logo text

42; Putus

*KEI KIM’S POV*
Aku mengelipkan mata berkali kali. Membaiki jumlah cahaya yang masuk ke dalam retina.
Semasa proses mengelipkan mata itu, aku rasa kesakitan di bahagian pipi. Hadui. Dah kenapa?
Aku memandang suasana bilik yang aku duduk ini. Beb. Asal tetiba hospital ni? Seingat aku, aku ada dekat club. Tengah lepak dengan Xihun.
Aku mengaduh kesakitan. Kepala yang sakit aku pegang. Kenapa dengan hidup aku ni?
"Hmm. Kei? Awak dah bangun?" Gadis itu bertanya. Terus aku tutupkan mata semula. Bukan tak suka dia datang jenguk aku. Tapi aku tak nak dia menderita tengok aku macam ni. Nanti dia nangis.
"Ouh. Okay Kei. Kalau macam tu, jom main teka teki." Hadui makcik ni. Time ni jugaklah dia nak main teka teki dengan aku.
"Awak suka mewarna tak?" Tanya Hyera. Yup Hyera. Si pencuri hati aku.
Aku diam. Sedaya upaya aku tahan otot pipi aku untuk tidak senyum. Nanti sakit.
"Kei. Jawablah." Suaranya mendayu. Hadui. Lemah betul aku dengan Hyera ni.
Aku membuka semula mata.
"Bolehlah. Kenapa?"
"Jawapan dia ade satu je. Awak kene jugak jawab ye." Dia memuncungkan bibir.
"Ya. Saya suka mewarna." Balasku. Dia tersenyum.
"Patutlah."
"Ape yang patut?"
"Patutlah awak selalu mewarnai hari saya." Hyera tergelak.
"Ciaciacia. Ouuemjii. Chayyak dah ni." Aku mengekalkan muka bosan. Dalam hati dah berbunga bunga.
"My turn."
"Keep going young man."
"Awak ni thor ke?" Muka aku sengaja ditegangkan. Lol. Tak sedar diri tu masih sakit.
"Aik? Muka saya macam thor ke?" Hyera menipiskan bibir.
"Patutlah bergethor je jiwa saya tengok awak." Hyera tersenyum. Dan kemudiannya dia gelak.
"Awak pandai membaca ke?" Sambung aku lagi.
Hyera mengangguk.
"Patutlah awak pandai baca isi hati saya." Aku nampak senyuman Hyera semakin melebar.
"Okay. Habis sesi teka meneka. Sekarang saya ada soalan yang paling penting. Macam mana saya boleh ada dekat hospital?" Aku memandangnya. Kemudian mata aku beraih ke arah lain. Buku lali kiri dan tangan kiri aku berbalut. Kepala juga sama.
"Tak ingat ke?" Hyera bertanya. Aku hanya mengangguk.
"Last ingat saya dekat club dengan anak pakcik Oh tu. Lepas tu blank." Jelasku.
"Gege call saya. Dia cakap awak kene belasah teruk. Dan awak tahu tak awak dah tak sedarkan diri 3 minggu?" Aku lihat mata Hyera berkaca.
"Hey, janganlah nangis. Okay apa saya sedar. Buatnya saya tak sedarkan diri lagi macam mana?" Balasku. Tapi, nampak gayanya, makin lebat air matanya turun.
Dan yeah.
Aku terima banyak pukulan daripada Hyera.
"Auch. Auch. Auch. Aduh. Janganlah pukul kuat sangat. Sikit sikit je." Aku gelak sedikit untuk hilangkan rasa gementar di dada.
Sebab?
Entahlah. Setiap kali aku dengan Hyera, mesti rasa macam ni.
"Awak pernah duduk klang ke?" Tanyaku. Hahaha. Pickupline mari.
Terus Hyera berhenti menyeksa lenganku.
"Sebab hati saya selalu klang kabut bila ada dekat dengan awak. Chiachia." Hyera tersenyum. Huahuahua. Cair lah tu.
"Dah lah. Janganlah nangis. Habis makeup tu. Dah macam langsuir saya tengok." Aku kesat air mata yang mengalir di pipinya dengan tangan kiri aku yang berbalut tu. Aku tak rasa sakit sebab aku rasa aku lumpuh.
"Jap jap. Duduk semula. Nak tanya ni. Apa perbezaan awak dengan hantu?"
Tanyaku lagi. Harap kalini menjadi.
"Pai ti samakan saya dengan hantu." Hyera mencebik.
"Hantu buat manusia berdebar dalam gelap. Tapi awak buat saya berdebar setiap masa."
_________________
"Kei, saya bawa Junhyun Gege ni. Dia nak melawat awak." Hyera menarik lengan baju Junhyun. Membawa lelaki itu rapat ke katil Kei.
"Ouh. Hye Gege." Kei menegur. And can you expect?
Dia menjeling. Dan tak lupa juga smirk yang tertampal di muka.
"Hai Kei. Jadi, macam mana sekarang? Dah okay?" Tanya Junhyun. Kei tersenyum kelat. Kan best kalau Hyera boleh tengok benda ni berlaku.
"Okaylah sikit." Balasnya ringkas.
"Abang, Hyera pergi beli air kejap ye. Bersembanglah dulu dengan Kei." Hyera tersenyum manis. Dia perlahan lahan melangkah keluar dari wad itu.
Junhyun merapatkan mukanya ke telinga Kei.
"Anyway, best ke rampas hak orang? Dan ouh. Terimalah akibat sebab kau kiss Hyera."
Dia menjarakkan diri. Sambil itu, mulutnya tidak bosan melemparkan senyuman tepi itu kepada Kei.
Kei mengetap bibir. Jadi, selama ini, Junhyun tahulah yang dia ada hati dekat Hyera?
"Well man. Thanks bagi aku pinjam barang kau. Aku dah usha luar dan dalam. Still boleh pakai." Kei senyum mengejek.
"Tapi, kalau kau nak bagi aku pun boleh jugak. Aku terima seadanya." Sambungnya lagi. Ahahak. Macam best je.
Junhyun mengetap giginya. Rahangnya menegang.
"Dan ouh. Thanks sebab suruh anak buah kau pukul aku. Aku hargai sangat. Sebab sepanjang masa aku sakit, Hyera jaga aku macam aku ni suami dia. Auch. Tersentuh ai."Ejek Kei lagi. Hahaha. Sengaja dia tambahkan arang di atas api yang marak.
"KAU!" Junhyun mencengkam leher baju Kei. Digenggam bahagian itu dengan sekuat-kuatnya.
Kei hanya tenang. Dia bersedia menerima sekali lagi tumbukan dari lelaki itu.
Dan yeah.
Perkara itu terjadi.
Junhyun tumbuk Kei.
Bukan sekali. Tetapi dua! Dua kali Kei tumbuk oleh lelaki kejam itu.
Kei mengesat cecair merah yang semakin mengalir deras keluar dari celahan bibirnya.
"Done?" Tanyanya lagi.
"Not yet bruh. One more." Junhyun menggempal penumbuk. Bersedia untuk menghentam Kei buat kali terakhir. Mungkin?
Hampir sahaja penumbuk itu dilepaskan, Hyera datang masuk melulu seterusnya menghentikan tumbukan itu.
"Abang. Kenapa sampai macam ni? Ape yang Abang buat dekat Kei?" Hyera menangis. Cepat benar air matanya mengalir.
Hyera terduduk di atas lantai. Kadang kadang dia keliru dengan hatinya. Ketahuilah bahawa membuat pilihan adalah perkara yang tersusah dalam hidup.
"Sayangnya kau dekat dia." Begitu sinis sekali nada Junhyun.
"Ya. Memang Hyera sayangkan dia. Bukan setakat sayang. Hyera cinta dia lebih daripada Abang. Hyera sayang dia sangat sangat. Ya. Bunyi macam Hyera curang tapi takkan Hyera sorang je yang curang? Abang pon curang dengan Hyera. Abang tidur dengan banyak perempuan. Abang pergi club sambil peluk perempuan lain. Eh. Macam mana Hyera tahu eh? Hey! Ape guna ada internet kalau tak gunakan sebaik baiknya. Abang kan ahli korporat yang semakin meningkat sekarang. Mestilah perempuan perlu keliling pinggang. Naikkan nama guna rasuah. Wahh. Hebat sungguh permainanmu." Hyera masih menunduk. Cuba mencari kekuatan agar dia boleh terus bercakap.
"Maafkan Abang. Abang janji tak buat lagi." Junhyun menagih simpati.
"Abang. Can I say something?" Hyera berkata dalam nada sinis.
Junhyun mengangguk.
"KAU DENGAN JANJI KAU TU PERGI MAMPUS! AKU TAK PERLUKAN KAU DALAM HIDUP AKU. DAN MULAI HARI INI. IZINKAN AKU BERSENDIRIAN. DAN IKATAN TUNANG KITA, PUTUS. MUKTAMAD."
Dada Hyera berombak. Huh. Lega hatinya apabila segala yang terpendam akhirnya keluar.
Junhyun melopong.
Kei tersenyum.
"Dah kau tunggu ape lagi dekat sini? Hambek balik cincin haram kau ni. Ehm aku tak hinginlah nak pakai." Dilemparkan cincin itu tepat mengenai muka Junhyun.
Dengan muka sebal, Junhyun keluar dari wad Kei.
"Kei, you good?" Hyera membaiki semula rambutnya. Dia mengambil tempat di kerusi yang disediakan.
"Saya okay. Tapi awak tu. Okay ke?"Kei tersenyum pahit.
"Saya lagi okay. Senang hati dapat putus tunang dengan dia. Hmmm. Kei. Awakkah?"
"Awakkah?"
"Awak kahwin dengan saya jom."

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters