logo text

Bab sembilan belas

"Habis tu? Sekarang kau nak suruh aku buat apa?" Kata khairul
"Macam ni. Aku nak kau (pssst)( pst)" Kata Nini bisik di telinga Khairul
"Jahat betul kan kau ni. Aku boleh buat tapi kau kena janji lepas ni jangan ganggu hidup aku dan Qaisara. Jika kau masih ganggu aku takkan teragak agak buat laporan polis." Kata
Haris
"Okey. Aku janji." Kata Nini sambil tertawa jahat
Selepas itu mereka pun sambung makan dan minum.
Malam itu Khairul termenung. "Ya Allah betul ke apa aku bakal buat ni? Aku buat demi Qaisara. Aku tak mahu apa apa jadi pada dirinya."
Keesokan harinya, hari nya Qaisara berasa dia tidak pernah masak masakan kegemaran suaminya itu. Dia pernah tanya mama Haris dan jawapannya
"Ohh Haris tu semua dia makan dan telan kecuali makanan pedas. Tapi makanan paling dia suka ayam masak kurma dan paprik. Dua makanan tu kalau tak pedas memang sampai menjilat pinggan dia makan." Kata mama
"Ha! Paprik dan ayam kurma. Aku kena masak ni." Kata qaisara
Lalu Qaisara pun masaklah dua lauk kegemaran suaminya ketika itu. Sedang dia ralik memasak itu tiba tiba telefon berbunyi.
"Hello. Ye Khairul ada apa telefon aku ni?" Kata qaisara
"Aku nak ajak kau teman aku boleh tak hujung minggu ni. Aku nak pindah ke Langkawi nak buat bisnes dekat sana. Aku kan tiada kawan jadi aku ingat nak minta tolong kau lah." Kata Khairul
"Aku? Kenapa tak ajak Ali je." kata Qaisara
"Dia ada hal pada hari tu. Aku harap kau dapat tolong. Mungkin ni kali terakhir kita dapat berjumpa lagi kan sebelum aku pergi ke Langkawi." Kata Khairul
"Lah kenapa pula nak bergerak ke Langkawi. Okey lah Tengok lah dulu aku kena tanya suami aku dulu. Kalau dia izinkan insyaallah aku pergi." Kata qaisara
Selepas itu qaisara menamatkan panggilan. Dia pun sambung masak semula. Selepas selesai dia pun hidangkan makanan.
Tidak lama kemudian haris pun pulang ke rumah.
"Awak meh lah duduk ni saya ada masakan makanan kegemaran awak." Kata qaisara sambil menarik kerusi
"Wah! Awak masak semua ni. Macam tak percaya. Mana awak tahu makanan kegemaran saya ni." Kata Haris
"Saya kan isteri awak jadi mestilah saya tahu. Hahh tiadalah gurau. Mama awak yang bagitau saya hari itu." Kata qaisara
"Jom kita rasa. Bismillah...." Kata Haris
Selepas itu Haris pun makan makanan yang dimasak oleh Qaisara ketika itu. Dia pun senyum. Tidak berkelip mata Qaisara melihat suaminya itu makan.
"Macam mana rasa dia abang?' Kata qaisara
"Ermmm. Sedap. Mestilah sedap isteri saya kan masak. Lain kali boleh masak lagi ni sara." Kata Haris
"Hehe boleh je apa apa untuk awak. Saya boleh je nak masak apa apa yang awak nak makan pun." Kata qaisara
"Alolo comelnya lah isteri saya ni. Jom lah makan sama sama. Jangan nak tengok saya je. Tahu suami awak ni hensem hahaha." Kata Haris
Qaisara pun gelak. Lalu mereka berdua pun makan bersama sama. Selepas habis makan mereka pun membasuh tangan dan pinggan bersama sama.
Selepas habis makan itu Haris dan qaisara pun menonton televisyen. Di situ Haris sudah rasa perasaan nya pada isterinya sudah membuak buak
"Abang, sara nak tanya kalau suatu hari. Sara kena tinggalkan abang. Abang macam mana? Adakah abang akan kawin lain dan lupa sara?" Kata qaisara
"Ya Allah sara kenapa tanya soalan macam tu. Abang janji abang takkan kawin lain kalau sara mati atau tak. Abang harap dapat mati sama sama dengan sara." Kata Haris
"Tiada sara terfikir sahaja. Mana lah tahu ajal sara dahulu sebelum abang kan." Kata qaisara
Haris menggeleng kepala. Keesokan harinya, Qaisara siapkan makan pagi dan salam tangan suaminya sebelum suaminya ke tempat kerja.
"Awak, saya nak keluar jap lagi. Nak keluar dengan kak Natasya." Kata qaisara
"Boleh pergilah tapi hati hati ye sayang." Kata Haris
Qaisara angguk. Selepas Haris keluar sahaja dia terus bersiap untuk pergi ke klinik bersama kak Natasya.
Sementara menunggu,
"Akak Qaisara nervous lah nak cek. Qaisara dan beli kit kehamilan di farmasi dan jawapannya positif." Kata qaisara
"insyaallah ada rezeki untuk adik tu. Akak percaya rezeki dari Allah tu akan sentiasa ada untuk adik. Adik jangan risau okey." Kata kak Natasya
Tiba tiba "Qaisara"
Dengan lafaz bismillah qaisara pun masuk ke dalam bilik untuk periksa. Selepas puas periksa mereka pun duduk di hadapan doktor.
"Qaisara, tahniah anda hamil. Jaga kandungan kamu baik baik ya." kata doktor
"Ya Allah kak. Adik hamil macam akak juga." kata qaisara
"Ouh adik beradik. Mana suami tak ikut sekali ke?" kata doktor
"Hehe. Saya fikir nak buat kejutan pada dia sebab tu lah saya tak ajak dia. Saya ajak Kakak saya." Kata qaisara
"Ouh. Tahniah ye qaisara. Jangan banyak stress ya. Kesian dekat bayi dalam kandungan." Kata doktor
Qaisara pun angguk. Selepas itu mereka pun dalam perjalanan pulang.
Di dalam kereta,
"Ya Allah akak. Qaisara tak sabar betul nak bagitau Haris ni. Tapi Qaisara tak tahu nak bagitau dia macam mana?" Kata qaisara
"Jap. Kadang kadang akaj pelik tau dengan Qaisara yang lepas kawin ni. Tak bising macam dulu. Qaisara yang versi baru ni lebih matang. Tak pelik mahu jadi ibu orang." Kata kak Natasya
"Alah akak ni. Kuat betul mengusik adik." Kata qaisara
Kak Natasya pun hantar qaisaraa ke rumahnya dan terus bergerak pulang. Tidak lama kemudian haris pun pulang.
Qaisara pun menyambut suaminya hingga ke meja makan.
"Awak duduklah. Hari ini saya beli je. Saya tak masak." Kata qaisara
"Ala tak mengapalah. Saya okey sahaja. Masak ke beli sama sahaja janji dapat makan dengan awak kan." Kata Haris
"Eeee. Awak lusa kan saya nak jumpa Khairul, boleh? Dia cakap dengan saya itu kali terakhir dia mahu jumpa dengan saya. Dia nak pindah ke Langkawi." Kata qaisara
"Boleh, tapi saya kena teman." Kata Haris
"Ala awak ni. Takkan nak cemburu kot. Dengan siapa pun saya berada dalam hati saya ni hanya tertulis Haris je tau." Kata qaisara
"Ye lah tu. Okey fine tapi jangan lambat sangat. Pastikan bila saya balik ke rumah apabila habis kerja awak pun dah balik juga tau." Kata Haris
"Ye. Saya janji okey sayang. Ala awak jangan risau tau. Saya jumpa dia kejap je pun." Kata qaisara
"Manalah tak risau. Isteri sendiri kot. Isteri dah lah cantik. Nanti ada orang kebas macam mana. Abang tak suka." Kata Haris
"Hahaha jangan risau lah abang Oii." Kata qaisara
Keesokan harinya, juga berjalan seperti biasa mereka makan pagi bersama bersalam dan lain lain. Pada malam itu Qaisara menelefon kak Mira.
"Hi akak. Buat apa tu?" Kata qaisara
"Ni ha tengah main dengan adik adik akak. Qaisara buat apa tu." Kata kak Mira
"Tak buat apa cuma nak tunggu Haris siap mandi lepastu nak tidur. Sahaja telefon rindu betul dekat akak." Kata qaisara
"Okey. Qaisara jaga diri tau. Bila dah mengandung bagitau akak tau." Kata kak mira
" Ye haha. Akak doakan Qaisara ye." Kata qaisara
"Itu semestinya. Kamu mengandung tu sentiasa ada dalam doa akak." Kata kak mira
selepas itu mereka pun menamatkan panggilan. Selepas itu qaisara pun tidur bersama sama Haris.
Keesokan harinya, selepas salam dan makan pagi bersama hadis Qaisara terus bersiap untuk berjumpa Khairul. Khairul kata padanya agar tunggu sahaja di hadapan rumah nanti dia datang ambil jadi qaisaraa pun tunggu.
Tidak lama kemudian Khairul tiba dan khairul bawa kereta. Telah lama mereka bergerak Qaisara pun pelik sebenarnya mereka mahu ke mana?
"Khairul! Kau nak bawa aku ke mana ni?" Kata qaisara
"Qaisara sebenarnya aku minta maaf." Kata Khairul
"Ha? Aku tak Paham." Kata Qaisara
Mereka pun tiba di sebuah rumah usang.
"Kau nak buat apa dekat aku ha? Dekat rumah usang ni." Kata Khairul
Tiba tiba Nini datang dari belakang dan tutup hidung dan mulut Qaisara menggunakan ubat untuk pengsan.
Qaisara pun pengsan. Nini menyuruh Khairul mengangkat Qaisara untuk masuk ke dalam rumah usang itu.
"Kau nak buat apa dekat dia sekarang?" Kata Khairul
"Alah kau tak payah risau lah aku takkan apa apa apa kan dia lah. Woi bangun." Kata Nini
Nini pun menyiram sebaldi air atas muka Qaisara dan berkata "Woi perempuan bangun lah Oii"
Qaisara pun terbangun dan terlihat tangannya sudah diikat.
"Nini, Khairul? Korang nak apa ha dari aku? Tolonglah jangan kacau aku." Kata qaisara
"Nope tak lama pun. Aku hanya nak minta tolong kau jauhkan diri lah dari Haris. Sebab dia hak milik aku." Kata Nini sambil mengeluarkan pisau
"Apa ni oi Nini. Kau cakap takkan cederakan dia." Kata Khairul
"Kau diam!" Jerit Nini
"Apa kau tak puas hati dengan aku. Insaf lah Nini. Dia hak milik aku sekarang." Kata qaisaraa
"Hahaha. Wey lawak siak kau. Kau kena sedar perempuan kau tu perampas je. Kau tak layan sedikit pun untuk Haris tu. Kau dengan tak. Dia hak milik aku bukan kau." Kata Nini
"Cuba lah redha dengan qada' dan qadar. Sekarang kau nak buat apa dekat aku." Kata qaisaraa
"Aku bagi kau dua pilihan je. Kau nak suami kau jumpa mayat kau dekat sini ke atau kau pergi ke Langkawi dan akan dipantau oleh orang aku. Kau dengar kau tak kan boleh buat laporan polis. Kalau aku tahu siap kau." Kata Nini
"Habistu macam mana dengan semua barang aku. Kau nak suruh aku jadi bini derhaka ke?" Jerit Qaisara

Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters