Bab enam

"Tiada apalah." Kata abang Faiz
Abang faiz pun terus bergerak masuk ke dalam bilik. Sesudahnya Haris tetap tidak tahu kenapa abangnya merajuk. Haris pun cuba menelefon Qaisara manalah tahu Qaisara tahu cara pujuk seseorang. Lagikan Qaisara seorang perempuan.
Qaisara pun menjawab panggilan Haris ketika itu.
"Ya ada telefon saya tu Haris." Kata Qaisara
"Qaisara ada cara tak nak pujuk seseorang." Tanya Haris
"Kenapa awak gaduh dengan kekasih hati awak ke? Ke dengan siapa ni?" Kata Qaisara
"Entah lah. Saya pun tak tahu kenapa tiba tiba sahaja abang Faiz tu merajuk dengan saya." Kata Haris
"Okey macam ni. Esok masa dalam kelas sambil madam tak masuk saya bagitau awak okey." Kata Qaisara
"Baiklah. Apa apa tolong tau." Kata Haris
Selepas itu masing masing pun menamatkan panggilan. Qaisara terus berfikir cara untuk bantu Haris. Apalah salahnya bantu sebagai seorang kawan.
Keesokan harinya, sampai sahaja di universiti mereka pun duduk bersebelahan.
"Okey macam ni. Cuba awak pergi dekat abang awak minta maaf sahaja. Walaupun awak rasa tu bukan salah awak. Lepastu bagilah apa sahaja hadiah yang mungkin awak rasa abang awak suka. Saya cuba cara ni dekat papa saya." Kata Qaisara
"Boleh tahan juga idea awak tu. Balik nanti teman saya ya. Kita naib grab." Kata Haris
"Boleh tu boleh tapi saya kena chat kak Mira dahulu. Awak pun chat lah abang awak dulu takut dia risau pula." Kata Qaisara
"Betul juga jap saya chat abang Faiz. Ouh ya Qaisara saya minta maaf juga dengan awak jika ada salah dengan awak." Kata Haris
"Saya pun sama Haris. Sekarang kita dah boleh jadi kawan." Kata Qaisara
Masing masing pun angguk kepala. Mereka pun chat tukang hantar masing masing. Selepas itu mereka belajar seperti biasa.
Habis sahaja kelas mereka pun pergi mencari hadiah. Kak Mira dan abang Faiz juga keluar bersama sama.
Kak Mira dan abang Faiz lepak di sebuah kafe. Mereka pun berbual di situ.
"Awak rasa rancangan kali ini berjaya ke?" Tanya abang Faiz
"InshaAllah. Saya percaya dia akan cari Qaisara. Tengok tadi kan Qaisara chat saya dia nak keluar dengan Haris." Kata kak Mira
"Betul juga kata awak. Haris pun ada chat saya dia kata nak keluar dengan Qaisara." Kata abang Faiz
"Sebab Qaisara je akan teman dia. Mereka mana ada kawan lain dah dekat sini." Kata kak Mira
"Okey. Kita akan tetap teruskan kita punya rancangan." Kata abang faiz
Sementara itu Qaisara dan haris pergi ke kedai pakaian. Qaisara dan haris pun membeli baju yang lawa lawa. Sambil membeli pakaian hadiah untuk abang Faiz. Mereka juga pilih untuk diri mereka sendiri.
Selepas selesai mereka lepak di sebuah kafe yang agak terkenal di Paris.
"Terima kasih ya Qaisara sudi teman cari hadiah untuk pujuk abang Faiz." Kata Haris
"Alah hal kecik je lah. Lagipun awak tanya saya tak salah saya tolong kan." Kata Qaisara
"Jadi sekarang kita dah jadi kawan." Kata Haris
"Mungkin lebih kurang macam tu lah. Alah sampai bila kita nak gaduh kan pusing pusing jumpa kau juga." Kata Qaisara
"Ada betul juga apa kau cakap. Buat apa kita nak gaduh macam budak budak. Kita intro semula okey. Hi nama aku Haris." Kata Haris
"Hi nama aku Qaisara. Hahaha lawak dho macam budak darjah satu. Dah lah cepat minum lepastu kita balik nanti mereka berdua risau." Kata Qaisara
"Betul tu jom lah cepat makan." Kata Haris
Lalu mereka pulang dengan menaiki grab yang berlainan. Sampai sahaja di rumah Haris lihat abangnya sedang makan di ruang tamu
"Lambat balik. Kamu keluar ke mana sahaja dengan anak dara orang tu." Kata abang Faiz
"Dekat dekat sini je. Abang nah hadiah tanda minta maaf dari Haris." Kata Haris
"Sejak bila kamu pandai beli hadiah untuk abang ni. Selama abang hidup tak pernah pun kamu bagi abang hadiah ni. Macam pelik." Kata abang Faiz
"Hihi Qaisara yang ajar. Haris pun tak pernah juga belikan hadiah untuk orang ni." Kata Haris
"Dah kawan ke dengan Qaisara." Kata abang Faiz
"Begitulah kira kira. Abang betullah abang kata dia baik orangnya." Kata Haris
"Baguslah. Kan abang dah cakap dia memang baik. Abang kenal dia dari dia kecil lagi kalau kamu mahu tahu." Kata abang Faiz
"Ha? Macam mana abang kenal dia?" Kata Haris
"Dulu masa kami kecil kecil kamu selalu sahaja bermain dengan dia kerap lagi. Abang selalu disuruh oleh papa untuk tengokkan kamu berdua. Tapi sejak masuk sekolah menengah masing masing sibuk kan jadi kamu dah lama tak jumpa sampailah habis sekolah." Kata abang Faiz
"Aik jadi?" Kata Haris
"Yup abang dan kak Mira yang bantu apply kan untuk kamu berdua. Tapi dari arahan mama dan papa Qaisara dan kita sendiri." Kata abang Faiz
"Ouu sekarang Haris faham. Sebenarnya hari pun pelik pada awalnya bila dapat masuk sedangkan Haris tiada apply apa pun." Kata Haris
Lalu Haris pun masuk ke dalam biliknya. Dia pun termenung dan teringat akan Qaisara. Tiba tiba telefon nya berdering.
(Perbualan Nini dan Haris)
"Hello ayang. I miss you." Kata Nini
"Atoto kenapa ni. Tiba tiba je call I cakap begitu." Kata Haris
"Tiada apalah I tiba tiba je teringatkan you." Kata Nini
"Ye ke. Sabar ye I duduk sini dua tahun lebih je lagi." Kata Haris
Selepas itu mereka pun menamatkan panggilan. Dua minggu kemudian, mereka sudah mula terbiasa hidup di Paris. Mereka melalui peperiksaan juga. Tiba tiba abang Faiz dan Kak Mira ajak Qaisara dan Haris keluar dalam sebuah kereta.
Sampai sahaja di restoran mereka pun pelik.
"Abang akak kita buat apa dekat sini. Takkan nak makan sahaja." Kata Qaisara
"Sebenarnya kami ada benda penting nak bagitau kamu berdua." Kata kak Mira
"Ha? Apa benda penting sangat tu?" Kata Haris
"Biar I bagitau. Okey macam ni abang dan kak dah habis belajar dah mula minggu depan kami dah graduasi." Kata abang Faiz
"Jadi?" Kata mereka berdua
"Jadinya kamu berdua akan tinggal berdua sahaja di sini. Kami akan bergerak dan berehat di Malaysia." Kata kak Mira
"Apa? Cepatnya. Bukan kak Mira kata haritu lain ke?' Kata Qaisara
"Ye akak sengaja nak sejukkan hati awak. Pasal rumah dan kereta tu Qaisara boleh sahaja guna dahulu sehingga habis belajar. Jadi Qaisara jangan risau okey. Nanti akan tukar nama." Kata kak Mira
"Habis tu kami macam mana?" Tanya Haris
"Ala korang bukannya budak sekolah lagi. Kamu berdua tu dah besar kenalah belajar hidup berdikari." Kata abang Faiz
"Ala akak dan abang tak payah lah balik lagi. Tunggulah kami pula sehingga kami habis belajar." Kata Qaisara
"Qaisara kamu tahu kan pasal keluarga akak. Ajak kena balik tengok adik adik akak." Kata kak Mira
"Abang pun sama. Abang dah lama tak jumpa mama dan papa. Abang nak buka syarikat sendiri dekat sana." Kata abang Faiz
"Ala buat lah syarikat dekat sini sahaja." Kata Qaisara
"Susah lah Qaisara nak buka syarikat dekat sini. InshaAllah one day slow slow. Abang nak kembang kan bisnes abang di Malaysia dulu lepastu slow slow kita bawa masuk Paris dan negara lain juga." Kata abang Faiz
"Faham kan kamu berdua." Kata kak Mira
"Faham tapi tak ready." Kata Qaisara
"Betul tu. Mesti tak menarik dah lepas ni." Kata Haris
"Ala adik kan dah besar. Abang percaya kamu berdua boleh belajar hidup berdikari." Kata abang Faiz
Lalu mereka pun makan dan minum di kafe itu. Selepas itu mereka terus pulang ke rumah masing masing. Qaisara terus berubah riak muka selepas itu.
Dia sebenarnya sangat tidak suka kalau kak Mira mahu tinggalkan dirinya. Dia takut untuk tinggal seorang diri. Dari dia masih kecil dia anak yang manja.
Keesokan harinya Qaisara diam sahaja dari pergi ke universiti sampai balik. Sampai di rumah juga Qaisara hanya terperap di dalam bilik.
Kak Mira juga pelik melihat Qaisara. Sebelum ini Qaisara seorang yang happy go lucky tapi tiba tiba sahaja diam.
Hari demi hari tibalah hari weekend dan beberapa hari lagi sebelum kak Mira dan abang Faiz graduasi dan bakal meninggalkan mereka berdua di sana.
Kak Mira mengetuk pintu bilik Qaisara. Apabila Qaisara beri masuk kak Mira pun masuk ke dalam bilik dan lihat Qaisara sedang membaca buku.
"Qaisara akak ada buat salah ke?" Kata kak Mira
"Mana ada. Just tiada mood." Kata Qaisara
"Qaisara akak tahu ni mesti pasal akak bakal balik Malaysia dah kan. Ye akak dah janji nak teman
awak tapi ni bukan kehendak akak. Akak hanya nak awak belajar hidup berdikari." Kata kak Mira
"Apa maksud akal hidup berdikari?" Kata Qaisara
"Maksudnya Qaisara hidup seorang diri. Sebelum ini ada akak dan abang Faiz yang selalu bawa awak keluar. Jalan jalan apa semua. Kamu boleh ke mana sahaja tanpa kami. Bebas." Kata kak Mira
"Tapi Qaisara tak biasa. Kak Mira kenal kan Qaisara macam mana. Dari dulu hidup bawah jagaan mama dan papa. Sampai sini Qaisara terima sekolah sini sebab akak je tahu." Kata Qaisara
"Qaisara tak boleh begitu sayang. Qaisara kena fikir diri sendiri dahulu. Akak minta maaf lah kalau ada salah dengan kamu. Tapi akak harap awak faham ajak juga." Kata kak Mira
"Hmm. Baiklah Qaisara faham akak. Maaf kan Qaisara akak." Kata Qaisara sambil peluk kak Mira
"Atoto comel adik akak ni. Jadi datang tau ajak graduasi. Ajak nak juga bergambar dengan kamu. Jadikan kenangan." Kata kak Mira
"InshaAllah kak. Mestilah." Kata Qaisara





Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters