logo text

bab empat belas

"Eh tak mengapa ke? Haris tu tak marah ke awak ajak saya keluar?" Kata khairul
Khairul angguk dan teman Qaisara pergi membeli belah di pasar raya sambil bergelak ketawa. Khairul sudah lama tidak merasa keluar bersama qaisara.
Selepas penat membeli belah mereka pun duduk makan di sebuah kedai makan.
"Terima kasih ya Qaisara banyak belanja saya." Kata Khairul
"Ala tiada apa lah. Sikit je tu. Tu hanya ucapan terima kasih sebab sudi teman saya keluar." Kata qaisara
"Saya teman awak ikhlas. Macam mana hubungan awak dengan Haris.", Kata Khairul
"Okey je cuma dia sibuk. Saya kenalah faham dia. Takkan saya nak kacau pasal urusan kerja dia pula." Kata Qaisara
"Faham. Bagusnya. Menyesal saya curang dengan perempuan sebaik awak ni." Kata Khairul
"Hehe nak buat macam mana kan dah tiada jodoh apa kita mampu buatkan. Kena redha je lah dengan ketentuan Allah." Kata Qaisara
Lalu mereka pun makan bersama sama. Selepas itu Qaisara dan Khairul solat sahaja di surau berdekatan dengan pasar raya itu.
Selepas itu Qaisara menghantar Khairul ke rumahnya semula.
"Terima kasih ya sudi teman saya hari ini." Kata qaisara
"Sama sama. Terima kasih juga sudi ajak saya keluar. Saya masuk dahulu ya." Kata Khairul
Qaisara angguk dan bergerak pulang ke rumah. Khairul pula masuk ke dalam rumah.
"Macam mana dating dengan Qaisara." Kata rakan Khairul bernama Ali
"Haha. Mana ada aku dating. Dia dah jadi bini orang lah. Takkan aku nak jadi perampas pula kan." Kata Khairul
"Alah. Kau jujur je lah kau masih lagi ada perasaan kan pada Qaisara. Alah kau tak payah tipu aku lah." Kata Ali
"Entah lah Wey. Aku menyesal sangat sebab curang dengan dia dahulu. Aku harap sangat aku boleh cuba dapatkan dia." Kata Khairul
Sementara itu Haris balik awal untuk berjumpa dengan Nini. Mereka pun pergi makan dan berjalan jalan bersama sama.
Selepas puas Haris mengahantar Nini pulang dan barulah bergerak pulang. Sampai sahaja di rumah dia terus masuk ke bilik melihat Qaisara sedang solat maghrib.
"Awak dah makan?" Kata Qaisara
"Dah saya dah makan dekat luar tadi. Saya nak siapkan kerja sikit ni." Kata Haris
"Sibuk betul buat kerja kat rumah. kenapa tak buat dekat pejabat je?" Kata qaisara
"awak tak faham kerja saya." Kata Haris
"Saya tahu kerja awak macam mana. Saya juga ada pengalaman kerja seperti awak. Awak dah berapa hari kita kawin mama awak ada tanya saya tak mahu pergi honeymoon ke?" Kata Qaisara
"Belum masanya lagi. Saya sibuk lah. Kan saya baru mula kerja. Lagipun buang masa je lah nak pergi berbulan madu semua." Kata Haris
"Hmmm. Tak mengapalah saya faham." Kata qaisara
Hari demi hari tibalah hari Sabtu iaitu hari hujung minggu. Mama dan papa Haris datang ke rumah mereka tanpa memberitahu mereka.
"Eh mama papa. Kenapa tak bagitau nak datang ke sini." Kata Qaisara
"Sengaja. Ni Haris mana?" Kata mama
"Haris keluar. Tak tahu dia pergi mana. Jemputlah masuk mama dan papa. Qaisara ke dapur jap nak masak dan buat air." Kata Qaisara
Mama dan papa Haris angguk dan masuk ke dalam dan duduk di sofa. Sedang Qaisara hidang tiba tiba Haris masuk ke dalam rumah.
"Eh kenapa mama dan papa datang tak bagitau pun." Kata Haris sambil salam tangan mama dan papa
"Kenapa nak tengok anak sendiri pun tak boleh ke? Ni kamu dari mana. Nak kata ke pejabat pun tadi pekerja papa kata kamu tak masuk." Kata papa
"Ohh Haris keluar tadi jumpa kawan." Kata Haris
"Kenapa tak ajak Qaisara sekali jumpa kawan kawan kamu tu. Kesian dia duduk seorang diri dekat rumah." Kata papa
"Bukan papa. Memang Haris dah ajak tapi Qaisara yang tak mahu ikut. Lagikan kawan kawan dia kan banyak lelaki. Segan lah Qaisara nak jumpa." Kata qaisara
"Betul tu papa. Malu lah." Kata Haris
"Eh dah kawin pun panggil nama ke? Biasanya suami isteri bukankah ada nama panggilan yang comel sikit." Kata mama
"Eh. Kami berdua tak fikir lagi. Lagipun awal lagi. Mama papa meh lah jemput makan. Awak meh lah makan." Kata qaisara
Lalu mama papa Haris pun bergerak ke meja makan. Mereka pun makan bersama sama makanan yang dimasak oleh qaisara.
Selepas itu mereka pun duduk di atas Sofa sama sama untuk berbual.
"Papa mama kenapa abang Faiz tak datang sekali." Kata Haris
"Biasalah dia kena urus banyak perkara. Dia kan CEO. Papa pun tak lama lagi nak berhenti dah. Papa nak serahkan semua kerja papa dekat Faiz. Manakala kerja Faiz papa nak bagi kepada kamu." Kata papa
"Tapi Haris baru lagi papa dalam ni. Tak berapa mahir lagi." Kata Haris
"Qaisara ada pengalaman kan. Papa Qaisara pernah bagitau. Haris berlajar lah dengan dia." Kata papa
"Ouh hehe. Tak mengapalah nanti Haris belajar perlahan Lahan dengan abang Faiz." Kata Haris
Tidak lama kemudian mama dan papa Haris pun bertekad untuk pulang ke rumah. Mereka pun bersalaman.
"Terima kasih sebab back up saya tadi." Kata Haris
"Eh tak mengapalah. Saya faham. Tu kan tugas saya." Kata Qaisara
"Okey lah saya nak naik dulu." Kata Haris
"Kejap! Awak tak dengar ke apa mama awak cakap tadi. Sampai bila kita nak panggil awak saya je. Takkan tiada nama panggilan macam suami isteri lain." Kata Qaisara
"Habis tu nak panggil apa? Sayang? Baby?" Kata Haris
"Saya dah Fikir apa kata kita jadi macam suami isteri lain saya panggil awak abang dan awak panggil saya sara." Kata Qaisara
"Abang? Sejak bila saya jadi abang awak ni." Kata Haris
"Adoi. Bukanlah. Abang tu macam tanda hormat saya kepada awak lah. Okeh kan." Kata Qaisara
"Apa apa je lah. Saya nak naik kejap nak mandi." Kata Haris
Selepas itu Haris pun naik ke atas. Qaisara pun termenung. "Aku tahu pasti susah dia nak terima aku. Sabar Qaisara kau kena terus kuat. Walau apa pun dia tetap suami kau. Syurga kau bawah telapak kaki dia."
Malam itu Qaisara pun masak. Selepas siap dia hidang dia pun memanggil Haris ke ruang makan untuk makan bersama sama.
"Bang meh lah makan. Sara dah masak ni. Yang penting masakan tak pedas." Kata Qaisara
"Makan lah. Abang nak keluar. Abang nak makan kat luar sahaja. Kalau ada lebih tu bagi je lah dekat jiran atau siapa siapa sahaja." Kata Haris
Belum sempat Qaisara mahu membalas apa apa Haris naik dan terus menukar pakaiannya.
Haris pun bersiap untuk keluar dan makan malam bersama sama Nini di luar. Manakala Qaisara pula makan seorang diri di ruang makan.
Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Baru sahaja seminggu kawin sudah dia tidak dapat menahan sedihnya. Setiap kali dia masak Haris pasti tidak mahu makan masakannya.
Qaisara pun solat dan mengaji selepas makan. Selepas itu barulah dia tidur. Apabila Haris pulang melihat Qaisara sudah tidur dia pun tukar pakaian dan terus tidur sekali di sebelah qaisara.
Hari semua hari qaisra sudah berasa puas duduk di rumah. Dia pun bertekad untuk mesej Haris dan meminta kebenaran untuk pergi ke rumah mama dan papanya.
Haris tidak membalas malah tidak membaca. Tapi Qaisara tetap pergi ke rumah mama dan papanya.
"Eh qaisara duduklah. Meh masuk. Mama suruh bibik buatkan air." Kata mama sambil membuka pintu
Qaisara angguk dan duduk di atas kerusi
"Datang sorang je ke? Ohh ya mama lupa Haris mestilah kerja kan. Ada apa Qaisara datang sini." Kata mama
"Tiada apalah mama. Qaisara rindu sangat nak jumpa mama dan rindu juga dekat bilik qaisara tu hehe." Kata qaisara
"Alolo dah kawin pun nak manja manja dengan mama." Kata mama
"Mestilah. Mama tiada ganti. Qaisara nak tidur sini boleh ke?" Kata qaisara
"Haris tau ke?" Kata mama
"Tak. Tadi Qaisara mesej dia pun dia tak balas. " Kata qaisara
"Mana boleh begitu sayang. Kamu mahu ke mana mana kena lah minta izin dari suami dahulu." Kata mama
"Qaisara pun angguk kepalanya." Kata qaisara
Selepas itu qaisara dan mama pun menonton televisyen bersama sama. Tiba tiba Qaisara punya telefon berbunyi. Apabila dilihat rupanya Khairul jadi dia berdiri dan berlari jauh untuk menjawab panggilan itu.
"Ada apa ni telefon saya Khairul?" Kata qaisara
"Tiada apalah. Saya nak ajak awak keluar esok. Teman saya cari barang untuk buat kuih saya. Boleh kan qaisara." Kata Khairul
"Esok eh boleh lah. Nanti saya tanya suami saya dahulu. Apa apa nanti saya bagitau awak ya." Kata qaisara
Selepas itu qaisaea senyum ke arah mama dan duduk.
Selepas itu dia terus pulang ke rumah. Melihat kereta dan selipar haris sudah berasa di rumah.
"Eh awalnya abang balik. Biasanya balik lambat dari ini." Kata Qaisara
"sengaja. Abang baru perasan mesej sara yang sara pergi rumah mama ye." Kata Haris
"Haah sara pergi rumah mama. Abang dah maka. belum ni? Kalau belum Qaisara boleh masak." Kata qaisara
"Tak perlu. Abang tak lapar pun." Kata Haris
"Abang. Sara nak minta izin abang esok sara nak keluar dengan kawan kejap boleh." Kata qaisara
"Kawan sejak bila Qaisara ada kawan? Lelaki ke perempuan?" Kata Haris
"Eh adalah. Boleh ke?" Kata qaisara
"Pergilah. Ohh ye esok masakkan untuk saya tau. Esok saya balik awak sikit." Kata Haris
"Baik esok saya masakkan untuk awak. Terima kasih ya awak izinkan saya pergi." Kata qaisara
Selepas itu Qaisara naik ke tas dan terus solat. Sementara tunggu isya' dia pun bermain telefon. Haris pula seperti biasa siapkan kerjanya.

Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters