logo text

Bab 20/Ep akhir

Tidak lama kemudian haris pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah Haris lihat isterinya tiada.
"Sara oh Sara. Abang dah balik ni. Awak mana?" Jerit Haris
Puas dia mencari tetapi tidak jumpa. Dia cuba menelefon tetapi tidak dijawab. Hatinya sudah mula gelisah dan berasa seperti tidak sedap hati.
Dalam hatinya berkata "Aku rasa ni mesti kerja Khairul dan Nini. Ya Allah selamatkanlah isteri aku."
Dia pun keluar dan mencari dahulu di rumah mama dan papa qaisara tetapi masih juga tidak jumpa. Kebetulan ketika itu Kak Natasya dan abang Ali juga berada di sana.
"Kenapa kamu lepaskan dia pergi jumpa budak tu? Papa dari dulu memang tahu jantan tu bukan budak baik." Kata papa
"Maaf papa. Qaisara yang Beria nak pergi. Katanya itu kali terakhir dia mahu berjumpa dengan budak tu sebab tu saya bagi tu." Kata Haris
"Macam ni kalau dalam masa dua puluh empat jam dia tak balik kita buat laporan polis." Kata abang Ali
"Kesian sara. Dah lah dia tengah mengandung. Minta tiada apa yang terjadi pada kandungan dia." Kata kak Natasya

"Mengandung." Balas Haris dengan nada terkejut
"Kenapa? Qaisara tidak bagitau kamu lagi ya. Apa apapun kita kena cari juga adik dekat mana? Ada tak dia bagitau dia nak jumpa dekat mana?" kata kak Natasya
"Jap Haris check telefon dia. Tengok ni dia cakap dia pun tak tahu Khairul nak bawa dia ke mana?" Kata Haris sambil menunjukkan telefon
Sementara itu,
"Baiklah aku setuju untuk pergi ke Langkawi. Tapi tolong jangan apa apakan aku. Aku tak sanggup hilang insan yang paling aku tunggu selama ini." Kata Qaisara
"What? Kau mengandung perempuan. Okey takpe Nini sabar. Okey kau dah buat keputusan kan. Jadi esok Khairul hantar dia ke Langkawi. Ingat aku ada orang suruhan dekat sana. Apa apa jadi mati korang berdua." Kata Nini
"Ni macam bukan apa yang kita rancangkan." Kata Khairul
"Jadi? Dah ah aku nak balik. Kau pergi beli makanan. Lepastu malam ni kau jaga dia." kata Nini
"Ish. Kau siapa asyik nak arah aku je. Jap eh qaisara saya belikan awak makanan." Kata Khairul
Tidak lama kemudian Nini pun pulang ke rumah. Khairul pula belikan nasi untuk Qaisara. Qaisara pun makan dengan begitu berselera.
Malam itu Haris tekad untuk ke rumah Nini.
"WOI PEREMPUAN KAU BUKA PINTU NI." jerit Haris sambil menggoncang pagar rumah Nini
"Apa ni sayang bising bising malulah jiran semua dengar." Kata nini sambil berlari ke pagar
"Biar semua orang tahu kau culik isteri aku kan. Mana isteri aku?" Kata Haris
"Apa ni tuduh tuduh mana ada lah. Aku tak sorok pun lah bini kau." Kata Nini
"Kau tak payah nak tipu aku. Tiada orang lain lagi selain kau. Kau ingat eh kalau ada kena mengena dengan kau memang ke dalam lah tempat kau." Kata Haris
"Sampai hati you kan. Demi perempuan itu you sanggup kan." Kata qaisara
"Argh perempuan gila." Kata Haris

Selepas itu Haris pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah Haris terus mencari baju qaisara dan mencium baju qaisara.
Dia tidak sangka Qaisara telah hamilkan anak dia.
Sementara itu,
Khairul menenung Qaisara yang sedang tidur. Lama kelamaan dia sudah mula rasa simpati.
"Qaisara bangun." Khairul mengejutkan Qaisara
Qaisara pun bangun dengan terkebil-kebil
"Apa?" Kata Qaisara dengan nada yang sudah mula penat
"Aku boleh cuba bawa kau keluar dari sini tapi kau tak boleh terus balik ke rumah. Aku takut Nini tu cari kau dekat sana pula. Aku tak mahu dia apa apakan kau." Kata Khairul
"Betul ke ni?" Kata qaisara
"Betul. Jom ikut aku kita ke hotel di sini yang berdekatan. Tapi kau kena duduk sahaja di sana. Pasal makan semua aku sediakan. Kita lari jauh sikit dekat port Dickson. Ini untuk keselamatan awak juga." Kata Khairul
"Baiklah saya setuju. Tapi macam mana pula dengan pakaian saya." Kata qaisara
"Nanti aku belikan baju untuk kau. Pandai pandailah aku cari dekat bundle yang berdekatan. Aku tak percayakan Nini tu. Aku tahu dia seorang yang phsycho. Maaf ye qaisara aku buat ni sebab aku tak mahu dia apa apakan kau." Kata Khairul sambil membuka ikatan qaisara
"Baik terima kasih ye khairul." Kata qaisara
Selepas itu Qaisara pun naik ke atas kereta Khairul. Mereka pun berlari ke port Dickson. Khairul bantu tempah kan bilik hotel untuk Qaisara.
Baju juga Khairul bantu belikan. Qaisara cuba memberitahu pada Haris bahawa dia selamat tapi telefon nya ketika itu sudah kehabisan bateri.
Keesokan harinya, haris bertekad untuk buat sahaja laporan polis. Keluarga Haris juga sudah tahu tentang kejadian itu.
Mereka bertungkus Lumus untuk mencari Qaisara. Nini pergi ke lokasi tetapi dia terkejut melihat Qaisara sudah hilang. Dia amat marah.
Dia cuba berkali kali untuk hubungi Khairul tetapi tidak dijawab. Jadi dia pun bergerak ke kedai jual kuih untuk mencari Khairul tetapi Ali berkata sudah lama Khairul tidak datang ke situ.
Nini jadi bertambah marah. Dia pun mengupah orang untuk bantu mencari Qaisara dan Khairul punya lokasi.
"Qaisara aku tahu telefon kau tiada bateri kan ni charger dan telefon aku kau boleh bagitau suami kau dahulu aku takut dia risaukan kau." Kata Khairul
"Baik terima kasih." Kata Qaisara mengambil telefon yang dihulur oleh Khairul
"Hello awak! Ni saya ni." Kata Qaisara
"Ya Allah sara. Awak kat mana ni?" Kata Haris
"Saya selamat. Saya tak boleh cerita pada awak sekarang. Saya takut Nini akan apa apakan saya dan anak dalam kandungan ni." Kata qaisara
"No, janganlah cakap begitu. Bagitau sahaja dulu awak dekat mana? Saya akan datang. Jangan risau kita ada polis." Kata Haris
"Saya takut lah awak. Ouu ya saya tak boleh cakap lama sangat ni saya guna telefon Khairul ni." Kata qaisara
Tidak sempat Haris membalas apa apa Qaisara sudah meletakkan panggilan dan menyerahkan semula telefon itu kepada Khairul
Selepas beberapa hari mereka berasa sudah mula reda. Tetapi Khairul dan Qaisara tetap juga rasa tidak sedap hati jadi Qaisara dengan lafaz bismillah dia menghantar lokasi di mana dirinya berada.
Oleh kerana Haris takut dengan perkara yang mungkin akan berlaku dia mengajak polis untuk menemani nya.
Selepas sahaja dia baru keluar dari hotel. Ada seorang lelaki datang. Ianya berbadan besar dan datang menghampiri mereka.
Lelaki itu terus memegang tangan Qaisara. Nini juga datang sambil memegang pisau
"Berani kan korang main main dengan aku. Korang belum kenal lagi kan aku ni siapa hahaha." Kata Nini
"Lepaskan dia Nini." Kata Khairul
"Kenapa?" Kata Nini
Tiba tiba Haris tiba bersama abang Faiz di lokasi.
"Nini kau lepaskan isteri aku tu." Kata Haris
"Sayang. Sampai hati you kan lebih pilih dia dari diri i." Kata Nini
"Nini lettakan pisau tu bahaya." Kata abang Faiz
"No tiada apa yang boleh halang aku. Selain aku dapat kawin dengan kau haris. Kalau aku tak dapat kau maka perempuan lain juga tidak pernah akan dapat kau." Kata Nini
Tiba tiba polis datang dan menjerit "Letakkan senjata anda."
"Sampai hati kan you suruh polis datang tangkap I. Hahaha. No ini tak boleh. Aku takkan masuk penjara selagi dendam aku belum terbalas." Kata nini
Dia pun cuba menikam Qaisara tetapi sayangnya tertusuk kepada perut Khairul. Khairul semapt menghalang. Nini pula di tembak dan dibawa oleh polis
Haris pun meriba kepala Khairul.
"Maafkan aku Qaisara. Maafkan aku Haris. Aku" Kata Khairul
Qaisara menangis sambil menggeleng kepalanya.
"Aku maafkan kau Khairul. Inalillah." Kata Haris
Khairul mati di tempat kejadian manakala Nini pula dibawa oleh polis ke balai.
Beberapa bulan kemudian, tibalah hari beranak Qaisara. Akaknya Natasya juga sudah beranak beberapa minggu sebelum.
"Tahniah encik Haris anda dikurniakan seorang anak lelaki. Encik boleh masuk untuk azankan dia dekat dalam." Kata doktor
"Heheh ya Allah. Terima kasih Allah." Kata Haris
Selepas itu Haris pun masuk dan mengazankan di telinga bayi itu. Mereka memberikan nama kepada bayi itu " Afiq adwa bin haris"

Beberapa minggu kemudian tibalah hari perkahwinan kak Mira dan abang Faiz. Perkahwinan mereka juga disambut dengan meriah sekali.
Mereka tidur di sana beberapa malam. Selepas itu mereka juga melawat bayi kak Natasya. Kak Natasya juga mendapat bayar lelaki tetapi kembar.
Selepas dua bulan, mereka bertekad untuk pergi ke Paris bersama cahaya mata mereka.
Mereka berhenti di Eiffel tower dan melihat Eiffel tower.
"Di negara ini lah jadi tempat pertama kita berjumpa. Dan membuat saya mula jatuh cinta dengan awak." Kata Qaisara
"Itulah. Tak sangka kan. Allah dah tetapkan secantik yang mungkin. Pada awalnya kita hanya bergaduh. Kemudian, bertukar beg. Akhirnya berkawan kerana ketentuan Allah." Kata Haris
"Abang adalah jodoh dari langit yang dikirim oleh Allah untuk saya dan anak kita." Kata qaisaraa
*BENARLAH KATA ORANG JODOH NI AKAN DATANG APABILA TIBA MASANYA. WALAU APA RINTANGAN JIKA DAH TERTULIS MAKA DIA TETAP AKAN JADI JODOH KITA.*
Tamat....

Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

End

Recommendations for you