Bab sepuluh

Eh! Macam mana papa tahu? " Tanya qaisara
"Orang upahan papa ada cakap. Kamu degil ya." Kata papa
"Tapi kan papa qaisara dah tinggal kan dia jugak masa dekat paris hari itu. Sebab dia curang belakang qaisara. Qaisara minta maaf papa sebab rahsiakan semua nya pada papa " Kata Qaisara
"Sebab tu papa tak bagi kamu rapat dengan dia dari dahulu. Papa memang tahu perangai dia macam mana. Tapi tak mengapa papa faham." kata papa
"Qaisara. Bagi mama kebiasannya orang tua ni dapat tahu seseorang itu samada terbaik untuk anaknya atau tidak. Kamu jangan terlalu ikut sangat perasaan. Jika tuhan telah jadikan dia sebagai jodoh mu walau bagaimanapun dia tetap akan bersama kamu." Kata mama
"Betul kata mama dan papa tu adik. Akak pun pada awalnya juga tak suka pilihan mama dan papa tu tapi sekarang akak dah nak bertunang dengan dia. Mama dan papa cakap habis sahaja adik belajar kami akan bertunang." Kata kak Natasya
"Faham. Terima kasih semua. Qaisara faham apa yang semua maksudkan. Qaisara akan fokus pada pelajaran dan kerjaya dahulu. Qaisara terima siapa sahaja yang mama dan papa mahu jodohkan." Kata Qaisara
Selepas itu keesokan harinya, selepas sahaja habis kelas mereka pun pulang ke rumah masing masing. Bila sampai sahaja di rumah Haris. Haris lihat keluarga nya tiada.
Rupanya keluarga nya bergerak ke rumah Qaisara tanpa pengetahuan dia. Selepas sahaja dia tahu dia terus bergerak ke rumah Qaisara.
"Macam ni. Rasanya elok nya dah bagitau dah rancangan kita untuk jodohkan mereka berdua." Kata papa Haris
Qaisara terdengar perbualan itu dia hanya dengar di pintu sahaja. Tiba tiba Haris tiba. Dia lihat qaisara tengah berdiri di hadapan pintu.
Dia pelik tetapi dia pun berdiri di hadapan hadis juga untuk dengar perbualan itu.
"Betul juga tu. Takut lama lama dua dua dikebas orang lebih baik kita kahwin kan je lah mereka. Masa raya haji nanti. Saya rasa mereka dah boleh berhenti sahaja dari ini itu." Kata papa Qaisara
"Kan sebabnya semua ini rancangan kita sahaja. Nasib lah Allah permudahkan sahaja urusan ini." Kata mama haris
Haris terkejut mendengar semua itu jadi dia terus membuka pintu rumah Qaisara itu. Qaisara juga terkejut.
APA MAMA, PAPA, AUNTY DAN UNCLE DAH RANCANG PERKAHWINAN KAMI!" jerit Haris
"Eh Haris dan Qaisara!" Kata kak Natasya
"Jadi semua ini rancangan sahaja?" Kata haris
"Ye Haris. Mama, papa, dan mama papa qaisara dah rancang lama perkara ini. Abang Faiz dan kak Mira juga tahu tentang perkara ini." Kata mama Haris
"Tapi kenapa? Haris tak pernah pun ada perasaan terhadap Qaisara ini mama dan papa." Kata Haris
"Tapi kamu sudah lama kenal takkan kamu tiada sedikit pun perasaan pada Qaisara." Kata mama qaisara
"Haris dan anggap dia macam kawan baik sahaja mama papa. Tidak pernah lebih dari itu. Haris dah ada kekasih mama, papa. Qaisara pun tahu tentang perkara itu." Kata Haris
"APA KAMU DAH ADA KEKASIH TAPI KAMU SEDIKIT PUN TIDAK BERITAHU TENTANG PERKARA ITU KEPADA KAMI!" Jerit papa sambil berdiri tepi telinga Haris
"Sebab Haris rasa belum masa yang sesuai lagi untuk Haris jelaskan tentang perkara ini. Masa Haris kenal dengan Qaisara awal awal juga Qaisara sudah ada buah hati." Kata Haris
"Mama tak sangka kan Haris kamu membelakangi mama dan papa. Tak boleh ke kamu bagitau kepada kami. Ni tak. Sikit pun kamu tak bagitau. Mama betul betul tak sangka. Awak jom lah balik Malaysia." Kata mama Haris
"Betul tu. Papa juga tak sangka kamu boleh membelakangi kami. Kamu sanggup bercinta tanpa beritahu kami sikit pun. Datin Kayla. Datuk Lutfi kami betul betul minta maaf. kami mintak diri dahulu." Kata papa Haris
Mereka berdua pun bergerak keluar dari rumah qaisara.
"Biarlah Haris yang hantar mama dan papa ke rumah Haris untuk ambil baju." Kata Haris
"Tak perlu papa boleh buat sendiri sahaja." Kata papa
Tidak lama kemudian grab datang selepas mama hubungi. Dalam perjalanan ke rumah haris itu Haris hanya mengikuti sahaja dari belakang.
Tiba sahaja di rumah Haris itu mama dan papanya terus mengemas pakaian mereka.
"Mama, papa kita bincang lah dahulu. Takkan lah sebab Haris rahsiakan itu sahaja mama dan papa nak merajuk. Maafkan haris mama dan papa." Kata Haris
Haris berusaha memujuk mama dan papanya tetapi tidak dilayan. Mama dan papa keluar dan terus naik grab tadi dan terus bergerak ke lapangan terbang dan membeli tiket.
Haris pun termenung sendiri. Dia tidak tahu cara untuk memujuk orang tuanya. Kebiasaannya dia akan meminta pertolongan Qaisara tetapi ahli keluarga Qaisara ada di rumah jadi lebih susah untuk dia meminta pertolongan.
Qaisara sedang lepak di dalam bilik dia juga termenung tidak tahu mahu membuat apa. Baru pertama kali dia lihat mama dan papa Haris Semarah itu.
Nasib lah papanya tidak Semarah itu kepada dirinya. Dia keluar dari biliknya melihat papanya sedang minum air sambil menonton televisyen jadi dia keluar dan duduk di kerusi sambil menarik nafas.
"Papa. Qaisara nak cakap sikit boleh!" Kata Qaisara
"Cakap je lah sayang" Kata papa
"Qaisara nak minta maaf pasal Qaisara dan Khairul. Tapi kan macam mana papa tahu yang Khairul tu bukan orang baik?" Kata Qaisara
"Orang tua biasanya akan mau yang terbaik untuk anaknya. Dari pertama kali Qaisara dan dia berjumpa masa dekat depan sekolah tu papa dah tahu dia bukan orang baik. Mak bapak dia dah bercerai kan." Kata papa
"Faham. Qaisara faham apa yang dimaksudkan papa. Qaisara salah. Qaisara janji Qaisara akan terima siapa sahaja yang papa dan Ammar calonkan." Kata Qaisara
"Kalau ikutkan hati papa memang papa nak jodohkan kamu dengan haris tapi tak sangka pula Haris dah ada kekasih hati kan." Kata papa
"Nak buat macam mana kan papa." Kata Qaisara 
"Kamu dah ada perasaan dekat Haris?" Kata papa
"Mungkin. Qaisara pun tak tahulah perasaan Qaisara ni papa." Kata Qaisara
Tiba tiba Haris menghubungi Qaisara. Qaisara tersenyum dan menjawab panggilan Haris itu di tempat jauh dari papanya.
"Qaisara saya minta maaf dengan apa yang berlaku di rumah awak tadi." Kata Haris
"Tak mengapa saya faham. Saya tak kisah pun." Kata Qaisara
"Macam mana ni saya nak pujuk orang tua saya. Saya tak sanggup lah bermusuhan dengan orang tu saya." Kata Haris
"Buat lah apa yang dia suruh." Kata Qaisara
"Maksudnya kawin dengan awak." Kata Haris
"entah! Hihi." Kata Qaisara sebelum menamatkan panggilan.
Haris pun pelik tiba tiba sahaja Qaisara meletakkan panggilan. Haris terus berfikir patutkah dia kawin sahaja dengan Qaisara seperti arahan papanya itu. Tapi lebih baik dia habiskan sahaja pelajaran nya itu.
Selepas beberapa bulan tinggalan dua bulan sahaja Qaisara dan Haris akan belajar di situ sebelum graduasi. Mereka belajar sungguh sungguh untuk menamatkan pelajaran mereka di situ.
Haris dan qaisara juga berkawan seperti biasa. Haris dan ahli keluarganya tidak hubungi lagi selepas kejadian itu. Setiap kali Haris cuba menelefon mama dan papanya dua dia tidak menjawab panggilan.
Haris hanya menanya khabar keluarga dari abang Faiz sahaja. Beberapa bulan kemudian tibalah hari graduasi. Semua pelajar mengambil swafato. Selepas selesai mereka sambut di sebuah hotel yang agak femes di Paris.
Mereka membuat dinner. Selepas selesai masing masing pulang. Haris dan qaisraa pun menempah tiket pada malam itu.
Sedang Qaisara bermain telefon dia terdetik hati untuk menghubungi kak Mira untuk menanyakan tentang rumah dan kereta tu.
"Hello akak mira." Kata Qaisara
"Hello ya Allah lamanya tak berbual dengan adik akak sorang ni." Kata kak Mira
"Heheh. Kak Mira apa khabar. Macam mana hubungan akan dengan abang Faiz." Kata Qaisara
"Okey kami kan dah bertunang pun." Kata kak Mira
"Lah ye ke. Kenapa qaisara tak tahu langsung tentang perkara ini." Kata Qaisara
"Ohh Haris tak bagitau ke? Ataupun mereka masing bergaduh lagi. Akak kesian sebenarnya dekat papa Haris itu. Cuma dia orang tua kan ego sikit. Akak harap bila Haris balik dia dapat pujuk papanya." Kata kak Mira
"Tu lah qaisara pun harap perkara sama. Haris dah tak gembira selalu macam dahulu dah. Dia kuat termenung sekarang. Sampai graduasi pun dia sorang tak nampak ceria." Kata qaisara
"Ni qaisaraa balik sini bila?" Kata kak Mira
"Insyaallah esok kak. Qaisara balik dengan Haris. Akan kereta dan rumah ni macam mana. Kunci semua." Kata Qaisara
"OUH nanti akan bagitau kawan akak tolong jaga rumah dan kunci Qaisara sebelum pergi bagi kunci dekat dia dahulu okey. Qaisara naik kereta dia takpe ajak Haris sekali. Akak dah bagitau dia nanti Qaisara dan Haris tumpang." Kata kak Mira
"Baik kak. Terima kasih atas semua jasa baik akak. Qaisara akan ingat sampai bila bila." Kata Qaisara
"Ala tak mengapalah. Qaisara ni akak dah anggap macam adik akak. Jangan risau okey. Nanti sampai Malaysia roger lah akak tahu." Kata kak Mira
"InshaAllah akak selamat malam. Love you. See you." Kata Qaisara
Keesokan harinya, sementara menunggu qaisara sudah bagitau Haris tunggu sahaja di rumah dan bersiap nanti dia datang dengan kawan kak Mira. Selepas kawan kak Mira sampai dia naik dan bawa begnya itu.
Selepas itu barulah dia bergerak ke rumah Haris untuk mengambil Haris. Selepas itu mereka pun naik kapal terbang dan bergerak ke Malaysia.
Lebih kurang beberapa jam mereka tiba di lapangan terbang. Sampai sahaja di lapangan terbang sementara tunggu mama dan papa Qaisara mereka berborak dahulu.
"Awak balik dengan siapa?" Tanya Qaisara
"Saya pun tak tahu. Saya balik naik teksi kot." Kata Haris

Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters