Bab empat

Tidak lama kemudian haris pun tiba juga di kelasnya. Haris lalu di tepi Qaisara dan sengaja langgar botol air Qaisara sehingga jatuh. Nasib lah tidak pecah.
Qaisara bangun dan terus ambil botol itu. Dia terus tarik dan hembus nafas. Dia tidak mahu marah marah Haris di dalam kelas apalah orang situ lihat mereka berdua bergaduh.
Jadi selepas itu mereka tunggu sahaja guru masuk. Mereka pun belajar. Habis sahaja kelas sambil menunggu orang mereka pun duduk di kawasan menunggu.
Qaisara pun datang dekat Haris dan tolak beg Haris tetapi sayangnya tidak jatuh.
"Apahal tolak beg aku." Kata Haris
"Aku nak balas balik sebab dalam kelas tadi kau tolak botol aku. Nasib tak pecah tahu tak?" Kata Qaisara
"Jadi? Ingat aku kisah ke? Kau kan kaya apalah sangat botol air. Kau boleh beli baru kan." Kata Haris
"Tu duit bapak aku bukan aku." Kata Qaisara
Tiba tiba telefon Haris berdering apabila di buka rupanya Nini mahu video call.
"Hi sayang. I dekat sekolah lagi ni tengah tunggu abang I." Kata Haris
"Ouh. You dengan siapa tu? Awek baru you ke?" Kata Nini
Qaisara terkejut apabila dia dituduh sebagai kekasih baru mamat yang paling dibenci oleh nya. Dia pun bisik di dalam hati "Aku.. Ha.. Aku jadi kekasih Mamat ni. Eee jijik."
"Mana ada lah sayang. Entah minah mana." Kata Haris
"Ouh I ingatkan orang Paris. Sebab dia nampak cantik betul." Kata Nini
"Eh perempuan ni cantik mata you rabun kot sayang." Kata Haris
Qaisara terdengar Nini pujinya lalu dia berbisik lagi "Walaweh awek kau pun puji aku cantik hihi."
"Haha okey lah sayang. I ada kerja ni. Enjoy your study at Paris ye." Kata Nini
"Okey love you." Kata Haris
Qaisara pun membuat muka seolah olah mahu termuntah dengan perbualan itu. Tidak lama kemudian ajak Mira dan abang Faiz tiba di situ.
"Mira jom pergi jalan jalan nak kau follow aku je." Kata Faiz
"Boleh. Aku bawa adik angkat aku ni sekali tau nama dia Qaisara." Kata kak Mira
"Boleh jom lah." Kata faiz
Kak Mira dan Qaisara dan hanya ikut sahaja kereta abang Faiz. Mereka berjalan jalan ke pintu Alexander.
Mereka parking di tepi jalan dan jalan kaki untuk di atas jambatan itu. Tempat itu sangat menarik
"Wah! Cantiknya akak tempat ni." Kata Qaisara
"Kan. Faiz tu selalu bawa akak pusing pusing Paris. Sebab ada kamu berdua kami tak boleh lah naik sebuah kereta." Kata kak Mira
"Hihi. Tu lah tu. Tapi tak pe lah. Korang pun kan nak merasa juga keindahan tempat ni." Kata abang Faiz
"Faham. Abang nak Haris bantu angkat swafato abang ke?" Tanya Haris
"Eh tak perlulah. Kamu pergilah jalan jalan dengan Adik angkat Mira ni. Abang nak pergi jalan jalan dengan Mira kejap " Kata abang Faiz
"Betul tu. Korang gi lah jalan jalan. Kami nak berjalan berdua." Kata kak Mira
Belum sempat Haris dan Mira mahu membalas apa apa abang Faiz dan kak Mira pergi meninggalkan mereka berdua sahaja di situ. Mereka berdua pun terkebil kebil tidak tahu membuat apa.
"Kita nak buat apa ni dekat sini?" Tanya Qaisara
"Mana lah aku tahu. Nak buat apa ni." Kat Haris
"Kau ada awek kan. Kau telefon lah awek kau." Kata Qaisara
"Malas aku. Dia tengah kerja kot. Entahlah sekarang kat Malaysia dah pukul berapa eh?" Tanya Haris
"Eh! Tak pe lah jom lah lepak dekat kedai berdekatan sini. Daripada tak tahu mahu lepak dekat mana kan." Kata Qaisara
"Boleh juga. Aku pun tak tahu nak buat apa." Kata Haris
Mereka pun cari kedai berdekatan situ. Tanpa sedar ketika mereka berbual abang Faiz menangkap swafato itu dan mengirimkan terhadap papa dan mama Haris.
"Bagus Faiz teruskan. Jangan hancurkan plan kita." Mesej papa
"Betul tu. Buat sampai jadi plan kita tau." Kata mama
"Okey mama. Dengan pertolongan kawan faiz adik akan bersatu dengan Qaisara. Mama dan papa jangan risau tau." Mesej Faiz
Lalu Mira dan Faiz pun pandang satu sama lain sambil tersenyum. Mereka pun menangkap swafato sama sama.
Di rumah mama dan papa Qaisara,
"Awak tengok ni cantik betul kan anak kita ni." kata papa
"Betul tu. Harap dia okey lah plan ni. Saya harap sangat dia dapat kahwin dengan Haris tu." Kata mama
"Tu lah. Saya ni kan akan buat apa sahaja janji Qaisara tu dapat kawin dengan Haris." Kata papa
Di kafe,
Beberapa minit menunggu di situ mereka juga sudah habis minum jadi mereka mahu bangun untuk pergi bayar.
"Eh tak mengapalah aku bayarkan. Kau pergilah dahulu." Kata Haris
"Betul ke ni. Okey. Terima kasih." Kata Qaisara
Haris pun angguk kepalanya. Selepas itu mereka berdua dua sama Bergerak semula ke jambatan itu. Mereka lihat kak Mira dan abang Faiz masih lagi berswafoto.
"Akak lambat lagi ke? Qaisara dah penat. Badan dah berpeluh. Solat asar pun belum lagi ni." Kata Qaisara
"Ouh! Faiz jumpa lagi esok. Esok semua tiada kelas kan." Kata kak Mira
"Haah" Kata Haris dan Qaisara serentak
Mereka pun pandang satu sama lain dan berjalan ke arah kereta. Kak Mira dan abang Faiz tersenyum sahaja. Sampai sahaja di rumah masing masing penat jadi mereka mandi dan terus solat asar.
Lepastu masing masing lepak di dalam bilik. Abang Faiz ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik Haris ketika Haris sedang bermain komputer.
"Woi ris. Kau sibuk ke?" Kata Faiz
"Tiada ah buzy sangat bang. Kenapa tu bang?" Kata abang Haris
"Nak tanya kamu dekat Malaysia tu dah ada awek ke? Bukan apa. Kamu tak rasa Qaisara tu cantik ke. Abang tengok macam sesuai gila dengan kamu." Kata abang Faiz
"Qaisara? Minah tu? Eee tak mahu lah nanti hari hari kena bebel. Lagipun sebenarnya haris dah ada kekasih hati. Nama dia Nini." Kata Haris
"Ha? Mama dan papa tahu ke?" Kata abang Faiz
"Tak. Kalau mama dan papa tahu. Haris takut mama dan papa marah sahaja." Kata Haris
"Berapa lama dah kamu bercinta dengan dia? Ish kamu ni. Tak baik tau membelakangi mama dan papa. Apa apa kena bincang dahulu." Kata abang Faiz
"Ye Haris tau lah abang. Tapi Haris betul betul sayangkan dia. Haris ingat nak melamar dia bila habis belajar." Kata Haris
"Entah lah Haris. Tapi apa apa Haris nak Haris harus bincang dengan mama dan papa dahulu tau. Restu keluarga tu paling penting dalam hidup ni. Ingat tu!" Kata abang Faiz
Lalu abang Faiz pun keluar dari bilik itu. Haris terus termenung. Sebenarnya dia seperti setuju dengan apa dikatakan oleh abangnya itu. Tetapi dia takut untuk memberi tahu.
Dia pun bertekad menelefon Nini. Tapi sayangnya Nini tidak menjawab. Haris berfikir positif mungkin sana dah lewat malam atau dah cerah masa kerja. Haris pun tidur.
Keesokan harinya, haris dan Qaisara ikut sahaja di mana kak Mira dan abang Faiz mahu membawanya. Sejujurnya mereka juga tidak tahu bahawa mereka akan dibawa ke mana.
Sampai sahaja di suatu lokasi. Qaisara lihat tempat itu sangat cantik. Tempat ini seperti di dalam mimpinya sahaja. Mereka pergi ke lorve piramid.
"Eem Haris. Boleh tak bantu angkat kan gambar saya. Please!" Kata Qaisara sambil mengenyit mata
"Fine meh lah aku tolong. Perempuan kan." Kata Haris
"Yey!" Jerit Qaisara
Lalu Haris pun bantu mengambil swafato Qaisara. Qaisara juga bantu mengambil swafato Haris. Kak Mira dan abang Faiz senyum melihat itu.
Mereka berdua juga mengambil swafato bersama. Qaisara amat kagum dia tidak sangka Haris pandai juga mengambil swafato.
"Wah! Terima kasih Haris. Not bad! Pandai kau ambil gambar." Kata Qaisara
"Eh mana ada biasa sahaja. Aku ni lelaki serba boleh lah. Apa lah sangat ambil gambar kau. Kecik punya hal lah " Kata Haris
"Okeh. Heheh. Jangan kembang hidung sangat nyah." Kata Qaisara
Apabila lihat Qaisara tertawa Haris bisik di dalam hati "Cantik juga minah ni. Eh Haris kau jangan lupa kau ada awek dekat Malaysia tu."
Habis sahaja swafato mereka pergi ke arah Kak Mira dan abang Faiz. Mereka pun mengambil swafato berempat. Penat sahaja swafato di situ mereka pergi cari kedai makanan halal berhampiran.
Perempuan kan di mana sahaja amat gemar mengambil gambar. Faiz dan Haris amat sabar menunggu Qaisara dan Mira mengambil gambar semua foto makanan itu.
Selepas selesai barulah mereka makan dengan berselera sekali.
"Lepas ni nak pergi mana pula Faiz?" Kata Mira
"Entah aku pun tak tahu. Aku ikut kau sahaja. Qaisara dan Haris ada nak pergi mana mana ke?" Kata abang Faiz
"Entah lah bang. Haris tak kenal sangat tempat menarik di sini." Kata Haris
"Qaisara? Qaisara ada nak pergi mana mana ke dekat Paris ni. Boleh pergi hari ini. Korang awal lagi tiada lah sibuk sangat kan dengan kelas nanti lama lama sibuk susah dah mahu keluar berjalan." Kata abang Faiz
"Betul juga tu. Qaisara rasa nak pergi tempat tempat Disney menarik dekat sini. Boleh tak abang Faiz dan kak Mira." Kata Qaisara
"Boleh tu boleh kita balik mandi dan solat dahulu malam baru cantik dan menaik nak pergi tempat tempat macam tu. Okey Faiz dan Haris. Saya sumpah penat sangat." Kata Mira
"Okeh boleh. Kira balik rehat, mandi dan solat dahulu lepasni kita jumpa balik okey." Kata Faiz
Selepas itu mereka pun pulang ke rumah masing masing. Sampai sahaja dir yang mereka pun buatlah. Selepas itu Qaisara pun melihat semuak semua gambar tadi.

Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters