Bab 25

Pintu bilik kayu itu diketuk perlahan. Memanggil si tuan badan di dalam untuk keluar dari bilik itu. Walaupun begitu, masih tiada suara yang keluar disebalik pintu kayu itu.
"Dhia.."
Lembut Aina memanggil nama gadis itu. Tiada maklum balas daripada Dhia. Bimbang dibuatnya dia. Dia tak boleh nak terjah masuk kerana bilik itu berkunci. Walaupun dia ada kunci spare bilik itu, dia tetap perlu hormat privasi Dhia. Mungkin gadis itu lebih memilih untuk bersendirian buat masa sekarang.
Dhia mungkin masih trauma dengan apa yang baru terjadi kepadanya semalam.
Dulang berisi makanan di tangannya itu diletakkan di atas lantai, di depan pintu bilik Dhia, kalau-kalau gadis itu kelaparan. Dulang makanan yang semalam dia letak, dia ambil semula. Bubur ayam dan segelas jus oren yang tidak terusik itu menandakan Dhia langsung tidak keluar dari bilik sejak gadis itu pulang ke rumah semalam.
Pintu bilik gadis itu diketuk sekali lagi. Dia tahu Dhia sudah bangun, cuma Dhia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Dia tak mahu memaksa gadis itu kalau Dhia masih tak bersedia untuk berhadapan dengan realiti.
"Dhia, aku dah beritahu Encik Harraz yang kau tak sihat hari ni, jadi jangan risau tau pasal kerja kau. Ambil lah sebanyak masa yang kau perlukan untuk kau pulih dari kejadian semalam. Kalau nak bercerita, aku sentiasa ada untuk kau, Dhia."
Aina menyambung lagi ayatnya," Jangan lupa jaga kesihatan. Makanan aku letak dekat luar pintu bilik kau. Nanti makan eh? Aku pergi kerja dulu. Petang sikit baru aku balik. Assalamualaikum."
Hilang saja suara itu disebalik pintu, tak lama kemudian, enjin kereta milik Aina berbunyi. Bunyi enjin kereta Aina perlahan-lahan menghilang, menandakan gadis itu sudah pergi ke tempat kerja.
Dhia keluar disebalik selimut tebalnya itu. Kakinya mengorak langkah mendekati pintu biliknya. Sejurus pintu bilik itu terbuka, terserlah dulang makanan yang diletakkan di atas lantai yang Aina katakan tadi. Dulang berisi makanan itu dia bawa masuk ke dalam biliknya.
Bubur ayam itu dia suap sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya. Jus oren juga diminum dengan perlahan.
Pemandangan yang terpapar di hadapan balkoni rumah teres Aina itu sungguh menenangkan. Walaupun rumah teres Aina itu sekelilingnya dipenuhi dengan rumah penduduk-penduduk kawasan kejiranan ini, bukan itu yang memberikan ketenangan kepadanya.
Tapi, pemandangan langit biru yang terbentang luas di langit. Udara pada waktu pagi itu dia hirup. Kemudian, dia hembuskan. Terasa seperti semua masalah hilang dengan hembusan nafasnya sekali.
Tanpa dia sedar, senyuman kecil terhias di hujung bibirnya.
"Aku okay, Aina. Aku dah biasa dengan perangai ayah aku sendiri. Aku cuma perlukan masa bersendirian untuk biasakan semula diri aku dengan ayah aku selepas 18 tahun."
----
Stereng kereta dipegang erat. Laju kereta Proton Saga itu memecut laju di jalan raya, melepasi kereta-kereta yang sedang sesak di jalan raya saat ini.
Dia tiada arah tuju. Selepas misi menculik anak kandungnya itu tidak membuahkan hasil, dia jadi gelisah.
Apa yang akan terjadi kepadanya kalau dia gagal membawa Dhia kepada Raiz? Mayatnya ke yang menjadi galang ganti?
Kukunya yang hitam itu digigit-gigit cuba menghilangkan fikiran buruk yang membelenggu dirinya sekarang ini. Tak mungkin. Tak mungkin Dragon dan anak buahnya sanggup pergi sejauh itu.
Atau sebaliknya?
"Sial!" Hamzah mengetuk stereng kereta berkali-kali, melepaskan geram yang membuku kepada Dato’ Erman.
Atau dia gelar sebagai Inspektor Erman suatu ketika dahulu.
Kalau bukan kerana Dato' Erman, pasti misinya pada hari ini berjaya. Kemunculan lelaki itu di perhentian bas tadi sungguh tidak dijangka. Tak sangka dia akan bertentang mata dengan lelaki sama yang hampir berjaya memberkasnya masuk ke dalam lokap lapan belas tahun yang lalu pada hari ini.
Dunia ni kecil sahaja kan?
Beep beep!
Telefon bimbitnya berdering kuat di tempat duduk sebelah pemandu. Nama pemanggil dikerling sekilas. Sebaik matanya mendrat pada nama si pemanggil, matanya hampir saja tersembul keluar.
Hamzah parkir Proton Saganya di bahu jalan. Telefon yang dari tadi tidak berhenti berdering itu dia ambil dari tempat duduk sebelah pemandu. Air liurnya ditelan paksa.
Dragon. Dragon yang telefon dia.
Hamzah tarik nafas lama, sebelum dihembuskn perlahan-lahan, cuba mengumpul sebanyak mungkin tenaga untuk berhadapan dengan gangster KL itu.
Silap jawapan, dekat tengah-tengah jalan ni juga Dragon boleh bunuh dia. Bukan dia tak tahu Dragon ada pasang mata-mata padanya, takut-takut kalau dia lari daripada ‘misi’ ini.
Punat hijau perlahan-lahan ditekan sebelum telefonnya dirapatkan pada telinga. "Hello..?"
Satu saat, dua saat, tiga saat. Masih juga tiada suara yang keluar daripada orang di hujung talian. Tersilap telefon orang ke apa ni?
Fikirnya, mungkin Dragon tertekan butang call kut. Itu yang tiba-tiba call dia. Belum sempat Hamzah ingin mematikan panggilan telefon tersebut, ada suara jeritan yang sangat kuat datang daripada pemanggil di hujung talian sana. Suara garau itu seperti sedang menahan sakit. Dahinya berkerut. Apa yang sedang berlaku?
"Jauhkan telefon kau daripada telinga lah bodoh." Cepat-cepat Hamzah jarakkan telefonnya daripada telinganya. Terkejut dengan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh Dragon. Menggigil teruk tangannya. Manalah dia tahu Dragon buat video call. Ingatkan call biasa je.
Pada skrin telefon bimbitnya, jelas menunjukkan wajah bengis Dragon. Raut wajah lelaki lewat 40-an itu seperti sedang menahan api kemarahan kerana wajahnya yang kemerah-merahan.
Tiba-tiba, bunyi jeritan tadi muncul kembali. Bezanya kali ini, lebih kuat berbanding tadi. Oleh kerana perasaan ingin tahu yang menggunung, dia beranikan dirinya untuk bertanya tentang bunyi jeritan itu.
"Bunyi apa tu, Dragon?" Soal Hamzah. Dragon pusing ke belakang selama beberapa saat sebelum kembali menghadap kamera telefonnya semula.
"Lelaki tu tak bayar hutang dia. Sebab dia tak bayar, kita orang potong lah dua jari dia sebagai galang ganti." Selamba Dragon membalas kepada pertanyaan Hamzah. Seusai mendengar jawapan balas daripada Dragon mukanya berubah pucat.
Bukan dia pun ada hutang ke dengan Dragon? Adakah nasibnya akan sama seperti lelaki tersebut?
Dragon kembali menyambung ayatnya, "Aku call ni sebab nak tanya pasal perkembangan misi kau je. Dah dapat apa yang adik aku nak?"
Hamzah telan air liur. Tiba-tiba terasa pahit pula air liurnya. Dia jadi hilang kata-kata apabila disoal oleh Dragon sendiri tentang misinya untuk membawa Dhia kepada Raiz, adik Dragon. Refleks Hamzah menggaru kepalanya. Pandangannya menjadi tidak tentu arah melihat pandangan Dragon yang seperti binatang yang sedang mencari pemangsanya.
"Err.."
Dragon angkat kening sebelahnya. Pelik dengan gaya Hamzah. Selalunya laju je lelaki tua itu membalas. Ini sudah beberapa saat berlalu pun masih tiada maklum balas dari Hamzah melalui panggilan video itu.
"Pasal tu.."
"Dragon,"
Belum sempat Hamzah sambung ayatnya, salah seorang anak buah Dragon terlebih dahulu menyampuk. Perhatian Dragon teralih kepada anak buahnya yang memanggilnya itu.
Hamzah kenal lelaki yang memanggil Dragon itu. Niyaz merupakan orang kanan kepada Dragon. Selain daripada Raiz, adiknya sendiri, Niyaz merupakan orang kedua yang Dragon akan cari untuk menguruskan bisnesnya sekiranya dia tiada.
Niyaz merapat dengan Dragon sebelum membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu. Wajah Dragon kelihatan sangta serius. Seperti sedang berbincang sesuatu yang amat penting. Dragon mengangguk kepada Niyaz sebelum lelaki itu pamit, meninggalkan dia dan Dragon saja di dalam panggilan video itu.
"Aku nak kena pergi sekarang ni. Ada benda penting yang aku kena settle." Dragon berdiri daripada duduknya. Dia ada bercakap sesuatu dengan salah seorang anak buahnya disebalik kamera tetapi perbualan mereka terlalu perlahan untuk dia curi dengar.
"Apa-apa update tentang anak kau, beritahu aku. Kalau aku dapat tahu kau cuba-cuba nak lari, aku jumpa kau, mati kau aku kerjakan. Raiz nak dia, jadi jangan hampakan aku." Sebelum berlalu pergi, Dragon memrikan signal kepada anka buahnya untuk mematikan panggilan video tersebut.
Tak sempat dia berkata apa-apa, panggilan sudah pun putus. Hamzah mengeluh berat. Mukanya diraup kasar. Stereng kereta itu dipukul kuat. Rasa marahnya membuak-buak. Satu kepada Dragon, satu lagi kepada sahabat lamanya itu, Dato' Erman. Rahangnya diketap, geram.
"Tunggu lah kau, Erman."

Book Comment (452)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Jha Red

    love it

    7d

      0
  • avatar
    Sara Mirelly Barbaia Carvalho

    muito lindo

    10d

      0
  • View All

End

Recommendations for you