Homepage/Jodoh dari langit/
Bab lapan belas
"Siapa yang kongkong Haris? Selama Haris membesar cuba cakap dengan abang apa yang mama dan papa kongkong. Mama dan papa cuma minta dua permintaan kawin dengan qaisara dan jaga dia dengan sebaik mungkin susah ke?" Kata abang Faiz
"Tapi abang cakap senang lah. Bukan abang yang kena." Kata Haris
"Habis tu kamu nak tunggu mereka mati dulu. Pernah tak kamu tanya macam mana kehidupan Qaisara dengan keluarga dia pula?" Kata abang faiz
Haris terkedu apabila abangnya menanyakan tentang hal itu.
"Dah ah abang bebel pun tiada gunanya kamu bukan pernah mahu dengar apa yang abang nak pesan. Sukahati kamu lah kamu kan dah besar. Abang rasa dah boleh fikir mana baik dan buruk." Kata abang Faiz
Abang Faiz pun pergi meninggalkan Haris. Haris rasa serbersalah dan tersedar dengan kata kata abangnya itu.
Sementara itu, Nini yang amat marah apabila dia dipaksa putus oleh Haris terus bergerak ke kedai Khairul.
"Ye cik. Eh!' Kata Khairul
"Kau Khairul kan kekasih hati si qaisara tu?" Kata Nini
"Apahal kau? Kalau nak cakap pasal hubungan mereka aku tak mahu dengar. Aku tak mahu jadi pengacau rumah tangga orang." Kata Khairul
"Kenapa? Okey macam ni jom lepak kedai makan depan tu. Aku belanja." Kata Nini
"Okey lah. Ali tolong jaga kedai jap." Kata Khairul
Khairul dan Nini pun masuk ke kedai makan dan duduk di kerusi yang disediakan.
"Apa nak cakap dengan aku? Cakaplah cepat." Kata Khairul
"Aku tahu kau masih ada perasaan pada qaisraa kan? Kau tak mahu ambik balik ke hak kau." Kata Nini
"Bila masa dia hak aku. Biarlah mereka berdua tu bahagia. Kita siapa nak kacau hubungan mereka." Kata Khairul
"Kau tak payah nak acah baik sangat depan aku. Aku tahu kau yang dulu. Aku nak aku tolong aku untuk dapat kan Haris aku akan tolong kau untuk dapatkan qaisara." kata Nini
"Ingat aku nak percaya ke kata kata kau ni. Aku tak suka ganggu orang yang sudah bahagia. Ye dulu aku buat silap besar. Aku bodoh. Aku tak dapat nak bezakan batu permata dan batu jalan. Sekarang aku dah sedar." kata Khairul
"Kau tak payah nak sindir aku ye. Jadi kau tak mahu tolong aku? Tak mengapa kau jangan salahkan aku jika apa apa jadi dekat dia." kata Nini
"Kau nak buat apa? Baiklah aku setuju tolong kau. Dengan syarat kau jangan ganggu qaisara dan jangan apa apakan dia." kata Khairul
"Okey bole jadi kau setuju lah kan untuk tolong aku. Ni nombor aku nanti kau mesej aku dalam masa dua puluh empat jam kalau tak siap." kata Nini
Khairul angguk. Selepas itu Nini pun bayar minuman mereka di kaunter. Nini pergi meninggalkan Khairul. Khairul pun termenung betul ke apa yang dia buat ni?
Selepas habis kerja Haris pun pulang ke rumah,
Dia terlihat qaisara baru sahaja bangun dan bergerak ke atas.
