*KEI KIM’S POV* Aku hanya membontoti mereka berdua dari belakang. Rasa kekok mula memenuhi ruang sekeliling. Sampai sahaja di Kamong cafe, tempat fav aku dan Xihun lepak, mereka memilih untuk duduk di tempat yang terpencil sedikit. Sebenarnya, aku masih terkejut dengan perlanggaran tadi. Hadui. Dan dan jumpa ex. Aku duduk di kerusi sebelah Xihun yang kosong dan berdepan dengan Krystal. Yup. Krystal yang pernah takluk hati aku sebelum Hyera. Cinta pertama aku. Kami berpisah atas desakan keluarga. Papa dia tak bagi kami bercinta. Dia ikut keluarga dia berpindah ke mana entah. Tapi yang pasti masih tempat yang wujud di muka bumi. "Kei, you good?" Suara lembut Krystal membuatkan aku tersedar dari kisah lalu. Hadui. Flashback banyak sangat. "Hmm." Aku pandang mata dia. Haih. Kenapa makin cantik? "Awak okay tak?" Aku mengangguk laju laju. "Kau nak order air ape? Air jelah aku belanja. Makan makan Krystal bayar." Xihun mencelah. "Choco mint." Balasku ringkas. Mata beralih ke arah telefon di tangan. Skrin menyala menandakan ada pesanan baru masuk. From: Hyera cold. Saya dah okay sikit. Ubat takkan pernah saya makan. Gross. Awak tengah buat ape? Aku tersenyum. Best friend bestfriend. To: Hyera cold. Tengah ngedate dengan Xihun dan Krystal. Makan ubat tau. Tak makan saya gigit telinga awak. Aku tergelak sendiri. Aku padam semula ayat last tadi. To: Hyera cold. Tengah ngedate dengan Xihun dan Krystal. Makan ubat tau. Butang sent aku tekan. Kemudian telefon yang berada di tangan segera disimpan. "Bila awak balik sini, Krys?" "Dua minggu lepas. Tak sangka boleh jumpa awak dengan Xihun dekat taman haritu." Air di hadapannya disedut. "Bro, aku nak gi loo kejap." Xihun menepuk bahu aku sebanyak dua kali dan terus bangun dari kerusi. ________________ "Kei, I miss you." Krystal memegang tangan Kei yang berada di atas meja. Kei menepis. "For what Krys. Saya dah ada orang yang dah ganti tempat awak dekat hati saya." "But we can start it again right?" Krystal masih tidak mahu berputus asa. "Sorry not sorry. My heart already taken." Kei mengusutkan rambut. Runsing dengan wanita di hadapannya. Badannya disandar kasar ke belakang. "Just please. Stop loving me, Krys. Saya bukan peneman hidup awak sampai awak mati. Ramai lagi lelaki lain yang nakkan awak." Kei mengeluh. Susah betul jadi hensem bila besar ni. Dulu masa nerd, bukannya ada orang nak. "Okay then. Kalau saya rasa terdesak, saya akan rampas awak daripada perempuan malang tu." Krystal bangun dari tempatnya. Dan perkara terakhir sebelum dia keluar, Kei nampak dia dial nombor seseorang. ________________ "Hai Kei." Kak Nani, pemilik kedai Kamong menegur Kei. "Hai akak. Mana Gege?" "Kat rumah lah. Ouh. Hai Hunnie." Nani menegur Xihun yang baru duduk di hadapannya. "Lama doe kau gi tandas. Kau penyahtinjaan ke apa?" Kei mengangkat sebelah keningnya. "Hehe. Tadi Min call aku. Sebab tu lama." Xihun menggaru belakang tengkuknya. "Akakku. Miss you so much." Xihun menunjuk mini lovenya. Dia bangun untuk memeluk Nani tapi... "Dia akak aku. Jangan kacau." Kei menghalang Xihun dari memeluk Nani. "Eh dah dah. Dua ketul ni tak habis habis nak gaduh pasal akak. Akak tahu akak cantik tapi maaflah. Akak dah berpunya." Kata kata Nani membuatkan dongsaengnya mahu memuntahkan pelangi keluar dari mulut. Okay tak lawak. "Kejap. Tadi akak rasa macam ada kawan perempuan lepak dengan korang tadi. Siapa tu?" Nani memandang mereka berdua silih berganti. Haih. Naik pening tengok. Kei menyerabutkan rambut. Xihun pula tersenyum senyum. Tah pape bihun ni. "Krys." Hanya satu perkataan itu keluar dari mulut lelaki bernama Kim Jongin membuatkan Nani tercengang. "Dia datang semula?" ___________________ "Hye honey." Kei menyelinap masuk ke dalam bilik Hyera seperti biasa. Hyera yang berbungkus di dalam selimut segera bangun. "Ouh. Hai Kei." Rambutnya segera dibaiki supaya nampak sedikit kemas. "Babe. Saya nak bagitahu satu perkara ni. Memandangkan kita bestfriend, semua rahsia antara kita tak boleh ada sorang pun yang simpan. Mesti luahkan jugak. Promise me!" Kei duduk di sebelah Hyera. Jari kelingking dikeluarkan. Kemudian jari kecil itu bertaut dengan jari kelingking Hyera. "Apa rahsia awak?" Hyera menyandarkan kepalanya di bahu Kei. "Kenalkan Krys?" Hyera menggeleng. "Dengar nama pernahlah. Jumpa tak pernah. Latar belakang dia saya tak tahu." Kei mengangguk. "Meh sini nak cerita. Krys ni ex saya. Boleh dikatakan cinta monkey. Last tu dia kene ikut Ayah dia blah pergi mana tah. Masa mula mula dia tinggal tu, memang murung gegila masa mula mula kena berpisah dengan dia. Tapi bila dia datang semula meraih simpati untuk cinta yang terbiar tu, saya tak layan dia dah. Eleh. Konon tak layan. Tapi, macam saya cakap tadi, saya tak selesa duduk berdua dengan dia. Tamat." Penerangan daripada Kei membuatkan Hyera melopong. "Wah! First time dengar awak cakap banyak macam ni. Awak tengah geram ke sekarang ni? Tadi cakap nak jumpa girlfriend baru. Jumpa tak? Lagi satu--" Mulut Hyera terdiam. Sebab? Kei menutup mulut dia sebelum dia sempat tanya banyak soalan. "Awak ni. Banyak betul bertanya. Nanti saya buka kaunter pertanyaan." Tangan Kei di mulut Hyera dilepaskan. Hyera menjuihkan mulut. "Eleh. Tadi cakap tak leh ade rahsia. Lepas sekarang nak marah marah kita pulak. Ni benci ni." Tangannya disilangkan di dada. Kakinya yang elok berlunjur tadi kini bersila. Kepala? Tak usah cakap. Dah hampir ke belakang dah tak nak tengok Kei punya pasal. "Hey! Tak yah lah merajuk. Hyera!" Kei memegang bahu Hyera. Hadoi. Susah kalau minah ni merajuk. "Awak nak coklat tak?" Kei cuba mengumpan Hyera. "Awak ingat saya budak kecik ke?" Hyera membalas. Namun kedudukannya masih sama. "Saya tak cakap awak budak kecik. Awak yang cakap sendiri." "Yelah Kei. Yelah. Awak menang." Hyera menarik selimut dan menutup seluruh badan. "Hyera! Saranghae!" Kei tiba tiba menjerit di dalam bilik itu. "Yeah Kei. Teruskan. Saya takkan termakan dengan saranghae awak tu. Bukannya kenyang pun." Hyera berbunyi dari dalam selimut. "Serious talk. I really love you. Saya baru perasan tadi." "Lelaki semua sama je. Konon cakap sayang itulah inilah. Last last tinggal jugak kita yang terkontang kanting ni. Dah lah Kei. Hyera nak tidur. Kirim salam sayang dekat Gege." Hyera menahan sebak. Hadui. Hormon perempuan memainkan peranan. "Hyera." "What you want babe?" Keadaan menjadi senyap. "I want you."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All