Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 29 kereta rosak lagi?
Ketika di dalam bilik, Ammar berfikiran mungkin betul apa yang abang Afiq katakan. Dia harus tunjukkan effort untuk menawan hati ibu kayla. Dia tak boleh hanya berdiam sahaja. Dia tidak mahu berkahwin dengan Melissa.
Keesokan harinya, pagi hari lagi Ammar dah bersiap makan roti dan terus bergerak ke rumah Mikayla.
"Assalamualaikum Mikayla oh Mikayla." Salamnya dari luar rumah
"Waalaikumussalam oh Ammar. Ada apa datang rumah pagi pagi." Kata Mikayla
"Ibu dan ayah awak ada ke." Kata Ammar
"Ada tu ha tengah makan pagi. Kejap lagi kami bergerak ke pejabat dah. Kenapa?" Kata Mikayla
Ammar pun melambai tangan seolah seolah mahu memanggil Mikayla ke arahnya. Jadi mikayla pun lari ke arahnya.
"Mikayla, ada tips tak nak bodek ibu dan ayah awak ni." bisik Ammar
"Ouh datang nak bodek mereka ke. Kejap nanti saya fikir. Nanti waktu rehat kat pejabat lah saya bagitau. Saya kena fikir dahulu." Kata Mikayla
"Okey." Kata Ammar
"Eh Ammar tak mahu masuk dahulu ke. Ada apa datang ke rumah ni." Kata ayah
"Eh uncle. Tiada apalah uncle saje nak datang nak jumpa Mikayla kejap. Ni nak balik dah lah ni." Kata Ammar
"Betul.. Meh lah nak masuk makan pagi sekali." Kata ayah Mikayla
"Eh tak pe ke. Saya seganlah uncle." Kata Ammar
"Eh tak perlu seganlah meh masuk sahaja." Kata ayah Mikayla
"Baiklah uncle saya masuk." Kata Ammar
Selepas itu Ammar pun masuk ke dalam duduk di tepi Mikayla makan pagi bersama sama. Habis sahaja makan Ammar mengucapkan terima kasih kepada ayah Mikayla. Walaupun ibu kelihatan seperti tidak suka tetapi dia harus hormat kerana itu arahan ayah.
Selepas itu mereka semua pergi bergerak ke tempat kerja masing masing. Sampai sahaja di tempat kerja sambil membuat kerja Mikayla terus termenung teringat apa yang berlaku di rumah tadi.
Yang berlaku di rumah tadi,
"Makanlah ya Ammar. Banyak ibu Mikayla masak hari ini." Kata ayah Mikayla
"Ye uncle. Terima kasih ya uncle jemput saya makan. Terima kasih juga ya aunty sedap masakan aunty." Kata Ammar
"Hmmm. Makanlah. Nanti lebih lebih membazir juga. Biasa bagi dekat burung atau ayam juga." Kata ibu
"Ish apa awak ni. Depan tetamu sibuk petik tentang ayah burung lembu kerbau." Kata ayah Mikayla
"Hihi." Tertawa kecil abang Afiq dan Mikayla
"Ammar jangan risau nanti kalau dah kawin dengan Mikayla hari hari boleh makan masakan ibu dan Mikayla ni." Kata ayah
Ibu Mikayla dan Mikayla pun tersedak nasi. Abang Afiq pun mengusap belakang Mikayla
"Eh apa awak ni. Tiba tiba je cakap pasal kawin. Cepat makan anak anak nanti nak ke tempat kerja lambat pula." Kata ibu Mikayla
Di pejabat ( Mikayla)
"Heheh ayah dah terima Ammar lah alhamdulillah. Wali dah setuju. Harap selepas ini ibu pun boleh terima Ammar juga." Kata Mikayla
Selepas itu Mikayla pun sambung melakukan kerjanya. Habis sahaja kerja Mikayla dan abang Afiq pergi makan di restoran berdua. Ammar tidak mengikut mereka kerana Ammar sibuk hari ini. Selepas sahaja habis makan mereka pergi ke kubur.
"Mikayla kita buat apa dekat kubur ni. Nak melawat arwah ilham ke." Kata abanga Afiq
"Haha Kayla nak melawat arwah ilham dan makcik yang Kayla anggap sebagai mak angkat. Abang nak turun ke kalau nak turun jom lah." Kata Mikayla
"Okeylah. Takkan abang mahu tinggal sorang pula dalam kereta ni. Macam tak manis lah kan. Jom lah abang ikut sekali pergi ke kubur arwah." Kata abang Afiq
Abang Afiq pun turun bersama kayla pergi ke kubur. Dia pergi dan bacakan yasin untuk kedua arwah yang amat disayangi oleh dirinya. Apa pun berlaku arwah tetap berada di dalam hati Mikayla.
Habis itu mereka pun pulang ke rumah dan mandi dan juga akhirnya solat. Habis solat Mikayla mengaji. Habis mengaji Mikayla pun bergerak masuk ke dalam bilik abang Afiq.
"Maaf ya abang Afiq. Masuk bilik abang ni." Kata Kayla
"Eh tak mengapalah. Bilik abang ni sentiasa terbuka untuk adik abang sorang ni. Ada apa ni Kayla masuk ke dalam bilik abang." Kata abang afiq
"Ni ha. Esok abang Afiq. Nak ikut Mikayla atau nak buat kerja dekat pejabat je. Mikayla nak pergi ke rumah mama dan papa arwah ilham. Rasanya sudah lama tidak melawat mereka." Kata Mikayla
"Erm boleh juga abang ikut. Abang tak pernah jumpa ahli keluarga dia. Mesti mama dan papa dia baik sangat macam arwah ilham." Kata abang Afiq
"Betullah tu hehe. Tapi kita tak pergi berdua. Mikayla bawa alya sekali." Kata Mikayla
"Boleh abang tak kisah. Jadi esok tak masuk pejabat langsung ke macam mana. Bang nak konfimasi kan sahaja." Kata abang Afiq
"Haha kita pergi lepas makan pagi ke sana terus. pastu kita lepak lah dekat rumah mama dan papa arwah kejap. Selepas itu kita pulang ke rumah terus ya." Kata Mikayla
"Okey faham adik. Adik. Abang Afiq nak main game kejap. Adik nak main dengan abang." Kata abang Afiq
"Barang main lah sorang Kayla nak cari pakaian untuk pakai esok ni. Bye." Kata Mikayla
"Okey. Keluar jangan lupa tutup pintu ya adikku." Kata abang Afiq
Lalu Mikayla pun keluar dan masuk ke dalam biliknya. Dia terfikir ada lebih baiknya kalau menelefon mama dan papa ilham dahulu untuk memberitahu yang dia mahu ke sana. Alhamdulillah mama jawap panggilan Kayla.
(Perbualan Mikayla dan mama ilham)
"Hello ma. Sihat ke? Ya Allah lama tak dengar khabar mama." Kata Mikayla
"Alhamdulillah sihat. Tu lah mama pun rindu juga menantu tak jadi mama ni. Bila Mikayla nak datang sini. Mama rindu ni." Kata mama
"Ingatkan esok lah nak pergi melawat mama dan papa. Tu yang telefon tu nak bagitau. Manalah tahu kalau mama dan papa tiada dekat rumah." Kata Mikayla
"Eh jangan risau ada je ni ha dekat rumah. Datanglah. Datang sorang ke?" Kata mama ilham
"Eh tak. Esok datang dengan alya dan Abang afiq sekali. Takpe kan mama." Kata Mikayla
"Eh boleh sangat. Datanglah esok. Nanti mama masak sedap sedap untuk kamu semua ya." Kata mama ilham
"Baik mama. Okeylah ma nak solat isya' jap eh. Nanti Kayla telefon balik." Kata Mikayla sebelum menamatkan panggilan itu.
Selepas itu Mikayla tersenyum dan melihat gambar arwah yang berada di atas mejanya. Selepas itu dia masuk ke dalam bilik air pergi mengambil wudhuk dan menunaikan solat Isya'.
Akhirnya dia pun tidur. Keesokan harinya, pagi hari lagi Mikayla bangun dan masak untuk ahli keluarga. Selepas siap masak dia pun menghidangkan makanan. Tiba tiba Ammar menelefon dirinya. Jadi tanpa membuang masa dia pun menjawab panggilan itu.
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Ye Ammar. Ada apa ni telefon saya." Kata Mikayla
"Suzy cakap awak nak pergi rumah ahli keluarga ilham ya." Kata Ammar
"Haah. Saya pergi bertiga je. Suzy tak mahu ikut. Saya pergi dengan abang Afiq dan alya je lah." Kata Mikayla
"Ye ke. Hati hati tau. Siapa yang memandu." Kata Ammar
"Saya lah kot. Ataupun kalau saya mengantuk atau rasa malas saya tukar dengan alya je lah. Kenapa?" Kata Mikayla
"Tiadalah saya risau akan keselamatan awak je. Tu telefon tu." Kata Ammar
"Alaa tak payahlah risau. Saya okey je ni. Ni pun tengah masa untuk keluarga saya. Esok boleh jumpa kan hehehe." Kata Mikayla
"Haha okey. Apa apa terus telefon saya tahu." Kata Ammar
"Baik awak. Saya ingat pesan awak tu." Kata Mikayla
Selepas itu mereka pun menamatkan panggilan. Ibu, ayah dan abang Afiq pun turun ke bawah. Mereka sekeluarga pun makan bersama sama. Habis sahaja makan mereka berdua masuk ke dalam kereta.
"Abang bawa kain pelikat tak. Takut lama dekat sana. Kayla pun bawa telekung dan baju extra." Kata Mikayla
"Bawa. Ala jangan risau. Ni kita pergi ambik alya dahulu kan dekat rumah dia." Kata abang Afiq
"Haha kita pergi rumah dia kejap. Pergi ambik dia lepastu kita terus pergilah." Kata Mikayla
Lalu mereka pun memulakan perjalanan ke rumah alya dahulu. Sampai di sana alya terus mengambil alih tempat memandu. Mikayla pula duduk di tepinya. Manakala abang Afiq duduk sorang diri di belakang.
Di dalam kereta,
"Tidurlah dahulu kalau abang Afiq nak tidur. Jangan risau alya tahu je jalan nak pergi ke rumah datin ni. Mikayla pun sama tidur je lah dahulu." Kata alya
"Alaa tak mengapalah aku takut kau bosan nanti kalau sorang diri." Kata Mikayla
"Okey ikut kau lah." Kata alya
Lalu mereka pun sambung perjalanan mereka pergi ke rumah ilham. Sampai sahaja di separuh jalan, alya yang sedang memandu rasa tidak sedap jadi dia berhenti di tepi dahulu. Mikayla yang tidak tidur terus melihat muka alya.
"Eh Kayla aku rasa tidak sedap lah dengan kereta kau ni. Macam tiada angin pun ada." Kata alya
"Eh lah ye ke. Pagi tadi masa aku periksa elok lagi tau." Kata Mikayla
"Habis tu macam mana ni. Bang Afiq tak pandai betul kan tayar ni. Ni pun baru naik kereta selepas kenal Mikayla." Kata abang Afiq
"Hmmm. Alya kau ada no pomen ke." Kata Mikayla
"Tiada. Kereta aku tak pernah rosak jadi aku pun tak tahu." Kata alya
"Tak pe lah korang jaga kereta aku pergi telefon Ammar kejap." Kata Mikayla
Lalu Mikayla pun jauh sikit dari mereka. Terus menelefon Ammar.
(Perbualan mereka berdua)
"Awak. Awak sibuk ke tu. Saya nak minta tolong ni." Kat Mikayla
"Ye. Kenapa tu. Awak dekat mana ni.' Kata Ammar
"Dekat tepi jalan. Kereta saya rosak lah awak. Ada je tayar ganti dalam kereta ni tapi tu lah tak reti nak tukar." Kata Mikayla
"Lah ye ke. Tak mengapalah. Awak share lokasi. Dalam setengah jam saya sampai dekat sana." Kata Ammar
Lalu tamatkan panggilan. Ammar yang. tengah kerja suruh kawan menggantikan tempat nya. Dia pun masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke lokasi yang dihantar oleh Mikayla saat itu. Selepas setengah jam tibalah di sana.
"Macam mana boleh rosak ni. Meh lah saya tukarkan." Kata Ammar
"Entah lah awak tiba tiba dia nak rosak. Awak pandai tukar kan ke." Kata Mikayla
"Hello. Ni Ammar lah semua benda boleh semestinya. Kejap eh. Kurang turun lah dahulu. Saya tukar kan kejap." Kata Ammar
Ammar pun tukar tayar kereta Mikayla dengan dibantu oleh abang Afiq. Alya dan Mikayla pula sibuk mencari signal lagi.
Selepas beberapa minit selesai lah menukar tayar kereta itu.
"Okey dah siap." Kata Ammar
"Ha ye ke. Terima kasih ya Ammar datang dari jauh. Ni awak nak balik ke pejabat atau nak ikut kami ke rumah keluarga ilham pula." Kata Mikayla
"Alang alang dah sampai sini ikut terus je lah. Saya follow dari belakang ya." Kata Ammar
Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta. Abang Afiq pula naik satu kereta dengan Ammar. Mereka pun terus bergerak menuju ke rumah ilham terus. Selepas setengah jam mereka pun tiba di rumah ilham.
"Assalamualaikum mama." Kata Mikayla
"Waalaikumussalam. Wah. Meh lah semua jemput masuk. Mama dah siapkan dan masakan untuk semua. Jemputlah masuk." Kata mama ilham
Lalu mereka semua pun masuk ke dalam dan terus duduk di meja yang disediakan.
"Kenapa lambat sampai ni." Kata mama ilham
"Tadi kereta rosak. Tu telefon Ammar minta tolong tukarkan tayar. Nak tukar sendiri tak pandai pula kan." Kata Mikayla
"OUH faham Tak pelah kan dah selamat sampai dah bersyukur sangat dan kan." Kata mama ilham
"Tu lah aunty. Alang alang dah bantu mereka terus lah datang sini. Lama juga tak datang ke rumah aunty sejak arwah dah tiada ni." Kata Ammar
"Hihi kamu lah tak mahu datang. Aunty ni suka ramai ramai datang. Kami ni sekarang tinggal berdua agak sunyilah. Ni pun mujur ada Mikayla menumpang kasih dari dia je lah. Ni siapa ya." Kata mama ilham
"OUH ni abang kandung Mikayla. Dulu tinggal dengan nenek. Nama dia bang Afiq." kata Mikayla
"Selamat sejahtera Aunty." Kata abang Afiq
"Rasa macam tak pernah jumpa kan. Betul kan Mikayla." Kata mama ilham
"Haha tak pernah lagi bawa dia datang ke sini." Kata Mikayla
"Eh ni sampai bila nak borak ni. Semua jemputlah makan jangan malu malu ya. Makan je apa apa yang ada." Kata mama ilham
Lalu mereka semua senyum dan mulakan memgang makanan. Semua pun makan makanan yang di masak oleh mama ilham. Selepas makan tu mereka semua lepak di ruang tamu. Orang lain menonton televisyen. Mikayla berdiri dan masuk ke dalam bilik arwah.
"Ya Allah rindunya dekat awak. Dan beberapa bulan dah awak tinggalkan saya. Sumpah saya rindu sangat dekat awak. Moga awak sentiasa tenang di sana." Kata Mikayla sambil memegang gambar arwah ilham
Ammar yang terdengar apa yang dikatakan oleh Mikayla seorang diri di dalam bilik ilham itu terus berdiri dan bergerak menuju ke Mikayla.
"Sabar lah ye awak semua orang rindukan dia. Memang arwah baik sangat." Kata Ammar
"Entah lah awak kadang bila teringat balik apa kebaikan yang arwah buat memang sangat rindu dekat dia." Kata Mikayla
"Awak kena kuat okey. Jom lah tengok televisyen sama sama macam orang lain lepasni nak solat dan nak balik dah." Kata Ammar
"Hm betul juga kan. Saya nak pergi dekat mama yang sedang berada di dapur lah kejap." Kata Mikayla
"Okey pergilah ikut awak." Kata Ammar
Lalu Mikayla pergi ke dapur mencari mama ilham. Setibanya di dapur Mikayla mama ilham sedang masak untuk mereka bawa pulang makanan itu.
"Wah banyaknya makanan untuk siapa ni." Kata Mikayla
"Untuk awak semua lah. Nanti sebelum bali bawa balik tau bekal ni. Penat mama masakkan untuk kamu semua." Kata mama ilham
"Maa. Mikayla nak tanya mana perginya pembantu peribadi arwah ye." Kata Mikayla
"Ouu dia kerja bawah kawan mama dah sekarang. Mama serahkan dia kepada orang lain. Mama ni jenis kalau boleh memang tak mahu pakai bibik. Semua mama boleh buat sendiri." Kata mama ilham
"Faham mama. Ada apa apa yang Mikayla boleh bantu." Kata Mikayla
"Eh tak perlulah. Mikayla tu kan tetamu. Takkan mama nak suruh kamu tolong Kayla bantu mama pula kan." Kata mama ilham
"Hahaha tak mengapalah Mikayla okey je lah nak tolong. Ma lepas ni kalau tak sibuk meh lah ke rumah Kayla." Kata Mikayla
"InshaAllah Kayla. Nanti kalau tak sibuk mama akan ke rumah Mikayla ya. Ouu ya lupa mama mahu tanya kamu ada apa apa ke dengan Ammar tu. Mama lihat macam orang bercinta sahaja." Kata mama ilham
"Haha ma. Kami baru je masuk dalam fasa perkenalan lagi. InshaAllah kalau ada jodoh. Tapi mama tak mama Kayla juga walaupun Kayla tak sempat kawin dengan ilham pun." Kata Mikayla
"Mama faham. Kamu juga berhak bahagia kan." Kata mama ilham
Selepas itu mereka pun bersembang berdua di dapur. Selepas beberapa minit tibalah masa untuk mereka pulang kerana sudah asar. Habis sahaja solat asar mereka terus berkumpul untuk bersalaman dengan mama dan papa ilham.
"Nanti Mikayla datang lagi ya mama dan papa." Kata Mikayla sambil peluk mama
Alya, Ammar dan abang Afiq pula hanya bersalam sahaja. Selepas itu mereka ambil bekal yang dimasak oleh mama ilham tadi. Mereka pun terus bergerak pulang ke rumah masing masing.
Sampai sahaja di rumah abang Afiq terus naik dan masuk ke bilik. Mikayla pula penat jadi dia duduk di ruang tamu sahaja. Tiba tiba ibu datang dan menghampiri Mikayla.
"Kamu ke mana ibu dengar kamu cakap dekat ayah pergi ke rumah keluarga arwah ya." Kata ibu
"Haha ibu. Sajer nak lawat mereka. Lama juga tak melawat mereka. Ni ibu dah makan ke belum. Kalau belum ni ada makanan yang mama ilham masak tadi." Kata Mikayla
"OUH mama tak kisah pun kamu nak melawat mereka. Mereka tu memang baik betul. Sayang sekali mama tak boleh jadikan arwah ilham tu menantu mama." Kata ibu
"Nak buat macam mana kan ibu dah takdir dia sampai situ sahaja." Kata Mikayla
"Hmm tu lah. Bila lah ibu nak rasa jumpa bakal menantu sebaik dia tu." Kata ibu
"Ramai sahaja sebenarnya tapi ibu yang tak mahu. Contoh seperti Ammar tu. Dia baik apa. Ibu mahu tahu ahli keluarga dia dah terima Mikayla. Apa kata ibu bagi sahaja peluang untuk mereka." Kata Mikayla
"Sebenarnya Mikayla ibu tak kisah kamu mahu berkahwin dengan dia. Tapi kekadang Ibu rasa dia bukan lelaki yang sangat baik. Entah lah itu pada pendapat ibu sahajalah." Kata ibu
"Maksudnya ibu dah bagi restu lah. InshaAllah ibu dia boleh jaga Mikayla sebaik mungkin. Ibu doakan Mikayla ya. Doa ibu ni biasanya dimakbulkan. Mikayla sayang sangat dekat ibu." Kata Mikayla
"Tapi kamu kena janji apa sahaja yang berlaku ibu tidak mahu masuk campur ya. Nanti kalau mereka mahu datang merisik bagitau ibu dahulu lah ye." Kata ibu
"Baik bu Mikayla ingat sahaja apa yang ibu katakan. Yey. Mikayla naik dahulu ya nak ceritakan pada abang Afiq ni " Kata Mikayla
Lalu Mikayla pun lari dan mengetuk pintu bilik abang Afiq. Selepas abang Afiq memberikan kebenaran untuk Mikayla masuk mikayla pun terus masuk ke dalam.
"Ada apa Mikayla masuk ke dalam bilik abang. Kenapa muka nampak gembira betul tu." Kata abang Afiq
"Hehehe. Nak tahu tak ada berita gembira ni." Kata Mikayla
"Apa berita gembira itu cuba bagitau dekat abang. Manalah tahu kalau abang pun boleh tumpang gembira sekali." Kata abang Afiq
"Ibu dah bagi restu Mikayla untuk kawin lagi." Kata Mikayla
"Ohh baguslah. Mikayla nak kawin dengan siapa pulak." Kata abang Afiq
"Ish abang ni. Dengan Ammar lah. Berapa lama sudah dia tunggu untuk dapatkan Mikayla. Esok Mikayla nak jumpa dengan dia waktu rehat. Abang teman Mikayla ye esok." Kata Mikayla
"Ouh. Ha? Adik dah betul betul sedia untuk kawin. Adik kena ingat kawin ni bukan perkara yang boleh dibuat main tau." Kata abang Afiq
"Ye Mikayla ingat dan tahu pesan abang tu. InshaAllah mikayla akan cuba jaga diri Mikayla." Kata Mikayla
"Okey. Abang ni kan Kayla sentiasa support apa sahaja yang mahu Kayla buat. Tapi abang hanya mahu Kayla jaga diri. Kalau Kayla sedih abang pun sedih lihat Mikayla. Tapi kalau Kayla gembira abang pun orang yang paling gembira melihat Kayla tahu." Kata abang Afiq
"Terima kasih abang sayang sangat dekat abang. I love you." Kata Mikayla sebelum cium pipi abangnya.
Selepas itu Mikayla pun terus keluar dari bilik itu. Abang Afiq terkedu dengan ciuman pertama dari adik kandungnya. Dia terus memegang pipi sambil mengeluarkan air mata. Sepanjang hidupnya tak pernah dicium oleh sesiapa. Ni lah baru pertama kali dicium.
Mikayla pula masuk ke dalam bilik dan terus mesej rakan rakannya dan Ammar untuk berjumpa di tepi tasik pada esok hari untuk jumpa jumpa. Alya dan Suzy juga pelik kenapa Mikayla tiba tiba sahaja ajak mahu jumpa di tasik katanya da berita tergempar.
Selepas itu Mikayla pun masuk ke dalam bilik air mandi dan mengambil wudhuk. selepas itu dia terus solat maghrib. Habis solat maghrib dia membuka buku cerita nya tentang cinta.
Dia pun baca sambil berangan sambil menunggu azan isya'. Dia juga terbayang bayangkan dia adalah watak di dalam novel itu. Dia juga mahu menjadi salah seorang walau dalam cerita itu. Selepas selesai membaca dia solat isya' dan terus tidurDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (309)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
03/07/2022
0it is really real
1d
0extraordinário
12d
0View All