"Sara. Meh sini abang nak cakap sikit." Kata Haris
"Cakap? Nak cakap apa?" Kata qaisara
"Sara. Abang nak minta maaf dengan perbuatan abang selama ini. Ye abang tak sepatutnya layan sara begitu. Abang patut layan isteri abang sebaik mungkin." Kata Haris
"Tak mengapa sara faham. Kita kan kawin tanpa rela. Sara je yang terhegeh hegeh dekat abang tapi abang tak nampak." Kata qaisara
"Ye sekarang abang dah sedar semua perkara itu. Abang dah putus dengan Nini semalam. Masa hari kejadian mama dan qaisara nampak tu. Kami dalam keadaan mahu putus. Abang dah sedar semuanya." Kata Haris
"Maksudnya?" Kata qaisara
"Abang akan cuba belajar untuk sayangi awak. Abang akan belajar untuk mencintai awak. Ingat selagi abang hidup abang takkan ceraikan awak. Ingat tu!" Kata Haris
Qaisara sebak dengan ayat Haris. Dia pun bersandar di bahu Haris. Haris pun mengusap kepala qaisara
"Eh jangan lah nangis tak comel lah isteri abang ni nangis." Kata Haris
"Mana ada nangis heheh." Kata qaisara
Malam itu mereka masak sama sama dan makan bersama sama. Keesokan harinya ketika Haris pergi ke tempat kerja qaisara pun membuat kerja rumah.
Tiba tiba dia berasa badannya seperti lesu dan tidak sihat. Jadi dia pun menelefon Haris
"Abang, sara nak minta izin pergi ke farmasi sekejap boleh?" Kata Qaisara
"Ha nak buat apa? Sorang ke?" Kata Haris
"Haah. Nak beli pencuci muka. Boleh kan." Kata qaisara
"Pergilah. Tapi elok elok ye sara." Kata Haris
Lalu Qaisara pun terus bersiap dan bergerak ke farmasi . Sampai sahaja di farmasi dia terus mencari kit kehamilan.
Tetapi dia tidak mahu mencuba lagi. Dia menyorokkan kit itu dalam beg bargasi dulu.
Bermula hari itu dia mula rasa mual dan pening kepala.
"Awak. Okey tak ni. Muka tu nampak pucat betul. Ni pun asyik muntah kan." Kata Haris
"Salah makan kot. Tiada apalah." Kata qaisara
"Ye ke. Nak saya bawakan awak ke klinik." Kata Haris
"Eh tak payahlah. Nanti okey lah ni. Awak tak payah risau. Awak siapkan je lah kerja awak tu. Nanti papa marah hehe." Kata qaisara
"Betul ni. Saya risau lah." Kata Haris
"Hehe sayang juga awak kan pada saya." Kata qaisara
"Mestilah siapa sahaja tak sayang isteri kan. Cakap!" Kata Haris
"Okey hahaha. Awak esok jom pergi rumah mama saya bila awak habis kerja. Rindu lah dekat papa dan mama." Kata qaisara
"Okey je. Esok kita pergi. Kemaslaha pakaian esok kita tidur sana." Kata Haris
Qaisara pun angguk sambil tersenyum. Dia pun terus mengemas pakaian untuk ke rumah mamanya pada esok hari.
Keesokan harinya, selepas balik kerja sahaja mereka berdua terus bergerak. Tetapi sebelum pergi ke rumah mama dan papa qaisara mereka singgah dahulu di pasar raya.
Mereka pergi membeli belah bersama sama dengan amat mesra sambil berpegangan tangan.
Tanpa disedari Nini terlihat mereka.
"Ish geramnya aku. Boleh lah mereka berjalan pegang pegang macam tu. Ni tak boleh jadi aku kena rancang sesuatu ni." Kata Nini seorang diri
Selepas puas berjalan jalan mereka terus bergerak ke rumah mama dan papa. Sampai sahaja di situ mereka terus duduk dan dibancuh kan oleh air oleh bibik.
"Ada apa tiada angin tiada ribut tiba tiba sampai depan rumah." Kata mama
"Ala mama ni nak datang rumah pun tak boleh ke? Sekali sekala nak melawat mama sendiri. Qaisara paksa Haris ni habis kerja cepat tau untuk pergi ke rumah mama." Kata Qaisara
"Bagus Haris melayan karenah isteri." Kata papa
"Tiada apalah papa. Selain qaisara siapa lagi kan haris nak layan kan." kata Haris
"Takkan lah tiada scandal. Muka punyalah hensem. Tiadalah papa gurau je." Kata papa
"Tu bibik dah siap masak. Jom kita makan sekali." Kata mama
"Boleh tapi jap. Awak jom tolong saya angkat beg bawa masuk bilik saya." Kata qaisara
"Eh tak payahlah awak pergilah duduk dulu saya angkat beg sorang pun tak pe." Kata Haris
"Betul ni?" Kata qaisara
Haris pun angguk kepalanya. Qaisraa pun senyum dan terus bergerak bersama mama dan papanya. Mereka makan sekali sambil bergelak ketawa.
Malam tiba, mereka pun duduk berbual sambil minum air yang dibuat oleh qaisara. Sambil orang lain berbual Qaisara berlari masuk ke dalam bilik.
Dia melihat cermin dan berkata "Kenapa lah aku selalu rasa tidak sedap badan. Ya Allah patut kan aku cuba kit kehamilan itu?"
Dia pun pergi mengambil kit kehamilan di dalam beg bargasi. Selepas itu dia pun masuk ke dalam bilik air.
Dia cuba juga membuat walau pun dia tidak yakin. Selepas selesai dia pun lihat. Terkejut dia melihat dua Line.
Maknanya dia positif hamil. Tapi dia masih lagi tidak yakin dengan jawapan yang berada di situ. Jadi dia hanya rahsiakan sahaja dahulu.
"Sara. Awak dekat mana?" Jerit Haris
"Saya dekat bilik air ni. Jap eh." Kata Qaisara
Qaisara pun buang kit kehamilan itu di dalam tong sampah kerana dia tidak mahu bagi orang lain melihat kit kehamilan itu.
"Lamanya awak duduk dalam tandas? " Kata Haris
"Saya sakit perut sikit." Kata qaisara
"Lah ye ke? Kenapa tak bagitau? Saya nak bawa ke klinik atau hospital tak mahu?' Kata Haris
"Mana ada lah saya okey je buat apa nak ke klinik kan. Awak tak payah risau lah. Haha. Comel betul muka awak risau." Kata qaisara
"ISHHH. Isteri saya ni sepuluh kali ganda lebih comel lah." Kata Haris sambil menarik hidung Qaisara
"Aduh sakitlah awak. Tak romantik langsung tarik tarik hidung orang." Kata Qaisara
"Alolo maaf okey sayang." Kata Haris
"Apa? Sayang? Apa hahhaha. Pertama kali saya dengar awak memanggil saya sayang." Kata qaisara
"Kenapa? Awak nak dengar saya panggil awak saya terus ke? Boleh je hahaha." Kata Haris
"Tak mahulah geli werkkk." Kata Qaisara
"Lah tak mahu pula. Alolo sayang. Sara jom lah tidur. Saya mengantuk ah." Kata Haris
"Eh Jap. Esok masa awak gi ke tempat kerja saya duduk sini dulu boleh kan. Petang sikit baru awak datang ambik saya boleh." Kata qaisara
"Okey boleh. Apa apa sahaja untuk kamu sayang." Kata Haris
Lalu mereka pun tidur.
Keesokan harinya,
Selepas makan pagi bersama sama Haris terus pergi ke tempat kerja. Qaisara pula menolong bibik masak dan mengemas rumah.
Sementara itu,
"Ada apa ni nak jumpa aku lagi?" Kata Khairul
"Aku dah ada rancangan untuk pisahkan mereka berdua." Kata Nini
"Ha? Apa lah yang kau tak puas hati sangat dengan hubungan mereka ni. Serabut aku! Cubalah kau belajar untuk lupakan dia tak boleh ke?" Kata Khairul
"Eh aku panggil kau bukan nak suruh kau bebel tau." Kata niniDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (158)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
3ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️
5d
0View All