Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 27 Siapa Afiq ni?
"Jadi sebab itu sahaja ibu dan ayah buang Afiq. Macam tak muhasabah sahaja." Kata Afiq
"Betul ibu takkan sebab itu sahaja." Kata Mikayla
Tanpa disedari mama Ammar telah merakam setiap apa yang berlaku. Beliau menghantar video itu kepada Melissa. Melissa tertawa melihat video apa yang terjadi di situ.
"Erm saya rasa macam tak patut sahaja mahu menceritakan hal keluarga di sini. Lagikan ramai orang tengok." Alya mencela
"Betul juga kata alya tu. Maaf ya semua jom kita sambung ke acara yang seterusnya iaitu potong kek dan menyanyi." Kata Suzy
Lalu mereka semua menyanyi sambil potong kek. Habis sahaja acara itu Mikayla, ibu dan ayah pun pulang menaiki kereta Ammar.
"Erm maafkan saya ya. Jadi itu ke abang kandung Mikayla yang berada di sana tadi." Kata Ammar
"Betul ammar itu adalah abang kandung Mikayla. Aunty dan uncle dia hantar ke rumah mak aunty sudah lama. Sekarang aunty sedar itu memang salah aunty." Kata ibu Mikayla
"Faham aunty. Tak mengapalah aunty. Aunty pun dah sedar kesalahan aunty. Kita manusia hanya mampu merancang malah Allah yang menentukan." Kata Ammar
Sampai sahaja di rumah melihat abang Mikayla Afiq sudah tiba di rumah dahulu bersama begnya. Oleh kerana Ammar tidak mahu masuk campur jadi selepas hantar dia terus pulang ke rumah.
"Ibu boleh ke Afiq masuk ke dalam juga. Afiq nak merasa juga duduk dengan keluarga Afiq." Kata Afiq
Mikayla bergerak meninggalkan hadiah yang dipegangnya itu dan terus memeluk abangnya Afiq. Afiq juga pelik Mikayla dengan kuat sekali sambil itu mereka juga turut cium dahi.
"Baiklah masuklah Afiq. Kamu duduklah di bilik sebelah bilik Mikayla." Kata ayah
"Terima kasih ayah terima kehadiran Afiq. Walaupun secara tiba tiba." Kata Afiq
Lalu Afiq bantu mengangkat barang hadiah Mikayla masuk ke dalam rumah. Mereka masing masing pun masuk ke dalam rumah. Malam itu Mikayla dan Afiq masing masing berasa seperti tidak boleh tidur. Jadi Afiq bertekad untuk mengetuk pintu bilik adiknya. Mikayla pun memberi keizinan abangnya itu masuk.
"Mikayla abang nak kata sikit." Kata abang Afiq
"Apa itu abang Afiq." Kata Mikayla
"Maaf kan abang. Abang cuba masuk ke dalam. keluarga kamu dari kamu mula bercinta dengan arwah ilham lagi. Abang berusaha mencari keluarga sebenar abang. Abang selalu berdoa agar ketemu kamu semua. Ye yang sebenarnya berikan hadiah kepada kamu tiap tiap hari itu adalah abang. Abang sudah pernah bertemu dengan arwah ilham. Dia banyak cerita tentang kamu kepada abang. Abang rasa hati ini hari paling terbaik untuk abang berjumpa dengan kamu." Kata abang Afiq sambil air mata terkeluar
"Abang janganlah sedih. Terima kasih abang selalu menjaga Mikayla walaupun dari jauh. Mikayla tak pernah salahkan abang. Tapi Mikayla hanya mahu tanya bagaimana abang boleh kenal arwah." Kata Mikayla
Flashbacks
Ilham dengan membawa kereta sambil menelefon Mikayla. Tiba tiba dia rasa terlanggar orang yang sedang menaiki motor. Jadi tanpa membuang masa dia pun turun ke bawah.
"Maaf encik okey ke." Kata ilham
"Eh eh tu lah orang pesan lain kali bawa kereta jangan main telefon." Kata abang Afiq
"Maaf kan saya ya. Meh lah saya bawa encik ke klinik berdekatan. Basikal encik pula saya boleh bawa atas kereta saya tiada masalah." Kata ilham
"Ha boleh juga. Sakit tau tak." Kata abang Afiq
Lalu abang Afiq pun masuk ke dalam kereta ilham. Mereka berdua pun bergerak pergi ke klinik. Mereka pergi ke klinik swasta. Sejujurnya abang Afiq tak pernah masuk ke dalam klinik swasta kerana dia tidak mempunyai wang tetapi ilham mahu bayarkan siapa sahaja tidak mahu. Selepas itu mereka pun menunggu nama di panggil.
"Macam mana dengan abang." kata ilham
"Kau tengok aku macam mana. Ouh ya tak payah panggil encik ke abang ke aku rasa tua sangat. Nama aku Afiq. Kau pulak." Kata abang Afiq
"Nama saya ilham. Maaf ya tadi saya betul betul tak nampak." Kata ilham
"Ha tak mengapalah. Biasalah tu kalau dah telefon dengan awek mana nampak dah." Kata abang Afiq
"Hihi mana adalah. Saya telefon tunang saya tadi." Kata ilham
"Oih dah jadi tunang orang. Jagalah dia baik baik tau. Jangan mainkan perasaan perempuan." Kata abang Afiq
"Faham Ouh ya ni kad saya nanti kalau nak kerja ke mintak pertolongan boleh sahaja chat dengan saya." Kata ilham
Tiba tiba doktor memanggil abang Afiq kerana sudah gilirannya untuk mengambil ubat. Selepas itu abang Afiq pulang dengan dihantar oleh ilham. Barulah ilham sambung ke pejabat semula.
Selepas sahaja pulang. Oleh kerana nenek Afiq sudah mati jadi dia tinggal seorang diri. Dia pun menenung kad yang diberi oleh ilham tadi dengan begitu lama.
Dia bertekad mengambil telefon bimbit miliknya untuk menghubungi ilham pada malam itu.
(Perbualan abang Afiq dah ilham)
"Ya siapa ni ya." Kata ilham
"Ni aku lah yang kau langgar petang tadi." Kata abang Afiq
"Ouh hihi. Ya Afiq kan nama ada apa hubungi saya." Kata ilham
"Kau ada kerja kosong tak. Aku ni tinggal sorang. Tadi kau kata kalau nak perlukan pertolongan terus telefon kau." Kata abang Afiq
"Ouh boleh sahaja esok jumpa saya dekat kedai makan mana mana lah." Kata ilham
"Okey esok tau." Kata abang Afiq
Lalu abang Afiq pun tidur pada malam itu. Keesokan harinya, dia pun pergi ke kedai makan. Di kedai makan sebelum bersembang mereka pesan makanan dahulu.
"Jadi Afiq mahu kerja yang bagaimana." Kata ilham
"Aku ni jenis tak kisah sangat. Janji dapat kerja pun aku dah bersyukur sangat. Selepas dapat kerja ni aku nak cari adik aku balik." Kata abang Afiq
"Ouh dekat mana adik Afiq sekarang ." Kata ilham
"Aku pun tidak tahulah ilham. Masa aku umur tuju tahun aku dah berpisah dengan dia dah. Jujur aku katakan aku rindu dekat dia sangat sangat sebab tu lah aku nak sangat cari dia." Kata abang Afiq
"Ouh baguslah Afiq ni berusaha cari adik kandung. Moga Afiq dapat jumpa semula. Okey pasal kerja sebab Afiq tiada pengalaman lagi kan saya bagi Afiq kerja sebagai driver nak tak. Tapi bukan driver saya bahkan driver kawan baik saya. Saya akan bincang dengan dia. InshaAllah esok boleh mula kerja." Kata ilham
"Alhamdulillah boleh sangat tu. Terima kasih ya ilham." Kata abang Afiq
"Ouh ya maaf saya mahu tanya nama adik Afiq tu apa ya. Sebab manalah kalau saya tahu. Saya ramai sahaja orang saya dekat sini. Manalah tahu saya boleh mintak mereka tolong cari." Kata ilham
"Aku tiada pulak gambar dia waktu sekarang tapi aku ingat nama dia je tak silap aku nenek aku kata nama dia Nur Mikayla binti Faris. Macam tu lah lebih kurang." Kata Afiq
"Ha Mikayla. Jap eh saya nak tunjuk gambar Ni ke gambar keluarga dia." Kata ilham sambil menunjukkan gambar Mikayla dan keluarganya
"Haha betul lah tu tu gambar Ibu dan ayah saya. Perempuan ni siapa ya." Kata Afiq
"Perempuan ni Mikayla lah Afiq." Kata ilham
"Kalau Afiq mahu tahu ni lah gambar tunang saya. Nama dia seperti yang Afiq sebutkan tadi." Kata ilham
"Lah ye ke." Kata Afiq
"Ya, kenapa tak beritahu awal awal sahaja. Jom lah saya bawa jumpa dia. Dia kerja dekat pejabat saya sahaja." Kata ilham
"Eh tak mahu. Saya belum bersedia lagi. Saya ingat mahu cari duit dahulu. Cukup duit saya sendiri mahu jumpa dia." Kata abang Afiq
"Okey saya faham. Tapi kalau sudah sedia bagitau ye. Ni gambar dia dan lokasi saya berkerja saya dah hantar melalui mesej ya." Kata ilham
Sejak haritu setiap habis masa berkerja atau waktu rehat sekejap abang Afiq akan selalu melawat Mikayla di pejabatnya. Ilham juga membenarkan. Selepas abang Afiq dapat tahu arwah ilham meninggal. Abang Afiq usaha untuk melindungi Mikayla dari apa apa ancaman. Manakal Suzy pula kebetulan dia lalu dan mungkin mengenali Suzy jadi apa salahnya dia bantu.
Kini,
"Ouh jadi begitu ceritanya bagaimana abang kenal arwah." Kata Mikayla
"Ya betul. Arwah ilham tu baik sangat. Kalau dia masih hidup kan abang memang tak kisah pun dia mahu jadi Adik ipar abang. Tapi nak buat macam mana Allah lebih sayang dia." Kata abang Afiq
"Betul. Tipu kalau Mikayla kaya Mikayla tak rindu pun dekat arwah malah Kayla lah orang yang paling merindui dia." Kata Mikayla
"OUH ya pasal hadiah tu. Bang yang Tulsi tetapi abang mahu tuju seolah olah arwah yang beri. Arwah ada beritahu adik abang ni suka sangat membaca buku. Abang sanggup buat apa sahaja janji adik abang ni bahagia." Kata abang Afiq
"Terima kasih ya abang. Mikayla memang tidak tahu sebelum ini. Alhamdulillah abang lah hadiah hari jadi yang paling berharga dalam hidup Mikayla. Kalau abang mahu tahu." Kata Mikayla
"Betul abang pun sayang sangat dekat Mikayla. Kalau boleh abang tidak mahu lagi berpisah dengan Mikayla. Abang sayang sangat dekat Mikayla." kata abang Afiq
"Mikayla pun sama." Kata abang Afiq
Tanpa sedar papa juga ada lalu di hadapan bilik Mikayla dan mendengar segala yang diceritakan oleh abang Afiq. Sudah pasti dia berasa sangat bersalah. Kenapa dia tak halang perbuatan ibu Mikayla dahulu. Kenapa dia dayus sangat dahulu.
Jadi ayah mikayla pun mengetuk pintu "Boleh ayah masuk ke dalam"
"Masuklah ayah pintu tak kunci pun." Kata Mikayla
"Ouh Afiq pun ada dalam bilik Mikayla." Kata ayah
"Haah ayah, ni baru pertama kali rasanya Afiq rasa ada tempat bercerita sebelum ini tidak pernah. Pada nenek juga tidak pernah kerana nenek pernah kata orang tua Afiq pun tak sayang Afiq ni kan pula dia nama sayang Afiq. Selama membesar di sana Afiq buat semua sendiri. Seawal umur lapan tahu Afiq dah bantu penduduk kampung untuk cari duit makan dan sekolah. Tetapi sayangnya ketika umur sembilan tahu Afiq dah tak cukup masa Afiq berhenti sekolah untuk kerja." Kata abang Afiq
"Ayah faham. Maafkan ayah ya Afiq. Ayah tahu ayah bukan ayah yang terbaik buatmu. Maafkan semua kesalahan ayah ya Afiq." Kata ayah
"Tak mengapa ayah. Perkara pun sudah berlalu. Afiq pun dah bersyukur sangat dapat jumpa ayah dan adik Mikayla. Ibu juga walaupun ibu masih tidak mahu terima Afiq." Kata abang Afiq
"Tak. Ayah dapat rasakan. Ibu juga rindukan kamu cuma dia ego. Dia pasti rasa sangat serbersalah. Afiq kena kuat tau." Kata ayah
"Baik ayah Afiq faham." kata abang Afiq
"Sekarang abang Afiq kerja dekat mana. Mahu tak kerja di tempat Mikayla." Kata Mikayla
"Tapi abang tak reti kerja di pejabat. Abang kan tak pernah belajar semua perkara itu." Kata abang Afiq
"Alaa itu bukannya perkara yang sudah nanti Mikayla akan bantu. Abang kerja sebab reception. Senang sahaja kerja itu." Kata Mikayla
"InshaAllah demi adik abang abang akan cuba kerja itu." Kata abang Afiq
"No abang. Abang kena kerja kerana diri sendiri bukan kerana Mikayla. Mikayla mahu abang berjaya. Abang kena buktikan walaupun abang belajar tak habis tetapi kerana usaha abang juga dapat berjaya." Kata Mikayla
"InshaAllah Mikayla." Kata abang Afiq
Selepas itu abang Afiq dan ayah pergi ke biliknya untuk tidur Mikayla juga tidur di atas katil bilik. "Alhamdulillah moga Allah satukan keluarga kami."
Pagi keesokan harinya sebelum pergi kerja Mikayla masakkan untuk keluarga tercinta. Mikayla mengajak ibu, ayah dan abangnya untuk makan sekali.
"Ibu ayah, Abanh Afiq meh lah makan sekali." Kata Mikayla
"Hmmm." Kata abang Afiq dan ibu
Lalu mereka makan juga bersama sama tetapi hanya ayah dan Mikayla sahaja yang berborak. Ibu dana abang Afiq pula hanya diam sambil senyum. Habis sahaja makan Mikayla memandu kereta dan penumpang Ialah abang Afiq.
"Jadi ini tempat duduk abang. Abang ni Zarina dia dan abang akan kerja sebagai reception. Zarina nanti tolong tunjuk ajar abang saya ya." Kata Mikayla
"Baik puan Mikayla." Kata Zarina
"Allahu abang segan lah Mikayla." Kata abang Afiq
"Eh janganlah segan. Nanti kita makan lunch sama sama ya." Kata Mikayla
Lalu Mikayla senyum dan naik ke atas ke biliknya. Sedang dia membuat kerja tiba tiba dia mendapat panggilan dari ammar. Tanpa membuang masa dia pun menjawab panggilan itu.
(Perbualan ammar dan Mikayla)
"Macam mana dengan keluarga awak." Kata Ammar
"Alhamdulillah okey sahaja. Saya terima abang saya dengan sepenuh hati. Ouh awak mahu tahu saya ambik abang saya kerja dekat syarikat saya." Kat Mikayla
"OUH baguslah. At least ada juga orang mahu tengok tengokkan awak dekat pejabat. Ouh ya awak jom makan lunch." Kata Ammar
"Bertiga boleh. Dengan abang saya sekali. Saya tak pernah belanja dia makan lunch. Boleh kan awak.' Kata Mikayla
"Boleh sahaja tiada masalah. Pukul satu lebih macam tu saya datang ambik awak." Kata Ammar
"Okey awak." Kata Mikayla
Lalu tamat lah panggilan telefon itu. Selepas itu masing masing sambung melakukan kerjanya. Waktu lunch telah tiba Mikayla turun melihat abangnya terlebih dahulu dia lihat seperti abangnya mula selesa dengan pekerjaan yang diberikan oleh dirinya itu.
"Abang jom kita hi lunch baik kereta Ammar." Kata Mikayla
"Ha kenapa nak naik kereta orang." Kata abang Afiq
"Sebab dia yang ajak lunchm Alah abang ikut sahaja jom. Zarina pergi makan lunch tau." Kata Mikayla
Lalu Mikayla dan abang Afiq menaiki kereta Ammar.
Sampai sahaja di kedai makan,
"Abang pesan sahaja ya mahu makan apa." Kata Mikayla
"Betul tu pesan sahaja tau." Kata ammar
"Baik. Nak pesan air Milo dan nasi goreng je lah." Kata abang Afiq
"Tu je ke. Awak pula mahu makan apa." Kata Ammar
"Makan makanan sama je lah macam abang saya." Kata Mikayla
"Okey makan sama je lah untuk tiga orang." Kata Ammar kepada pelayan
"Ammar maafkan keluarga saya ye semalam." Kata Mikayla
"Eh tak mengapalah. Kuih ya ni ha cincin semalam macam mana awak mahu terima atau tidak." Kata Ammar
"Macam ni lah Ammar Saya sebagai abang kandung Mikayla mahu kata kalau Ammar betul betul suka dekat Mikayla. Ajak keluarga datang merisik Mikayla sendiri. Ianya kerana seperti tidak elok lah kan macam ni. Ianya seperti membelakangkan keluarga." Kata abang Afiq.
"Faham Abang apa yang abang kata itu ada betulnya juga." Kata Ammar
"Yup Ammar saya bukan tolak tau. Awak kena mintak izin keluarga awak dahulu. Saya juga sama. Hidup tak berkat tanpa keizinan orang tua." Kata Mikayla
Lalu makanan pun sampai mereka pun makan bersama sama sambil berborak. Habis sahaja makan Ammar bangun dan pergi bayar. Selepas itu Ammar menghantar Mikayla dan abang Afiq semula ke tempat kerjanya.
Habis sahaja kerja masing masing pun pulang ke rumah semula. Sampai sahaja di rumah Ammar melihat ada kereta Suzy maknanya Suzy sudah pulang sebelumnya. Ada juga sebuah kereta milik melissa.
"Eh Melissa buat apa dekat sini." Kata Ammar
"Eh ammar dah balik banyak kerja hari ini sayang." Kata mama
"Tak. Kenapa ada perempuan ni." Kata Ammar
"Ala awak ni relax lah. Macam drama melayu pula kan jumpa adik beradik di hari jadi. Kesiannya. Tak kenal abang sendiri." Kata Melissa.
"Apa you cakap ni. You cakap pasal siapa ni ha." Kata Ammar
"Siapa lagi. Pasal perempuan tu lah. Eh amame. Aku punyalah lama suka dekat kau. Kau tak pernah nampak ke cinta aku terhadap kau." Kata Melissa
"Eh kau dengan cinta kau boleh pergi mampus lah. Aku tak halal pun cinta macam kau ni." Kata Ammar
"Ammar cuba cakap elok elok dengan Melissa. Dengan perempuan tu boleh pula cakap elok elok sopan sopan." Kata mama
"Ah. Ammar tak boleh lah ma cakap elok elok dengan perempuan macam ni. Eh Melissa kau ni macam perempuan meroyan lah. Baik kau pergi ke hospital mental check. Aku tengok kau macam tak betul je." Kata ammar
"Ye memang aku tak betul. Aku tak betul sebab kau. Kau tak nak langsung ke ha. Perempuan murahan tu yang kau nak. Eem kesian. Mak kau pun takkan setuju lah kalau perempuan macam tu." Kata Melisa
"Terima atau tidak tu bukan masalah kau. Kau balik lah Melissa. Aku penat ni baru balik kerja. Kau perambus lah." Kata Ammar
"Ammar mama tak halau dia siapa kamu mahu halau dia." Kata mama
"Ish sukahati mama lah Ammar penat baik Ammar balik dahulu." Kata Ammar
Lalu Ammar pun naik dan masuk ke dalam bilik.
"Macam mana ni aunty." Kata melissa
"Entah lah Melissa. Susah mahu pujuk orang yang dah angau ni. Melissa sabar ya. Aunty akan pastikan Ammar akan kawin dengan kamu bukan dengan perempuan sengkek tu." Kata mama Ammar
"Siapa perempuan sengkek." Kata papa dari belakang."
"Eh bila awak balik." Kata mama
"Bila saya balik tu tak penting. Saya tanya awak ni siapa perempuan sengkek. Eh sejak bila kamu pandai menghina orang ni ha. Melissa kau ajar apa ha dekat isteri aku." Kata papa
"Eh awak ni nak marah marah dia kenapa pulak. Dia tak buat apa apa pun lah dekat saya. Awak kenapa nak tuduh tuduh dia." Kata mama
"Saya malas mahu gaduh dengan awak. Saya pernah baru balik kerja. Melissa baik kau balik sekarang. Khaira awak naik sekarang masuk bilik mandi buka quran. Asyik nak menuduh orang melulu je." Kata papa
"Ishhh." Kata mama
Lalu mama dan papa pun masuk ke dalam biliknya. Suzy pula masuk ke dalam bilik Ammar.
"Bang okey ke." Kata szuy
"Eh adik kenapa masuk tidak ketuk pintu. Okey sahaja. Abang hanya tak puas hati apa yang buruk sangat Mikayla tu dimata mama. Susah sangat ke mahu terima dia. Abang pun tidak tahu apa yang Mikayla buat pada mama sampai mama benci sangat pada dia." Kata Ammar
"Sabarlah ya bang. Mungkin kerana terlalu terdengar hasutan dari Melissa. Adik cakap terus terang adik memang tak berkenan langsung Melissa tu mahu menjadi akan ipar." Kata Suzy
"Siapa sahaja mahu kawin dengan dia. Abang lagi sanggup tiada kawan dari ada kawan gedik macam dia. Kalau mahu tahu masa sekolah dahulu sebab kan dia lah abang tiada kawan." Kata Ammar
"Ha apa dia buat dekat abang samapi abang tiada kawan." Kata suzy
Flashbacks,,,
Di sekolah,
"Ammar jom lepak futsal petang ni." Kata kawan sekelas Ammar
"Boleh aku onz je." Kata Ammar
"Eh mana boleh ammar kena teman Melissa hi belajar kan hari ini kan Ammar." Kata Melissa yang tiba dari belakang
"Ish kau ni Ammar tak habis habis dengan awek dia. Entah bila lah boleh lepak dengan kau." Kata kawan Ammar sebelum berlalu pergi
"Eh kau ni kenapa. Aku baru sahaja nak main bola dengan diaorang." Kata Ammar
"Alaa kan Ammar dah janji nak ikut ke mana sahaja yang Melissa mahu." Kata melisa
"Eh bila pula aku janji dengan kau ni ha." Kata Ammar
"Datin suruh. Datin suruh Ammar tengok tengokkan Melissa kan." Kata Melissa
"Mama aku suruh tengokkan kau bukan tolong ikut sahaja semua arahan kau Ish semak lah kau ni." Kata Ammar
Lalu Ammar pun beredar masuk ke dalam kelasnya. Di dalam kelas jika Ammar tidak siap kerja sekolah juga Melissa sanggup kena denda sama sama walaupun kerjanya dah siap. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi Ammar. Dari kecil Melisa memang mempunyai hati dan perasaan kepada Ammar.
Kini,
"Ouh sekarang adik faham. Dia terlalu obses dengan abang betul kan." Kata suzy
"Yup lebih kurang begitulah. Tahu tak dia bukan bertambah suka tanpa bertambah menyampah dan juga semak. Entah bila lah dia nak berhenti ganggu hidup abang. Kadang abang rasa susah tidak tahan tau." Kata Ammar
"Tak mengapalah abang sabar je lah ya. Adik nak adik bilik dahulu nak baca buku bye." Kata Suzy
"Ha okey. Allahu." Kata Ammar
"Apa lah nak jadi dengan diri aku ni. Hidup asyik kena kongkong sahaja." Kata Ammar kepada diri sendiriDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (309)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
03/07/2022
0it is really real
1d
0extraordinário
12d
0View All