Bab 21

Kehulu-kehilir Dhia berjalan. Sejak dari tadi dia mundar-mandir. Sekejap masuk ke bilik, sekejap lagi dia keluar bilik. Aina yang pada awalnya hanya ingin mengejut gadis itu bangun je pun, terpaksa turut sama melihat Dhia yang tidak senang duduk itu.
"Kau ni Dhia dah macam laki hilang bini pula gayanya. Kau cari apa sampai susah hati sangat ni?" Sudip yang tergenggam kemas olehnya itu digunakan untuk menggaru kepalanya. Dia pula yang naik rimas tengok Dhia mundar-mandir masuk bilik macam ni.
Dhia menoleh. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang gadis itu sedang membimbangkan sesuatu yang sangat penting. Tiada langsung riak main-main pada wajahnya yang putih mulus itu.
"Fail yang Encik Harraz suruh aku siapkan hari tu dah hilang! Dah lah hari ni aku kena buat presentation." Raung Dhia kuat. Hampir sahaja matanya berjuraian air mata darah saat ini tatkala mengenangkan nasibnya kalau pekerja yang lain dapat tahu tentang ini.
Ini merupakan pembentangan pertama dia sepanjang bekerja di bawah pengurusan Harraz. Lelaki itu dah letakkan kepercayaan sepenuhnya pada dia untuk siapkan slide yang akan dibentangkan beberapa jam dari sekarang ini. Dia pula sesedap asam jawa je hilangkan.
Sudahlah mereka perlu bentang dihadapan pekerja-pekerja dibahagian lain sekali. Dan yang paling menakutkan, dia juga perlu membentangkan presentationnya yang pertama ini dihadapan Dato' Erman iaitu pemilik kepada syarikat tempatnya bekerja. Menyebut namanya saja sudah menggerunkan apatah lagi bertentang dua mata dengan pemilik tuan badannya sendiri. Seram!
Aina gulingkan mata. "Kau ni kalau tak hilangkan barang tak sah kan?"
Matanya meliar ke segenap kawasan bilik Dhia. Keadaan bilik itu tatkala ini sangat tidak kemas seperti yang dia harapkan. Baju kotor Dhia berada di mana-mana. Fail-fail kerja yang sepatutnya hanya berselerak di atas meja panjang yang dia sediakan memang khas buat gadis itu juga tak kurang berseleraknya. Barang-barang kerja ada di serata tempat! Mana tidak hilang barang penting kalau keadaan bilik tidak ubah macam tempat pelupusan sampah!
"Ya Allah! Bilik pun dah tak rupa bilik nak jumpa macam mana?" Sudip di tangannya diketuk pada kepala Dhia. Gadis itu mengusap-usap kepalanya yang kemerahan kerana pukulan tak makan saman Aina itu.
"Baru tadi lah bilik ni berselerak macam ni!" Bohong Dhia.
"Habis sebelum ni bilik kau bersih macam tak bertuan ke?" Tanya Aina semula. Sengaja memerangkap gadis itu dengan soalan berupa perlian. Bukannya dia baru kenal Dhia semalam. Mereka membesar bersama kut. Mustahil tipu muslihat seorang insan bernama Dhia Adreanna ini tidak akan terbongkar bila bersama dengannya.
"Sebelum ni bersepah sikit je," ujar Dhia seraya tersipu-sipu malu di luar bilik. Kakinya dikuis-kuis untuk menutup kesilapannya sendiri. Lantaran itu sudip besi Aina mendarat lagi pada kepala gadis itu. Dhia sudah berpakaian lengkap ingin ke pejabat dipadankan dengan shawl ungu yang terlilit kemas pada kepalanya.
Dhia mendengus kasar. Minah ni kalau dia hempuk pula sudip di tangannya itu ke kepala Aina pula, meraung karang. Sesuka hati je ketuk kepala dia pakai peralatan dapur tu!
Lambat-lambat Aina melangkah masuk ke dalam bilik Dhia yang berselerak dengan barang-barang milik gadis itu. Penuh berhati-hati sekali setiap langkahnya. Takut pula kalau angkaranya, ada barang Dhia yang rosak.
Selepas beberapa puluh minit berlalu, akhirnya fail yang dicari-cari pun dijumpai. Ianya tersorok di bahagian hujung belah kiri bilik itu ditutupi oleh timbunan baju kotor milik Dhia sendiri. Selesai menjumpai barang yang diinginkan, mereka turun ke tingkat bawah untuk bersarapan pada pagi itu.
Sebelum Aina datang menemui Dhia di tingkat atas untuk bersama-sama menolong mencari fail yang hilang itu, dia telah selesai masak untuk mereka berdua. Cuma okeh kerana menunggu Dhia lama sangat di atas, dia terpaksa naik atas takut pula kalau-kalau Dhia masih belum sedar daripada tidur lenanya.
Dhia ambil tempat bersebelahan dengan gadis itu di island table. Kerusi tinggi separas pinggangnya itu ditolak mendekati meja supaya duduknya lebih selesa. Hari ini, Aina menyediakan sandwich telur untuk sarapan pagi mereka berdua. Ringkas dan mudah untuk disediakan.
"Hari ni aku tak boleh ambil kau tau. Aku ada kes yang nak disiapkan dalam minggu ni juga. Kau tahulah apa akan jadi kalau aku ingkar kan," ujar Aina seraya sekeping sandwich segi tiga itu disumbat ke dalam mulut. Comot bibir gadis itu dengan sos mayonnaise yang terdapat di dalam sandwich telur buatannya itu.
Tidak membalas, Dhia hanya mengangguk saja. Dia pun tak ada masalah perlu balik bersendirian. Di negara barat sana pun memang dia hanya mengharapkan pengangkutan awam untuk bawanya keluar masuk kawasan universiti. Nak harapkan ummi, jawabnya dia perlu tunggu dua jam untuk Puan Dahlia tiba dihadapan matanya kerana masalah kesesakan trafik yang sangat parah. Jarak di antara syarikat ummi dengan universiti dia dulu bukannya dekat.
"Ataupun kau boleh minta tolong bos hot kau tu hantar kau balik rumah." Sengaja Aina mengusik. Keningnya ternaik-naik bersama senyuman miang terhias di bibir. Apa lagi, melekat lengannya pada lengan sepupunya itu. Sengaja lah tu nak usha-usha Harraz kalau lelaki itu yang hantar dia pulang nanti.
Bukannya dia tak perasan yang Aina berminat dengan bosnya yang seorang itu. Ada saja idea bernas dari gadis itu supaya dia dapat menatap wajah Harraz setiap hari. Entah-entah Aina tak ada pun assignment yang perlu disiapkan. Saja je nak suruh dia balik dengan Harraz.
Aina lah katakan.
"Tak nak aku. Aku lagi rela naik mana-mana public transport daripada tumpang dia tahu tak? Ini dah kali ke berapa ratus aku minta dia tumpangkan aku balik rumah. Habis duit minyak dia dekat aku je," bantahnya. Cukuplah dia asyik-asyik menyusahkan Harraz saja perlu berulang-alik semata-mata nak hantar dia pulang.
----
"Dipersilakan Cik Dhia, wakil engineer untuk kehadapan melakukan pembentangan."
Bersama fail digendong di kedua-dua belah tangan, Dhia mengorak langkah. Usai tiba, dia kaku. Air liur terasa payah untuk ditelan. Betul-betul dihadapannya saat ini, yang sedang duduk di hujung lagi satu bilik mesyuarat ini semakin membuatkan dia bertambah gementar. Terutama apabila mereka secara tak sengaja melakukan eye contact sebelum pantas dia mengalihkan.
Pandangan Dato' Erman terhadapnya sangat tajam sehinggakan dia dapat merasakan pandangan tajam itu dapat menembusi dirinya.
Nafasnya ditarik lama sebelum perlahan-lahan dihembus keluar semula. Calm down, Dhia. This is not your first time doing presentation in front lots of people.
Just be confident and smile.
Slide yang dia siapkan sehari suntuk dipaparkan di belakang screen projector yang memang tersedia di dalam bilik mesyuarat ini. Sementara menunggu slide yang akan dibentangkannya itu selesai dipindahkan sepenuhnya ke laptop pejabat itu, matanya meliar pada pekerja yang turut ikut serta mendengar pembentangan pertamanya pada hari ini.
Matanya menangkap pada Harraz yang betul-betul duduk dihadapannya. Sengaja lelaki itu ambil tempat paling hadapan. Katanya, 'supaya lebih fokus dengan pembentangan.' Hak tuih!
Pasti sudah mendapatkan perhatian gadis itu, kepalanya ditopang menggunakan sebelah tangan. Sempat lagi sebelah mata lelaki itu dikenyitkan kepada Dhia. Lalu, mulutnya ditekup untuk menutup bunyi tawanya yang hampir saja terburai di situ.
Dhia juga hampir saja tawanya terburai tapi pantas riak wajahnya dikawal. Ada saja karenah Harraz untuk membuatkan dia tertawa. Perbuatan Harraz itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan gementarnya saat ini.
Harraz kemain awal-awal dah ketawa. Mentang-mentang lah bukan dia yang bentang, seronok lelaki itu mentertawakan dirinya.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Dhia Adreanna, daripada department engineering. Pekerja baru di sini. Saya baru sahaja menamatkan pelajaran di The University of Melbourne sebagai seorang graduan engineer."
----
Setelah selesai sesi mesyuarat, mereka semua bubar daripada bilik itu. Sekarang ini hanya tinggal dia, Harraz dan Dato' Erman sahaja yang masih setia menunggu arahan lanjut daripada Dato' Erman. Dato' Erman sendiri yang bertegas ingin berjumpa dengannya secara personal untuk memberi maklum balas berkaitan dengan projek yang akan dikendalikan di bawah pengurusannya dan Harraz itu.
"Miss Dhia, right?" pantas Dhia mengangguk. Harraz yang duduk berhadapan dengannya itu hanya menjadi pemerhati. Dia cuma akan menyampuk bila perlu sahaja.
Fail yang terkandung isi pembentangan Dhia sebentar tadi diselak. Sehelai demi sehelai isi di dalam fail itu ditelaah oleh Dato' Erman. Dhia pandang Harraz, Harraz pandang Dhia. Kemudian, lelaki itu mengangkat bahu. Tidak tahu perlu berbuat apa dalam situasi senyap sebegini.
"Siapa yang akan turut serta terlibat dalam projek pembangunan ni ya, Cik Dhia?" Tiba-tiba Dato' Erman bersuara. Kepalanya diangkat untuk menatap wajah Dhia yang putih mulus itu.
"Saya, Encik Harraz, Abang Nazmi dan ramai lagi. Abang Nazmi ada projek lain yang perlu dia uruskan hari ni sebab itu dia tak boleh join presentation yang diadakan pada hari ni," ujar Dhia memberi alasan.
Abang Nazmi ialah arkitek yang merupakan antara orang penting dalam projek mereka kali ini. Projek yang diserahkan kepadanya yang merupakan pekerja baru ini bukan biasa-biasa. Bangunan yang akan dibina di bawah pengurusannya ini mampu mencecah jutaan ringgit! Kalau dapat menarik minat syarikat lain juga untuk melabur di syarikat dia bekerja, berkemungkinan besar dia boleh dinaikkan gaji tanpa menunggu masa yang lama!
Terangguk-angguk Dato' Erman mendengar penerangan Dhia. Semua maklumat sudah disertakan sekali di dalam fail sederhana tebal yang diserahkan oleh Dhia kepadanya itu. Jadi, dia tak ada banyak benda nak tanya. Semua maklumat sudah disediakan dengan lengkap tanpa tertinggal apa-apa maklumat penting sekalipun.
"Saya suka pembentangan awak tadi. Lots of confident eventhough this is your first time doing so. Langsung tak ada selok-belok masuk isi yang tak penting semasa pembentangan tadi. Ringkas, padat dan sangat menarik. I'm looking forward to your future projects, Miss Dhia." Dato' Erman bangkit daripada duduknya. Senyuman manis dia hadiahkan buat Dhia sebelum kakinya dibawa menuju ke pintu keluar bilik mesuarat di tingkat tujuh itu.
Terkebil-kebil Dhia dibuatnya. Melihatkan Dato' Erman bangun, serentak Dhia dan Harraz turut serta bangun. Masih tidak percaya yang dia mendapatkan pujian daripada Dato' Erman sendiri!
Hilang saja Dato' Erman daripada pandangan mata, Dhia terlompat-lompat riang. Langsung tidak hiraukan Harraz di hadapannya yang hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatahnya. Gila tak gembira kalau dia dapat pujian sendiri daripada pemilik syarikat dia bekerja ini. Macam menang loteri gembiranya!
"Congrats Dhia. You deserved the compliments." Tambah Harraz pula. Senyuman nipis dia ukirkan buat gadis bertudung cantik itu. Tak sia-sia Dhia bertungkus-lumus menyiapkan projek ini selama beberapa minggu ini. Akhirnya, kerja keras gadis itu selama ini membuahkan hasil juga.
"Thank you, Encik Harraz. Tapi, Encik Harraz patut berbangga tau sebab saya berjaya bentangkan dengan sempurna atas bantuan Encik Harraz juga." Ujar Dhia. Dia mula berkemas-kemas ingin keluar daripada situ. Urusan mereka berdua sudah selesai, jadi tinggal jalankan sahaja projek ini.
Harraz senyum tipis. Memang dia ada bantu apa-apa yang Dhia tak faham, cuma benda yang dia tolong tak banyak mana pun. Dia perlu akui walaupun Dhia masih baru dalam bidang kerjanya ini, gadis itu agak hebat jika nak dibandingkan dengan pekerja baru yang lain dalam melakukan tugasnya sendiri.
"We.. did well."

Book Comment (452)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Jha Red

    love it

    7d

      0
  • avatar
    Sara Mirelly Barbaia Carvalho

    muito lindo

    10d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters