Homepage/Jodoh dari langit/
Jodoh dari langit
mirah
Bab satu
Qaisara adalah seorang perempuan yang sangat cantik. Dia bekerja di syarikat papanya sahaja. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dia kekal dengan seorang lelaki iaitu Khairul
Mereka bercinta tanpa diketahui oleh kedua belah pihak ibu bapa. Qaisara tahu kalau ahli keluarganya tahu yang dia bercinta dengan orang sederhana sudah pasti tidak direstui.
Suatu pagi,
Qaisara dan ahli keluarga makan pagi bersama sama di meja makan.
"Qaisara. Hari ini datang awal sikit ya. Kita ada mesyuarat." Kata papa
"Macam mana pula dengan kak Tasya. Dia tak mengapa pula datang lewat." Kata Qaisara
"Ala biarlah kakak kamu tu dia nak makan pagi dengan Said tu." Kata mama
"Kenapa lah asyik back up kak Tasya je. Takkan lah Qaisara tak boleh pula keluar dengan kawan sendiri." Kata Qaisara
"Bukan tak boleh tapi hujung minggu sahaja. Papa akan pesan dekat driver." Kata papa
"Ish dari kecil sampai ke besar kena kongkong. Tak best tahu tak. Nak juga jadi macam kawan lain hidup tak kena kongkong." Kata Qaisara
"Qaisara jangan lawan cakap papa. Dah makan cepat." Kata mama
Qaisara makan sambil menjeling mata kepada papanya. Selepas habis makan Qaisara pun naik ke dalam kereta dan dihantar oleh drivernya untuk ke tempat kerja.
Sampai sahaja di tempat kerja Qaisara terus masuk ke dalam bilik kerjanya di pejabat. Dia pun masuk dan melakukan kerjanya dahulu.
Tiba tiba telefon nya berdering seolah olah ada orang menelefon nya. Jadi tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan itu. Rupanya kekasih hatinya iaitu Khairul yang menelefon dirinya.
(Perbualan Khairul dan Qaisara)
"Hi sayang dah masuk pejabat ke? I rindu gila dekat you." Kata Khairul
"Ish you ni. I tengah get ready lepasni kena masuk bilik meeting pulak." Kata Qaisara
"Elele kerja sahaja. Bila nak jumpa dengan i pula. I nak sangat ni jumpa dengan you." Kata Khairul
"You ni sabarlah. You tahu kan kalau mama dan papa I tahu kita ni ada hubungan pasti dia tak bagi I keluar langsung walaupun hujung minggu." Kata Qaisara
"Hmmm ye lah. You I nak pergi tempat lain ni bye love you." Kata Khairul
"Ye I pun sama. Bye." Kata Qaisara
Mereka pun menamatkan panggilan itu. Tiba tiba pekerja nya datang dan memanggil Qaisara untuk menjemputnya pergi ke ruangan meeting. Qaisara angguk kepala dan bergerak ke bilik meeting.
Sementara itu Khairul pula sedang bergembira melayan perempuan di club. Khairul perangainya tidak pernah berubah dari dulu lagi kaki clubbing.
"Sayang. Awak boleh tak jangan merajuk tak comellah awak merajuk." Kata Haris
"Ala. Awak selalu macam tu. Sikit sikit minta maaf. Nasib lah hensem." Kata Nini
"Kan comel tu. Jangan merajuk okey sayang." Kata Haris
Lalu mereka berdua pun pergi makan bersama sama. Nini dah bercinta bersama haris hampir setahun. Bagi Haris nini adalah perempuan yang paling baik di matanya.
Suatu hari, mama dan papa Qaisara dan mama papa Haris telah berjanji untuk berjumpa di sebuah restoran.
"Eh hi datin dato' lama betul tak jumpa kan." Kata datin Kayla
"Haah tu lah lama betul tak jumpa. Nampak cantik dah datin sekarang." kata datin suria
"Korang bisnes bagaimana?" Tanya Dato' Lutfi
"Okey bagus. Korang macam mana pula?" Kata Dato' selamat
Mereka pun berbual kerana sudah lama tidak berjumpa.
