"KIM KEI!!!" Suara Hyera yang seakan akan marah itu membuatkan Kei yang sedang enak duduk bersantai di atas sofa berbentuk L tersentak lalu terjatuh. Puih. Kei si gemuk ni. Nasib tak bergegar rumah dia. "Ya sayang." Ujarnya lembut setelah dia dapat melihat batang tubuh Hyera yang sedang bercekak memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Siapa sayang awak?" Kei dijeling dengan ekor mata. "Awaklah." Pinggang yang sepatutnya tidak dibelit apa apa dijadikan tempat lilitan tangan Kei dari belakang. Kepala Kei direhatkan di atas bahu Hyera. "Eiii menggedik. Dah anak empat, nak manja manja lagi." Hyera angkat bahunya berkali kali. Menyuruh Kei mengangkat kepalanya. Tapi Kei masih berkeras. "Tak salahkan nak tambah lagi dua?" "Kei. Tidur luar malam ni." Pelukan dileraikan oleh Hyera dengan kasar. Dengan laju Hyera naik ke atas. Ke bilik perkongsian mereka berdua. Meninggalkan Kei yang terpinga pinga di bahagian ruang tamu mereka. ____________ "Mama, mana papa?" Kim Hyein, anak perempuan kepada pasangan Kim ini bertanya ibunya. Dia anak terakhir selepas gege gege gegenya yang lain. Anak pertama pasangan itu ialah Kim Jonghae (8). Kemudian, Kim Jongdae (7) dan kembarnya, Kim Wufan (7) yang diberi sempena nama dua orang lelaki yang berjasa dalam hidup pasangan ini. Selang 1 tahun daripada mereka bertiga, muncul pula anak keempat; Kim Hyein (5). "Pergi kam--" "I heard someone called my name." Kei yang datang dengan baju yang sleeveless dan mengenakan short menyahut seruan anak bongsunya. Keluarga besar Kim ini sedang menyediakan makanan untuk makan malam mereka. "Mana anak anak yang lain?" Tanya Kei sambil menongkat dagu di atas bahu Hyera. "Molla." Balas Hyera sepatah. Kei terkesan dengan cara Hyera layan dia hari ini. Sangat... Pelik. Biasanya, kalau bercakap nak anak dalam keadaan bergurau, Hyera masih boleh tersenyum dan pukul lengan Kei berkali kali sampai lebam. Tapi kali ni tidak. "Hyein, panggil semua gege gege kamu tu." Hyera menyuruh anaknya yang perempuan itu. "Nae mama." *KEI KIM’S POV* "Yeila. Kenapa ni?" Aku peluk pingggang dia dari belakang bila aku tengok line dah clear. "Awaklah punca saya jadi macam ni." Dia mengelap pinggan dengan Kein. Dan sebelum dia lebih lanjutkan percakapan, aku pusingkan badannya menghadap aku. Hyera hanya menunduk. "Saya ada buat salah ke?" Dia menggeleng. "Awak ada buat salah ke?" Sekali lagi dia menggeleng. "Kenapa ni?" Aku angkat dagunya dan pegang pipinya. Rambutnya yang terjuntai ke depan aku selitkan di belakang telinga. Mata dia berair. Ah sudah! Mati aku kalau askar kecil tahu. "Papa buat apa dekat mama?" Soal anak lelaki aku yang pertama. Cepat cepat aku sorokkan kepala Hyera dalam dakapan. "Ouh. Tak de pape. Mama ngantuk sangat. Ni mama tengah tidur lah ni." Aku pandang ke kiri dan kanan. Okay. Askar askar kecil dah kepung papa mereka. "PAPA TIPU!" Jerit Jongdae dan Wufan serentak. Haih. Memang rancang awal awal ke apa ni? "Serang papa!" Yang ni suaranya disumbangkan oleh si kecil, Hyein. Aku diserang dari pelbagai arah. Wufan dan Jongdae peluk kaki aku. Si abang geletek pinggang aku. Dan yang kecil tu berusaha suruh aku lepaskan mama dia. "Awak, tolonglah saya ni." Dengan nada yang separuh merayu aku bisikkan dekat Hyera. "No. Pepandai tanggung." Hyera lepas tangan dari situasi ini. Dia lepaskan pelukan dan berdiri jauh dari aku. "Serang papa cepat!" Arah Hyera. Aku memandangnya tidak berkelip. Sampainya hatimu, kekasih pujaan hatiku. "Jatuhkan papa!" Kaki aku ditarik ke belakang dan menyebabkan aku rebah di atas lantai dapur. "Tumbuk perut papa!" "Hyein, tarik telinga papa tu." "Cubit pipi papa!" "Gege, pergilah geletek kaki papa." Dari bawah sini, aku dapat nampak Hyera menguntumkan senyuman semula. Ya, jika perkara ni yang boleh dia senyum, aku akan pastikan aku kena dibuli oleh anak anak sendiri. ___________________ "Papa, maafkan kami." Si abang mengetuai acara meminta maaf apabila aku melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Sebelum mereka tidur, aku akan pastikan mereka semua ni duduk dalam bilik mereka. Aku tersenyum. Kemudian, aku melutut sambil memeluk keempat empat anak anak aku. "Meh sini nak cium sesorang." Dan mereka pun beratur dalam berbajukan baju tidur. Aku cium dahi Jonghae dan kemudian memeluknya. "Sleep tight." "Nae papa." Dia berlalu ke katil miliknya. "Mianhae papa." Wufan dan Jongdae memeluk aku serentak. Memang tak boleh dipisahkan dua orang kembar ni. "Don't let bugs bite you, okay babies?" Aku tunduk sedikit dan cium dahi mereka berdua. "Nae papa." Dan mereka juga pergi ke katil masing masing. Ya, mereka berempat duduk dalam satu bilik yang sama. Bilik yang besar. Setiap seorang ada katil. Bersebelahan dengan bilik aku dan Hyera. Aku pecahkan dinding yang pisahkan bilik 'baby' suatu ketika dulu untuk cantumkan bilik mereka ni hah. Hmm. Besar besar dah anak anak aku. Okay, tinggal princess sorang ni je lagi. Hyein berjalan sambil menarik telinga teddy rabbit yang semestinya sudah terseret di atas lantai. "Papa, mian. Hyein janji tak buat lagi." Hyein memeluk tubuh aku erat. "Aip. Jangan fikir dah. Tido okay princess." Hyein mengangguk selepas aku mencium dahinya juga. "Papa, papa. Kenapa mama muntah muntah tadi? Masa papa pergi kerja?" Huh? Hyera muntah? "Mama tak sihat kut." Aku terus letakkan punggung di atas lantai dan tarik Hyein duduk di atas peha aku. "Mama ada cakap apa apa ke?" Aku cakap dengannya dalam keadaan berbisik. Macam perkara ni sulit sangat. Hyein tekupkan telingaku dengan tangannya dan buat sedikit corong. "Mama cakap ada adik dalam perut mama. Haa. Papa. Macam mana ada adik dalam perut mama? Mama makan eh?" Sungguh petah si kecil ni. Sah minum susu yang 'menghubungkan sel otak kita'. Aku telan air liur. Macam mana nak jawab eh. "KIM KEI!" Aku sedikit lega apabila Hyera memanggil nama aku. "Papa need to go now. Your mama calling me. Sleep well,princess." Aku alihkan Hyein dari pehaku dan terus tutup lampu dan pintu bilik mereka. _______________ "Ya, sayang. Nak apa?" Aku terjah masuk bilik dan tengok Hyera sedang... "Kenapa pakai baju tu?" Aku tanyanya. Buang tebiat gamaknya pakai nightdress. Haritu time aku suruh pakai, bukan main lagi dia mengelak. Hyera ketap bibir. Jarinya bermain dengan bahagian bawah baju yang berwarna maroon paras peha itu. Di atas pehanya pula ada sesuatu. Aku tak nampak sangat. Aku berjalan ke arah katil dan duduk di sebelahnya. "Yeila. Kenapa tak bagitahu Nini yang Yeila mengandung?" Yeila pandang muka aku dengan ekspressi muka yang terkejut. "Ma-macam mana tahu?" "Hey, chill. Kenapa Yeila macam serba salah je ni?" Aku pegang tangannya dan sebelah lagi tangan aku pegang benda yang ada di atas pehanya. Ouh, pregnancy test. "Sebab sekarang ni, Yeila rasa pelik sangat." Mukanya yang risau sangat aku tenung. "Tapi kenapa? Yeila dah tak sayang Nini ke?" Pantas dia menggeleng. "Tipulah kalau Yeila cakap Yeila tak sayang Nini. Tapi..." Riak mukanya berubah. "Yeila ada call mummy dengan mama tadi. Yeila cakap pasal simptom simptom yang Yeila lalui seorang diri kalini. And guess what?" Hyera bermain kening. Aku tarik tangannya ke atas dan mencium lembut. "Kita dapat anak kembar lagi!" Hampir saja air mata kegembiraan aku terkeluar dari takungannya, tapi aku tahan dulu. Disebabkan aku terlalu gembira, aku tarik Hyera dalam pelukan. Bersyukurnya! "Ouh ya. Nini tak jawab lagi soalan Yeila." "Soalan apa?" Aku letakkan kepala di bahagian lehernya. "Siapa bagitahu Nini? By the way, jangan buat macam tu. Geli." Yeila tepuk dada aku sekali. Tanda memang dia betul betul geli. "Our little reporter. Kim Hyein. Jangan buat macam tu? Macam mana tu eh? Macam ni ke?" Aku tiup leher Hyera dan mencium bahagian bahu yang terdedah. "Aigoo. Kenapalah Nini ni jadi gatai sangat?" "Not my mistake. Tengoklah pakaian Yeila tu." Aku tersenyum kemenangan apabila melihat muka Hyera bertukar menjadi merah. "Yah, Jongin!" Hyera leraikan pelukan dan terus pukul tangan, bahu dan dada secara berkali kali. Elelele. Malu pulak. "Yes honey."Aku biarkan dia pukul sampai aku tengok dia tediam seketika. "Hyera, dance with me?" Aku turun dari katil dan terus melutut. Tangan dihulurkan. Hyera ketawa dan mengangguk. "My pleasure, husband."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All