"Assalamualaikum!" "Waalaikumus- salam," sahut Datin Hasya yang baru sahaja tiba di ruang tamu rumah tiga tingkat itu sebaik sahaja telinganya menangkap satu suara yang dikenalinya dari arah depan pintu. Berlari anak dia daripada dalam dapur lagi untuk menyambut ketibaan suami yang tercinta. Wajah Datin Hasya serta-merta berubah daripada wajah yang ceria menyambut kepulangan sang suami kepada wajah yang beriak bingung sebaik sahaja matanya mendarat pada seorang gadis ayu berbaju kurung yang asing bagi dirinya sedang berdiri tegak disisi suaminya saat ini. Pandangan gadis itu juga tertuju hanya pada kecantikan lantai ruang tamu rumah agam ini saja. Tidak mahu berbuat andaian sendiri, perlahan-lahan kakinya diatur mendekati suaminya. Kemeja biru gelap yang tersarung di tubuh Dato Erman itu basah kuyup dek kerana hujan yang masih tidak ingin mengucapkan selamat tinggal kepada bumi. Sempat matanya memandang Dhia di sisi cuma sekilas pandang saja sebelum tatapannya kembali kepada sang suami. Beg kecil yang terpegang kemas oleh suaminya itu diambil lalu tangannya dihulur sebagai tanda gembira menyambut kepulangan si suami selepas seharian penat bekerja. Tanpa menunggu lama, huluran tangan itu pun disambut seraya dirapatkan ke arah wajah Datin Hasya untuk mencium syurganya itu. Tangan suaminya agak dingin mungkin kerana cuaca hujan yang masih tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada bumi agaknya. "Boleh awak bagi Dhia segelas air? Mesti dia haus ni," pinta Dato' Erman lembut. Wajah Dhia dipandang sekilas. Gadis itu masih tidak bersuara walau sepatah perkataan sekalipun sejak mereka di dalam kereta lagi. Pandangannya juga hanya menekur ke arah bawah saja. Mungkin masih trauma dengan apa yang baru terjadi di perhentian bas tadi agaknya. "Siapa ni bang?" Soal Datin Hasya, membalas permintaan Dato' Erman dengan sebuah soalan. Sejak mereka tiba dia perasan tubuh badan gadis disebelah suaminya itu menggeletar. Bagai sedang takutkan sesuatu. Suaminya ini culik perempuan ni ke sampai takut benar gayanya? "Nanti saya explain dekat awak. Bagi Dhia ni air dulu boleh?" Datin Hasya lambat-lambat mengangguk seraya kembali semula ke dapur. Dato' Erman fokus semula kepada Dhia. Pasti banyak duka yang gadis itu terpaksa lalui hanya kerana bapa yang berperangaikan binatang seperti Hamzah itu. "Kita duduk dulu ya sementara tunggu air sampai?" Dhia tersentak. Sangkanya Dato' Erman masih sedang berbual dengan isterinya itu. Rupa-rupanya sedang bercakap dengan dia yang langsung tidak berbicara walau sepatah perkataan sekalipun. Tidak mengambil masa yang lama, Dhia mengangguk. Bersetuju dengan cadangan yang datangnya daripada Dato' Erman. Sofa panjang yang terketak di ruang tamu itu menjadi tempat pilihan mereka. Dato' Erman duduk di sofa panjang yang mampu memuatkan lebih daripada tiga orang manakala Dhia pula duduk di sofa satu tempat duduk. "Dhia okey?" Itu soalan pertama yang terbit dari bibir tua milik Dato' Erman. Wajahnya tampak seperti risau dengan keadaannya selepas apa yang baru dia lalui di perhentian bas beberapa minit yang lepas. Bersama senyuman tipis dia hadiahkan, gadis itu mengangguk. Wajah Dhia seperti mahu menangis. "Thank you dato' sebab datang selamatkan saya. Kalau Dato' Erman tak datang tadi, mungkin bapa saya sendiri dah jual saya dekat jantan mana-mana entah," ucap Dhia dalam nada sayu. Jatuh kesian dia kepada gadis muda itu. Tak cukup dijual waktu gadis itu masih kecil, sekali lagi Hamzah buat hal. Nasib baik dia lalu di situ kalau tidak, entah ke mana Hamzah tu nak jual anak dia kali ni pula. "Ish, tak payahlah panggil dato'. Kita bukan dekat tempat kerja lagi ni. Panggil uncle pun dah okey dah." Ujar Dato' Erman lembut. Lambat-lambat Dhia angguk, bersetuju dengan gelaran yang dipinta oleh Dato' Erman sendiri. Agak lama keadaan menyepi sebelum Datin Hasya datang bersama dulang yang di atasnya ada sebuah teko kaca sederhana besar dan beberapa gelas yang datang bersama-sama dengannya. Dulang itu diletakkan atas meja lalu dua gelas kaca itu dituang air berperisa anggur di dalamnya. Kemudian, Datin Hasya kembali semula ke dapur untuk menyambung semula tugasnya yang tergendala. Tak mahu ganggu perbualan serius antara gadis yang baru dikenalinya itu dengan suaminya itu. Selepas berbual-bual, Dato' Erman mengarahkan pemandu peribadinya quntuk menghantar Dhia pulang semula ke rumah. Pada awalnya, Dia bawa Dhia ke rumahnya kerana kata gadis itu sendiri, dia takut berseorang di rumah selepas apa yang berlaku di perhentian bas tadi. Teman serumahnya pula balik lambat harini. Sebab itu dia bawa Dhia datang ke rumahnya sementara menunggu rakan serumah Dhia balik daripada kerja lebih masa. "Siapa budak tu bang? Pekerja abang ke?" Soal Datin Hasya berhubung dengan Dhia yang baru saja pulang beberapa minit yang lepas. Sejurus tiba dihadapan meja yang terletak di ruang tamu itu, cawan-cawan yang digunakan oleh Dhia dan suaminya itu diletakkan semula di atas dulang untuk dibasuh. Bik Suri, iaitu pembantu rumah yang sepatutnya melakukan semua tugas ini sedang cuti sakit sekarang. Nak tak nak, terpaksalah dia melakukan semua tugas Bik Suri sementara wanita yang lahir di negara jiran itu kembali bekerja semula seperti biasa. "Pekerja abang. Ayah dia ganggu dia dekat bus stop tadi. Nasib baik abang datang tepat pada masanya kalau tidak, tak tahulah apa jadi dekat budak tu dah sekarang." Ucap Dato' Erman. Matanya masih tidak beralih daripada kaca televisyen yang sedang memaparkan rancangan komedi yang sedang ditayangkan. Sekurang-kurangnya dapat juga menghilangkan perasaan risau yang membelenggunya saat ini. Wajah Datin Hasya berkerut. "Apa maksud abang dengan perkataan 'ganggu' tu? Itu bukan bapa kandung dia ke?" Dato' Erman mengalihkan posisi kedudukannya supaya menghadap Datin Hasya yang duduk bersebelahan dengannya. Terkebil-kebil Datin Hasya dibuatnya melihatkan perubahan posisi itu. Tiba-tiba atmosfera mereka terasa seperti berubah serius secara mendadak. Dato' Erman yang tadinya tenang kini berubah sepenuhnya kepada mod serius. "Awak ingat lagi tak kejadian lapan belas tahun lepas yang pernah saya ceritakan dekat awak? Yang pasal ada sorang budak perempuan kena jual dengan bapa dia sendiri tu?" Anak mata Datin Hasya naik ke atas. Cuba mengingati peristiwa yang berlaku lapan belas tahun lepas itu. Al-maklumlah, semakin meningkat usia, semakin kecil memori ingatannya. "Ingat. Tapi, apa kena mengena kes budak tu dengan budak perempuan yang awak bawa balik tu?" Kejadian berbelas-belas tahun yang pernah diceritakan oleh suaminya itu kembali bermain di layar fikirannya. Tapi, dia tak dapat pula menghubungkan peristiwa itu dengan gadis cantik yang datang ke rumahnya tadi. Terpinga-pinga Datin Hasya dibuatnya. Dato' Erman ukir senyum tipis sebaik sahaja mindanya memutar semula memori lapan belas tahun lepas itu. Tak sangka dunia ni kecil je sebenarnya. "Budak perempuan yang saya bawa balik rumah kita tadi tu nama dia Dhia. Dhia tu jugalah budak perempuan yang saya selamatkan lapan belas tahun lepas." Mata Datin Hasya membulat. Bagai tak percaya dengan apa yang telinganya baru dengar itu. Datin Hasya sampai bangun daripada sofa panjang itu kerana terlalu terkejut punya pasal. "Maknanya, abang nak cakap budak perempuan yang kecil, comel waktu lapan belas tahun lepas tu adalah perempuan yang sama yang datang hari ni? Mana abang tahu pasal semua ni?" Keningnya sedikit terjungkit. Tubuh badannya dipeluk seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh suaminya itu betul atau tidak. Manalah tahu ini semua untuk mengenakan dia saja. "Cuba awak bawa bertenang. Tadi, saya terserempak dengan Hamzah. Dia nak paksa Dhia ikut dia tapi Dhia tak nak. Bila Hamzah tu nampak je muka saya, itu yang lintang-pukang si Hamzah tu lari. Saya cam muka Hamzah tu dan Hamzah tu pun cam muka saya. Itu pasal lari macam tak cukup tanah si Hamzah tu lepas nampak saya turun dari kereta," terang Dato Erman panjang lebar. Kejadian di perhentian bas tadi kembali berlayar di mindanya. Dhia ada tanya dia tentang sebab bapa kandungnya itu lari sebaik sahaja terlihat wajahnya, jadi dia terangkanlah apa sebenarnya yang terjadi. Tak henti-henti Dhia berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkannya pada hari ini dan juga untuk lapan belas tahun yang lalu. Katanya, tanpa pertolongan dari dia, mungkin dia tak mampu bernafas sehingga ke hari ini. Sampai begitu sekali gadis itu menghargai jasanya.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (452)
Kurt Justin Ancheta
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1love it
7d
0muito lindo
10d
0View All