logo text

56; Healer

*HYERA KIM’S POV*
"Kei. Bangunlah. Dah pukul berapa dah ni." Aku tarik selimut yang menutup badan si suami.
"Tak nak." Balasnya dan tarik semula selimut sampai menutup kepalanya.
Aishh this kid.
"Harini Gege nak datang dengan Junshi Jie jie. Bangunlah. Tolong Yeila masak." Rayuku.
"Ala. Nini malaslah. Jomlah temankan Nini tidur. Nanti Nini cakap dekat Gege suruh dia datang lambat sikit." Dia mengalih selimut dan memeluk tubuhku dari belakang. Tangannya direhatkan di perutku.
"Morning Kim Jonghye ayah. Duduk dalam tu diam diam. Nanti mama sakit." Kei membuat suara seperti budak kecil.
Haih. Ni bukan bapak orang ni, layak jadi anak sulung je.
"Kei-"
"Sekejap. Nak peluk sikit pun tak boleh."
Aku cubit lengannya. Dengarlah dulu orang nak cakap.
"Barang nak masak tak de, jadi awak selaku suami yang boek lagikan kacak, tolong belikan barang pliss." Aku rehatkan kepala dibahunya.
Dia memuncungkan bibir. Mungkin tanda protes.
"Kenapa saya?"
"Awak sorang je yang sihat dalam rumah ni. Hah. Pergi cepat. Kang nanak kawan." Ujarku.
Kei mengeluh perlahan.
"Okay, but gimme ten minutes sleep with mama bear." Dan dia kuatkan pelukan serta menyusap lembut perutku.
__________
Memandangkan usia kandungan sudah mencecah 8 bulan, jadi pergerakanku agak terbatas. Yeah, Hyera manja orangnya.
"Haa. Lepas tu masukkan ayam. Your favorite animal."
Dan dia tersenyum riang. Hahah.
Aku ajar dia cara masak ayam goreng. Yeah, quite weird bila seorang lelaki yang hensem macam dia ni tak reti masak.
"Nanti terbalikkan."
Dan dia pegang kuali dengan barehand. Alahai.
"Ehhh. Bukan kuali yang panas tu terbalikkan, ayam yang dekat dalam tu." Kei mengangguk perlahan. Dia buat seperti yang disuruh tapi lambat sikit.
"Dah. Angkat ayam tu. Masukkan dalam penapis dan last, tutup stove tu."
Sekali lagi dia mengangguk.
Dia datang ke arahku dan seterusnya meletakkan pinggan di atas meja.
"Pedih tak tangan Nini tu?" Tanyaku.
Dia hanya menayangkan senyuman.
"Tak payah cakap okay. Tunggu sini kejap. Yeila nak ambil ais dalam peti." Aku bangun dan pick a large mount of ice.
Heheh. Tak de banyak mana.
Tiga ketul je.
Aku duduk semula dan suruh Jongin hulurkan tangan yang sakit tu.
Aku sapu ais supaya rasa sakit tu kurang sikit.
"Careless." Kataku perlahan. Tapi cukup untuk dia dengar.
"Sangat cuai."
"Dengar arahan elok elok lain kali."
"Clumsy." Aku tekan tekan tempat yang dia sakit tu. Haaaaaah. Padan muka.
"Hyera, look at me." Kei pegang tangan aku yang menyapu ais tadi.
"Lain kali fikir dulu sebelum buat sesuatu." Matanya aku pandang.
"Ya ya. Tahu. Sorry buat awak risau."
Tanganku dikucup.
"Dan sebab tu jugaklah saya yang cantik lagi ohsem ni ditakdirkan untuk awak. Dah lah tak reti jaga diri. Cuai. Cengeng. Kuat mengeluh." Dia tarik aku dalam pelukannya.
"Tapi pandai ambil hati saya."
Dan aku balas pelukannya.
___________________
"So, macam mana kandungan sekarang?" Sebaik sahaja aku menyambut salaman Junshi Jie jie, dia terus tanya soalan tu.
Aku senyum dan angguk tanda 'okay'.
"Jonghae ni aktif sangat. Penat Hyera. Kadang kadang masa tengah tidur pun dia menendang." Junshi Jie jie gelak bukan main kuatnya.
"Nanti bolehlah anak Jie jie ni berkawan dengan anak Hyera. Haaa. Apa nama dia?" Muka teruja dia pasang sambil dukung anak sulungnya.
"Jonghye. Kim Jonghye." Aku tersenyum. Tangan ralit mengusap perut yang sudah ke depan.
Haih. Cepatnya masa berlalu. Tup tup dah lapan bulan aku kandungkan anak aku dengan Kei ni.
"Hyera. Ish dia ni. Termenung pulak dah." Junshi Jie jie menggeleng kepala perlahan lahan. Hehe. Mungkin budak ni nanti akan jadi tukang tenung orang kut. Sebab tu aku jadi macam ni.
Tiba tiba, tangan yang sedari tadi terlepas dari sebarang barang, dipegang lembut. Aku tersenyum bila lihat Kei di depan mata.
"Jie jie. Nak bawa lari Hyera kejap. Eh tak. Lama. Kalau Jie jie nak balik, baliklah. Kei bukan nak halau tapi..." Kei dekatkan mukanya dengan telinga Junshi Jie jie.
Entah apa yang dibisikkan pun ai tak tahu.
Riak muka Junshi Jie jie kurang memberansangkan. Lebih kepada marah.
Terus dia bangun dan pergi ke bahagian dapur rumah kami.
"Jom."
Jongin pandang muka aku dan menyuruh aku tutup mata.
__________
*KEI KIM’S POV*
"Open your eyes now."
Setelah dia buka mata, terus dia terdiam.
"Lik-no. Love it?"
Dengan laju dia mengangguk. Terus matanya bertakung. Haih. Sensitif betul.
"Yeila yayang. Takmolah nangis. Yeila yayang kan dah tantik. Kenapa nak nangis?" Aku ajuk cakap budak budak. Sambil sambil tu, aku tunduk sedikit dan kesat air mata yang semakin deras mengalir keluar dari matanya.
Hyera tersenyum.
Ya. Dia memang pandai senyum.
Senyum walaupun bukan pada situasi yang betul.
"Bila Nini prepare ni?" Dengan suara serak sikit, dia tanya aku.
"Semalam?"
"Termasuk makanan ni?" Terus air mukanya berubah. Lebih kepada seorang chef profesional yang nak kritik masakan kuli.
Aku jentik dahi dia perlahan. Takkan tak nampak makanan tu tengah berasap bak ada api tu.
"Yang ni baru masak tadi. Dengan Gege."
Aku tarik tangannya dan bawa dia pergi ke tengah. Hmm. Kami dekat rumah pokok. Tapi tak berbumbung dekat bahagian tengah. Jadi, bolehlah tengok bintang sambil makan. Wiiiiiii.
"Wak, tunggu sini kejap. Jangan lari dari saya tau." Dahinya aku kucup dan aku turunkan badan sehingga bibirku mencium perutnya pula.
"Dalam keadaan macam ni pun boleh berlari ke?" Aku gelak sedikit bila dia cakap macam tu. Haila Hyera ni.
Aku tinggalkan dia sebentar dan kembali semula dengan ais dan satu jug mangga segar. Baru je blend tadi. Huhu.
Aku tuangkan air mangga ke dalam gelas dan masukkan 10 ketul ais ke dalam gelas tadi. Aku ulang perkara yang sama dekat gelas aku.
Aku hilangkan diri semula dan cari radio serta tape.
Okay. Settle. Jom teroka malam ini bersama dengan Hyera.
Iya. Sudah malam ni. Tadi Jikwang Gege datang pun masa hari dah petang.
Aku letakkan radio di sudut yang terpencil sedikit. Kemudian, aku tekan punat on yang timbul dari mula ia dicipta.
Aku datang semula dan duduk di hadapan Hyera dengan tenang.
"Shall we eat now?" Tanyanya.
Mata dia semakin bersinar sinar lepas dia nampak aku mengangguk kecil.
Haih.
Nampak sangat dia ni tak menyempat. Kalau ye pun, bagilah aku suapkan dia dulu.
Aku perhati je Hyera makan sebab aku rasa kenyang bila tengok dia makan dengan bersemangat.
Seriously, dia sangat comel sekarang. Rasa nak cubit pipi dia sekarang.
"Hyera." Isteri aku pandang aku dengan mata bulat sambil sudu di dalam mulut.
"Stop being cute." Aku pegang sudu yang ada dekat mulut dia.
"I'm not." Hyera sambung mengunyah makanan yang masih ada dalam mulut. Selesai telan yang ada dalam mulut, terus dia muncungkan mulut.
"Kalau ye pun, minumlah dulu air tu. Haih. Tu pun nak kene ajar satu satu." Aku saja bagi dia rasa tertekan. Haa. Padan muka. Sapa suruh comel sangat.
"Nae gege." Makin muncung mulut dia ni. Hahahaha. Sayangnya dekat dia ni.
Melihat dia masih tak bergerak untuk ambil air dalam gelas, aku terus bangun dan duduk melulut di tepinya.
"Bae, meh sini suami awak yang hensem ni tolong pass kan gelas." Aku ambil gelas jus mangga milik dia dan tadahkan tangan dia. Kemudian, suruh dia minum dengan perlahan.
Memandangkan air yang dia minum tu pun tak habis, aku ambil gelas dia dan minum.
Yeah.
Indirect kiss.
"Nini. Nak air lagi." Dia tepuk dada aku sebanyak tiga kali.
"Boleh." Aku bangun dari melutut dan hulurkan tangan kepadanya.
"Menari dulu dengan Nini. Lepas tu, baru boleh bagi air." Aku smirk bila nampak muka tak puas hati yang Hyera tayang. Heheh.
Hyera dengan muka terpaksa, bangun dan berjalan di sebelah aku.
Muzik dah terpasang, jadi mari menari!
Aku letakkan tangan di pinggangnya yang semakin berisi dan Hyera lilitkan tangannya di sekeliling leherku.
"Let me show first." Aku senyum dan cium dahi dia.
Aku gerakkan kaki kanan ke depan dan kemudian tarik semula masuk ke dalam. Kemudian, aku pusingkan badan Hyera menghadap belakangnya.
"Nini ada secret yang Yeila tak tahu." Aku bisikkan ditelinganya.
Hahahaha.
"Maksud?" Hyera lilitkan semula tangannya di leher aku.
"Kiss first?" Aku tayang senyum gatal.
"Bagi air dulu. Dahaga." She sent glare to me.
Haha. Padan muka Jongin. Padan muka Jongin.
"Okay." Aku angkat Hyera dalam keadaan bridal dan letak dia di atas kerusi tadi.
Aku serahkan gelas aku kepadanya dan sambil sambil tu aku makan sikit ayam yang aku goreng tadi. Sedapnya!
Tiba tiba, Hyera tahan tangan aku dari terus memakan ayam goreng dan...
Hyera
Lekapkan
Bibirnya
Dekat
Bibir
Aku.
Hehehhe. Terus aku senyum sambil cium dia semula.
Hahhaahahhahahahah. Aku tahu. Aku sangat...
Kind of missing her touch.
Sebab dia mengandung, jadi terbatas sikit segala perbuatan aku.
Hyera jauhkan diri dan pegang pipi aku.
"So, bagitahu apa rahsia tu."
"Kalau tak nak?"
"Bagitahulah." Dia merayu.
"Saya sayang awak?" Aku angkat kening.
Hyera dah tayang senyuman sakit. Mungkin dah tuli dengan ungkapan itu.
"Bagitahu cepat."
"Saya ganti Xihun masa saya dan awak buat competition. Dan saya hasut mummy suruh pilih saya sebagai pemenang pertandingan tu."
Terus aku tutup mata. Tak nak tengok Hyera dalam keadaan sekarang.
"KIM JONGIN!!!!"

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters