Bab dua

Selepas habis makan mereka pun pulang ke rumah sendiri.
Keesokan harinya pagi hari itu mereka pun makan pagi bersama sama.
"Qaisara dah kemas pakaian ke lusa nak pergi dah kan?" Kata mama
"Eem sikit. Paa. Petang ni boleh Qaisara keluar nak beli barang sikit dekat shopping mall. Boleh kan papa. Kali ni je. Lepasni Qaisara tak dapat dah keluar beli belah dekat sini." Kata Qaisara sambil membuat muka comel
"Ye lah. Kali ini papa izinkan pergilah. Tapi ingat balik sebelum maghrib." Kata papa
"Yeh terima kasih pa." Kata Qaisara
Mereka pun sambung makan bersama sama. Habis sahaja makan mama, papa dan kak Natasya pun bergerak ke tempat kerjanya. Qaisara pula duduk dalam bilik mengemas pakaian.
Oleh kerana dia bosan dia terus menelefon kekasih hatinya.
(Perbualan mereka berdua)
"Hello awak. Buat apa tu? Jom teman saya pergi shopping mall nak tak?" Kata Qaisara
"Boleh. Sayang nak pergi bila?" Kata Khairul
"Petang ni lah awak. Saya ada benda juga nak bagitau awak ni. Nanti kita jumpa dekat sana ya." Kata Qaisara
"Okey awak nanti kita jumpa ya." Kata Khairul
Mereka pun menamatkan panggilan. Qaisara pun pergi bersiap untuk keluar rumah dan shopping di mall.
Sampai sahaja di mall dia pun menunggu Khairul di kerusi. Sambil dia menunggu dia lihat di sekeliling nya. Tiba tiba dia terlihat Haris dan kekasih hatinya.
"Eh itu bukankah anak kawan papa. Wah dah ada kekasih rupanya." Katanya seorang diri
Tiba tiba Khairul tiba di hadapannya mereka pun pergi membeli belah. Selepas sahaja makan mereka lepak di sebuah kedai makan.
"Awak saya nak cakap ni. Esok atau lusa saya dah kena gerak ke Paris." Kata Qaisara
"Ha? Paris? Buat apa dekat sana? Ouh awak bercuti dengan keluarga awak dekat sana ke?" Kata khairul
"Eh bukanlah! Saya ke sana belajar. Mungkin dua tiga tahun juga lah dekat sana. Tapi awak jangan risau saya balik juga ke sini bila raya hihi." Kata Qaisara
"Ala nanti kalau saya rindu kan awak macam mana. Siapa nak teman saya keluar nanti." Kata Khairul
"Awak ni. Awak kena faham saya. Saya belajar kat sana. Tapi awak jangan risau walau saya ke sana saya takkan lupakan awak lah." Kata Qaisara
"Ye ye lah tu. Pergi sana jumpa orang hensem sikit terus jatuh cinta. Macam saya tak kenal perangai perempuan zaman sekarang." Kata khairul
"Eh mana ada. Saya janji! Awak dekat sini pun jaga diri. Jaga mata jaga hati! Jangan curang dengan saya tau." Kata Qaisara
"Ye saya tahu. Khairul kan hanya milik Qaisara seorang sahaja." Kata Khairul
Qaisara pun tersenyum dengan ayat manis dari Khairul itu. Sementara itu Haris dan Nini yang sudah membeli belah sedang berada di dalam kereta,
"Awak. Nanti dekat sana jangan lupa saya tau." Kata Nini
"Mestilah. Awak kan buah hati saya. Nanti saya habis belajar kita kawin okey. Itu janji saya dengan awak." Kata Haris
"Okey saya pegang kata kata awak tu. Tapi kan kalau saya rindu awak macam mana?" Kata Nini
"Alolo. Kan ada whatssap. Kita call okey. Tiga tahun je sayang. hihi." Kata Haris
"Tapi kan satu hari pun saya dah rasa lama ni kan pula tiga tahun." Kata Nini
"Ala. Pejam celik pejam celik dah tiga tahun sayang. Macam kita lah tahu tahu dah setahun heheh." Kata Haris
Lalu Nini cubit perut Haris. Mereka pun bergerak pulang. Sampai sahaja di rumah Haris terus mengemas bajunya. Khairul dan Qaisara juga bergerak pulang ke rumah.
Qaisara kelihatan sangat tidak sabar untuk bergerak ke Paris. Dia tahu dia akan rasa gembira apabila duduk di sana kerana dia akan berasa bebas.
Dua hari berlalu tibalah hari yang paling tidak sabar buat Qaisara kerana dapat berpisah dengan keluarga nya. Selepas siap apa yang patut dia turun ke bawah makan pagi bersama keluarga.
"Qaisara semua barang dah siap ke?" Tanya papa
"Dah pa. Qaisara dah double check. Paa takde duit lebih ke hehe?" Kata Qaisara
"Nah ni kad kredit. Dalam ni papa dah letak duit gaji kamu selama kamu kerja dengan papa juga. Papa harap kamu akan guna duit tu dengan berhemah sekali." Kata papa sambil menghulurkan kad kredit
Qaisara ambil kad itu dan senyum sahaja. Kak Natasya juga jeling ke arah adiknya.
"Jangan cemburu ye akak." Kata Qaisara sambil jelir lidah ke arah kakaknya
Mama pun menggeleng kepalanya. Selepas habis makan satu keluarga Qaisara ikut menghantar Qaisara ke lapangan terbang. Sampai sahaja di lapangan terbang Qaisara melihat keluarga Haris juga berada di situ.
"Haris nanti tolong tengokkan anak uncle juga ya semasa di sana." Kata papa Qaisara
"InshaAllah uncle. Mama papa. Haris pergi dulu ya nanti lambat masuk kapal terbang." Kata Haris sambil salam tangan mama dan papanya.
Haris dan Qaisara peluk dan salam bersama keluarga masing masing. Qaisara juga tidak lupa kata kepada Akak nya "Habislah Akak nanti tiada siapa dah nak gaduh."
Kak Natasya hanya cubit perut Qaisara. Lalu mereka berdua pun masuk ke dalam kapal terbang. Keluarga mereka pula pulang ke rumah.
Di dalam kapal terbang haris terkejut kenapa Qaisara harus duduk di sebelah kerusinya.
Qaisara juga tidak suka duduk di sebelah kerusi Haris.
"Eh kau ni dalam banyak banyak kerusi tepi aku juga nak dudukkan." Kata Qaisara
"Leh kau yang nak duduk tepi aku kan. Cakap je lah kau suka aku kan sejak pertama kali kau jumpa aku dekat rumah aku kan." Kata Haris
"eeeee. Werk. Siapa sahaja mahu suka kan kau. Perempuan tu pasti perempuan yang paling malang sekali sebab terjatuh cinta pada kau kan." Kata Qaisara
"Okey lah kalau macam tu." Kata Haris
Sepanjang dalam kepala terbang haris mendengar lagi manakala Qaisara pula tidur. Tanpa sedar Qaisara tidur di atas bahu Haris.
Dalam hati Haris ketika itu "Ish perempuan ni apa buas sangat sampai bahu aku kena. Dah lah kepala berat."
Haris pun tonyoh kepala Qaisara. Qaisara pun menjerit "aduhh!!". Kedengaran satu kapal terbang. Semua orang disekeliling itu melihat ke arah Qaisara.
Qaisara malu dia pun tersenyum melihat orang di sekeliling nya. Dia pun dekatkan kepala di tepi telinga Qaisara dan berbisik "Tak pe. Ada lori ada bas ada hari aku balas balik."
Haris pun tertawa kecil dengan Qaisara berkata begitu. Qaisara pula terus betulkan kepalanya. Qaisara tidak puas hati dengan perbuatan Haris saat itu
Dia pun menjeling Haris sepanjang perjalanan. Sampai sahaja di lapangan terbang Paris. Mereka pun bergerak mencari grab.
Qaisara pun menelefon kakak angkatnya Mira.
(Perbualan Mira dan Qaisara)
"Hello Akak. Qaisara dah sampai Paris ni. Boleh Qaisara nak alamat rumah Akak. Nah bagi dekat orang grab ni." Kata Qaisara
"Lah ye ke dah sampai ke. Jap Akak bagi waze. Akak pun tengah dalam perjalanan balik rumah. Hati hati Qaisara." Kata kak mira
Mereka pun tamatkan panggilan. Akak Mira pun menghantar lokasi rumahnya. Qaisara terus pergi ke arah Haris yang juga sedang menunggu grab.
"Kau tidur mana malam ni?" Tanya Haris
"Mana mana lah. Sibuk apahal?" Kata Qaisara
"Alah aku tanya pun salah." Kata Haris
"Aku tinggal dengan kawan aku lah. Takkan aku nak tinggal satu rumah dengan kau pulak kan." Kata Qaisara
"Boleh je kan. Hahaha." Kata Haris sambil tertawa kecil
"Eee geli aku. Dah lah aku nak naib teksi tu dulu." Kata Qaisara
"Okey." Kata Haris
Qaisara pun menarik beg bargasi ya dan bawa masuk ke dalam teksi. Begitu juga dengan Haris. Haris juga tinggal di rumah abangnya yang turut berada di Paris iaitu Faiz.
Sampai sahaja di rumah Qaisara berasa mahu mandi kerana telah penat. Apabila dia membuka bargasi itu melihat semua itu bukan pakaiannya. Malah pakaian lelaki. Qaisara tahu pasti pakaiannya sudah tertukar dengan seseorang.
Haris juga apabila sampai mahu mengambil laptop nya melihat beg itu terkunci. Haris pelik dia tidak pernah mengunci beg nya Itu. Dia tidak tahu apa kod beg itu.
"Alamak ni mesti tertukar dengan minah tu ni." Kata Haris seorang diri
Begitu juga dengan Qaisara. Qaisara terus pergi ke kak Mira.
"Akakk Mira. Boleh tak Qaisara nak pinjam baju?" Kata Qaisara
"Ha? Kenapa Qaisara tak bawa baju ke dekat sini?" Kata kak Mira
"Eh bukan. Qaisara rasa Qaisara tertukar beg dengan orang lah dekat lapangan kapal terbang." Kata Qaisara
"Lah ye ke. Jap Akak ambik baju. Lepastu Akak bawa awak semula ke lapangan terbang." Kata kak Mira
Lalu selepas kak Mira bagi baju kepada Qaisara Qaisara terus pergi mandi. Manakala Haris pula meminjam kereta abangnya dan bergerak ke lapangan terbang dengan menaiki waze.
Selepas siap mandi Qaisara dan kak Mira juga turut bergerak ke lapangan terbang. Sampai sahaja di lapangan terbang mereka terus pergi menanyakan kepada pekerja. Kak Mira tunggu sahaja di dalam kereta.
Selepas diperiksa betul mereka terlah tertukar beg. Qaisara pun lihat haris juga mengadu. Lalu pekerja membawa mereka berjumpa.
"Apa kau yang tertukar dengan beg aku." Kata mereka berdua serentak
"Kau apahal eh ambik beg aku." Tanya Qaisara
"Eh kau yang ambik. Kau sengaja ambik kan sebab nak jumpa aku lagi." Kata Haris
"Kau lah. Bukan aku. Aku malas nak panjang kan cerita. Tolonglah ni kali terakhir aku dan kau berjumpa." Kata Qaisara
"Aku pun Harap begitu. Aku juga tak suka jumpa perempuan macam kau. Banyak cakap." Kata Haris
"Eh. Dah lah aku nak balik dulu meh beg aku. Ouh ya. Jangan lupa kunci beg kau boleh. Malu aku tengok boxer kau." Kata Qaisara
"Kau buka tu siapa suruh. Dah lah aku ni berbuih ketiak baik aku balik." Kata Haris

Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    6d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters