*HYERA NG.’S POV* Aku menggeliat malas. Aku merajinkan diri untuk bangun dan berlalu ke toilet. Basuh muka, gosok gigi, basuh tangan dan bersihkan diri. Selesai segala yang tersenarai di atas, aku pergi ke wardrobe. Ambik sehelai baju T yang berlengan pendek dan seluar separuh peha. Lebih kurang macam short pants lah. Aku sangkut tuala di atas kepala dengan hajat nak bagi keringkan rambut tapi, tuala tu terbang dibawa angin dingin. Hmm. Angin? Darimana? Aku pandang sekeliling bilik. Lahhhh. Sliding balkoni tak tutup. Aku tutupkan dan terus berlalu keluar dari bilik. Nak pergi makan malam. Lapar. Seram pulak duduk sorang sorang dalam ni. Aku dengan langkah berhati hati turun dari tangga. Dan... Sikit lagi nak tergelincir. Nasib sempat aku berpaut pada pemegang tangga tu. "Mama! Ayah! Gege! Miss you much." Aku menjerit ceria sambil terkinja kinja dekat ruang makan tu. Gege dah gulingkan mata ke tepi. Ayah dengan Mama hanya menggeleng tengok kerenah aku yang ribena tu. "Hehehe. Mama masak ape?" Aku mengambil kerusi yang berada di tepi Gege. Nak manja manja sikit dengan Gege. Bukan senang sekarang. Dia asyik sibuk je memanjang. Lengannya yang tumbuk sedikit tu aku peluk. Hahaha. Dia dah buat muka seram. Segera dia tunjal dahi aku perlahan. "Masalah apa kau ni dik?" Aku mencebik. "Aku nak manja dengan kau pun salah ke?" Gege hanya menggeleng. "Okaylah kalau gitu. Mama isikan!" Saje aku ubah nada sedih kepada ceria. Takkan nak layan perasaan kan? Mama menghulurkan pinggan kosong kepadaku. "Isi sendiri. Kamu dah besar." Dushh. Hamek kau! Sekali lagi aku makan hati sendiri. Kenapa kejam sangat? "Okay ma." Aku menyambut hulurannya dan terus mencedok nasi air. Kemudian sup aku isi di atasnya. Aku ambil sudu dan terus suapkan sedikit ke dalam mulut. Walaupun panas, tapi aku kena tahan. Biarlah lidah aku pijar sekalipun. Bukannya ada orang sayang aku. Sambil makan, sambil meniup. Sambil makan, sambil minum air. Sambil makan, sambil menyumpah seranah diri sendiri. Last last diri sendiri tersedak. "Honey, kwaenchana?" Terus aku pandang gerangan yang berani panggil aku 'Honey' tu. Oh My Mama ! Dia!!! _________________ Hyera menarik tuala (tetibe wujud atas kepala) supaya menutupi muka putihnya itu. Tak sanggup dia untuk melihat gerangan yang memanggilnya tadi buat kali kedua. "Uncle, auntie, Gege saya bawa Hyera keluar sekejap ya." Lelaki itu memegang bahu Hyera dan kemudiannya meleret turun ke pergelangan tangan Hyera. Ditarik perlahan tangan Hyera yang sejuk itu dan dibawa keluar ke perkarangan rumah. ___________________ "Jadi... kenape datang sini?" Hyera berbunyi setelah 15 minit kesunyian menyelubungi mereka. "Saje tengok tunang." Lelaki itu bersuara. Hyera mengambil tuala yang berapa di atas kepalanya dan terus menutupi kakinya. Sejuk malam ni. "Siapa tunang awak?" Hyera saja bertanya. "Awaklah. Hyera Ng.." "Tapi..." "Tapi?" "Tu nama kakak saya. Saya Jimin Ng.. Kakak dah meninggal tahun lepas." Hyera menahan senyum. Hadui. Kenapalah lelaki dihadapannya ini selalu muncul dikala dia senang? "So, awak bukan Hyera Ng.?" Tanya lelaki itu kembali. Hyera menggeleng. "Tak pelah kalau macam tu. Kita putus tunang jelah." Lelaki itu bangun dan menarik Hyera bangun sama. "Mengarutlah awak ni. Tumbuk kang baru tahu." Lelaki itu memeluk erat tubuh Hyera. "Sleep well. Dream of me, baby." Lelaki itu mencium ubun ubun Hyera lama. Haha. Ai rasa bunga dah berkembang dalam hati Hyera tu. "Bye honey." Lelaki itu melambai sebelum berlalu jauh dari Hyera. _______________________ *HYERA NG.’S POV* Aku mengusutkan rambut. Hadui. Kenapa teruk sangat pagini? Mula mula nak jatuh toilet. Kemudian, Channie hampir berlanggar dengan bontot kereta. Selepas tu, diri ini kene marah dengan bos yang baru habis bercuti. Aku tak tahulah ape nasib aku akan datang. "Hyera!" Terus aku tersentak bangun. Beb. Suara bos makin seram sejak kebelakangan ni. "Saya tak suruh awak termenung. Teruskan kerja awak!" "Baik bos." Aku menunduk sedikit. Beb. Tolonglah aku. Ade sesiapa nak tukar tempat dengan aku tak? Haih. ((Skip)) "Ainnie, aku balik dulu." Aku melangkah keluar dari cafe yang semakin sesak sebab orang nak dinner. Aku ambil helmet yang tersangkut di handle Channie dan paKeikan terus ke kepala. Aku menarik nafas sedalam yang boleh dan menghembuskannya perlahan. Tarik... Hembus... That's better. Aku menghidupkan enjin Cahnnie dan berlalu pergi meninggalkan cafe tempat aku bekerja. ____________________ "Ouh, Kei. Macam mana masuk?" Hyera mencabut helmet yang tersarung dan meletakkannya di atas rak kasut. Dia berjalan menghala ke arah Kei yang sudah duduk di atas sofa sambil berbaring. "Teleport. Tak ingat eh?" Hyera menepuk dahi. "Takpe. Nanti Hyera buat dinding antiteleportation. Biar Kei tak leh masuk." Ditolaknya kaki Kei yang sedang elok berlunjur itu. Lelaki itu menghadiakannya jelingan tajam. "Whut? My house. Remember that." Hyera berpeluk tubuh. "Rumahmu, rumahku jua. Lalalala." Kei berubah kedudukan. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Hyera. "Nanti saya dah tak boleh nak lepak sini dah. Nanti tunang awak marah." Kei mengeluh. Hadui. Kenapa sakit sangat hati ni? Kalian dengar tak bunyi retak? "Janganlah cakap macam tu. Dia takkan marahlah. Nanti saya bagitahu dia okay. Janganlah macam ni. Senyumlah sikit." Hyera mengangkat muka Kei. Dihadapkan muka kacak itu supaya bertentang dengannya. Dia meletakkan jari telunjuknya di kedua dua belah tepi bibir Kei. Ditarik perlahan lahan supaya bibir Kei membentuk satu senyuman. "Macam nilah. Janganlah sedih. " I still love you. "Tak de papelah. Saya okay je. Saya dah besar." Dikeluarkan biseps yang tak besar mana tu dan ditunjukkan ke arah Hyera. "Konon. Menyampah tahu. Mummy okay ke Kei tinggal mummy sorang sorang?" Hyera menipiskan bibir. Yelah. Dah lah Puan Kim tak berapa nak sihat sekarang. "Haah, mummy! Kei balik dulu. Bye babe." Kei mencium sekilas dahi Hyera sebelum dia lesap dari pandangan Hyera. Hyera tersenyum. Ade ade je pakcik sorang ni. Dia bangun dan pergi ke bilik air. Basuh muka, cuci mulut. Eh silap. Gosok gigi. Dan melepaskan apa yang patut. Tak lupa juga mandi ye. Hyera ni pembersih. Settle segala mende, dia merebahkan diri ke atas tilam. Melepaskan segala penat lelah dan seangkatan dengannya. Sehingga dia tertidur.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All