Bab tujuh

Hari demi hari tibalah hari di mana graduasi kak Mira dan abang Faiz. Mereka berempat berswafoto bersama.
Kak Mira sudah anggap Qaisara seperti adik kandungnya sendiri. Sedang mereka mengambil swafato tiba tiba Qaisara mendapat panggilan tanpa membuang masa dia lari jauh daripada orang dan menjawab panggilan itu.
"Ye ada apa awak telefon saya ni." Kata Qaisara
"Awak sibuk ke? Saya rindu awak lah." Kata Khairul
"Awak sekarang masa tak sesuai nanti saya telefon awak balik okey." Kata Qaisara
Selepas itu Qaisara off telefonnya. Selepas itu dia lari semula ke arah kak Mira, abang Faiz dan Harris.
"Cepatlah Haris dan Qaisara berdiri sebelah sebelah mesti comel." Kata abang Faiz
"Hahaha betul tu comel." Kata kak Mira
Mereka senyum dan iakan sahaja. Mereka berdiri sebelah sebelah dengan malu sekali.
"Dah ke?" Tanya mereka serentak dengan nada Malu
"Dah atoto comelnya korang. Faiz nanti hantarlah gambar gambar tu dekat saya sikit. Nak buat jadi kenangan." Kata kak Mira
"Qaisara nanti teman akak pula hantar akak dekat airport ya." Kata kak Mira lagi
"Macam tak percaya secepat ni dah akak nak tinggalkan Qaisara." Kata Qaisara
"Betul tu bang. Cepatnya abang nak tinggalkan Haris." Kata Haris
"Haris kau tu anak jantan. Kena belajar hidup berdikari. Nanti dah kawin ada anak isteri macam mana? Takkan nak duduk bawah ketiak abang, mama dan papa lagi adoi." Kata abang Faiz
"Ala. Tapi tak rasa cepat sangat. Abang dan ajak duduk lah dulu sini seminggu lagi." Kata Qaisara
"Tak boleh lah Qaisara akak dah janji dengan adik adik akak." Kata Qaisara
"Betul tu. Abang pun sama dah janji dengan mama dan papa abang kena balik." Kata abang Faiz
"Baiklah kami redha." Kata mereka berdua serentak
Qaisara dan Haris masuk semula ke dalam kelasnya manakala abang Faiz dan Qaisara teruskan mengambil swafato.
Hari demi hari tibalah hari di mana mereka dah perlu pulang ke Malaysia. Mereka berempat naik sebuah kereta sahaja ke airport.
"Qaisara. Nanti jangan nakal nakal tau. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye sayang." kata kak Mira sambil salam tangan Qaisara
"Adik pun sama jangan nakal nakal. Kalau rindu kan abang telefon sahaja nanti. InshaAllah abang jawap. Qaisara dan Haris jaga diri baik baik ya. Belajar elok elok nanti cepat graduasi." Kata abang Faiz
"Baik abang. Abang dan akak jaga diri ya. Love you guys." Kata Qaisara
"Akak pun sayang awak adik." Kata kak Mira
Abang Faiz angguk kepalanya. Selepas itu kak Mira dan abang Faiz pun berjalan dengan menolak beg bargasi ke dalam kapal terbang. Mereka pun melambai tangan.
Selepas selesai menghantar mereka haris pun memandu kereta dan pergi makan bersama sama Qaisara di sebuah kafe biasa mereka makan.
Sedang mereka makan tiba tiba kedua kedua keluarga telefon serentak jadi mereka pun menjawab panggilan itu
(Qaisara dan keluarga)
"Hello anak mama dan papa." Kata papa
"Hi papa. Wah dekat mana tu?" Kata Qaisara
"Dekat pulang Redang tengah bercuti. Qaisara dengan siapa tu?" Kata mama
"Dengan anak kesayangan kawan mama dan papa." Kata Qaisara
"OUH enjoy your study ya darling." Kata papa
"Ye papa. Qaisara nak sambung makan. Bye love you guys muahhh." Kata Qaisara
(Haris dan keluarga)
"Dekat mana tu Haris macam dekat kafe ya?" Kata mama
"Haah mama." Kata Haris
"Dengar macam suara Qaisara kamu keluar dengan dia ke?" Kata papa
"Haah papa. OUH ya abang Faiz dah gerak ke Malaysia.* Kata Haris
"Ohh. Papa ada dekat pulau Redang ni tengah bercuti bersama keluarga Qaisara juga. Bye Haris. Jaga diri kamu ya. Jangan lupa tengokkan Qaisara ya." Kata papa
"Baik papa." Kata Haris
Mereka berdua pun menamatkan panggilan itu. Mereka pun makan pun sambil tersenyum satu sama lain. Habis sahaja makan Haris pun menghantar Qaisara ke rumahnya.
Selepas itu masing masing pun berehat di dalam bilik.
"Aku dah mula jatuh hati dekat dia ke?" Tanya Qaisara dan Haris kepada diri sendiri
Selepas itu mereka masing masing pun senyum sambil bermain telefon. Sedang Qaisara bermain telefon dia dapat panggilan dari khairul.
"Hi sayang lama tak telefon dengan you. You tak rindukan I ke?" Kata Khairul
"Lah ingat I lagi. I ingat dah tak ingat I dah. Lama juga you tak hubungi I. Entah entah dah ada perempuan lain dekat sana kan." Kata Qaisara
"Sayang. You tahu kan I takkan mendua kan you. You je lah yang sentiasa ada di dalam hati i." Kata Khairul
"Eee ayat buaya lah you ni. Mulut manis betul. Tapi tak mengapalah." Kata Qaisara
"Heheh. Bye sayang nanti kita telefon balik tau. Cepat habis belajar tau. I nak meet dengan you lagi." Kata Khairul
Lalu tamatlah panggilan itu. Qaisara sambung semula melihat foto foto itu. Tanpa disedari Khairul sedang keluar dengan perempuan lain.
Khairul selalu tukar tukar perempuan. Dia semakin happy apabila Qaisara tiada. Dia sebenarnya hubungi Qaisara untuk tahu sahaja bila Qaisara mahu pulang.
Hari demi hari, Qaisara dan haris sudah terbiasa tidak bersama akak Mira dan abang Faiz. Dia sudah biasa tinggal seorang di dalam rumah itu.
Tibalah hujung minggu. Haris bosan duduk di rumah. Dia juga berasa sudah lama tidak keluar. Lagikan. peperiksaan Sudah lepas. Apa salahnya dia keluar.
Jadi dia bertekad untuk hubungi Qaisara dan mengajak Qaisara untuk pergi berjalan jalan bersama. Jadi Haris pun menghubungi Qaisara.
"Hi Qaisara awak sibuk ke tu?" Tanya Haris
"Eh tiadalah sibuk sangat. Kenapa tu Haris?" Tanya Qaisara
"Jom saya dah dalam perjalanan ke rumah awak nak ambik awak jom keluar. Kita jalan jalan nak tak lepak dekat Eiffel tower ke. Saya bosanlah." Kata Haris
"Haha boleh sahaja. Jom jap eh saya bersiap. Nanti awak mesej tau kalau awak dah sampai." Kata Qaisara
"Okey. 15 minit lagi saya sampai. Saya mesej awak." Kata Haris
Lalu Sofia letak panggilan itu dan terus mencari pakaian sesuai untuk keluar bersama Haris. Dalam perjalanan ke rumah Qaisara tiba tiba abang Faiz menghubungi Haris.
Jadi Haris pun menjawab panggilan itu.
"Hello ye bang. Ada apa telefon Haris ni. Haris tengah memandu ni." Kata Haris
"Lah ye ke. Nak pergi mana tu? Abang nak tanya macam mana dengan exam?" Kata abang Faiz
"Okey je bang. Abang nanti Haris telefon balik Haris nak pergi rumah Qaisara ni nak pergi ambil dia nak bawa jalan jalan." Kata Haris
Tak sempat abangnya membalas apa apa haris telah menamatkan panggilan
"Bertuah punya adik. Tidak sempat aku kata apa apa dah letak dah panggilan aku." Kata abang Faiz
Sampai sahaja di kawasan menunggu rumah Qaisara itu Haris terus menghubungi Qaisara. Tidak lama kemudian Qaisara turun dan terus masuk ke dalam kereta Haris.
Haris terpegun melihat Qaisara. Cantik sungguh dia pada masa itu.
"Awak jom lah gerak. Sampai bila nak tunggu sini." Kata Qaisara melihat Haris termenung melihatnya
"Ha okey okey jom kita gerak." Kata Haris
Lalu mereka memulakan perjalan ke Eiffel tower. Dalam perjalanan mereka pun berbual berdua
"Awak. Maaf saya nak tanya. Awak tak rindu ke dekat kekasih hati awak?" Kata Qaisara
"Kenapa awak tanya begitu? Entahlah dia dah jarang hubungi saya. Tapi mungkin di sibuk kot kan." Kata Haris
"Eem. Sama lah seperti saya. Kenapa lelaki ni tak mahu mulakan hubungi orang yang dia sayang. Kalau dia mahu tunggu perempuan telefon memang lambat lagi lah. Perempuan ni ego tau." Kata Qaisara
"Ye eh. Memang kena lelaki hubungi dulu. Kalau perempuan hubungi dulu tak boleh eh. Entah lah awak kadang kadang saya rasa dia tak sayangkan saya pun ada." Kata Haris
"Hmm sama. Jom lah kita tenangkan fikiran ya." Kata Qaisara
Mereka pun sampai di Eiffel tower. Mereka pun makan aiskrim sama sama. Sambil melihat Eiffel tower. Tanpa sedar Haris memerhatikan Qaisara yang sedang makan aiskrim sambil bermain telefon.
Tiba tiba sedang ralik Haris melihat Qaisara Qaisara perasan. Jadi dia terus memandang ke arah Haris semula.
"Haris. You pandang I ke? Ataupun you pandang orang dekat sini." Kata Qaisara
"I pandang bidadari eh. Apa you tanya tadi. I pandang tu ha perempuan yang lalu lalang tu. Qaisara you ada kawan dengan orang Paris dekat sini ke?" Kata Haris
"Ada lah sorang dua. Mereka cantik sangat. Kadang kadang saya rasa tak layak nak kawan dengan mereka" Kata Qaisara
"Ala tak payah lah nak rendah diri awak pun cantik apa " Kata Haris
"Eh saya mimpi ke ni. Haris puji aku hahhaa. Bukan kau tak suka aku ke?" Kata Qaisara sambil pandang tepat ke mata Haris
"Tu dulu. Sekarang tidak lagi. Kita kan dah jadi kawan. Tak perlulah ungkit lagi. Awak tahu abang Faiz selalu cerita masa kecil kita kerap main sama sama." Kata Haris
"Betul mama dan papa saya pun ada cakap benda sama. Tapi saya sebenarnya tak ingat hahaha." Kata Qaisara
Lalu mereka pun bergelak ketawa di situ. Selepas habis berswafoto dan makan aiskrim. Mereka pun pergi cari makan untuk makan di rumah terus. Selepas selesai hari menghantar Qaisara pulang ke rumah.
Sampai sahaja di ruang mereka masing masing pun menunaikan solat fardhu.
Habis solat Haris tadah tangan dan baca doa

"Ya Allah. Apakah perasaan ini. Aku dah mula jatuh cinta pada Qaisara. Ya Allah berikanlah aku jodoh yang paling terbaik untukku."
Selepas itu Haris pun bangun dan lihat gambar yang mereka ambil di Eiffel towers tadi. Manakala Qaisara pula sedang pilih gambar yang paling menarik untuk di hantar di sokmed nya.






Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters