Homepage/Jodoh dari langit/
Bab tiga
Lalu masing masing pulang ke rumah. Dalam perjalanan Qaisara pun cerita kepada kak Mira.
"Akak nak tahu tak siapa punya beg itu?" Kata Qaisara
"Manalah Akak tahu." Kata kak Mira
"Anak kawan papa Qaisara. Dah lah dalam kapal terbang dia duduk tepi Qaisara. Dia tu suka asyik Qaisara." Kata Qaisara
"Manalah tahu entah entah dia sukakan Qaisara kot. Kita tak tahu kan. Ni Qaisara mula sekolah bila?" Kata kak Mira
"Lusa rasanya. Esok pendaftaran dan lapor diri je. Qaisara bersyukur sangat kak Mira sudi terima Qaisara duduk satu rumah. Nanti Qaisara bayar sewa." kata Qaisara
"Eh tak pe lah. Akak pun dah lama sunyi juga dalam rumah tu. Kalau tak tiada siapa juga Akak nak berborak. Ni ada Qaisara mungkin riuh sikit kan." Kata kak Mira
"Hehe terima kasih. Eh Qaisara lupa nak hubungi mama dan papa Qaisara dah sampai dekat Paris" Kata Qaisara
"Ha telefon lah kesian mama dan papa mesti risau tu." Kata kak mira
Qaisara mengangguk kepalanya dan terus menghubungi mama dan papanya yang berada di Malaysia itu.
"Hello ma pa. Qaisara hanya mahu cakap Qaisara dah sampai Paris." Kata Qaisara
"Alhamdulillah. Rehat lah ye sayang." Kata mama
"Tu kamu duduk dalam kereta siapa tu?" Tanya papa
"Dalam kereta kawan Qaisara ni. Ni ha. Nama dia Mira. Tapi sebab dia sebaya kak Natasya jadi Qaisara panggil dia kak Mira." Kata Qaisara
"Ouh elok elok dekat tempat orang sayang. Belajar elok elok." Kata mama
"Baik ma. Kat Natasya mana?" Tanya Qaisara
"Entah tengah buat apa entah dalam bilik itu." Kata papa
"Okey lah mama papa. Qaisara dah sampai rumah ni. Selamat tinggal. Love you guys." Kata Qaisara
Mereka pun menamatkan video call Itu. Qaisara kelihatan senang jauh dari mama dan papanya tapi rindu akan pernagai kuat kacau kakaknya. Walau kerap bergaduh tetap akan rindu bila berjauhan.
Sampai sahaja di rumah kak Mira Qaisara terus solat dan mengemas pakaiannya. Dia juga mencari pakaian yang sesuai untuk masuk ke universiti esok.
Selepas memilih baju dia keluar dan lihat kak Mira berada di ruang tamu sedang menonton televisyen. Jadi Qaisara tanpa segan silu terus menyapa kak Mira
"Hi akak." Ujar Qaisara
"Eh Qaisara. Dah siap kemas baju ya. Nak makan ke? Tu ja atas meja akan ada masak sikit untuk awak." Kata kak Mira
"Alolo terima kasih kak. Akak sekolah dekat situ menarik ke?" Tanya Qaisara
"Okey je ajak rasa. Orang sini senang bergaul tak sombong. Akak suka." Kata kak Mira
"Ouh. Akan duduk dekat Paris ni berapa tahun lagi?" Tanya Qaisara
"Sampai bulan 4 tahun depan InshaAllah. Lepastu Akak nak balik Malaysia dah. Sudah lama Akak tak balik." Kata kak Mira
"Betul tu. Mesti Keluarga ajak rindu kan akak kan." Kata Qaisara
"Tu lah kan best boleh jumpa ibu akak tapi dah tak boleh jumpa dia dah." Kata kak Mira
"Ha? Kenapa? Ibu kak Mira pergi mana?" Tanya Qaisara
"Mak Akak dah lama tiada. Ayah Akak kawin lain. Adik akak pun di bawah jagaan ayah akak. Setiap hari akan menghubungi adik akak untuk tanya tentang dia. Alhamdulillah ibu tiri kami baik sahaja. Tak pernah dera." Kata kak Mira
"Sabar ye kak Mira. Allah uji sebab Allah sayang akak." Kata Qaisara
"Betul. OUH ya Qaisara boleh akak tengok pakaian kamu pakai esok?" Kata kak Mira
"Boleh kejap eh akan tunggu sini Qaisara pergi ambil kejap." Kata Qaisara
Qaisara pun masuk ke dalam biliknya dan terus mengambil baju yang dipilihnya untuk pakai esok hari dan tunjukkan kepada anak Mira.
"Akak. Baju ni sesuai tak? Tanya Qaisara
"Baju ni. Ermmm akak rasa tak. Ada tak baju yang lebih muslimah sikit. Macam tak sesuai baju macam ni terkoyak sana sini. Malulah orang luar tengok kita macam ni." Kata akak Mira
"Habis tu Qaisara nak pakai baju mana?" Tanya Qaisara
"Ha? pakai baju kurung. Nampak ayu comel semualah." Kata kak Mira
"Pakai baju kurung? Ala akan ni penat penat Qaisara beli baju ni. Kena pakai baju kurung." Kata Qaisara
"Yup. Semahal mana pun baju tu tapi tak patuh syariah tiada guna. Tak pe Qaisara perlahan perlahan berubah. Ni bawa baju kurung tak?" Tanya kak Mira
"Bawa sepasang." Kata Qaisara
"Okey. Kalau Qaisara tak cukup akak ada banyak. Qaisara boleh sahaja pinjam dari akak okey. Jangan malu." Kata kak Mira
"Baik akan. Terima kasih." Kata Qaisara
Selepas itu Qaisara masuk ke dalam biliknya dan mengambil baju kurung itu dan menggosok nya. Selepas itu dia solat dan terus tidur.
Pagi keesokan harinya, dia dan kak Mira pergi mencari kedai yang halal untuk makan pagi. Selepas habis makan barulah mereka berangkat ke universiti. Di situ Qaisara jumpa pelbagai jenis orang. Dia pun pergi mendaftar.
Selepas itu dia pun pergi mencari kelasnya. Qaisara berkenalan dengan kawan sekelasnya ketika itu. Dia berkenalan juga dengan seorang perempuan dari Malaysia. Tiba tiba sedang dia berkenalan dia lihat haris masuk ke dalam kelasnya.
Dia dan Haris hanya menjeling antara satu sama lain. Mereka juga seakan tidak percaya bahawa mereka akan duduk satu kelas.
Habis sahaja kelas mereka pun menunggu di kawasan yang disediakan. Qaisara menunggu kak Mira manakala Haris menunggu abangnya.
"Eh apahal kau satu kelas dengan aku?" Tanya Haris
"Entah. Kau lah tiru aku. Aku masuk aliran ni kau pun nak kan. Sibuk je." Kata Qaisara
"Eh tiada masa aku nak tiru kau. Kau tu pun aku tak kenal." Kata Haris
"Samalah. Aku juga tak kenal kau." Kata Qaisara
Tidak lama kemudian abang Faiz dan kak Mira datang ke arah mereka.
"Eh kak Mira jom lah balik." Kata Qaisara
"Ha okey jom. Bye Faiz." Kata kak Mira
"Tu lah bye Mira." Kata Faiz
Lalu masing masing pun masuk ke dalam kereta masing masing.
"Akak. Akak kenal ke dengan abang dia tu." Kata Qaisara
"Apa pula tak kenal. Kalau Qaisara mahu tahu dia kawan dengan akak dari sekolah menengah lagi. Kitaorang masuk sini pun sebab dah berbincang." Kata kak Mira
"Korang bercinta ke? Ke macam mana?" Tanya Qaisara
"Eh bukanlah kita orang sahabat. Ouh ya adik Faiz tu ke yang Qaisara selalu cerita kan tu." Kata kak Mira
"Haah. Abang dia nampak baik. Adik dia macam benda entah." Kata Qaisara
"Mungkin sebab korang baru kenal kot. Lama lama okey lah tu. Ni kita nak pergi jalan jalan okey. Akak nak bawa awak jalan jalan dekat Paris." Kata kak Mira
"Yey! Okey jom Qaisara pun tak pernah lagi jalan jalan dekat sini." Kata Qaisara
Lalu mereka pun bergerak ke Eiffel tower. Sampai di sana mereka pun berswafoto. Qaisara bergambar dan menghantar gambar itu di dalam grup whatssap keluarga.
Dia juga menghantar gambar itu ke dalam social media. Komen nya juga dibanjiri dengan kawan kawannya.
Wah bestnya!
Bercuti ke dekat sana?
Have fun holiday babe!
Dan pelbagai lagi komen lain. Qaisara geli hati membaca komen komen itu. Ketika dia sedang bermain telefon tiba tiba dia melihat notifikasi yang kekasih hatinya menelefon nya. Jadi tanpa membuang masa dia menjawab.
"Hi sayang dekat mana tu?" Kata Khairul
"I dekat Eiffel tower. Cantik gila dekat sini." Kata Qaisara
"Wah bestnya. I pun kalau boleh teringin sangat nak pergi sana." Kata Khairul
"Haha. Nanti I habis belajar kita boleh je datang sini Sama sama ataupun you datanglah sini melawat I." Kata Qaisara
"Kalau boleh I memang nak tapi tu lah sibuk sikit dekat sini." Kata Khairul
"Faham. Tapi kalau you rindukan I datang lah sini tau." Kata Qaisara
"You pun kalau rindu I datanglah Malaysia jumpa dengan i." Kata Khairul
Lalu mereka pun berborak. Tidak lama kemudian akak Mira datang dan mengajak Qaisara untuk pergi cari makan dan pulang ke rumah.
Selesai sahaja makan mereka pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah Qaisara terus menelefon mamanya.
(Video call)
"Hi maa. Buat apa tu mama?" Tanya Qaisara
"Ada ni tengah nak bersiap ada meeting dengan Tan Sri malam ni." Kata mama
"Oh papa mana mama?" Tanya Qaisara
"Mandi kot. Kenapa Qaisara nak borak dengan papa ke? Kalau nak mama boleh tolong panggilan papa." Kata mama
"Eh tak perlulah. Ni Qaisara baru balik. Tadi kan mama cari makan. Sedap gila makanan dekat sini." Kata Qaisara
"Ouh alhamdulillah. Kak Natasya tu kan sejak kamu tiada dia lah kena ambik alih tugas kamu. Tu dia stres Sikit tu." Kata mama
"Haha. Padan muka dia." kata Qaisara
"Padan muka pun kamu rindukan dia jugakan." Kata mama
"Sikit! Tak rindu sangat pun." Kata Qaisara
"Ye lah tu." Kata mama
"Tapi kan rindu lah dekat bebelan papa. Ma. Qaisara tengok jam dekat sini dah lewat selamat malam ma. I love you. Muah." Kata Qaisara
Selepas itu Qaisara masuk bilik air cuci kaki dan tidur. Keesokan harinya, Qaisara meminjam baju kak Mira kerana bajunya hanya sepasang. Lagikan baju kak Mira sudah tidak muat jadi kak Mira berikanlah kepada Qaisara.
Qaisara faham apa yang dimaksudkan oleh kak Mira kita kena tunjukkan pakaian tradisional kita walau di mana pun.
Selepas bersiap mereka masuk ke dalam kereta dan bergerak ke kedai makan dan makan pagi. Selepas habis makan pagi mereka pun pergi ke universiti tempat mereka belajar.
Masuk sahaja ke dalam kelas Qaisara terus buka buku nya. Sambil menunggu guru dia berborak dahulu dengan orang sebelahnya.
Qaisara tidak berasa kekok untuk berbual dengan orang sebelah kerana dia memang mahir dalam bahasa inggeris.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (158)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
3ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️
5d
0View All