Bab 24

"Dhia!"
Sebaik sahaja dia nampak bayang-bayang gadis itu, meluru Aina berlari menuju ke arah Dhia. Langsung tidak hiraukan keadaan rambutnya yang sudah berantakan gara-gara risaukan keadaan teman baiknya itu.
Mana dia tak risau. Sedang sibuk dia memikirkan tentang kes mahkamah yang akan dibicarakan dua minggu dari sekarang, tiba-tiba panggilan dari nombor yang tak dikenali muncul di skrin telefon pintarnya. Panggilan daripada lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai bos kepada Dhia itu membuatkan dia hilang kata.
Tahu saja apa yang baru berlaku pada Dhia, bergegas dia kemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Dah tak fikir tentang kerja dah.
Tubuh kecil Dhia selamat berada dalam pelukannya. Lama juga mereka berkeadaan seperti itu sebelum pelukan itu terurai. Tangan Dhia digenggam kuat, cuba menyalurkan kekuatannya kepada rakan baiknya itu.
Sungguh dia tak kuat melihat keadaan Dhia begitu. Tiada langsung senyuman yang terhias di wajah putih mulus milik gadis itu seperti selalu. Yang ada hanya wajah pucat, seperti masih trauma dengan kejadian yang menimpanya beberapa jam yang lepas.
"Kau okey?" Tanya Aina dalam intonasi lembut. Keadaan Dhia saat ini sangat tidak bermaya. Bagaikan peristiwa yang baru berlaku kepadanya itu memberikan impak yang cukup besar dalam hidupnya.
Dhia yang sejak tiba tadi hanya menundukkan kepala, menatap lantai marmar rumah saja. Walaupun samar-samar, dia dapat lihat Dhia berusaha sedaya upaya untuk tersenyum disebalik peristiwa hari ini.
"Okey je. Janganlah risau pasal aku," balas Dhia perlahan. Suaranya seperti sedang menahan sebak. Kalau gadis itu berbicara sekali lagi, runtuh juga benteng air mata Dhia nanti.
Aina mengepal tangannya. Perasaannya bercampur-baur sekarang ini. Kalau ikutkan emosinya yang tidak terkawal ini, sekarang juga dia pergi berjumpa bapa kepada Dhia itu dan beri amaran keras kepada lelaki itu supaya tidak mengganggu Dhia lagi. Malangnya, keberadaan Hamzah tidak ada yang mengetahui. Akhirnya, dia hanya melepaskan keluhan berat.
Wajah Dhia kembali menjadi tatapan matanya. Wajah sugul gadis itu menandakan keberadaannya di rumah Dato' Erman tidak lama dan langsung tidak menjamah apa-apa makanan sepanjang berada di sana. Kedua-dua belah bahu gadis itu dia pegang. Pelik dengan kelakuan Aina, Dhia mengangkat wajahnya untuk memahami kelakuan gadis itu.
"Kita pergi balai esok report bapa kau ya?"
----
Pen di tangannya dibuat main. Kerusi kulit yang sedang dia duduki itu sejak tadi tidak berhenti berpusing. Fail-fail yang berlonggok di atas meja langsung tidak dapat mengekalkan dirinya untuk kekal fokus. Hayden mengeluh berat.
Dari awal pagi tadi dia tidak dapat fokus dalam kerjanya, fikirannya hanya menerawang di awang-awangan.
Sudah beberapa hari dia berkelakuan begini. Segala yang dia buat semua rasa serba tak lengkap. Adakah memikirkan tentang apa yang Dhia beritahunya beberapa hari yang lepas? Aina suka dekat dia? Entahlah. Dia pun tiada jawapan untuk itu. Luahan perasaan Aina melalui Dhia langsung tidak membuatkannya gembira.
Jangan cakap kau mengharapkan Dhia yang suka dekat kau?
Pft, merepek.
Kau ingat apa-apa tentang dia pun tidak.
Tok! Tok!
"Masuk!" Laung Hayden daripada dalam bilik. Dia pura-pura fokus dalam kerjanya. Sempat lelaki itu berdehem kecil sebaik sahaja bayang Puan Atiya muncul di sebalik pintu.
Dulang yang berisi segelas jus oren dan sepotong kek coklat indulgence itu diletakkan di atas meja kerja Hayden. Kemudian, wanita itu melabuhkan punggung di sofa berdekatan dengan meja kerja Hayden.
"Ingatkan ambik cuti hari ni sebab anak mama ni nak rehat. Rupanya, nak buat kerja jugak dekat rumah mama ni. Dah lah balik dua minggu sekali je huh!" Puan Atiya gulingkan mata. Entah apa yang anak bujangnya itu fikirkan pun dia tak tahu. Macam mana boleh terfikir nak ambil cuti semata-mata nak buat kerja di rumahnya?
Nak kata dah mewarisi syarikat suaminya itu tidak juga. Bila ditawarkan posisi CEO, mentah-mentah ditolak oleh Hayden. Katanya, ingin menimba pengalaman di syarikat lain terlebih dahulu sebelum menyambung legasi turun-temurun syarikat milik ayahnya itu. Entah apa yang berada di fikirannya pun dia tak tahu sehingga terfikir idea sebegitu.
Hayden hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik itu bagi menjawab Puan Atiya. Jus oren di atas dulang itu dicapai. Bacaan bismillah dibaca sebelum jus itu diminum.
"Apa khabar Dhia? Dah lama mama tak jumpa dia," ujar Puan Atiya. Memang betul pun. Kali terakhir dia bertemu gadis itu pun sebulan yang lepas. Rindu pula pada anak tunggal Dahlia itu.
Mendengarkan saja nama gadis itu, terbatuk-batuk dia dibuatnya. Kotak tisu di hujung meja diambil lalu di lap mulutnya. Matanya sempat memberi pandangan tajam. pada mamanya itu.
"Manalah Iden tahu. Dia bukan isteri Iden." Dadanya ditepuk beberapa kali, cuba meredakan rasa sakit pada dadanya akibat jus oren itu tadi. Mama pun satu. Tak boleh ke tanya selepas dia selesai minum air. Nasib baik tak tersembur air tu ke lantai.
"Eh kamu kan duduk KL, mestilah kamu kena tahu. Bukan ke mama suruh tengok-tengokkan Dhia sepanjang dia duduk dekat KL tu? Lupa ke?" Menjengil mata Puan Atiya mendengar maklum balas daripada Hayden. Tak boleh harap langsung anak bertuah ni!
"Memanglah dia bukan isteri kamu, tapi Dhia tu kan kawan masa kecil kamu. Dah lupa ke janji-janji manis yang Iden tabur masa Iden dengan Dhia kecil-kecil dulu?" Sambung Puan Atiya lagi.
"Manalah Iden ingat." Selamba badak saja Hayden membidas semula bebelan Puan Atiya.
Belum sempat dia buka mulut lagi, Puan Atiya datang memukul bahunya. Aduh!
"Habistu nak tunggu Dhia tu terbang balik ke Australia ke baru kamu nak ingat, baru nak jaga? Ada yang kena masak lemak cili api karang ni." Hayden mengusap-usap bahunya yang baru saja dipukul oleh Puan Atiya itu. Dah meningkat usia pun pukulan Puan Atiya masih berbisa.
Tapi ada betulnya juga tu. Walaupun dia tak ingat perjanjiannya dengan gadis itu, pasti Dhia ingat. Jadi, tak salah lah kalau dia selalu datang berjumpa dengan Dhia atas alasan keselamatan? Iyalah, mana tahu dia dalam bahaya ke. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Wajah Hayden kembali masam.
"Tapi, Dhia tak suka Iden selalu kacau dia lah," Hayden sandarkan badannya pada kerusi kulit itu. Lebih baik dia berhenti bekerja sekejap. Sekalipun dia teruskan, entah apa yang ditulis pun dia tak tahu.
Bahu Hayden ditepuk perlahan. "Dah kalau Iden asyik cari gaduh dengan dia je setiap kali jumpa, mana lah dia suka. Kamu berdua tu bukannya budak budak lagi nak gaduh dua puluh empat jam."
Hayden ketuk-ketuk kepalanya menggunakan pen di tangan. Ada betulnya juga apa yang Puan Atiya kata. Ada sesetengah orang suka kalau lelaki selalu cari gaduh, ada juga yang tak suka. Mungkin Dhia dikalangan orang yang tak suka.
Tiba-tiba, dahi Hayden berkerut. Keningnya terjungkit naik, pelik dengan jawapan daripada mamanya itu.
"Macam mana mama tahu Iden ngan Dhia setiap kali berjumpa mesti bergaduh?" soalnya. Puan Atiya yang sudah kembali ke arah sofa dipandangnya tajam.
Tak mungkinlah Puan Atiya ada memasang mata-mata untuk memerhatikan aktiviti sehariannya di KL kut. Atau mungkin?
Puan Atiya melabuhkan punggungnya kembali di sofa panjang yang mampu memuatkan dua orang itu.
"Mustahil mama tak tahu. Kamu dengan Dhia dah serupa anjing dengan kucing dah waktu mama dan papa datang melawat Dhia waktu dia masuk hospital tu."
Ada betulnya juga tu. Mama dan papa kan ada melawat Dhia sebulan yang lepas sewaktu gadis itu ditahan di hospital kerananya. Memang kalau bukan kerana keberadaan mama, papa dan ahli keluarganya yang lain, layanannya terhadap Dhia akan berbeza.
Entah kenapa bila dia dengan Dhia, dia rasa selesa. Walau memorinya tidak kembali, dia tetap dapat rasakan yang dia lebih rapat dengan Dhia berbanding dengan Bella. Meskipun gadis itu pernah menjadi tunangnya suatu ketika dahulu.
Oh, ya. Bercakap tentang Bella, apa lah keadaannya sekarang. Kali terakhir dia berjumpa Bella pun sewaktu memutuskan pertunangan mereka. Gadis itu patut bersyukur waalupun bukan atas kerelaannya pertunangan ini berlangsung, dia tetap bertahan selama dua bulan lamanya dengan perangai Bella yang tak berapa nak semenggah itu.
"Mama ada dengar berita pasal Bella?" Sejurus mendengar nama yang tidak lagi asing dalam keluarganya itu, Puan Atiya mendengus kasar. Jelas menampakkan yang dia tidak suka mendengar nama gadis itu keluar dari mulut Hayden.
Memang sebelum bertunang lagi keluarganya kurang bersetuju dengan keputusannya yang tidak menolak permintaan keluarga Bella itu. Tapi apakan daya, demi menjaga air muka keluarga mereka, dia buat juga.
Dia bertahan dua bulan pun kerana keluarga Bella itu sendiri juga. Pasti akan menjadi bualan hangat kalau pertunangannya dengan Bella hanya beberapa hari saja. Tapi, dua bulan pun kira jangka masa yang singkat juga. Kalau di tak putus, Dhia tak nak berkawan dengannya pula.
"Dia ada datang dua hari lepas cari Iden,"
"Pastu mama cakap apa?" Dia tak tahu pula Bella ada cari dia dua hari lepas. Mana nak tahu kalau panggilan gadis itu langsung dia tak jawab.
"Mama cakaplah Iden mana duduk sini dah. Dia kan ada rumah sendiri. Dia duduk dekat rumah dia lah. Lepas tu, si Bella tu mintak kat mama alamat rumah Iden."
"Mama bagi ke?" Hayden bangun dari duduknya. Dia jadi tak senang duduk dibuatnya.
Puan Atiya mengangguk selamba. "Mama bagi je lah. Daripada dia kacau mama, lebih baik dia kacau Iden sendiri. Yang berurusan dengan dia, bukan mama."
Seusai itu, selamba Puan Atiya bangun dari duduknya dan menonong berjalan menuju ke luar. Wajah wanita itu tidak menunjukkan yang dia bersalah pun.
Hayden di sisi lain, sudah ternganga lebar mulutnya mendengar jawapan yang keluar daripada Puan Atiya. Mulutnya yang ternganga itu ditutup menggunakan sebelah tangannya.
"Wah.." Masih tidak percaya dengan jawapan mamanya. Sanggup ibu sendiri melakukan anaknya seperti ini?
Habislah hidupnya selepas ini, pasti akan dihantui oleh Bella setiap hari.
p/s: sorry sebab dah lama tak update TT tolong tetap support kalian semua :D

Book Comment (452)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Jha Red

    love it

    7d

      0
  • avatar
    Sara Mirelly Barbaia Carvalho

    muito lindo

    10d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters