logo text

46;Selamat

Kei berlari anak mendapatkan Hyera yang terlantar.
Bukan sakit.
Tapi tergolek tiba tiba. Mungkin kerana keadaan baju mereka yang masih basah itu. Air yang semestinya dari kolam rumah mummy Kei menjadi sasaran mereka kali ini.
"Omo. Hyera, sorry. Boleh bangun tak?" Kei menahan ketawa. Mungkin seronok tengok pujaan hati dia macam tu.
Hyera mencebik. Saje je tanya 'khabar berita' yang sememangnya dah tahu jawapan.
"Saya okay. Boleh je bangun ni." Kata Hyera. Walaupun kakinya terseliuh sedikit, dia gagahkan diri jugak untuk bangun. Acah acah tak nak bagi Kei merapu di tengah hari.
Hyera menongkat tangan pada mozek. Menampung diri untuk bangun. Yeah. Ingat senang ke nak lawan graviti?
Dan ouh.
She can't do it. Terus kaki yang terseliuh tadi diurut. Kei?
Hanya menjadi pemerhati.
"Eleh. Kuatnya awak!" Ujar Kei dalam nada gedik. Dia mengambil beberapa langkah ke depan isterinya itu.
"Meh sini nak angkat. Biar habang sado yang angkat tuan puteri ya." Dia duduk bercangkung. Ermm. Tak! Bukan bercangkung, tapi duduk dalam keadaan seperti manusia yang sedang melamar.
Kei meletakkan tangan Hyera di atas bahunya. Tangannya pula sebelah berada dalam keadaan seperti memeluk tubuh Hyera dari tepi dan memegang kedua dua belah lutut Hyera dari bawah.
"Peluk kuat kuat. Takut habang sado ni terlepas tangan." Satu smirk dihadiahkan buat si isteri.
Hyera dengan muka terpaksa, mula memeluk leher Kei. Matanya ditutup. Sedaya upaya dia menahan rasa sakit yang kian menebal.
Dan mereka- nope. Only Kei is walking while carrying our lady. Dia kemudiannya perlahan lahan menuruni tangga.
___________________
*KEI KIM’S POV*
"Sakit lagi tak kaki tu?" Aku menyilangkan lengan sambil memandang ciptaan tuhan yang cantik ini.
"Rasa rasa?" Hyera membuat muka menyampah. Aduhai. Kenapa comel sangat?
"Ish sakitlah. Takkan terseliuh tak pernah sakit?" Jawabnya kembali. Tengok. Senang tak kerja aku? Dia tanya dan dia jugaklah yang bagi jawapan. Dan aku sebagai suami misali, perlulah mengangguk segala kata kata yang keluar dari mulut mungil gadis genit ni. Aik? Gadis ke?
AHAHAHHAHA.
"Tak nak pergi honeymoon ke?" Tanyaku. Mata dia sudah membulat masa dia pandang aku.
Can you stop killing me, honey?
"Eiiiuw. Takkan kita dua je?" Dia menggerak gerakkan badan ke kiri dan ke kanan berkali kali.
"Dah tu, nak ajak kaum kerabat sekali ke?" Balasku dengan suara yang mendatar.
"Kalau boleh nak ajak satu taman perumahan ni." Aduhai Yeila, mengapa begini sayang? Masuk air ke?
"Sayang, kalau ajak satu taman, tu bukannya honeymoon. Tu pahitmoon tahu. Apa apa pon. Saya dah tempah tiket!" Ujarku gembira. Dari duduk di kerusi meja solek, aku terus bangun dan pergi duduk di sebelahnya.
Ehem. Kami di rumah kami ya. Bukan rumah mummy mahupun rumah ayah dan omma.
"Eh. Eh. Jangan rapat sangat." Dia melarang. Hadui. Apalagi sayang? Aish. Kacau betul. Baru je aku nak letak tangan atas bahu dia.
"Saya tak mandi lagi." Dia mencebik.
"Alah. Macam selama ni tak pernah tak mandi." Jawabku dengan selamba.
"Nak saya buka cerita lama ke?" Aku mengugutnya. Hyera menggeleng dengan laju. Aku tersenyum jahat.
"Nak cerita jugak! Hyera kan... Dia kan... pernah kan... tak mandi kan... sampai tiga harikan... sebabkan... merajukkan... dengan Kei kan?" Terus aku bantai gelak. Aduh. Masa umur lima tahun kot kisah ni.
Hyera dah tak dapat tahan air mata. Muka dah berubah keruh.
Okay.
Okay.
Okay.
Ini tak okay.
Terus aku peluk tubuh dia yang kecil itu. Terhumbar segala tangisnya. Alahai, sayang. Baru satu saya buka cerita. Dah nangis.
Aku usap rambut dia perlahan lahan. Haha. Padah buat Hyera menangis.
"Hyera, awak datang bulan ke?" Tanyaku. Yeah. Aku perlulah tahu. Sebab aku suami dia. AHAHHAHA.
Dia mencubit peha aku dan kemudiannya mengangguk perlahan di dada aku.
"Patutlah sensitif macam ni. Kei minta maaf ya, sayang?" Dan ouh.
Bukan ini yang aku nak sebagai jawapan.
Dia tumbuk aku sebanyak dua kali. Lepas tu dia berhenti kejap.
Perlahan lahan aku rasa tangan dia melingkar di pinggang aku. Aku tersenyum. Yeah. Dia balas.
"Jadi eh honeymoon." Susunan gigi yang rapi aku tayangkan. Get ready babe :')))
___________________
*HYERA KIM’S POV*
Aku menyalami tangan Gege. Tak lupa juga Junshi Jie jie. Omma,ayah dan mummy tak hantar kami dekat airport ni.
Yup. Airport.
Bak kata Kei, honeymoon.
Dan bak kata aku, pahitmoon.
Baiklah. Mari kita mulakan langkah berjaga jaga ya. Perangai Kei sejak kebelakangan ni semakin pelik. Yeah. Pelik.
Baju sendiri suruh aku ambilkan. Pilihkan.
Tangan kene selalu berpegangan.
Makan pun suruh aku suapkan.
Nasib suruh aku. Kalau dia suruh makcik Gayah yang duduk sebelah rumah kami ni, memang kena pijak pijaklah dengan aku.
Aku mengambil tempat di bahagian orang lalu lalang. Dan Kei, dia duduk di sebelah tingkap.
Seperti yang aku cakap, tangan dia tak akan pernah lepas dari pegang tangan aku. Ni yang buat aku sayang ni. Aumm. Ahaks.
"Jap." Dia menahan aku dari menyandar. Aduh. Kenapa pulak ni?
Aku lihat dia memanggil pramugari dan meminta bantal sebagai alas kepala.
Okay.
Habistu, ape kene mengena dengan aku?
"Nah." Dia meletakkan bantal yang diambilnya tadi dan kemudiannya menyuruh aku bersandar.
"Selesa?" Aku tersenyum. Aduhai pakcik, tak penat ke sweet selalu dengan saya?
"Much better. Thanks husband." Aku menutup mata. Hmm. Rasa nak tidurlah pulak.
"Hadiah?"
"Aik? Memang kene bagi hadiah ek? Tak ikhlas langsung." Ujarku dalam keadaan mata tertutup.
Ketawa halus kedengaran dari sebelah kanan bahuku. Siapa lagi kalau bukan cik abang yang sorang ni.
"Kei. Tak nak tidur ke?" Aku buka mata dan memandangnya. Badan diiringkan ke kanan. Menghadap lelaki pujaan.
Dia menggeleng.
Hmm. Okay.
"Kenapa tak nak tidur?"
"Sebab saya nak jaga awak."
"Sebab saya nak awak selamat."
"Sebab perjalanan ni ambil masa 4 jam untuk sampai dan dalam 4 jam tu, apa apa je boleh berlaku."
"Sebab awak tanggungjawab saya."
"Sebab awak manusia yang terpenting dalam hidup saya."
"Dan lagi satu, saya boleh tenung muka awak."
Amboi. Panjang lebar dia bagi alasan. Bolehlah lepasni suruh Kei buat ulasan dari segala sebab tu.
Aku tersenyum. Bahagianya hidup macam ni. Setiap hari, semua perkataan manis dia lemNg.an dekat aku.
Boleh saya berendam dalam hati awak?
Awak janganlah menangis. Saya lagi sakit kalau saya yang buat awak menangis.
Hai, cantik. Nak kemana tu?
Goodnight honey, dream of me.
Can I hug you? Sebab saya takut kehilangan awak.
Awak pon kenal aimi ke? Cause I miss you too.
"Yeila. Okay tak? Awak pening ke?" Dia memegang 'temple' aku. Jarinya yang runcing itu mengurut kepala aku lembut.
"Kei. Saya okaylah." Aku tarik tangan dia perlahan. Kemudian tangan tadi diletakkan diatas cup holder. Pemisah antara seat aku dengan dia.
"Kei, I love you." Aku memandang mata dia. Reaksi dia hanya tersenyum. Senyuman yang paling mahal.
Tanpa sebarang amaran, aku ditarik ke belakang oleh seseorang. Secara paksa! Aku lihat muka Kei sudah berubah riak.
"KELUARKAN DUIT SEKARANG! KALAU TAK, AKU TEMBAK PEREMPUAN NI."
Okay. I'm truly in trouble right now.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters