logo text

Chapter 20 2019:19

Letting those two lovebirds with their post-confession, we should get back with Iman Qaisara at her office.
"Kak Ummi. Depa gaduh ka?" Iman mengetuk pen didagu sambil mengangkat muka memandang senior itu.
"Tak tau aih. Nailea tak kata apa pun kat kak. Nantilah tanya dia. Meh sat, tolong akak. Nak print macam haritu. Template dia lari lak aih. Tak suka. Dah baziq ghetaih." Ditolak jauh sikit kerusinya daripada meja, memberi laluan kepada Iman untuk menolongnya.
"Ni kalau Iman kecilkan tulisan dia boleh tak? Memang lari lah kalau semua ni saiz 30. Tulisan rasmi kena 14 je. Times New Roman, pastu space antara baris ni kena 1.0. Ni besar sangat ni kak sampai 2.0."
Kak Ummi tayang senyum. "Mata tak nampak la kalau lama sangat tengok. Tu yang akak buat besar tulisannya. Baru jelas."
Selesai menekan print pada tatapan, mesin pencetak yang berada di bahagian tengah pejabat itu memuntahkan 5 helai kertas- sah milik Kak Ummi. "Terima kasih naaa. Nanti akak belanja makan lunch."
"Ai ai, captain."
_____
"Iman, nak bagitahu ni. Aku dengan Nailea dah serius dah." Pesanan teks dari Arman dibaca dalam diam. Ternaik sedikit kening Iman ketika membacanya. Wah, satu peningkatan yang baru. Tak ada pula Nailea bercerita dengannya sejak dia bercuti seminggu yang lepas.
"Nai." Wanita itu menoleh. Terus mata Iman mencari cincin rotan dijari Nailea. EH?
"Oooooo ada orang tu senyap senyap je ya kena ikat."
"Siapa, siapa?" Kak Ummi mencelah.
"Ni kak. Boleh pula tu dia tak update apa apa dekat kita ni. Tahu tahu nanti kena undang majlis tunang je nanti kutnya." Seloroh Iman. Tak terasa hati langsung dengan gurauan itu, Nailea datang ditempat mereka dan menayangkan jari manisnya sebelah kiri.
"Arman la suruh rahsia dulu. Dia kata nanti dia bagitahu Iman sendiri. Padahal I boleh je bagitahu you kan."
"Tapi comel gila kut korang? Nanti kalau dah plan nak buat warna apa untuk tunang bagitahu ya. Nak cari baju cantik. Mana tahu jodoh i ada dekat majlis you sekali. Hehehe." Nailea menepuk lengan Iman. Banyak main mainlah si kecil ni.
"Eh sat. Kita ni umur berapa dah ya?"
"Macam 23. Ke 25?" Sambung Iman.
"23. Kak Ummi 38." Nailea menjawab. Iman membentukkan mulutnya dan mengeluarkan bunyi huruf 'o' sahaja ketika itu.
_____
23/3/2019
Iman memasuki rumah Nailea setelah memberi salam. Hari ini hari pertunangan Nailea dengan teman lelakinya, Arman Sufi. Jauhlah rombongan lelaki itu- dari Kedah sana untuk sampai ke Johor yang di selatan semenanjung Malaysia. Hampir 8 jam juga rasanya.
Tema bagi pertunangan mereka sangat simple, klasik. Nailea memakai kebaya putih yang berkerawang dibahagian bawah bajunya. Kain pula bercorak batik melayu- bermotifkan bunga rafflesia dan dedaun coklat.Tudung majlis tunangnya juga bersulam benang putih, digayakan dengan sekali lilitan pada kepalanya.
Tidak ubah seperti bidadari dengan kulit putihnya itu.
"Cantiknya,Nai! Sakit tak waktu jatuh dekat sini? Dekat mana awak simpan sayap awak Nailea!!!I swear to god, you're drop dead gorgeous right now." Mahu saja Iman memeluk wanita itu ketika ini namun yang dirai masih lagi menadah mukanya untuk sentuhan akhir.
Yang dipuji tersenyum mendengarnya. "You kalau nak puji memang over kan! Mujur tak kejung pipi I!"
"Kak, Nailea ni tak payah pakai banyak blusher pun takpe. Suruh je ibu Arman puji dia, mesti merah terus mukanya."
"Stop embarrassing me, Iman! Eh, kak Ummi tak dapat datang ke?"
"Katanya baru sampai Pagoh." Nailea mengangguk mendengar jawapan itu. Nailea yang masih berada di hadapan cermin memandang Iman yang berdiri di muka pintu. Bukannya tidak memaksa wanita itu duduk pada katilnya, Iman yang menolak terusan. Biar dia berdiri katanya. Lenguh punggung katanya.
Mahu tergelak juga mendengar jawapan wanita yang sebaya dengannya. Macam macam akal. Bukannya tidak boleh ditegangkan semula cadar itu. Tambahan pula, majlis sarung cincin tunangnya dilakukan di ruang tamu. Bukannya dalam bilik miliknya.
Bahu Iman dirangkul lembut dengan tapak tangan kasar, lembap. "Ibu." Iman memandang sisi kirinya, tempat ibu Nailea berdiri.
"Makan dah ke belum ni?"
"Iman makan sikit je tadi. Nanti habis majlis, nak tolong ibu dengan Nailea-- lepas tu baru kita makan."
"Okay, steady. Alang. Jom, tunggu dekat luar. Rombongan lelaki dah sampai." Pundak ditepuk sebslum susuk itu menghilang ke ruang tamu. Iman memandang Nailea. Mahu melihat wajah kawannya itu sama ada gugup atau tidak.
"Babe. Debarlah."
"Sekejap je ni Nai, you can do this! Gugup macam ala ala presentation waktu meeting je ni."
Tangan Nailea diraih. Tangan itu berhias inai putih yang berukir dengan motif bunga. Cantik!
"Mari dah Alang. Alang, duduk dekat seat ni." Ibu Nailea menepuk kusyen pelamin. Agak risau juga melihat wajah anaknya apabila tangan yang disambutnya itu sejuk, basah dengan peluh. Ibunya membuat isyarat kepada Iman untuk memberi tisu kepada Alang. Kotak tisu bertukar tangan. Ibu mengambil sehelai untuk diberikan kepada Nailea.
"Salam dulu Mummy tu."
"Sorry Mummy. Tangan kita basah sikit. Peluh." Usai kata, Nailea menyengih. Tangan dihulurkan untuk mencium tangan ibu bakal tunangnya.
"Takdak apa aih. Mummy paham ja. Gemuruh noh. Sejuk habih tangan tu ha." Disambut dengan hilai tawa tetamu. Tetamunya pun bukanlah asing bagi Nailea. Sedara maranya juga.
Iman mencari cari bakal tunang Nailea di bahagian dalam rumah. Tidak kelihatan. Disenggol adik Nailea untuk bertanya keberadaan Arman.
"Lelaki tak boleh masuk lah, Kak Iman. Adat kena tunggu dalam kereta je. Asalkan dia tak boleh nampak tunang dia."
"Yang bayar tol tu waktu kahwin nanti je kan?' Tanya Iman polos. Dia tak tahu sangat tentang adat di Johor ini. Memandangkan dia memang berasal dari Pantai Timur-- jaranglah dia mahu mengambil port mengenai adat negeri lain.
"Haah Kak Iman. Akak cari abang Arman ke?"
Anggukan diberikan sebagai jawapan bagi soalan Inara.
"Tengok kereta Alza kelabu tu. Rasanya dia ada dalam tu." Mendengar petunjuk itu, Iman berlalu setelah menyuruh Inara menangkap gambar kakaknya banyak-banyak.
Menghendap jugalah Iman melihat ke bahagian dalam kereta itu. Sudahlah tingkapnya betul betul gelap semuanya. Sampai boleh nampaklah pantulan rupanya pada tingkap kereta itu. Berkurung moden dengan motif bunga bunga kecil. Shawl sulam hitam tidak lupa. Lilitan yang sudah tidak berbentuk cantik dirapikan dengan bantuan tingkap tinted itu.
Sedang ralit menilik muka, ketukan dari dalam tingkap memeranjatkannya. Mujurlah dia tidak memakai lipstick ketika itu. Kalau tak, mahu terpatah dua bullet itu.Tingkap kereta itu diturunkan perlahan. Wajah Arman sudah separuh menjengah. "Bukan main lagi dia baiki tudung. Ini kalau ku tak ketuk, mahunya dia check gigi sekli kut kut ada cili melekat ke tak."
"Niat memang macam tu pun." Ditayang muka tidak puas hati kepada kawan baiknya, Arman Sufi.
"By the way, nak tengok tak Nailea? Cantik gila do tunang kau. Mujur aku tak make up kan je. Kalau aku yang solek dia, mesti meletop kebabom dah dia." Iman mengeluarkan telefon daripada beg kecil yang digantung dibahunya.
"Nai tu kalau tak make up pun cantik. Apatah lagi kalau make up. Ni boleh ka ni aku tengok rupa dia?" Soal Arman.
Iman berkerut. "Ooo kiranya tak boleh langsung lah tengok ni? Taknak tengok takpe. Aku simpan lah balik phone aku. Tapi kau rugi la sikit sebab tak boleh tengok secara live. Dengki tak?"
"Okaylah Okaylah. Tunjuk sikit ja dekat aku. Aku nak tengok sekilas." Telefon Iman dimasukkan separuh ke dalam tingkap, menyuruh Arman melihat tunangannya.
"Ketaq noh tengok tunang sendiri." Arman mengurut dada. Mungkin terpegun dengan wanita berkulit putih susu yang ditunjukkan oleh Iman.
Suasana menjadi dia sebentar. Iman ada juga mengerling ke bahagian dalam kereta, mahu tengok siapa yang di dalamnya.
"Arman, siapa sebelah tu? Single tak?" Tanpa malu, Iman bertanya. Agak gelap bahagian dalam kereta Alza Arman ni ya. Tak nampak muka, boleh lah bertanya begitu. Mungkin kawan Arman kutnya yang ikut.
"Kau seriuslah tanya soalan tu?"
"Seriuslah ni. Kalau takde orang lagi, nak kenal kenal dia hehe. Macam comel pula jenis pendiam."
"You're dead meat, Iman, once you know whose you talk to," Arman sudah mengekek sambil menutur ayat.
"Aiman, ko tengok dia ni do. Buat buat tak kenal kau pula."
Iman menekup mulutnya. Matanya sudah membesar.

Book Comment (64)

  • avatar
    ManagbanagRr franz

    yes

    7d

      0
  • avatar
    Rachid Chafir

    Tank yuo

    03/09

      0
  • avatar
    Soffy Ae

    ksise

    10/08

      0
  • View All

End

Recommendations for you