Bab 18

Bersama mulut yang terbuka lebar, Dhia masuk ke dalam pejabatnya. Mulutnya ditekup daripada menguap terlalu besar. Hilang keayuannya kalau ada orang nampak ni. Kakinya diatur menuju ke pintu lift untuk naik ke tingkat tempat dia bekerja. Butang anak panah naik ditekan, menunggu ketibaan lift sampai pada tingkat satu iaitu tingkat dia berada sekarang.
"Dhia!" Mendengarkan namanya dipanggil oleh seseorang, lantas kepalanya menoleh mencari susuk yang memanggil namanya itu. Tidak jauh daripada tempatnya berdiri, dapat dia lihat Harraz yang sedang berlari anak menuju ke arahnya. Termengah-mengah Harraz sebaik tiba dihadapan gadis itu. Dia ikut berdiri bersebelahan Dhia. Sama-sama ingin naik ke tingkat atas.
"Demam awak dah baik?" Soalnya dengan nada ceria. Tak sangka pada waktu begini Dhia akan tiba di pejabat. Mujur saja dia rajin nak datang awal pada hari ini. Tak sia-sia dia datang awal semata-mata untuk berjumpa dengan gadis itu.
Pantas Dhia mengangguk. Dia memeluk tubuhnya yang menggigil kesejukan itu. Jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Jarum pendek baru saja menginjak pada angka lapan pagi. Wajah tampan Harraz itu ditatap lama. Sejujurnya dia agak pelik melihat kemunculan secara mengejut lelaki itu pada awal pagi sebegini. Sepanjang dia bekerja, ini kali pertama dia lihat Harraz bertembung dengannya untuk naik ke pejabat bersama-sama. Lelaki itu selalunya datang satu jam selepas masa bekerja bermula.
"Mimpi apa Encik Harraz datang awal pagi macam ni? Ke Encik Harraz yang demam pula sekarang ni?" Dhia ketawa mengekek. Wajah Harraz berkerut seraya dia bercekak pinggang.
"Amboi.. perli nampak," semakin galak Dhia ketawa melihat wajah cemberut Harraz. Beg sandang di bahunya itu dibetulkan daripada semakin melorot ke bawah. Sisi wajah lelaki itu dilihat.
"Ke Encik Harraz sengaja datang awal sebab nak jumpa saya?" Kepala Harraz menoleh menghadapnya. Hanya dari jarak jauh, jari telunjuk gadis itu berpusing-pusing di sekitar wajah Harraz. Matanya mengecil sedang mengusik Harraz bersama senyuman senget. Sejurus mendengarkan soalan daripada Dhia itu, Harraz bagai tidak tentu arah. Rambutnya dikuakkan kebelakang menampakkan dahi licinnya itu.
"Stop it." Ujar Harraz tegas. Tiba-tiba saja Harraz bertindak memegang pergelangan tangannya yang berpusing-pusing di wajah Harraz tadi. Nasib saja pergelangan tangannya sekarang masih berlapik dengan lengan baju kemeja merah jambu yang tersarung di tubuh dia itu. Terkebil-kebil Dhia melihatkan perubahan mendadak lelaki itu.
Bagai dihipnosis, lama mereka berkeadaan seperti itu sebelum Dhia bertindak merentap tangannya daripada genggaman tangan Harraz. Lelaki itu berdehem kecil cuba menghilangkan kekok diantara mereka saat ini.
Ting! Pintu lift pun terbuka membiarkan isi di dalamnya yang kosong menjadi tatapan mata. Harraz perlahan-lahan masuk ke dalam perut lift itu. Matanya menatap mata hitam gadis itu sebelum pantas Dhia mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Awak tak nak masuk?"
"Err, takpelah. Saya nak pergi toilet dulu ni. Encik Harraz naiklah dulu," tuturnya sambil mata menerawang ke tempat lain. Habis satu pejabat dia geledah menggunakan matanya sahaja. Masih tidak berani menatap sepasang mata hitam Harraz yang masih setia memandangnya. Wajahnya dah membahang saat ini. Terasa seperti darah menyerbu wajahnya sahaja saat ini.
Walaupun mereka cuma bersentuhan secara berlapik sahaja, dia tetap rasa malu tahu tak? Sudahlah dia yang mulakan usikan terhadap lelaki itu dulu. Mesti Harraz ingat dia sengaja buat macam tu untuk dapatkan perhatian. Ya Allah, malunya!
"Eh, takpe. Saya boleh tunggu kalau awak nak,"
"Tak payah!" Lantang suara gadis itu menjerit. Hampir satu pejabat dengar suaranya. Semua yang lalu-lalang di situ turut sama pandang dia dengan pandangan pelik. Lantaklah apa pun orang nak fikir. Yang penting dia dapat lari daripada Harraz sekarang ni!
"Saya nak pergi toilet lama. Ada urusan nak diselesaikan dekat sana." Harraz miringkan kepalanya. Pelik dengan alasan yang diberikan oleh gadis itu.
"Urusan dekat toilet?" Kening Harraz terjungkit naik. Hampir sahaja ketawa dia terburai di sini. Macam dekat tingkat mereka takde tandas berdekatan je. Ada-ada je alasan pelik daripada Dhia untuk mengelak daripada naik satu lift dengan dia sekarang ini. Bagilah alasan apa pun untuk dia tetap tunggu, Dhia tetap ada alasan lain yang lagi luar daripada kotak untuk dia berikan alasan lain.
"Ah yes! Saya ada meeting.. eh! I mean masalah perempuan yang perlu diselesaikan dekat sana." Jarinya menunjuk ke arah tandas wanita yang terletak tidak jauh daripada situ. Riak wajahnya sengaja dibuat seperti dia tiada pilihan lain. Mesti Harraz ingat dia gila sekarang ni. Sejak bila pula orang buat meeting dekat toilet ni! Nasib baik otaknya laju tersedar kesilapannya itu.
Dhia pura-pura menilik jam. Gayanya macam sibuk betul sampai terburu-buru dia ingin pergi ke tandas. Padahal nak mengelak daripada naik satu lift dengan Harraz je sebenarnya.
"Kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu lah. Assalamualaikum!" Belum sempat Harraz ingin membalas salam daripada gadis itu, sekejap sahaja bayang Dhia sudah hilang daripada pandangan mata. Kepalanya digelengkan. Bibirnya melorek senyuman kecil. Ada saja karenah gadis itu yang buatkan dia tak henti-henti mengukirkan senyuman.
"Comel."
----
"Dhia jom turun lunch," ajak Kak wani yang baru datang ke meja Dhia. Gadis itu masih sibuk menilik kertas kerjanya yang bertimbun di atas mejanya itu. Waktu dah nak lunch macam ni pun gadis itu masih sibuk dengan kerja yang diberikan.
Kepala Dhia dongakkan memandang wajah Kak Wani. Laju kepalanya mengangguk. Perutnya sudah berdendang lagu dangdut dah kerana terlalu lapar. Dia bingkas bangun dari duduknya. Kerusi pejabatnya itu dirapatkan dengan meja kerjanya supaya lebih kelihatan kemas. Walaupun permukaan atas mejanya bersepah, kebersihan sekeliling mejanya masih terjaga. Dia tak suka bekerja dalam keadaan kotor.
Usai pintu lift itu terbuka lebar, mereka beramai-ramai keluar daripada dalam perut lift. Harraz yang baru tiba di pejabat itu melangkah laju mendekati pekerja-pekerjanya itu. Sebaik sahaja tiba dihadapan Kak Wani dan pekerja-pekerja lain, jam tangan mewahnya ditilik sekilas sebelum kepalanya kembali mendongak memandang mereka.
"Nak keluar lunch ke?" Soal Harraz ramah. Seorang demi seorang wajah mereka dipandang sebelum matanya berhenti pada sepasang mata hitam milik gadis itu. Rasa dirinya diperhatikan, Dhia hanya menekur memandang lantai marmar lobi pejabat itu sejak tadi. Langsung tidak berani untuk membalas semula tatapan mata Harraz.
"Haah, Encik Harraz. Kami nak pergi makan dekat mamak sebelah ni je," beritahu Aira, salah seorang pekerja bahagian engineering sambil bibirnya menjuih ke tempat kedai mamak itu terletak. Lama Harraz mendiamkan diri, sedang memikirkan sesuatu di dalam otaknya.
"Boleh saya join sekali?" Soalan yang dilontarkan oleh Harraz itu membuatkan Dhia terbatuk-batuk di belakang mereka yang lain. Tumpuan mereka semua terus beralih kepada Dhia di belakang. Masakan tidak, dia batuk kuat betul tadi. Macam nak bagi satu lobi ni dengar pun ya juga.
"Awak okey, Dhia?" Mata Dhia tajam merenung wajah jejaka itu. Kecik besar je dia tengok lelaki ni sekarang. Sengaja lah tu nak lunch dengan mereka sebab nak usik dia tentang kejadian awal pagi tadi. Mesti dalam hati lelaki itu tengah ketawakan dia. Bukannya dia tak kenal Harraz ni memang jenis suka mengusik terutama bila dengan dia. Anggukan kecil sahaja yang diberikan sebagai balasan kepada soalan Harraz tadi.
"Bo..boleh je," jawab Kak Wani lambat-lambat. Dia bukannya tak perasan perubahan wajah Dhia sebaik sahaja mereka bertembung dengan Harraz tadi. Makin terkejut Dhia dibuatnya apabila Harraz bercadang mahu turut serta lunch bersama mereka tengahari ini. Dia boleh buat apa takkan nak tolak pula.
Mereka beramai-ramai keluar daripada dalam pejabat itu. Cuaca Malaysia yang panas itu membuatkan mereka serta-merta berpeluh sebaik sahaja keluar daripada bangunan berhawa dingin itu. Sejak kebelakangan ini, makin panas pula cuaca di negara yang terletak di tengah-tengah khatulistiwa ini.
Sedang mereka khusyuk berborak kecil tentang kerja di pejabat, ada satu suara menghentikan perbualan mereka.
"Follow me." Jumpa sahaja orang yang dicari, pergelangan tangan gadis itu digenggam kemas di dalam tangannya. Mereka yang lain hanya mampu mendiamkan diri tidak berani menyampuk. Jelas riak wajah lelaki yang menarik tangan Dhia itu dingin dan tidak suka kalau ada orang lain yang menganggu urusannya.
"What are you doing? Lepas lah!" Pergelangan tangannya yang berada di dalam cengkaman Hayden itu direntap kasar. Naik turun dada gadis itu tatkala melihat figura yang datang secara tiba-tiba menarik tangannya itu. Keadaan mula tegang apabila cermin mata hitam lelaki itu ditanggalkan. Dia dapat lihat Hayden sedang cuba mengawal emosinya daripada terus mengawal dirinya saat ini. Hayden hembuskan nafas panjang cuba menenangkan emosi sebelum dia kembali bersuara.
"Hal kita tak selesai lagi. Call saya tak jawab, mesej saya tak reply, saya datang rumah pun awak tak nak keluar. Boleh tak dengar dulu penerangan saya sebelum buat kesimpulan sendiri?" Mendengarkan kenyataan dari Hayden itu spontan membuatkannya tertawa. Api amarahnya semakin membuak-buak sekarang ini. Sekarang ini Hayden nak salahkan dia pula?
"So, apa yang awak cuba nak sampaikan dekat sini ialah I was the wrong one here? Awak dah bertunang dan that's enough for me! Saya tak suka ganggu hubungan orang!" naik seoktaf suara Dhia.
Sebaik sahaja dia dapat tahu Hayden sudah bertunang, dia terus minta Hayden singgahkan dia di mana-mana bus stop yang berdekatan. Meskipun Hayden berkeras tak nak berhentikan kereta, dia ugut kalau Hayden tak nak turunkan dia dengan cara baik, dia akan terjun ikut tingkap. Tiada pilihan lain, dengan berat hati lelaki itu menurunkannya di kawasan yang agak redup kerana tiada bus stop berhampiran di situ. Sejak dari itu lelaki itu tak henti-henti mengganggunya dengan alasan nak terangkan tentang hubungannya dengan Bella.
Bukannya dia dah tak sudi nak berkawan dengan lelaki itu tapi baginya, kalau seorang lelaki dah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain, dia perlu perlahan-lahan jauhkan diri. Tak mahu sebab dia, hubungan orang lain jadi berantakan.
Takut kalau dia pula yang menaruh perasaan pada lelaki yang sudah mempunyai pasangan.
"Ehem!" Suara deheman itu menghentikan perbalahan yang sedang berlaku. Semua mata kini hanya tertumpu pada Harraz yang datang menyelit di tengah-tengah antara dia dan Hayden.
"I'm sorry for disturbing but who are you? Suami Dhia ke?" Wajah Dhia dipandang untuk mendapatkan jawapan yang tepat daripada gadis itu. Pantas Dhia menggeleng sambil dahinya berkerut sama sekali menidakkan telahan itu.
"Nope. I'm just her old friend."
"Just old friend? Then, apa hak encik nak tarik Dhia sesuka hati ya? Did she allowed you to touch her hand?" Hayden diam seribu bahasa. Dia jadi mati kata. Hayden dan Harraz bertentang mata seperti ada elektrik yang keluar daripada mata masing-masing. Dua-dua tak nak kalahlah katakan.
"Saya akan ambil Dhia lunch kali ni. Habis waktu lunch saya akan pulangkan."
"She is not an object. Tanya tuan badan dulu. Kalau dia nak pergi dengan encik, baru saya lepaskan. Dhia is one of my co-worker so it's my job to take care of her if this is still working hour." Lancar saja kata-kata keluar daripada bibir lelaki itu seperti sudah biasa dengan hal-hal sebegini.
"Saya tak nak." Putus Dhia seraya memeluk tubuh. Langsung tidak berfikir lama. Kalau boleh dia dah tak nak langsung pandang wajah jejaka bernama Hayden Hakeem itu. Dah tunang tapi layan dia macam seseorang yang istimewa bagi lelaki itu kenapa? Siap sanggup patah balik semata-mata nak bawa dia pergi hospital tu semua untuk apa? Untuk buat dia jatuh suka kepada lelaki itu supaya Hayden boleh sakitkan dirinya?
Lelaki.
Hayden angkat bahu. Ekspresi wajahnya seperti sudah berputus asa untuk memaksa Dhia untuk habiskan waktu lunch bersama jejaka itu.
"Fine. Saya takkan paksa awak dah." Dhia hela nafas lega. Nasib baik kali ini Hayden tak tunjukkan sifatnya yang keras kepalanya itu. Kalau tak, mahu botak kepala dia memikirkan cara lain untuk menghalau lelaki itu dari sini.
"But since I'm already here, can I join you guys?" Soal Hayden tanpa rasa malu atas perbuatannya dihadapan khalayak ramai sebentar tadi.
Dhia pukul dahinya. Dia tarik balik kata-katanya tadi. Hayden dan egonya memang berpisah tiada. Selagi tak dapat, selagi itu lelaki itu tak berputus asa.

Book Comment (452)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Jha Red

    love it

    7d

      0
  • avatar
    Sara Mirelly Barbaia Carvalho

    muito lindo

    10d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters