Hujan lebat yang menyirami bumi di kala ini turun tepat pada masanya. Pada hari yang dia terpaksa pulang sendiri menggunakan mana-mana pengangkutan awam yang tersedia. Sudahlah hari hujan teksi, bas, grab semua susah dapat! Sesekali, bunyi dentuman guruh kedengaran bersama dengan kilat yang sabung menyabung. Seperti ikut menangisi nasib malangnya yang berturut-turut pada hari ini. Sudahlah awal pagi tadi paginya dimulakan dengan kehilangan fail penting pada hari yang penting! Nasib baiklah dia sempat jumpa sebelum mesyuarat bermula. Memanglah Harraz takkan salahkan dirinya tapi dia sendiri yang akan berasa bersalah! Tak pasal-pasal Harraz kena marah gara-gara kecuaiannya sendiri! Bercakap tentang Harraz, hujan ni macam tahu-tahu je yang dia akan balik menggunakan pengangkutan awam pada hari ini. Kalau lah dia tahu ramalan cuaca petang nak ke senja begini akan hujan, dah lama dia tumpang naik kereta Harraz je! Tak perlu lah dia bersusah-payah menunggu ketibaan mana-mana pengangkutan awam yang akan lalu-lalang di kawasan yang kebiasaannya sesak ini. Sudahnya, dia sedang berdiri tercongok di sini, tersekat di sebuah tempat perhentian bas yang betul-betul terletak hanya beberapa meter jauhnya sahaja dari bangunan pencakar langit syarikat tempat dia bekerja. Menyesal pun dah tak berguna. Jejaka itu mungkin sudah selamat sampai di rumah agaknya pada waktu-waktu begini. Sedang bermain dengan Hana untuk meluangkan masa bersama gadis kecil molek itu. Bercakap pasal Hana, dia jadi rindu pula pada gadis kecil berwajah kacukan Arab itu. Kali terakhir dia bertemu dengan Hana ialah beberapa minggu yang lepas, iaitu sewaktu dia bertemu Harraz dan Hana untuk kali pertamanya. Selepas daripada itu, dia hanya sempat bertanya khabar tentang Hana melalui Harraz sahaja. Masakan tidak, dia nak menunaikan hasrat Harraz yang ingin mengajaknya keluar makan pun masih tidak berkesempatan lagi, inikan pula nak datang berjumpa face-to-face dengan Hana itu sendiri. Tak sempat oi! Harraz ada menyuruh dia datang ke rumah untuk bermain dengan Hana kerana gadis kecil itu tak habis-habis bertanyakan tentang dia. Dalam masa yang sama, Harraz ingin memperkenalkan dia kepada keluarga lelaki itu tentang gerangan yang menyelamatkan cucu tunggal mereka di pasaraya itu, tapi dia yang berkeras tak mahu. Cukuplah mereka tahu nama dia saja pun dah memadai. Tak perlu kut sampai nak kenalkan bagai. Matanya meliar ke sekeliling kawasan jalan raya itu. Walaupun syarikat tempat dia bekerja ini berdekatan dengan jalan utama keluar masuk Kuala Lumpur, tiada satu kereta pun yang lalu-lalang di jalan raya hadapannya ini. Bukan setakat kereta, orang pun dah tak nampak bayang dah! Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu arah seperti ini, buatkan dia rasa tak selamat. Dia seperti dapat rasakan akan ada sesuatu perkara buruk yang akan berlaku kepadanya saat ini juga. Tapi dia tak tahu apa 'perkara buruk' yang berkemungkinan akan berlaku di kawasan terbuka begini. Al-maklumlah, perempuan overthinking ni pemikiran dia berbeza sikit dengan orang normal. Walaupun sebenarnya tiada apa-apa maksud pun disebalik sesuatu itu, dia tetap akan korek sedalam-dalamnya untuk memecahkan kod kepada suatu makna sama ada yang buruk mahupun yang baik. Dalam keadaan jiwanya yang tidak tenteram begini, tiba-tiba sebuah kereta usang mendekati tempat perhentian bas yang diduduki olehnya itu. Berhenti betul-betul dihadapan dia, enjin kereta dimatikan. Oleh kerana cermin kereta Proton Saga lama itu gelap, dia tak dapat mengecam siapakah pemilik kenderaan misteri itu. Dia toleh ke kiri kanan. Tiada orang lain. Hanya ada dia seorang sahaja di sini, berada di perhentian bas ini. Kalau ada orang sekalipun, nun jauh di sana, di kawasan Mamak Pak Ali, iaitu tempat dia selalu lepak dengan Kak Wani dan pekerja-pekerja yang lain pada waktu lunch. Jarak di antara kedai mamak itu dengan tempat dia berada saat ini sangat jauh oleh kerana ada sebuah jalan raya untuk kereta keluar masuk ke kawasan itu yang memisahkan mereka. Kalau dia menjerit pun mesti tak dengar tambah-tambah cuaca hujan begini. 'Tak apa, Dhia. Mungkin dia nak tanya arah je kut. Tersesat atau baru pertama kali datang KL dengan niat berhenti di perhentian bas ni untuk bertanyaknan arah memandangkan aku seorang je ada dekat sini. Jangan overthinking sangat,' desis hati kecilnya. Jantungnya tak payah cakap lah. Macam nak meletup pun ada juga kerana fikirannya terlalu 'di luar kawalan'. Pintu kereta Proton Saga itu terbuka. Dapat dia lihat sebuah payung terjengul keluar daripada dalam kereta. Payung dia juga kelihatan sudah lama diguna pakai. Ada beberapa lubang kecil pada payung itu tapi masih boleh digunakan kerana lubangnya di kawasan hujung payung. Kalau hujan sekalipun, pemilik payung tak adalah basah kuyup sangat pun. Dia tak dapat lihat siapakah pemilik kenderaan usang itu kerana terlindung dek payung berwarna biru tua milik pemilik kenderaan itu sendiri. Matanya cuba menjenguk isi di dalam kereta itu tapi masih tidak nampak juga. Misteri betul pemilik kereta yang berhenti dihadapannya ini. Seorang lelaki lewat 50-an mengatur langkah mendekati Dhia yang keseorangan di situ. Wajah lelaki tua itu terlindung oleh sebuah topi berwarna hitam menyukarkan Dhia untuk melihat dengan jelas figura yang perlahan-lahan datang mendekatinya itu. Hanya separuh saja wajah lelaki tua itu dapat dia lihat. "Dhia Adreanna.." namanya meniti pada bibir yang separa merekah itu. Bibir lelaki tua itu kering, bagaikan air tak pernah menyentuh salur pernafasan lelaki tua itu walau sekali pun. Dahinya berkerut pelik. Macam mana lelaki tua yang baru dia jumpa untuk kali pertama itu boleh tahu nama dia? Nama penuh pula tu. "Ya, saya. Pak cik ni siapa?" Jeritnya sedikit kuat. Disebabkan cuaca hujan, terpaksalah dia kuatkan sedikit intonasi suaranya supaya dapat mengatasi suara guruh yang tak henti-henti datang menyapa. Lelaki berpakaian agak lusuh itu mengukirkan senyuman sinis. Walaupun lelaki tua itu masih tidak menunjukkan wajahnya yang sepenuhnya, dia dapat lihat dengan jelas senyuman sinis yang terlakar sinis pada wajah berkedut itu. Dia rasa tak sedap hati. "Lama tak jumpa anak dara ayah ni." Sebaik sahaja wajah tua itu diangkat, tubuh badannya jadi meremang. Badannya jadi kaku, bagaikan dihipnosis untuk tidak bergerak walau seinci pun. Hanya berjarakkan beberapa langkah sahaja, wajah lelaki yang paling dibencinya suatu ketika dulu sehingga ke hari ini, muncul sekali lagi dalam hidupnya. Ayah. Tangannya mula menggigil kuat. Fikirannya kosong, langsung tidak mempunyai idea sama ada ini cuma khayalannya semata-mata atau dunia yang realiti. Terasa seperti dunia sudah berhenti berpusing diantara mereka berdua. Masa bagaikan terhenti sebaik sahaja sepasang mata hitam pekat itu menatapnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. Apa yang pasti, itu bukan pandangan seorang ayah yang penuh kasih sayang terhadap anak kandungnya sendiri. "Pak.. pak.. pak cik ni siapa?" Meskipun dia sendiri tahu jawapan untuk soalan itu, dia tetap juga ingin bertanya. Dalam hatinya dia hanya mampu berharap lelaki tua dihadapannya ini cuma tersilap orang dan segera beredar daripada perhentian bas yang sunyi sepi ini. Sekalipun dia bertindak untuk menjerit mendapatkan pertolongan, belun tentu ada yang akan mendengar. Peluang untuk dia melarikan diri tanpa tertangkap juga sangatlah nipis. Hamzah ketawa kecil. Barisan giginya yang sudah mula bertukar kekuningan itu terserlah. Semakin kuat badannya menggigil melihatkan lelaki tua yang pernah dia gelar 'ayah' itu masih boleh ketawa selepas apa yang pernah dia buat kepadanya beberapa belas tahun yang lepas. Takkan dia lupakan memori hitam itu walau sesaat pun. Kemudian, Hamzah ketawa lagi. Dia dihadapan bagai mahu longgar skru lutut, ayahnya pula boleh ketawa macam dia sedang buat lawak jenaka? "Ini ayah lah, Dhia. Takkan tak ingat kut?" Hamzah cuba melangkah setapak kehadapan mendekati Dhia tetapi Dhia terlebih dulu mengundur setapak ke belakang. Hamzah mengeluh perlahan bagai hampa dengan reaksi dingin gadis itu kepadanya. Apa dia ingat dia nak layan baik-baik selepas trauma yang lelaki itu sendiri tinggalkan di dalam memori zaman kecilnya? Tidak sama sekali. "Apa? Lepas duduk dengan ummi dekat negara orang putih sana terus tak kenal ayah kandung Dhia siapa?" Soal Hamzah seperti berjauh hati. Dhia tutup kedua-dua belah telinganya menggunakan telapak tangannya. Dia gagahkan juga tangannya untuk menutup telinga walaupun tangannya masih tidak berhenti bergetar sejak kemunculan semula lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'ayah' itu. Ayah apa yang sanggup jual anak dia sendiri? Demi kepuasan diri sendiri? "Diam! Dhia benci ayah! Ayah takkan jual Dhia kalau ayah anggap Dhia sebagai anak ayah!" Jeritnya dengan intonasi kuat. Air matanya sudah berjuraian di pipi apabila teringat sahaja memori hitam yang menghantuinya walaupun selepas ketiadaan lelaki itu di sisinya lagi. Sehingga ke hari ini dia masih ingat akan perbuatan keji yang pernah ayah kandung dia sendiri lakukan semata-mata demi kepuasan diri sendiri. Wajah Hamzah kelihatan tenang. Langsung tidak terkesan dengan drama air mata yang sedang berlaku. Sebaliknya, dia semakin mendekati anak gadisnya itu dengan mencuba melangkah setapak lagi kehadapan. Jelas wajah putih mulus gadis itu sudah berubah merah dan tangannya juga menggengam buku lima. Sepasang mata hitam milik Dhia sedang memandangnya dengan penuh kebencian. "Dhia.. ayah dah berubah. Ayah yang Dhia nampak sekarang, bukan ayah yang Dhia pernah kenal dulu. Dhia tahukan seorang bapa tugasnya melindung anaknya? Ayah datang sini nak lindung Dhia lah. Kita balik rumah ayah ye?" Tangannya dihulur kepada gadis itu. Berharap Dhia akan menyambut huluran tangannya. Tak perlulah dia berkasar untuk memaksa Dhia ikut kalau Dhia jenis yang mendengar kata. "What do you think I am? I'm not your little girl anymore! Guess what? Dhia takkan percaya ayah buat kali kedua! Ayah nak apa lagi? Nak jual Dhia dekat mana-mana lorong supaya ayah boleh bahagiakan diri ayah sendiri? You're selfish, ayah!" Dia berpaling tubuh daripada ayahnya. Dia dah tak kira. Hujan ke ribut taufan sekalipun dia dah tak hairan. Lantaklah basah satu badan sekalipun, dia redha. Asal dia boleh lari daripada sini pun, dia dah cukup bersyukur dah. Berada di bawah satu bumbung dengan ayahnya sendiri bukan pilihan yang lebih selamat berbanding meredah hujan yang masih belum reda sejak tadi. Dia cuba untuk melangkah lebih jauh daripada lelaki itu tetapi Hamzah lebih pantas mencengkam pergelangan tangan Dhia sebelum sempat gadis itu lari. Dhia cuba untuk melepaskan cengkaman tangan itu tetapi tidak berjaya. Cengkaman tangan itu terlalu erat. "Lepaskan Dhia sebelum Dhia call polis!" Dhia buka beg tangannya menggunakan sebelah lagi tangan. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada dalam beg tangannya. Belum sempat dia berbuat apa-apa, telefon pintarnya dah selamat mencium lantai konkrit perhentian bas itu. Sudah basah terkena air hujan yang masih tidak henti mengunjung. Dhia pandang wajah ayahnya dengan riak wajah geram. Dengan mudahnya lelaki itu rampas telefonnya dan campak ke atas tanah? Kalau bukan kerana memikirkan lelaki dihadapannya ini bergelar ayah kandungnya sendiri, dah lama tangannya melekat pada wajah tua lelaki itu. "Dhia nak ke tak nak, Dhia tetap kena ikut ayah! Ayah bukan bagi pilihan tapi ayah bagi arahan!" Tubuh kecil gadis itu cuba diheret masuk ke dalam kereta. Dhia berkeras tidak mahu ikut. Palang besi yang memang sedia ada di situ dipegang erat bagai tidak mahu lepas. Oleh kerana cuaca hujan, palang besi itu agak licin menyukarkan cengkaman tangan Dhia. Sedikit lagi mahu melorot dan akhirnya melepaskan palang besi itu sebelum ada satu suara datang menyampuk menghentikan perbalahan yng sednag berlaku diantara mereka berdua. "Miss Dhia?"
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (452)
Kurt Justin Ancheta
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1love it
7d
0muito lindo
10d
0View All