logo text

52; Ye e?

*HYERA KIM’S POV*
Aku pandang Kei yang sedang membetulkan baju t-shirt sleeveless yang dipakainya. Yelah, job sebagai penari ni ingat senang ke? Sebab aku pun pernah rasa benda yang sama.
"Hyera." Kei melambaikan tangan di hadapan muka aku. Aku tersengih.
"Jauhnya termenung. Tapi tak eloklah Yeila mengelamun je. Nanti effect baby." Kei menggosok pipi aku.
Sekali lagi aku tersenyum. Haih. Pagi pagi pun dah dapat layanan macam ni. Lemah jantung ai.
Aku pegang tangannya. Kemudian aku salam dia. Aku letakkan tangan aku mengelilingi tengkuknya. Menarik dia dekat dengan aku. Hmm. Kalau dia kerja office lagi bagus. Boleh aku tarik tie dia selalu. Aik? Pemikiran apakah ini?
"Nini sayang Yeila kan?"
Dia mengangguk.
"Jadi, mana morning kiss?"
Senyuman dia makin melebar.
____________________
Aku ambil aiskrim yang masih penuh di dalam peti. Magnum perisa strawberry juga aku ambil dan bawa ke ruang tamu.
Aku buka plastik Magnum dan menggigit coklat yang menyaluti lapisan luar. Slurp. Sedapnya.
Makan, jilat.
Makan, jilat.
Makan, jilat.
Makan, jilat.
Sampailah tinggal batang kayu sahaja. Aku masukkan ke dalam bekas yang mengandungi batang batang aiskrim yang aku kumpul selepas aku makan.
Kemudian, aku tumpukan pula dekat aiskrim yang berada di dalam bekas, jenama Nestle. Hanya dengan melihat ilustrasi dekat luar pun sudah buat aku kecur liur.
Sudu sudah berada di tangan.
Aku tersenyum. Tapi aku letak semula sudu.
Tangan aku mencapai remote televisyen yang berada di atas meja.
Heheh. Nasib baik terus terbuka.
Aku ambil semula sudu dan masukkan aiskrim ke dalam mulut. Wahhh! Cair dalam mulut.
"Pororo. Yahh!"
Yup. Rancangan Pororo yang telah aku tunggu selama hampir 3 bulan ((hal ini kerana setiap kali pelakon wanita ini mahu melihat rancangan kegemarannya, pasti akan ada yang mengacau. For example; Kim Kei))
Aku menari sekali dengan pororo. Yeah, Pororo, kartun yang terbaik! Maaf, bukan Boboiboy yang menjadi pilihan aku. Sorry not sorry.
Selesai rancangan Pororo, aku pergi ke dapur. Takkan nak makan aiskrim je?
Aku keluarkan daun salad dan mayonnaise dari peti. Kemudian aku ambil tomato dan cucumber. Aku angkut semua tu pergi dekat singki.
Basuh.
Basuh.
Basuh satu per satu.
Kemudian, aku ambil pisau dan potong tangan. Okay tipu je. Aku ambil papan pemotong dan potong semua sayuran tu dengan berhati hati, tapi masih careless.
Tangan aku berdarah sedikit. Terkena dekat jari telunjuk. Tapi nasib baik tak dalam torehan tu.
Aku tinggalkan sekejap bahan bahan tu dan ambil kit kecemasan. Keluarkan iodin, antiseptik, kapas. Okay dah. Ouh ya, salotape yang ada dalam kit kecemasan aku keluarkan jugak.
Bersihkan jari, sapukan antiseptik.
Iodin sapu sikit dan balut dengan kapas. Salotape dan siap!
Okay, sekarang mari sambung balik. Makin lapar perut ni.
Aku campurkan semua sayur tu dalam satu mangkuk besar. Sedikit mayonnaise buah buahan aku letakkan dan sedikit lada hitam yang dikisar.
Okay,kasi aku makan kejap.
_________________
Hyera merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jantungnya mengepam lebih laju dari biasa.
Dia memegang dadanya.
"Aku tak sihat ke?" Tanyanya sendirian tanpa jawapan yang pasti.
Peluh mula menitik.
_________________
Hyera meletakkan buah epal yang telah dihiris elok di atas meja.
Tangannya mencapai remote tv.
Berita yang disiarkan tidak menarik perhatiannya. Epal dikunyah perlahan lahan. Ouch, jus epal memang sedap.
"Ouhh. Sukan sukan sukan. Membosankan." Katanya namun tidak pula mengalih kepada siaran lain.
"Cuaca hari ini." Sekali lagi dia menggulingkan mata. Dah trang tang tang cerah dekat luar tu, takkan ada salji pulak. Aduhai manusia.
"Lama lagi ke nak habis? Nak tengok DOTS ni." Sekali lagi mulutnya penuh dengan epal yang dipotong kecil kecil. Senang nak gigit katanya.
Air dicapai. Diteguk beberapa kali sebelum dia meletakkan semula air itu di atas meja.
Dia rehatkan diri. Dia rasakan semakin lama pulak berita ni.
"Berita semasa."
"Kemalangan yang melibatkan dua orang jejaka telah berlaku di persimpangan Jalan Kim. Mangsa yang dikenali sebagai Kim Jengin dan Zhang Yicing ditemui mati kerana kereta mereka terbakar."
Hyera yang pada mulanya tidak tumpukan perhatian sepenuhnya kepada televisyen, terus memandang barang elektrik yang menyala itu.
"Tak... tak mungkin. Tak mungkin." Kedua dua tangannya diletakkan di kedua dua belah sisi kepalanya.
Matanya masih terarah ke kaca tv. Jelas memaNg cara insiden itu berlaku yang ditangkap oleh cctv tertutup.
"Mereka berdua dikatakan hendak membelok ke arah kiri tetapi, sebuah treler telah merempuh mereka. Kei selaku pemandu tidak sempat mengelak dan menyebabkan kedua dua pemuda ini tercampak daripada kereta yang dinaiki mereka."
Hyera semakin galak menangis.
"Tak mungkin! Tak mungkin!"
"Ke... kenapa? Kenapa Nini--" Esakan masih kuat. Dia tidak dapat teruskan ayatnya.
"Jaga diri." Dia tersenyum. Kepala Hyera diusap.
"Makan nanti elok elok. Jangan tersedak." Dagu Hyera diangkat.
"Saya sayang awak." Dahi Hyera dicium.
"Jaga baby." Tangan Kei mengusap lembut perut Hyera.
"You weird Nini." Hyera memegang muka Kei.
"Tolong jadi kuat."
"For what?" Tetapi soalannya diendahkan.
"Jangan nangis nanti." Satu kucupan hinggap di bibir Hyera.
Rupanya, petanda Kei mahu pergi dari hidupnya.
"Macam mana saya tak nangis kalau awak tak de dekat sisi saya?"
"Macam mana saya nak kuat kalau awak tak ade?"
"Kei... can I die with you? And this baby?" Hyera berhenti menangis. Kemudian, dia mengusap perutnya.
Dia tersenyum.
Pahit.
Sakit.
Lebih kepada creepy.
Ouch. Penulis jadi psycho.
Hyera berjalan ke arah dapur. Melihat sebilah pisau di dapur sudah membuatkan dia tersenyum.
Dia mengambil pisau itu dengan terketar.
"Sabar ya Kei, Hyera akan ikut jejak langkah Kei. Tunggu dekat syurga."
Senyumannya semakin meleret apabila melihat darah mengalir keluar dari lengan yang ditorehnya. Hanya atas sedikit daripada nadi di lengan.
"KIM HYERA!" Bayangangan Kei memanggilnya membuatkan senyumannya mati.
Pandangannya mula kabur dan dia jatuh ke dalam tangan seseorang.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters