"Siapa?" "Apa yang siapa?" "Kenapa dengan apa awak tu?" "Lol. Dah ah. Stop kejap. Kita soal semula lepas ni." Dua dua dah pegang kepala. Pening dengan soalan masing masing. "Hmm Kei..." Hyera memandang lantai. "Ya?" "Petang ni Hyera nak keluar dengan Junhyun. Kei marah ke?" Hyera memberanikan diri melihat mata lelaki yang sedang memandangnya. Kei gelak. Gelak yang Hyera tahu gelak itu hanyalah buatannya sahaja. Tak harmoni langsung. "Takkan Kei nak halang bestfriend Kei ni keluar dengan tunang dia pulak." Seraya itu, satu cubitan dilepaskan kepada kedua dua belah pipi Hyera. "Yah! Yah!" Hyera memegang tangan Kei. Petanda untuk Kei hentikan seksaan ke atas pipi gebunya itu. "Bye bestfriend. Nanti Junhyun Gege marah awak duduk dengan saya lelama dekat sini." Kei tersenyum. Bukan gembira, terpaksa. Hyera mengemaskan rambutnya. Habis serabai. "Goodbye, then. Malam ni kita date dua pulak ye. Hahaha." Hyera mahu ceriakan suasana. Takkan nak bagi Kei sedih je kalau dia tak ada. Hyera melambai ke arah Kei sebelum dia mula berlari lari anak ke arah tempat yang menempatkan Channie. _______________ "You late 8 minutes." Junhyun mencebik. Hyera dah tersengguk sengguk meminta maaf. "Tapi, Hyera tak pernah lambat untuk masuk ke dalam hati Abang." Terus terhenti tundukan Hyera tadi. Matanya tidak berkelip. "Awak panggil ape tadi?" "Abang. Kenapa? Tak boleh ke?" Hyera menggeleng. "Jadi, kita nak pergi mana?" Hyera cuba memancing Junhyun. Tak nak ungkit perkara tadi. "Pergi...---" "Hati Hyera. Ciaciacia." Junhyun mengekek kegelian. Hyera sudah cemberut. "Ish. Orang tanya betul betul, dia jawab main main pulak. Kalau macam ni Hyera balik lah." Hyera mengembungkan pipi. Pandangannya yang dari tadi memandang Junhyun segera dikalihkan ke tempat lain. Kakinya dihayun beberapa langkah sebelum tangannya dipegang oleh Junhyun. "Hey look. I'm sorry. Abang tak berniat pun nak buat Hyera terasa. Mianhae." Pegangan di tangan dikejapkan. "Jom naik kereta Abang. Channie tu nanti Abang suruh kawan Abang tolong hantarkan ke rumah Hyera, okay?" Junhyun menarik lembut tangan tunangnya itu masuk ke dalam kereta miliknya. _______________ "Kau dah jumpa belum lelaki tak guna tu?" Lelaki yang berkot itu menyapa anak buahnya. "Belum tuan. Aku akan pastikan aku dapat dia harini tuan." Lelaki yang berkaca mata hitam itu kemudiannya menunduk sedikit dan terus berlalu dari ketuanya itu. ________________ "Jom main tu." Hyera menuding jari ke arah mesin yang dipenuhi teddy bear. "Okay babe." Junhyun melingkarkan tangannya di pinggang Hyera. Kononnya ingin menyelamatkan Hyera dari sebarang ancaman. Lol. "Nah token. Hyera mainlah berapa lama Hyera nak main. Abang nak ke tandas kejap." Pegangan di pinggang dilepaskan. Hyera mencebik. Haih. Menyampah betul dengan dia ni. Hyera memasukkan token ke dalam mesin itu. Serta merta mesin itu menyala. "It's time for show." Hyera tersenyum. Jari jemarinya sengaja dipatahkan. Konon nak tunjuk dia semangat sikit. Dia menggerakkan joystick ke bawah. Mencari mangsa untuk dibawa balik. Hyera menipiskan bibir. Matanya begitu fokus memandang timbunan anak patung beruang itu. "Gotcha." 'Tangan' mesin permainan itu dapat menangkap salah satu beruang daripada senarai yang dia mahukan. Hyera dengan berhati hati mengangkat semula 'tangan' itu dan membawanya ke tepi. Tempat yang mempunyai lubang untuk mengeluarkan teddy bear itu. Sikit lagi... Lagi... Semakin hampir... Dan "Mama!" Terus terlepas patung beruang itu dari 'tangan' mesin. Hyera menjeling si pelaku yang berani mengganggu konsentrasinya. "Eiii!!!! Jahatlah awak ni. Tengok tu. Dah jatuh dah teddy bear Hyera." Lengan lelaki itu menjadi mangsa pukulan Hyera. "Ahahaha. Sorry. Meh Abang tolong ambilkan semula." Maaf ye gaiss. Ni bukan Kei. Ni Junhyun. Junhyun memegang joystick dan mula mencari teddy bear yang sesuai. Dan dalam sekelip mata, dia dapat keluarkan teddy bear itu dari 'rumahnya'. "Tadda!" Junhyun mengangkat patung yang dia dapat. Hyera membuat muka. Burung merak? "Tak de yang lebih cantik dari patung ni ke?" Hyera menyambut huluran itu. Dibawanya patung itu ke dalam dakapan. "Apa beza awak dengan burung merak?" Junhyun bertanya. Soalan Hyera dibiarkan tanpa jawapan. "Lol. Dah tentulah saya ni manusia dan dah nama pon burung merak, mestilah spesies burung." Hyera menggulingkan mata. Dia ni dah gila gamaknya nak samakan Hyera dengan haiwan. "Salah. Jawapan lain?" "Dunno. Bagilah tahu cepat." "Ekor burung merak kadang kadang akan berkembang. Tapi cinta Abang terhadap Hyera akan berkembang mekar selamanya. Got it?" Junhyun tersenyum lalu mencuit hidung Hyera. Hyera kaku. Can she die now? __________________ "Tuan, aku dah belasah dia cukup cukup tuan. Tapi tuan, sedih aku tengok dia. Nyawa nyawa ikan." Pemanggil dihujung talian melaporkan keadaan mangsa. "Jangan kau kesiankan lelaki tu. Lepas kau dah buat apa yang aku suruh kau blah cepat. Bila bila masa je orang ramai akan jumpa dia. Aku letak dulu." Lelaki yang berkot lengkap itu menyeluk kocek seluarnya. Satu sampul surat yang mengandungi wang itu diciumnya berkali kali. "Kerja aku dah settle. Maaf budak. Lelaki korporat itu memang kejam. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak." Satu senyuman sinis dilepaskan dalam keadaan suasana yang gelap itu. ________________ "Thanks sebab bawak Hyera pergi arcade tadi. Dah lama tak pergi. Dan ouhh. Gomawo sebab bagi burung merak ni." Hyera mengangkat patung itu ke udara. Lol. Tak de lah udara mana. Atas tu atap kereta. "Hmm. Hyera?" Junhyun memanggil. Hyera memandang lelaki itu. "Yea?" "Hmm. Kalau Abang cakap Abang hmmm... hmmm." "Awak nak ape?" "Nak... hmmm.. tinggalkan Hyera? Nahh. Gurau je. Lepasni jangan 'JK' sudah. Dah dah. Turun cepat. Lewat malam dah ni." Junhyun tersenyum. Hyera mencebik. "Hamboi. Halau nampak. Bye. Night fianceé." Hyera baru sahaja hendak bangun tapi dia dihalang oleh Junhyun. Hadui. Tadi halau sangat. "Whut?" Soal Hyera. Junhyun tersenyum lagi. Tetapi lebih kepada creepy smile. "My gift?" "What gift?" "Night kiss." Junhyun mendekatkan diri. Hyera terus menekup mulutnya. Kepalanya digelengkan. "Kennotlah. Kita tak kahwin lagi. Maaf." Hyera berlalu keluar dari kereta Junhyun. Meninggalkan burung merak di dalam kereta lelaki itu. _________________ *HYERA NG.’S POV* Aku menyandar di belakang pintu. Hadui. Kenapa aku teringatkan Kei? Sedangkan aku keluar dengan tunang aku. Bukan Kei. Dan memandangkan sekarang dah malam, aku dah janji dengan Kei nak keluar. Lagi sekali. Aku keluarkan fon dari sling bag. Dan pada waktu yang sama aku dapat panggilan. Dari JiKwang Gege. Segera aku menjawab panggilan itu. "Hello. Ya, kenapa tu Gege?" "Weh. Hyera-shi. Kei!" Suara Gege seakan akan tersekat sekat. Macam baru lepas berlari. "Kei? Kenapa dengan dia?" "Hospital Kwoen Hee. Now! Segera!"
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All