Bab 20

"What did you just say to Hayden, Dhia Adreanna?" Soal Aina dengan suara yang lantang. Ternganga besar mulut gadis itu seraya memegang bahu Dhia. Bahu gadis itu digoncang-goncang bagai tidak percaya dengan apa yang baru disampaikan oleh teman baik merangkap sepupunya itu.
Dhia hanya tersengih kecil sebelum mulut Aina yang terbuka lebar perlahan-lahan ditutup olehnya. Takut pula kalau ada masuk lalat semasa Aina menganga itu.
Sebaik sahaja dia dan Hayden selesai berbincang beberapa minit yang lepas, Hayden tidak lupa untuk terus menghantarnya pulang semula ke rumah Aina. Keretanya diparkir betul-betul dihadapan pagar rumah itu. Agaknya masih tidak dapat menerima kenyataan, sejurus dia menyatakan penipuannya yang satu itu, Hayden hanya mendiamkan diri. Membeku di sisinya tanpa sebarang kata. Sampai dihadapan rumah Aina pun jejaka itu langsung tidak bersuara.
Masih terkejut agaknya.
"I'm sorry.. aku terdesak sangat tadi sampai tak sengaja mention nama kau,"
"Ini bukan setakat mention, ini mempermalukan aku sekaligus menganiayai kawan baikmu yang cantik ini! Patutlah Hayden terkejut semacam bila nampak muka aku tadi." Ujarnya mengimbau kejadian beberapa minit yang lepas.
Sebelum Hayden berlalu pulang, Aina ada juga keluar rumah tadi semasa Hayden menghantarnya pulang. Macam ternampak hantu, laju tingkap kereta itu dinaikkan sejurus Dhia turun dari kereta. Seperti sedang menyorokkan diri daripada gadis itu. Muka Hayden yang sedia putih itu semakin bertambah pucat sebaik sahaja wajah Aina terpacul dihadapan pintu. Bagai ternampak hantu.
Entah kenapa Hayden takut sangat kalau Aina suka dia sekalipun, dia tak ada idea untuk itu. Nak kata Aina ni tak cantik, wajahnya bak model kut. Tinggi dan berat badannya juga ideal untuk menjadi seorang model. Dia rasa kalau Aina bukan seorang lawyer, pasti gadis itu akan menceburi bidang permodelan seperti yang ramai orang sangkakan.
"Lain kali kau jumpa dia, cakap yang aku tak suka dia eh! Tak minat aku tunang orang ni. Kalau bos hot kau tu bolehlah aum," mereka sama-sama ketawa. Ini kalau jiran dengar ni, mahu dia ingat langsuir mana yang memekak malam-malam buta ni. Dengan rambut Aina yang bergerbangan di sana-sini memang tak ubah macam hantu jadian!
Malas mahu melayan Aina yang sedang meroyan, dia pergi ruangan dapur untuk mendapatkan segelas air sejuk. Tekaknya terasa kering sebab tak henti bercakap dari pagi sampai petang. Aina juga turut mengikut daripada belakang. Masalahnya masih belum selesai sekarang ni!
"Dia dah putus tunang. So, kau still tak nak dia ke?" Mulut sepupunya itu melopong besar. Masih tidak percaya dengan kenyataan yang Dhia baru sampaikan itu.
"Dia putus sebab apa? Sebab kau ke?" Bahu gadis itu dipukul kuat. Aina kalau tak buat andaian sendiri memang tak sah! Buatnya Hayden dengar, mesti dia ingat dia selalu cerita tentang lelaki itu pada Aina. Mana dia nak letak muka nanti?
"Dia putus sebab aku cakap kau suka dia."
"Sebelum aku halau kau dari rumah, baik kau cakap betul-betul." Ugut Aina. Dia sudah menyinsing lengan baju kemejanya ke paras siku, bersedia untuk mengerjakan gadis didepannya ini. Terburai ketawa Dhia.
"Kidding je lah. Dia putus sebab dia dengan tunang dia tu dah tak serasi lah." Terang Dhia. Gelas kaca di dalam tangannya dirapatkan ke bibir. Air di dalamnya dihirup laju. Hilang sikit dahaganya selepas seharian berada di luar, bersosialisasi.
Masih segar di dalam ingatannya apa yang diberitahu oleh Hayden sebelum lelaki itu bertindak menghantarnya pulang ke rumah tadi. Hayden kata, dia dengan Bella bertunang hanya kerana gadis itu sepupu belah ayahnya je. Tunang Bella yang sepatutnya hadir hari itu tak datang sebab mereka dijodohkan pun hanya kerana permintaan keluarga. Sebab tak mahu menanggung malu, keluarga Bella minta pertolongan daripada Hayden untuk gantikan tempat yang sepatutnya menjadi tempat tunang Bella tu. Awalnya Hayden menolak tetapi lepas dipujuk oleh Puan Atiya dan Encik Rasyad, akhirnya dia bersetuju juga. Lagi pula, ia cuma bertunang. Bila-bila masa boleh putuskan.
Oleh kerana daripada mula Hayden memang tiada apa-apa perasaan suka mahupun cinta kepada Bella, dia buat keputusan untuk putuskan pertunangan mereka beberapa hari yang lepas iaitu beberapa hari selepas dia bergaduh besar dengan Hayden di dalam kereta.
Aina ketuk-ketuk dagunya. Seperti ada sesuatu yang mencurigakan berdasarkan cerita yang disampaikan oleh Dhia itu.
"Bella dengan Hayden dah tunang berapa lama?"
"Empat bulan. Termasuk bulan lepas." Berdasarkan ingatannya, itulah yang dikatakan oleh Hayden kepadanya. Dia dan Bella bertunang pada awal tahun ini dan putus pada bulan lepas. Bagi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada tunangnya sendiri, itu adalah tempoh yang agak lama. Kalau dia lah kan, tak suka esoknya dah putus dah. Sebab yelah nak jaga aib keluarga belah perempuan je buat apa lama-lama bertunang.
"Anyway, jangan nak tukar topik! Jangan lupa cakap dengan Hayden yang aku langsung tak berminat dengan dia! Aku minat orang lain. Understand?" Ujar Aina sambil bercekak pinggang. Selagi tak dimarahi, selagi itu kawan baiknya ini tidak akan insaf daripada perbuatan memalukan dirinya!
Dhia hanya mengangguk lemah. Terpaksalah dia berhadapan dengan Hayden lagi selepas ni.
----
Satu-persatu tong sampah dikawasan itu dibuka. Isi di dalamnya dikoyakkan satu demi satu. Bagaikan gelandangan sedang mencari makanan. Walhal, dia tidaklah semiskin itu sehinggakan semua tong sampah berdekatan dengan rumahnya ini digeledah. Sudah 30 minit masa berlalu tetapi barang yang dicari-cari masih tidak memunculkan diri. Kepalanya yang hanya mempunyai sedikit rambut itu digaru kasar.
"Mana pula barang tu aku letak eh?" tanyanya kepada diri sendiri. Dia tersengih sendiri mengenangkan kecuaiannya yang tidak sengaja membuang barang sepenting itu. Bengkang-bengkok jalannya kerana fikirannya masih tidak waras kerana pengaruh alkohol yang baru diminumnya awal pagi tadi untuk menghilangkan stres kehilangan barang yang dicari sejak malam semalam.
"Dragon mesti marah kalau aku cakap aku terhilangkan dadah yang dia suruh hantar tu." Sambungnya lagi. Kerana terlalu ketakutan, dia gigit kukunya yang sudah pendek kerana terlalu kerap digigit oleh tuannya. Cahaya lampu jalan yang menyirami kawasan sempit itu sedikit-sebanyak membantu pencariannya yang dilakukan sejak tiga pagi lagi. Dia terlalu takut memikirkan nasibnya sekiranya Dragon, bos besarnya itu dapat tahu yang dia secara tidak sengaja terhilangkan barang sepenting itu.
"Eh, Hamzah!" Panggilan suara tidak jauh daripada tempatnya berdiri itu membuatkan dia berpaling kebelakang. Dalam cahaya yang samar-samar itu, dia dapat lihat dua orang lelaki berbadan tegap datang menghampirinya. Kedua-dua antara mereka mengenakan pakaian serba hitam untuk menutup identiti masing-masing. Walaupun begitu, dia tetap kenal siapakah gerangan yang menegurnya. Badannya kini semakin menggeletar ketakutan.
Anak buah Dragon.
Lututnya menjadi lemah. Serta-merta lututnya menyentuh tanah kotor itu seraya kepalanya menekur ke tanah. Kedua-dua belah telapak tangannya dirapatkan untuk menyentuh satu sama lain. Kemudian, tangan itu digosok-gosok seperti memohon simpati daripada kedua-dua anak buah Dragon yang terkenal dengan sifat tidak berperikemanusiaannya.
"A..aku janji aku akan bayar ganti rugi kalau barang tu masih tak jumpa. Tolonglah.. tolonglah lepaskan aku kali ni je," minta lelaki bernama Hamzah itu. Kepalanya tidak diangkat menunujukkan yang dia betul-betul berharap Dragon akan memberikannya peluang sekali lagi untuk menebus salahnya.
Salah seorang lelaki berkot hitam itu berdecit lalu badannya direndahkan separas lelaki yang memohon simpati mereka itu. Pistol yang tersembunyi disebalik kotnya itu dikeluarkan. Kepalanya digaru menggunakan pistol itu. Tanpa riak kasihan, rambut lelaki bernama Hamzah itu ditarik kuat untuk menatap wajah bengisnya. Meraung kesakitan lelaki berumur 50-an itu diperlakukan begitu. Air mata jantannya jatuh mengenangkan apa yang akan berlaku selepas ini. Melalui mimik muka salah seorang orang suruhan Dragon ini pun, dia dah boleh agak yang Dragon takkan bagi muka lagi kepadanya kali ini.
"Dragon suruh kitorang bunuh kau dekat sini juga kau tahu?"
Hamzah memandang lelaki itu bagai tidak percaya. Terasa nyawanya tidak lama, sekali lagi tangannya digosok-gosok sambil air matanya semakin laju jatuh berjuraian di pipi. Itu arahan daripada Dragon sendiri, jadi siapa yang berani lawan? Sudah semestinya kembar dihadapannya ini tidak akan melawan memandangkan mereka yang paling lama berkhidmat di bawah jagaan Dragon. Arahan lelaki itu bagaikan arahan daripada seorang ibu kepada anak mereka. Tidak boleh membantah kalau tak mahu nyawa melayang.
"Tapi, Raiz tak bagi. Jadi, aku boleh buat apa kan terpaksalah ikut," berjalan menjauhi lelaki separuh botak itu, dia berdiri di sisi abang kembarnya semula. Galak mereka dua-beradik mentertawakan wajah Hamzah yang sangat pucat itu tatkala ini.
Jelas Hamzah terkejut. Seperti sebuah keajaiban dia masih hidup walaupun nyawanya dah berada di hujung tanduk. Anak buah Dragon yang paling setia tidak mengapa-apakannya walau sedikit luka sekalipun. Tersengguk-sengguk kepalanya menahan diri daripada mengeluarkan air mata lagi.
"Tapi kenapa?" Itu persoalan pertama yang hinggap di fikirannya sebaik sahaja adik kepada pasangan kembar itu melepaskannya.
Kenapa Raiz berniat ingin melepaskannya selepas berpuluh-puluh masalah yang timbul disebabkan oleh dia seorang? Kenapa Dragon tidak membantah permintaan adik kandungnya itu? Bukankah itu apa yang Dragon selalu buat? Berjuta-juta soalan bermain di fikirannya saat ini.
Tidak menjawab soalan yang diutarakan, kot hitam yang tersarung di tubuh lelaki berbadan tegap itu diselak. Beberapa keping gambar pemberian Raiz itu kini bertukar tangan. Dengan riak tidak faham apa yang sedang terjadi, beberapa keping gambar yang baru diserahkan kepadanya itu ditilik satu-persatu.
Di dalam gambar itu, ada seorang gadis yang berumur dalam lingkungan 20-an sedang melakukan aktiviti seharian. Ada yang menunjukkan gadis itu mahu masuk ke tempat kerja, ada yang menunjukkan gadis itu sedang bergelak ketawa dengan rakan sekerja dan banyak lagi gambar lain. Tetapi, gambar berasingan itu tetap menunjukkan wajah gadis yag sama. Gadis cantik bertudung dengan mata coklat kehitaman yang sangat cantik seperti orang luar negara.
Tetapi, apa kena mengena gadis itu dengan dia sekarang?
"Kenal perempuan tu?" Pantas kepalanya digeleng. Tidak menunjukkan yang dia main-main. Melihatkan riak wajah Hamzah yang jelas tidak tahu menahu tentang kena-mengena gadis bertudung itu dengan dirinya, serta-merta kembar itu gelak besar. Sejurus itu, wajah mereka kembali serius.
"Budak perempuan dalam gambar tu ialah anak kandung kau sendiri, Hamzah. Dia baru balik daripada luar negara." Keadaan sepi seketika. Hamzah masih terkejut dengan kenyataan yang satu itu. Perempuan di dalam gambar itu.. ialah anak dia?
"M.. maksud kau Dhia?" Terpacul nama anak kandungnya yang sudah lama tidak ditemui sejak bekas isterinya berpindah ke luar negara itu. 18 tahun tiada khabar, menghilangkan diri dan baru hari ini dia dapat tahu anak gadisnya itu berada di Malaysia. Itu pun daripada maklumat yang dia dapat daripada orang luar yang bukan daripada ahli keluarganya sendiri. Kepala lelaki itu digerak-gerakkan mengiyakan telahan lelaki yang berpakaian tidak terurus itu.
"Kau beruntung sebab Raiz berminat dengan anak perempuan kau tu tahu tak. Kalau tak, kau dah lama jadi arwah sekarang ni. Remember diorang punya first meet at club 18 years ago? Not as customer but as Dragon's younger brother? Yes, Raiz berminat since then." Matanya terkebil-kebil cuba menghadam satu demi satu pernyataan salah seorang pasangan adik-beradik kembar itu.
"Dan kalau kau berjaya bawa perempuan tu datang kepada Raiz, Dragon akan lepaskan kau kali ni. Tapi kalau tak berjaya, mayat kau yang kitorang bawa jumpa." Ujar abang kembar itu pula. Kenyataan itu membuatkan air liurnya terasa kesat. Raiz, lelaki berumur 30-an yang merupakan adik kepada Dragon berminat dengan anak perempuannya? Mahu tak mahu, dia terpaksa juga setuju dengan tawaran yang dibuat oleh Raiz sendiri. Nyawanya menjadi taruhan sekarang ini.
Bawa Dhia pada lelaki itu atau nyawanya menjadi galang ganti .

Book Comment (452)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Jha Red

    love it

    7d

      0
  • avatar
    Sara Mirelly Barbaia Carvalho

    muito lindo

    10d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters