Homepage/Jodoh dari langit/
bab sebelas
Tiba tiba Haris lihat abang Faiz dan mengambil nya dengan ditemani kak Mira. Manakala kak Natasya datang mengambil qaisara.
"Hanya abang Faiz sahaja yang datang? Mama dan papa mana?" Tanya Haris
"Mereka keluar tadi jumpa dengan mama dan papa Qaisara. Betul kan Natasya." Kata abang Faiz
"Haah betul kata Faiz tu." Kata kak Natasya
"Macam mana kamu berdua belajar di sana?" Kata kak Mira
"Okey sahaja akak. Ye agak sedih untuk tinggalkan kawan kawan dari pelbagai negara yang turut belajar di sana." Kata Qaisara
"Qaisara jom lah balik. Akak nak singgah cari barang kawin ni. Salam dengan kak Mira tu." Kata kak Natasya
"Baik. Qaisara minta diri dulu ya kak Mira, abang Faiz dan Haris." Kata qaisara sambil salam tangan kak Mira
Selepas itu masing masing pun masuk ke dalam kereta.
"Abang. Mama dan papa memang dah merajuk dengan Haris terus." Kata Haris
"Apa Haris ni berkata begitu. Mana ada lah. Tiada ibu bapa tidak sayang anak. Cuma mama dan papa terasa sebab kamu tidak bagitau tentang kekasih kamu tu. Macam abang cakap apa pun jangan membelakangi mama dan papa." Kata abang Faiz
"Faham. Haris tahu Haris salah. Haris takut nak bagitau mama dan papa." Kata Haris
"Haris. Kalau Haris nak rapat semula dengan mama dan papa. Haris kenalah minta maaf. Ego orang tua ni tinggi tau. Haris kena tunjuk effort untuk minta maaf dengan mama papa." Kata kak Mira
"Baik akak nanti Haris cuba." Kata Haris
Qaisara sedap mengikut kakaknya dan bakal abang ipar nya pergi mencari barang perkahwinan. Selepas penat membeli belah mereka pun pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah Haris dan qaisara mengemas baju masing masing. Selepas selesai Qaisara melihat semua gambar mereka di Paris.
Tiba tiba akaknya mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik.
"Adik. Takkan baru sampai dah rindu dekat Paris kot." Kata kak Natasya
"Eh akak. Mana ada lah." Kata Qaisara
"Habis tu rindu Haris ke? Heheh" Kata kak Natasya
"Rindu atau tidak dia ada kekasih hati. Susah nak dapatkan dia akak." Kata Qaisara
"Ala baru kekasih belum kahwin lagi. Lagipun mama dan papa dia bukan memang nak kahwinkan kamu berdua ke." Kata kak Natasya
"Biarlah mereka akak. Qaisara tak mahu menjadi penganggu hidup orang lain akak." Kata qaisara
Kak Natasya pun berpelukan bersama qaisara. Sementara itu di rumah Haris hari bergerak ke ruang tamu dan melihat mama dan papanya yang berada di situ.
"Papa, mama. Haris nak tanya. Papa dan mama marahkan Haris lagi ke?" Kata Haris
Mereka berdua palau Haris dan terus menonton televisyen.
"Mama, papa. Haris minta maaf. Haris janji Haris sanggup lakukan apa sahaja janji mama dan papa maafkan Haris." Kata haris
"Apa sahaja?" Kata mama
"Betul mama. Apa sahaja. InshaAllah Haris akan cuba." Kata Haris
"Okey papa nak kamu kawin dengan qaisara. Itu sahaja permintaan papa. Jika kamu setuju mama dan papa maafkan kami tapi kalau tidak sebaliknya." Kata papa
"Apa? Kawin?" Jerit haris
"Kenapa kamu tak setuju. Kalau tak setuju tak mengapa. Mama dan papa pun malas nak ambik berat pasal kamu dah." Kata papa
"Tapi perkara itu amat susah lah mama dan papa. Kawin tu bukan benda main main papa. Tanggungjawab Haris besar." Kata Haris
"Yup. Tapi kalau kamu tak mahu tak mengapa kami pun malas juga mahu memaksa kamu." Kata mama
"Baiklah Haris setuju untuk berkahwin dengan Qaisara." Kata Haris
"Bagus. Nanti minggu depan kita datang ke rumah mereka bawa rombongan meminang. Kamu tolong kosongkan jadual kerja kamu." Kata papa
"Baik. Haris minta diri masuk ke bilik dahulu ye papa." Kata Haris
Sementara itu di rumah qaisara,
"Assalamualaikum boleh mama masuk." kata mama sambil mengetuk pintu
"Masuklah mama. Bilik Qaisara tak kunci pun." Kata Qaisara
Mama pun masuk ke bilik qaisara melihat Qaisara sedang mengemas bilik. Qaisara pun duduk di sebelah mama.
"Ada apa mama masuk ke dalam bilik Qaisara ni." Kata Qaisara sambil menenung ke mata mamanya
"Ni mama nak tanya. Sepanjang dekat Paris ada tak perasaan dekat Haris?" Tanya mama
"Apa mama ni. Hahaha. Tiba tiba sahaja. Biasa je Haris tu kan kawan baik qaisara." Kata qaisara
"Ni mama hanya mahu bagitau. Tadi uncle mesej papa cakap minggu depan dia nak hantar rombongan meminang. Sempat lah sebelum akal Natasya kawin." Kata mama
"Apa? Kawin? Rombongan? Nak kawin kan dengan Qaisara ke?" Kata Qaisara
"Ye lah dengan kamu lah takkan dengan anak jiran sebelah pula. Mama dan papa harap kamu terima permintaan mama ni." Kata mama
"Tapi tak mengapalah. Baiklah mama. Qaisara setuju sahaja apa sahaja kemahuan mama dan papa." Kata Qaisara
"Bagus. Nanti esok kita keluar cari baju sopan sikit." Kata mama
Qaisara pun mengangguk kepalanya.
Mama pun tersenyum dan keluar dari bilik itu. Selepas sahaja mama keluar Qaisara terus termenung.
"Bukan dia ada kekasih hati ke? Dapat ke dia terima kekurangan aku. Dapat ke dia sayangi aku macam mana dia sayangkan kekasih dia." Katanya seorang diri
Keesokan harinya, Haris keluar pergi berjumpa dengan Nini
"Apa??? Sayang awak nak kawin dengan orang lain." Jerit Nini
"I terpaksa lah you. Mama dan papa I suruh I tiada pilihan. Macam mana pun I kena kawin dengan dia." Kata Haris
"Jap ni Qaisara yang kawan rapat dengan you dekat Paris tu ke? I dah agak dah dia ada niat lain dekat you." Kata Nini
"Bukanlah sayang. Masa dia ke Paris tu dia dah ada kekasih dah pun. Tapi tak lama kekasih dia curang." Kata Haris
"Nampak sangat dia bukan perempuan yang baik tu sebab tu kekasih dia curang belakang. Ala sayang awak tak boleh buat apa apa ke?" Kata nini
"Tak boleh. I mintak maaf ye sayang." Kata Haris
"Habis itu macam mana pula dengan I. I kekal dengan you dah lama tau lebih dari perempuan itu." Kata Nini
"Apa pun berlaku i takkan tinggalkan you juga lah sayang. You tahu kan I tak boleh hidup tanpa you." Kata Haris
"Ye ye lah tu. Lepas kawin terus ada perasaan dengan dia. Lepastu jatuh cinta." Kata Nini
"You doakan je lah ye baik baik untuk I." Kata Haris
Selepas itu mereka sambung mengahabis minuman dan makan di atas meja.
Seminggu kemudian tibalah hari di mana keluarga Haris datang dan menghantar rombongan masuk minang qaisara.
Qaisara senyum sahaja di hadapan semua orang. Begitu juga dengan Haris. Sebelum pulang mama dan papa Haris berbual terlebih dahulu dengan mama dan papa Qaisara.
"Dato' minggu depan jemput datang ye. Kakak Qaisara si Natasya tu nak kawin. Harap Dato' sekeluarga dapatlah hadir ke majlis itu." Kata mama Qaisara
"InshaAllah kami akan cuba datang. Tapi apa yang kita bincang tadi tetap akan berjalan lancar. Bukan depan cari barang kawin semua. Bulan satu lagi dah boleh kawin. Benda baik ni elok dipercepatkan." Kata papa Haris
"Betul juga. Benda baik kan buat apa nak mengelangah kan." Kata mama Haris
"Yup kami sokong dengan datin dan Dato'." Kata mama qaisara
Haris dan qaisara hanya melihat sahaja mama dan papa masing masing berbual. Selepas itu keluarga Haris pun pulang ke rumah.
Malam itu Qaisara solat istikharah. Dia pun tertanya kepada dirinya sendiri "Benarkan apa yang aku bakal lakukan ini."
Seminggu kemudian, tibalah hari perkahwinan kak Natasya. Majlis mereka sungguh meriah sekali. Qaisara diminta menjadi pengapit.
Ketika sesi makan qaisara pun turut makan sama. Sedang dia mengambil pencuci mulut tiba tiba tudungnya ditarik.
Rupanya ditarik oleh Haris.
"Awak dah sedia ke nak jadi isteri saya?" Bisik Haris
Qaisara senyum dan terus beredar dari situ. Haris senyum sahaja walaupun bisikan nya tidak dibalas.
Selepas habis sesi perkahwinan kak Natasya itu masing masing pun pulang
Malam itu pertama kalinya Qaisara makan bersama abang iparnya. Abang iparnya kelihatan sangat baik.
Mereka duduk di meja makan dan makan bersama,
"Wah! Akak Natasya dan abang Said kelihatan bahagia betul dah kawin ni." Kata Qaisara
"Alolo adik ni. Lepasni adik pula nak kawin dah." Kata kak Natasya
"Betul. Qaisara tunggu dua bulan je. Nanti dia pula jadi isteri orang." Kata abang Said
"Hmmm. Beratkan kawin dengan orang yang saling mencintai." Kata qaisara
"Siapa cakap. Kami kenal pun sebab mama dan papa. Kalau tak sebab mama dan papa memang kami pun takkan kenal." Kata kak Natasya
"Sebab papa tahu Said ni budak baik. Sebab tu papa jodohkan dia dengan Natasya." Kata papa
"Terima kasih papa sudi terima saya jadi salah seorang ahli keluarga papa. OUH ya. Papa mama. Said nak bagitau mulai lusa Said nak bawa Natasya ke rumah kami. Sebab kami nak belajar hidup berdikari juga." Kata Said
"Tentulah boleh Said. Sekarang Natasya dah jadi isteri kamu jadi pastilah kena ikut sahaja dia boleh ikut kamu ke mana sahaja yang kamu mahu bawanya." Kata mama
"Awak dengar tu. Awak kena tinggal dengan saya dah lepas ni." Kata Said
"Ye saya dengarlah awak. Kejap lagi saya kemas pakaian saya " Kata Natasya
Lalu mereka pun meneruskan makan. Selepas habis makan Qaisara masuk ke biliknya dan melihat sebuah mesej dari Haris jadi dia buka dan tengok.
"Qaisara. Lusa mama dan papa saya suruh cari pelamin dan barang hantaran sikit dahulu." Kata Haris
"InshaAllah baik awak. Nanti hantar lokasi saya bergerak ke sana." Kata Qaisara
"Tak payah saya datang rumah awak lusa pagi. Nanti mama dan papa awak cakap apa pula kalau saya biarkan awak. Tunggu je. Saya bagitau sebab nak suruh awak kosongkan jadual sahaja." Kata Haris
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (158)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
3ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️
5d
0View All