Homepage/Jodoh dari langit/
Bab lima
Selepas itu Qaisara pun bersiap untuk pergi ke Disneyland. Sudah lama Qaisara teringin mahu pergi ke situ.
Dia pakai pakaian yang sangat cantik. Selepas bersiap Qaisara dan kak Mira pun masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke Disney.
Kak Mira dan abang Faiz berjanji untuk berjumpa terus di Disneyland. Tidak perlu tunggu satu sama lain.
Sepanjang perjalanan Qaisara pun membuat live untuk ditujukan kepada pengikut di laman sosialnya. Tanpa sedar kekasih hatinya itu juga masuk ke dalam livenya.
"Qaisara buat live ke tu?" Tanya Kak Mira yang sedang memandu
"Haah akak. Hihi." Kata Qaisara
"Okey jangan nampak muka akak tau." Kata kak Mira
"Faham kak. Okey lah guys bye see you next Time." Kata Qaisara sambil menutup livenya
Beberapa minit kemudian mereka tiba di lokasi iaitu Disneyland. Qaisara terkejut melihat ramai betul orang di situ. Pelbangai bangsa ada. Dia seakan tidak percaya dia dapat jejakkan kaki di situ.
Qaisara pun berjalan sambil memegang tangan Kak Mira. Mereka pergi mencari Haris dan abang Faiz dahulu. Selepas jumpa mereka berempat pun jalan bersama sama
Mereka pun masuk ke dalam. Cantik sangat tempat itu. Mereka berempat banyak menangkap swafato bersama sama.
"Qaisara Haris duduk lah berdua kami nak tangkap gambar ni." Kata abang Faiz
"Ala malu lah abang." Kata Qaisara
"Cepat Lah. Adui korang ni tak payah nak malu malu sangat lah." Kata kak Mira
"Ye lah." Kata Faiz
Mereka berdua pun bergambar dengan maskot yang berada di situ. Selepas itu mereka jalan jalan lagi di tempat itu.
Seperti mimpi sahaja. Mereka juga ada naik roller coaster. Haris dan Qaisara dipaksa duduk bersebelahan.
Turun sahaja baru mereka perasan mereka dan kak Mira abang Faiz dan berpecah.
"Eh mana kak Mira dan abang Faiz ni." Kata Qaisara
"Tu lah tu jap aku telefon abang Faiz. Manalah mereka berdua ni." Kata Haris
Haris cuba menghubungi tetapi tidak dijawab. Berkali kali Haris cuba menghubungi tetapi sama tidak dijawab.
"Adoi abang Faiz tak jawab lah. Cuba awak telefon kak Mira pula." Kata Haris
"Samalah dia pun tidak jawab. Adoi macam mana ni. Kita nak buat apa ni." Kata Qaisara
"Okey macam ni. Ni no telefon saya. Awak cari belah sana saya cari belah sini. Nanti dah jumpa hubungi satu sama lain. Meh no fon awak." Kata haris
Mereka pun bertukar nombor telefon di situ. Selepas itu mereka masing masing pun berpecah. Setelah beberapa minit mereka masing tidak jumpa. Mereka pun bertekad hubungi semula. Haris pun menghubungi Qaisara.
"Awak. Awak dekat mana." Kata Haris
"Eh Jap. Saya nampak awak. Meh tengok sini. Belakang awak." Kata Qaisara
"Ouh okey. Saya nampak awak. Jap." Kata Haris
Mereka pun berlari dan bersemuka. Mereka terpanah menatap mata masing masing. Tidak lama kemudian kak Mira dan abang Faiz sergah dari belakang.
"Woi" Jerit abang Faiz
"Eh ya Allah. Abang Faiz dan kak Mira pergi mana?" Kata Haris
"Betul tu korang pergi mana? Penat kitaorang cari akal dan abang." Kata Qaisara
"Kami ada je. Jalan jalan. Siapa suruh korang cari kami." Kata kak Mira
"Entah. Kami suruh korang enjoy je." Kata abang Faiz
"Eem. Akak abang jom lah balik. Qaisara penat." Kata Qaisara
"Alolo adik akak ni dah penat jom lah cari kedai makan jap. Lepastu kita balik terus okey." Kata kak Mira
"Betul juga jom." Kata abang Faiz
Mereka pun masuk kereta dan cari kedai yang menarik di situ. Yang paling penting halal. Habis sahaja makan mereka pun bergerak pulang ke rumah.
"Qaisara nak tahu tak abang Faiz tu baik sangat. Kereta ni pun dia bayarkan tau. Cash lagi. Tak pelik rezeki dia luas." Kata kak Mira
"Ouh baiknya. Dia kerja apa akak." Kata Qaisara
"Dia buat bisnes sendiri dalam online je. Tak silap akal Haris pun kerja bawah dia juga. Masing masing minat kan." Kata kak Mira
"Faham." Kata Qaisara
Beberapa minit kemudian mereka pun tiba di rumah. Haris pun masuk ke dalam biliknya dan membuka komputer nya. Tiba tiba dia teringat apa yang berlaku di Disneyland tadi.
Dia pun berbisik seorang diri "Kenapa aku rasa dia comel eh. Aku dah mula jatuh cinta dekat dia ke? Eh Haris kau kena ingat kau dah ada kekasih kalau kau suka dia kekasih kau nak campak mana?"
Haris pun ketuk kepalanya sendiri. Dia pun sambung melakukan kerjanya. Sementara itu, Qaisara juga teringat akan kejadian yang berlaku itu.
Qaisara pun tersenyum sambil berkata seorang diri "Ya Allah hensemnya dia punya muka cuak. Kalau lah aku masih tak berpunya. Eh! Kau kena ingat Qaisara dia panggil kau kuat bebel. Tapi benda tu betul"
Selepas itu masing masing pun tidur. Keesokan harinya selepas sahaja mandi Haris pun lihat Semual gambar yang ditangkap semalam. Dia terlihat pada gambar yang ada mereka berdua sahaja.
Haris tersenyum melihat gambar itu. Tiba tiba abang Faiz sergah dari luar.
"Woi kau tengok apa tu?" Kata abang Faiz
"Eh abang ni. Tak reti reti nak ketuk pintu ke? Tiada apa pun sajer mahu lihat semula gambar gambar semalam." Kata Haris
"Ye ke entah entah tengah tengok gambar Qaisara siapa tahu kan?" Kata abang Faiz
"Ish mana ada lah bang. Jom lah bergerak ke universiti dah kan." Kata Haris
Abang Faiz angguk dan haris terus bangun dan pergi ke dalam kereta. Abang Faiz pun berkata "Tidak mengapa tak tahu mahu mengaku abang tahu je."
Lalu mereka pun bergerak universiti. Mereka pun belajar seperti biasa. Habis sahaja kelas seperti biasa mereka akan tunggu di ruang menunggu.
"Uit. Terima kasih bantu tangkap gambar aku semalam." Kata Qaisara
"Alah takde hal pun. Cantik kan aku tangkap gambar kau." Kata Haris
"Boleh lah. Takde lah teruk sangat. Okey okey je. Hihi." Kata Qaisara
"Okey lah kalau kau suka. Ouh ya aku tak pernah tengok pun kau video call dengan boyfriend kau." Kata Haris
"Dia sibuk sikit katanya. Tapi entahlah. Aku pernah dengan orang cakap. Walau jauh pun kita hanya perlu percayakan sahaja pasangan kita kan." Kata Qaisara
"Betul. Aku setuju dengan apa yang kau cakap tu. Tapi kadang kadang mesti ada juga kan overthinking. Takkan kau tak pernah langsung." Kata Haris
"Entah lah Haris. Aku percayakan dia seratus peratus. Aku tak suka di tuduh jadi aku takkan menuduh orang. Itu prinsip hidup aku." Kata Qaisara
"Faham. Aku juga sama. Ha tu abang Faiz dan kak Mira dah sampai." Kata Haris
Mereka pun pulang ke rumah masing masing. Sampai sahaja di rumah mereka semua makan Maggi sahaja sambil menyiapkan tugasan mereka masing masing.
Malam itu Haris lihat ada panggilan dari Nini jadi dia terus menjawab panggilan itu
"Hi awak buat apa tu?" Kata Nini
"Tak buat apa pun. Susah betul nak hubungi you semalam." Kata Haris
"Haah I sibuk gila semalam. Ni pun baru ada masa nak buka fon tengok ada hubungi dari you. Maaf ye sayang." Kata Nini
"I tahu lah I duduk jauh pun you bukan rindu I pun. Entah entah sayang I pun dah tak kan." Kata Haris
"Alolo you nak I pujuk ke. Janganlah merajuk baby. Nanti I free I pergi Paris ya. Kita jalan sama sama." Kata Nini
"Janji tau sayang. I rindu you sangat sangat. kalau boleh hari ni juga i nak jumpa you tapi tu lah. Now pun I mula busy dengan class." Kata Haris
"Faham. Sayang tak care tau. I harap you cepat habis study. Apa apa you call I okey. love you." Kata nimi
Tamatlah panggilan itu. Tanpa disedari abang Faiz terdengar perbualan Haris itu. Jadi dia pun mengetuk pintu bilik Haris. Selepas Haris berkata "masuk" dia terus masuk.
"Cakap dengan siapa tadi?" Tanya abang Faiz
"Dengan buah hati Haris lah." Kata haris
"Nini ke? Mana abang nak tengok gambar dia. Apa yang hebat sangat dia sampai buat adik abang jatuh cinta." Kata abang faiz
Haris pun mencari gambarnya dengan Nini dan menunjukkan gambar itu kepada abang Faiz.
"Ni ke Nini? Tiada lah cantik mana pun kalau dibandingkan dengan Qaisara. Qaisara more better." Kata abang Faiz
"Mungkin tu bagi abang. Minat orang lain berbeza abang." Kata Haris
"Dah bagitau mama dan papa belum. Bukan abang dah pesan suruh minta restu dari mama dan papa dahulu ke." Kata abang Faiz
"Haris belum bersedia lagi lah abang. Nanti haris dah sedia haris janji Haris sendiri bagitau pada mama dan papa." Kata haris
"Faham. Abang juga tidak mahu memaksa kamu. Abang tahu kamu pun sudah dewasa. Kamu layak memilih siapa sahaja untuk menjadi bidadari syurga kamu." Kata abang Faiz
Abang Faiz pun keluar dari bilik itu. Haris berfikir "Aku ada salah cakap ke eh? Salah ke kalau aku nak cari pasangan sehidup dan semati dengan aku sendiri"
Sudah beberapa hari abang Faiz tidak mahu berbual dengan Haris. Dia akan balik dan membawa makanan sahaja buat adiknya. Kerap keluar. Haris tau pasti abangnya keluar untuk berjumpa dengan kak Mira.
Tapi apabila pulang juga abangnya seakan tidak mahu melayannya. Jika dia mahu keluar dia akan menghubungi grab sahaja. Dia akan berjalan jalan dengan grab.
Sehingga satu hari Haris sudah tidak tahan jadi dia beranikan diri untuk pergi ke abangnya ketika abangnya sedang menonton televisyen.
"Abang Haris nak tanya. Haris ada alah cakap dengan abang ke?" Kata Haris
"Eh mana ada Haris kan dah besar. Haris kan layak buat apa sahaja." Kata abang Faiz
"Maksud abang?" Kata haris
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (158)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
3ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️
5d
0View All