*KEI KIM’S POV* "Yeila! Dah siap ke belum?" Aku masukkan tali pinggang di sekeliling pinggang. Cermin besar yang berada di hadapan aku pandang. Sepasang tangan dililit di pinggang aku. Refleksi di hadapan cermin sudah membuat aku tersenyum. Hyera yang lengkap memaKei dress labuh aku perhati. "Dah siap?" Terus Hyera bercekak pinggang. Aduhai. Dah kenapa pulak? "Yeila dah ada depan mata ni kan. Takkan tak siap lagi." Uishhh. Melenting eh. Aku cubit pipinya yang semakin tembam. Yeah. Hyera makin tembam sebab baby dalam rahim tu makan banyak. Ahahaha. "Dah jom. Nanti lambat pulak. Appointment Yeila pukul berapa?" Aku peluk pinggang dia sambil jalan ke luar rumah. Aku lepaskan pelukan dia sebab nak kunci pintu. Tapi sebelum tu, takkan nak bagi Hyera yang tengah mengandung tu berdiri. Kaki dia dah semakin bengkak sebab berdiri lama. Aku bukakan pintu kereta dan terus memyuruh Hyera duduk. Pakai seatbelt siap! Haa. Penting kan? Aku kunci pintu dan masuk ke dalam kereta. Hidupkan enjin dan drive ke klinik Monggu. ______________ "Nini. Slow slow. Yeila tak larat ni." Tangan aku dipegang kemas. Aku tersenyum. Alahai. Manjalah Hyera ni. "Okay okay. Nini jalan perlahan sangat sangat. Sangat sangat perlahan." Aku gerakkan kaki sikit demi sedikit ke hadapan. Uishh. Tiba tiba rasa macam Klinik Monggu tu jauh pulak. Aku anggarkan, kalau jalan macam orang biasa lebih kurang 10 langkah. Tapi kalau jalan dengan Hyera, 50 langkah. Overkan? "Yeila, pegang elok elok. Nini nak teleport ni." Pegangan dikemaskan. Aku pandang kiri kanan depan belakang atas dan bawah. Line clear. Aku pejamkan mata dan buka mata semula. Heheh. Dah ada dalam klinik. Yeyeyeye. Senang kerja. Kenapalah tak terfikir dari tadi. Nurse yang ada dekat bahagian counter dah pandang kami dengan mulut melopong. Duh. Tak yah lah terkejut sangat. Biasa biasa je. Aku senyum dekat dia dan bagi wink. AHAHAHHAHAHA. MAKIN MULUT DIA JATUH KE BAWAH. Aku suruh Hyera duduk dulu dan aku berjalan ke arah counter. Bukan nak sakat, tapi nak daftar. "Hmm. Doktor ada ke? Sebab ada appointment." Kataku terus. Malas nak lama lama. Mulut dia masih melopong. Haih. Tengoklah nanti. Aku teleport bila dah siap checkup baby nanti. Lama sikit baru dia mengangguk. Aku letak card di atas meja counter dan berjalan dengan normal ke arah Hyera. "Lama lagi ke?" Hyera menyandarkan kepalanya di bahu aku. "Entahlah. Nurse tu dari tadi melopong. Nini tak buat benda yang salah pon." Aku pout. "Kim Hyera. Sila masuk." Haa. Panjang umur. Baru cakap. Nurse tadi tu mengeluarkan kepalanya dari pintu seketika untuk panggil Hyera dan masuk semula macam kura kura. "Syakirah." Gumamku perlahan. Yeah. Nama nurse tu Syakirah. Mungkin Syakirah waka waka é é. "Did you say something?" Opps. Tertangkap pulak dah. Aku menggeleng. "Jom pergi masuk bilik doktor." Aku pegang tangan Hyera dan bangun. Pimpin dia sampailah ke depan muka pintu. Pintu aku buka dan tahan sebentar. Bagi Hyera masuk dan kemudian, aku pulak yang masuk. Kerusi yang tertutup rapat aku buka sedikit. Bagi Hyera masuk dan duduk di hadapan doktor. Aku pula duduk sebelah Hyera, tempat paling dekat dengan doktor. Doktor ni lelaki, jadi senanglah aku nak pukul dia kalau menggatal dengan Hyera aku. "Saya Kim Chen." Ouh ya! Doktor yang selamatkan Hyera beberapa tahun lepas. Masa Hyera diculik. "Doktor, masih ingat saya atau dia tak?" Tanyaku. Heheh. Aku harap kau tak ingat. Sebab aku pernah janji something tapi aku tak ingat. TAK INGAT NAK AJAK KAU PERGI WEDDING AKU. Dengan gelengan itu membuatkan aku tersenyum pendek. Bagus. "Saya Kei dan ini isteri saya, Hyera." Aku kenalkan diri dan serahkan Hyera kepadanya untuk jalankan tugas. I mean, check up baby. Kandungan Hyera dah masuk 6 bulan. Sebab tu dia tak larat sangat. Tapi kami masih tak dapat nak agak baby ni jantina apa. "Sila baring puan." Kata Chen. Aku pandang je dia buat kerja. Dia letakkan gel di bahagian perut Hyera dan scan pada bahagian itu. "Anak Hyera sihat. Dan ouh, he's a boy. See." Chen menunjukkan keadaan baby tu dekat skrin yang berada dihadapannya. Mata aku berlinang. Tak lama lagi aku jadi ayah. Ayah dalam erti kata yang sebenar. Ada seorang anak. Dan mungkin akan tambah. AHAHAHAHA. "Sihat sangat budak kecil ni. Jadi Hyera, sila tambah banyak vitamin C and protein. Sangat bagus untuk pertumbuhan bayi." Kata Chen yang sudah selesai menge-check Hyera. Dia duduk sambil kedua dua ibu jarinya menatap sesama sendiri. Tangan diletakkan di atas meja. Aku tolong Hyera duduk di hadapan doktor Chen. Yeah, aku boleh rasa Hyera dah berisi dan mungkin berlemak sedikit. Ya, aku tahu aku jahat. Kutuk Hyera depan depan kalian yang sedang membaca ni. Sorry love. "Kei." Hyera melambai tangan di hadapan muka aku. Tahniah Kei. Bagus dalam memalukan diri sendiri. Tahniah diucapkan sekali lagi. "Ya?" Aku lebarkan senyuman. Chen sudah tersenyum. Hyera makin kuat gelengannya. "Spacing too much, babe. Kami dah habis bercerita dah. Nanti, kita ada check up lagi. Tapi bukan dengan doktor ni. Doktor lagi satu. Hmm. Apape jelah." Hyera pandang depan semula. Menghadap Chen si doktor troll. "Terima kasih doktor Chen. Terima kasih." Hyera tundukkan kepala sedikit dan bangun dari kerusi. Aku turut sama terikut tingkah lakunya. Aku salam Jongdae dengan gaya bro dan peluk dia. "Nanti tak jumpa dah aku. Aku kene transfer dekat hospital besar tengah bandar tu. Jaga Hyera elok elok. She seems weak. Pastikan dia makan banyak vitamin." Katanya selepas meleraikan pelukan. Aku tersenyum ; pahit. Chen dah tak de. Dah tak boleh nak rawat isteri aku. Tapi aku suka. Sebab aku rasa kehadiran Chen menggugat tempat aku dalam hati Hyera. Ewah! "Goodluck then bro. Aku balik dulu. Selamat menjalankan tugas. Annyeonghigasaeyo." Aku tepuk bahunya seketika dan tundukkan kepala sedikit. Sebagai tanda hormat. Aku bukakan pintu dan pegang tangan Hyera dengan kemas. Yeah, since masih lengang, aku check dekat counter semula. And she still there. Aku tenung dia lelama. 1 saat. 2 saat. 3 saat. 4 saat. Dan dia perasan yang aku tenung dia. Now, aku pejamkan mata dan terus teleportkan diri sampai ke tempat aku letak kereta. "Nini, kenapa Yeila tengok, Nini pandang pandang nurse tu? Terpikat ke? Atau sebab dia lagi slim dari Yeila? Hah. Jawab cepat." Terus dia lepaskan pegangan dan mula bercekak pinggang. Alahai. Kes jelly pulak dah. Aku letakkan kedua dua belah tangan di atas bahunya. Matanya aku pandang. "Yup. Memang Nini pandang dia. Tapi bukan sebab dia cantik. Cuma Yeila je yang cantik dekat mata Nini. After mummylah. Tapi, Nini pandang dia sebab nak sakat dia. Kan Nini ada cakap yang nurse melopong tu kan? Hah. Dialah. Sebab Nini teleport betul betul masa dia eye contact dengan Nini. Mungkin lepas ni dia jadi gila." Terangku panjang lebar. Hyera menepuk dada aku. What? Salah cakap lagi ke? "Tak baiklah buat dia macam tu. Nanti lepas hantar saya, datang dekat clinic ni semula dan minta maaf dengan dia. Promise me." Jari kelingking yang semakin padat itu dihulurkan. Aku mengangguk. Huluran disambut dengan jari yang sama saiz cuma panjang sikit dan kurus sikit. Again, aku kutuk Hyera ke tu? "Babe, balik jom. Mengantuklah."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All