"Kalau free datang lah rumah kami hujung minggu ni. Birthday Faiz." Kata Dato' selamat
"Wah Faiz yang si abang tu ke? Tak sangka dah besar kan. Lama betul tak jumpa anak datin dan Dato'. Rindu pun ada juga." Kata datin Kayla
"Tu lah rindu juga dekat si Qaisara dan Natasya tu. Macam mana dia sekarang?" Kata Dato' selamat
"Alhamdulillah sihat je mereka tu. Tak mengapa nanti hujung minggu dapat lah jumpa kan. Hihi InshaAllah kalau tiada aral melintang kami datang." Kata Dato' Lutfi
Tidak lama kemudian Qaisara pun pulang ke rumah. Dia terlihat ke arah peti surat seperti masuk satu surat. Jadi tanpa membuang masa dia pun mengambil dan membawa masuk surat itu.
"Surat apa eh ni?" Kata nya seorang diri sambil duduk di ruang tamu
Arghhhh!!! Jeritan Qaisara kedengaran satu rumah. Bibik yang sedang masak juga lari ke arah Qaisara.
"Kenapa ni Qaisara?" Kata bibik
"Weh hammm. Bibik pergilah masuk kerja balik. Maaf ye terjerit. Tiada apa pun." Kata Qaisara
"Ish kamu ni kan Qaisara terkejut bibik tau." Kata bibik
Qaisara pun tertawa kecil. Bibik pun pulang semula ke dapur.
"Aku dapat sambung belajar di Paris. Macam mana eh nak bagitau papa dan mama ke tak eh? Tapi kan macam mana dengan khairul macam ni." Kata nya seorang diri
Qaisara baru teringat dia mempunyai akak angkat di Paris yang bernama Mira jadi tanpa membuang masa dia terus menelefon kak Mira yang berada di Paris.
(Perbualan Qaisara dan kakak angkatnya)
"Hi Akak Mira sibuk ke tu? Lama tak hubungi Akak." Kata Qaisara
"Ada ni dekat rumah. Ada apa tu Qaisara telefon Akak. Rindu akak ya." Kata Akak Mira
"Rindu lah juga sikit. Akak tak rindu kat Qaisara ke?" Kata Qaisara
"Mesti lah rindu." Kata Akak Mira
"Ni ha Qaisara nak tanya macam mana menarik ke belajar dekat sana?" Kata Qaisara
"Nak kata seronok sangat tu tak lah. Tapi menarik tengok pemandangan apa semua. Kenapa tanya?" Kata kak Mira
"Qaisara dapat belajar dekat sana. Tapi Qaisara rasa tak mahu menginap di tempat disediakan nak tidur rumah Akak atau hotel mana mana lah." Kata Qaisara
"Wah tahniah Qaisara. Meh lah tinggal dengan akak. Lagipun akak tinggal sorang diri sahaja. Kawan akak dah habis belajar dia pun dah pulang semula ke tanah airnya." Kata kak Mira
"Betul ke ni. Okey nanti Qaisara mahu bagitau mama dan papa okey. Bye kak. Assalamualaikum." Kata Qaisara
Lalu tamatlah panggilan mereka berdua. Tidak lama kemudian papa pun pulang bersama kakaknya.
Pada malam itu Qaisara mengajak semua ahli keluarganya untuk ke ruang tamu. Katanya ada "Kejutan". Jadi keluarganya pun menunggu sahaja di ruang tamu.
"Apa kejutan sangat tu Qaisara?" Tanya mama
"Hihi ni Qaisara nak tunjuk lah ni. Tadaaaa...." Kata Qaisara sambil menunjuk surat tawaran nya
"Ya Allah anak papa dapat belajar di Paris. Bijak juga anak papa ni." Kata papa
"Ihik. Jadi papa dan mama bagi ke?" Kata Qaisara
"Bagi mama lah kan boleh sahaja lagipun kamu pergi ke sana atas tujuan belajar. Macam mana pa?" Kata mama
"Mestilah boleh. Jadi bila bergerak ke sana?" Kata papa
"Mungkin minggu depan lah kot. Tapi kan tak mengapa Qaisara boleh uruskan semua sendiri. Ouh ya lagi satu Qaisara nak cakap Qaisara tak mahu tidur di asrama Qaisara nak tidur rumah kawan Qaisara." Kata Qaisara
"Ha kawan? Kawan kamu tu perempuan atau lelaki?" Kata papa
"Perempuan lah pa. Takkan lah Qaisara nak tidur dengan kawan lelaki kan. Kan papa kata tak baik." Kata Qaisara
"Baguslah kalau begitu. Kak Natasya nanti masa adik tiada kamu lah uruskan kerja dia." Kata papa
"Eh! Kenapa Natasya pula kena uruskan. Ish tak suka lah." Kata Natasya
"Habis tu papa nak harapkan siapa? Bibik? Kamu berdua sahaja pewaris papa bila papa dah tiada nanti." Kata papa
Qaisara pandang Natasya sambil menjeling lidah. Bagi Qaisara "Asyik aku sahaja kena marah dengan papa. Kali ini kak Natasya pula." Dia berasa sangat puas hati.
Selepas itu mereka sekeluarga lepak bersama sama. Hari berganti hari tibalah hari hujung minggu.
Park! Park! Bunyi ketukan pintu
"Ye ada apa bibik masuk bilik saya?" Kata Qaisara
"Dato' suruh cik Qaisara bersiap dengan pakaian cantik cantik untuk pergi ke majlis hari jadi kawan Dato'" Kata bibik
"Okey. Bibik boleh keluar. Jangan lupa tutup pintu ya." Kata Qaisara
Bibik angguk dan terus keluar dari bilik itu. Pada awalnya Qaisara berasa seperti malas sahaja untuk bersiap tetapi dia tetap bersiap kerana takut dimarahi oleh papanya.
Tidak lama kemudian dia pun turun ke bawah dan terus masuk ke dalam kereta papanya. Mereka mengambil masa beberapa minit untuk tiba di rumah majlis hari jadi itu.
Sampai sahaja di rumah itu Qaisara bertanya kepada kakaknya "Kita dekat mana ni kak? Rumah siapa ni? Kita pernah datang sini ke?"
Tapi Kakaknya hanya mengangkat bahu sahaja. Mereka pun masuk ke dalam kerana dijemput. Mereka lihat banyak yang berpangkat di dalam rumah itu. Qaisara dan kak Natasya hanya makan seperti disuruh.
Ketika Qaisara mahu cuci tangan dia penat beratur tiba tiba ada seorang lelaki ini memotong barisannya. Qaisara sangat bengang jadi selepas basuh tangan Qaisara mengejar lelaki itu.
"Woi. Apahal kau potong barisan aku ha? Penat penat aku berbaris suka suka je potong barisan.' Kata Qaisara
"Eh pendek. Ni rumah aku sukahati aku lah. Aku nak potong kau ke siapa ke. Tu masalah aku." Kata Haris
"Eh kisah pula aku ni rumah kau ke bapak kau ke. Yang penting jangan potong barisan. Ish sabar je lah." Kata Qaisara
"Dah habis ke? Aku bla dulu." Kata Haris
Selepas itu Haris terus pergi meninggalkan Qaisara di situ. Qaisara terus berbisik di dalam hati sambil membuat muka bengang "Ish mamat ni. Kalau tak ramai orang memang aku terajang dah. Sabar Qaisara nanti kena marah."
Lalu Qaisara tetap tersenyum dan pergi ke papa dan mamanya. Dia lihat papa dan mamanya sedang berbual.
"Wah sedap betul makan dekat sini." Kata mama
"Haha mana ada biasa je ni. Tambah lah lagi." Kata datin suria
"Hi ma dan papa." Sergah Qaisara dari belakang
"OUH datin Dato' ni perkenalkan Qaisara. Natasya mana entah merayap nya." Kata papa
"Ouh ni ke Qaisara. Wah dah besar dah." Kata Dato' Selamat
"Dah besar pun perangai Sama je macam budak. Ouh ya Qaisara dapat sambung belajar di Paris baru ni." Kata papa
"Lah ye ke. Si Haris tu pun dapat juga belajar di Paris. Jap eh saya panggil dia. Haris oh haris meh sini kejap." Kata Dato' selamat
Haris pun datang ke arah mereka. Qaisara terkejut bagi dirinya "Ni bukankah lelaki yang gaduh dengan dia tadi."
"Ni lah Haris." Kata Dato' selamat
"Uish hensem naw sekarang." Kata papa
Haris pun salam tangan papa Qaisara.
"Si budak Haris ni pun dapat belajar di Paris juga." Kata mama Haris
"Lah ye ke? Boleh lah belajar sama sama dengan Qaisara. Haris nanti dah gerak jangan lupa tolong tengokkan Qaisara ni ya. Macam zaman budak budak dulu." Kata papa Qaisara
"InshaAllah uncle." Kata Haris
Tapi dalam hati Haris ketika itu "Adumak. Siapa pula ni aku kena jaga. Perempuan pendek ni. Ishhh. Aku rasa tiada siapa pun mahu tengok tengokkan dia."
Lalu mereka pun berbual sama sama.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (158)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
3ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️
6d
0View All