Tempat biasa?" Kak Ummi hidupkan enjin kereta. Iman mengangguk, menarik tali pinggang keledar masuk ke dalam soketnya. Nailea pula duduk di bahagian belakang, seperti selalu. Carpooling! Save the earth kata kak Ummi. Ibu anak empat itu memang begitu. Menjaga benar alam sekitar. Katanya lagi, cukuplah kita sudah sesak ketika kita mahu datang dan balik kerja. Janganlah waktu makan tengah hari pun nak rasa benda yang sama.
"So, tell me where you find him!" Iman menoleh ke arah Nailea. Tersenyum sipu gadis itu mendengar soalan itu.
"Sebenarnya dah setahun lebih dah Nailea kenal dia. Mula ingat nak kawan je dulu. Tapi nampak macam dia serius lah pula dengan kita. So, i told him to join me having lunch with you guys. Boleh korang tengok tengok juga."
"That part, boleh bagi dekat kak Ummi. She's an expert!" Iman kalih pandangan ke arah kak Ummi yang sedang memandu.
"Right!!! Saya sebagai seorang ibu yang sudah berkahwin, menyahit cabaran Iman Qaisara. Cant wait to see him, soon."
"As long as nama dia bukan Aiman Adhwa, it's fine. Serius." Celah Iman lagi. Tsk. Lama betul nama itu tidak disebut oleh Iman.
"No worries. Nama dia Arman. Arman Sufi." Mendengar sahaja nama itu, Iman memusingkan terus badannya 90 darjah ke arah seat belakang.
"Bapakla. Sumpahlah weh? Arman sufi yang rambut straight tu ke? Yang tinggi 179cm tu? Yang diva diva sikit tu?"
"Macam mana boleh kenal do, Iman??? Sumpahlah kenal???" Nailea agak terkejut dengan reaksi Iman. Memang Nailea pernah juga mendengar tentang kawan Arman bernama Im, tidak terfikir pula Im itu singkatan untuk Iman.
"He's my bestfriend lah Nailea. Okay, approved! Boleh pergi kursus kahwin terus." Usik Iman.
"Loqlaq hang nohhh. Kak rasa Arman ni baik gila kut sebab Nailea punya trust issue memang tak rilek. Pandai kutip hati."
"Nailea, i nak buat confession. I suka sikitlah dekat kawan Arman tu. Sebab dia ada waktu I healing dulu. After that, we lost. Totally lost contact. Tukar nombor kutnya. Eh tercurhat. Takpe ke ni?" Iman mengetap bibir. Risau juga jika dia terlalu overshadow Nailea's happiness.
"I am okay with that, Iman. You nak I jadi cupid for you tak? Reunion with your long lost Aiman Adhwa?"
"Pleased. Tapi kalau dia tak suka I?"
Kak Ummi diam mendengar adik adiknya berborak mengenai lelaki lelaki di dalam hidup mereka.
"Atleast we try first kut, en kak?" Nailea mencuit kak Ummi. "Haah. You have met him before, surely dia kenal Iman lagi. Tapi kalau dia tak suka, nak buat macam mana? Bukannya boleh buat dia suka kita pun."
"Okay adik adik, jom makan. Lapaq nasik ah." Kak Ummi menepuk perutnya yang leper beralaskan baju. Selesai mereka bertiga keluar dari kereta, Kak Ummi mengunci pintu kenderaan mereka.
"Nasi ayam tiga ya. Satu nasi ayam penyet." Pesan Nailea ketika pelayan kedai itu datang ke arah mereka. "Air?"
"Nescafe ice."
"Bandung cincau."
"Barli suam."
"Barli habis kak. Selasih ada." Kata pelayan lelaki itu, memberi cadangan.
"Ayaq suam ja lah." Pelayan itu mengangguk sambil mencatat pesanan terakhir itu.
"Saya nak air kopi panas satu." Suara lelaki yang dikenali Iman dan Nailea menempah pesan. Kerusi kosong di antara Nailea dan Iman ditariknya. Iman sudah tahan senyum. Agak menyampah juga Iman apabila lelaki itu berlagak macho di hadapan buah hatinya, Nailea.
"Maaf ya lambat." Arman menyengih memandang Nailea. Nailea memasang riak garang. "

Book Comment (64)

  • avatar
    ManagbanagRr franz

    yes

    7d

      0
  • avatar
    Rachid Chafir

    Tank yuo

    03/09

      0
  • avatar
    Soffy Ae

    ksise

    10/08

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters