Homepage/Jodoh dari langit/
Bab lapan
Sedang ralik melihat gambar itu tiba tiba ada sebuah nombor yang tidak dikenali menghantar gambar dan beberapa mesej. Qaisara pun membacanya
"Hi awak Qaisara kan. Nama saya wani. Saya nak bagitau saya terlanjur dengan boyfriend awak. Boyfriend awak Khairul kan. Sekarang saya dah mengandung anak dia."
Qaisara sangat terkejut. Gadis itu juga turut menghantar gambar dia berdua duaan bersama Khairul dan pregnancy test.
Qaisara yang sedang gembira terus terkeluar air mata melihat itu. Dia terus menelefon gadis itu. Selepas beberapa kali cubaan gadis itu pun menjawab.
"Hi awak wani ke? Yang mesej saya tu." Kata Qaisara dengan suara sebak
"Ye saya. Maaf ye Qaisara. Saya minta maaf sebelum tu. Tapi saya rasa saya kena bagitau awak. Khairul seorang kaki clubbing dari dulu lagi. Sudah banyak gadis telah mengandung sebab dia. Lepas dia dah hamilkan orang dia akan tinggalkan sahaja gadis itu." Kata wani menceritakan segala
"Allah. Ohh ya mana awak dapat nombor saya ni?" Kata Qaisara
"Dari kawan saya." Kata wani
Telefon Qaisara terus jatuh ke lantai. Dia sebak. Sudah beberapa tahu dia bercinta dengan lelaki yang perangai sebegitu. Kalau dia pulak kena bagaimana?
Dia menangis tidak berhenti henti. Esok pagi ketika dia bergerak ke universiti mata dia sembam sangat. Haris pelik melihat wajah Qaisara.
Habis sahaja kelas dalam perjalanan Qaisara pergi ke keretanya Haris mengejar nya.
"Qaisara awak okey. Kenapa mata awak sembam sangat?" Tanya Haris
"Tiada apalah sana sikit saya nak masuk kereta ni." Kata Qaisara
"Saya takkan ke tepi kalau awak tak bagi tahu." Kata Haris
"Kau siapa nak tahu." Kata Qaisara
"AKU KAWAN BAIK KAU!" jerit Haris
Qaisara terkejut terdengar jeritan Haris itu. Qaisara terpegun melihat Haris berkata begitu. Haris pun tak sangka dia jerit begitu. Haris pun lari pergi ke keretanya.
Qaisara dan Haris masuk ke dalam kereta masing masing dan bergerak pulang ke rumah.
"Ya Allah. Macam tak percaya aku berkata begitu kepada Qaisara." Kata Haris seorang diri
Manakala di dalam kereta Qaisara juga Qaisara terfikir tentang jeritan Haris ketika tadi "Betul ke ni Haris yang aku kenal awal awal dulu. Kenapa dia ambil berat sangat tentang aku?"
Sampai sahaja di rumah masing masing pun solat dan lepak di atas katil.
Qaisara pun beranikan menghubungi Haris.
"Hello Haris." Kata Qaisara
"Hello Qaisara. Maafkan saya sebab jerit tadi. Saya pun tak sangka benda tu mampu keluar dari mulut saya." Kata Haris
"Saya faham. Terima kasih sebab awak anggap saya sebagai kawan baik awak. Saya ni orang tak berapa nak kawan sebab saya ni anak orang kaya." Kata Qaisara
"Tak mengapa saya faham. Awak ada benda luah boleh sahaja luahkan kepada saya. Macam saya cakap kita kan kawan baik." Kata Haris
"Terima kasih Haris. Sebak saya mendengar kata kata yang keluar dari mulut awak itu." Kata Qaisara
"Qaisara saya rasa esok saya nak bawa awak ke suatu tempat lah. Mungkin boleh menenangkan hati awak. Jadi esok pagi sebelum ke universiti saya ambik awak." Kata Haris
"Baiklah apa apa sahaja." Kata Qaisara
Lalu Qaisara pun meletakkan panggilan telefon itu. Tiba tiba Khairul menghubungi nya. Qaisara sangat sedih dengan apa yang khairul buat pada dirinya jadi Qaisara mengabaikan sahaja chat itu.
Keesokan harinya, selepas balik sahaja dari ini Qaisara dan Haris pergi jalan jalan bersama. Mereka bersama sama ronda kota Paris
"Qaisara boleh saya tahu kenapa awak sedih sangat. By the way saya suka tengok awak gembira hari ni." Kata Haris
"Kekasih saya. Dia curang belakang saya. Entah lah. Saya ni memang tak layak bercinta rasanya. Orang pun tak suka dengan saya ni." Kata Qaisara
"Tak baiklah cakap macam tu. Mungkin ramai lagi yang suka kan awak tapi mereka tak berani mahu memberitahu kan. Siapa tahu?" Kata Haris
"Siapa? Awak? Hahahha lawak nya. Awak kan dah ada buah hati." Kata Qaisara
Haris senyum sahaja. Tiba tiba mama dan papa Qaisara menghubungi Qaisara menggunakan video call.
"Hi mama dan papa. Uish rindu." Kata Qaisara
"Heheh. Mama dan papa pun rindu kamu sayang." Kata mama
"Mana akak Natasya. Rindu gila dengan dia." Kata Qaisara
"Hi Qaisara. Rindu akak hihi. Akak pun rindu kamu lah adik." Kata kak Natasya
"Hehe mestilah. Qaisara rindu semua sekali." Kata Qaisara
"Keluar dengan Haris ke tu?" Tanya papa
"Haah. Meh lah awak masuk." Kata Qaisara sambil mengajak Haris masuk dalam kamerenya sekali
"Hi uncle dan aunty." Kata Haris
"Hi Haris. Terima kasih ya tolong tengokkan anak manja uncle ni. Dia nakal ke dekat sana." Kata papa
"eh papa ni mana ada qaisara nakal kan Haris kan." Kata Qaisara
"Haha. Tak lah uncle Qaisara baik je dekat sini." Kata Haris
Lalu mereka pun berbual sama sama. Habis sahaja telefon mereka pun mahu bergerak untuk pulang. Dalam perjalanan menghantar Qaisara pulang mereka berdua berbual di dalam kereta dahulu
"Wah sporting betul mak dan ayah awak." Kata Haris
"Hahaha biasa je lah. Tapi kalau diaorang marah kan kucing pun tak jadi nak beranak dekat situ tau." Kata Qaisara
"Aaa tachod hahahah." Kata Haris
Sampai sahaja di rumah mereka pun mandi dan solat. Selepas itu mereka buat kerja masing masing.
"Salah ke aku terjatuh cinta dekat buah hati orang?" Kata Qaisara pada dirinya sendiri
Sementara itu haris yang sedang membuat kerja tengah ralik. Tiba tiba Nini pun menghubungi nya.
"Hello ayang. Bulan depan i nak jalan jalan dekat Paris dengan kawan baik I. I ingat nak melawat you sekali. Rindu sangat nak jumpa you." Kata Nini
"Ha? You nak datang sini bulan depan?" Kata Haris
"Haah. Kenapa suara you kedengaran terkejut sangat. Ke you dah ada orang lain dekat sana. Ermmm suspicious." Kata Nini
"Eh mana ada lah you. Boleh je datang. Datanglah . I pun dah lama tak jumpa dengan you kan." Kata Haris.
"Okey you tunggu au. Love you bae." Kata Nini
Tamatlah panggilan itu. Selepas itu Haris terus termenung. Dia tidak tahu mahu katakan apa. Dia berhajat mahu belajar puasa di sini seorang diri
Minggu demi minggu tibalah hari pertama Ramadhan. Qaisara dan Haris buat pertama kalinya belajar puasa di Paris dan pertama kali juga tidak berpuasa bersama ahli keluarga.
Mereka bersahur dengan roti sahaja. Selepas selesai sahur mereka terus bergerak ke universiti. Waktu rehat mereka melihat ramai pelajar bukan Islam makan di hadapan mereka.
Hari demi hari,
Suatu hari habis sahaja uni Haris mengejar Qaisara sebelum menuju ke kereta.
"Qaisara. Jom buka puasa sama sama nak tak?" Kata Haris
"Bila? Malam ni ke?" Kata Qaisara
"Haah. Jom lah kita tak pernah buka puasa sama lagi kan please " Kata Haris
"Boleh. Nanti malam awak hantar lokasi kita jumpa dekat sana." Kata Qaisara
"Okey saya setuju. Nanti malam kita jumpa okey." Kata Haris
Lepastu masing masing pun pulang ke rumah. Sedang Haris bersiap untuk keluar dengan Qaisara tiba tiba telefonnya berdering.
"Hello sayang. I dah sampai Paris. Malam ni kita buka puasa sama sama ye ayang. I dah pilih tempat. Jumpa you dekat sana." Kata Nini
"Ta tapi.." Kata Haris
"Tapi apa sayang. Ala kan dah lama kita tak buka puasa sama sama." Kata Nini
"Okey baiklah kita jumpa dekat sana." Kata Haris
Sementara itu Qaisara dah bergerak ke lokasi yang dihantar oleh Haris. Tetapi sebelum dia ke sana dia pergi cari dulu hadiah untuk Haris.
Haris pula keluar berjalan sama sama dengan Nini. Selepas habis beli belah haris dan Nini cari kafe untuk berbuka puasa. Qaisara pula segera ke tempat yang Haris hantar.
Dia ingat dia sudah lewat tetapi apabila dia lihat dia tidak nampak Haris tiba lagi. Dia pun memesan makanan dan minuman dahulu. Lama dia tunggu. Sehinggalah dia lihat jam sudah berbuka.
Dia pun makan dahulu. Habis sahaja makan dia masih menunggu kedatangan Haris tapi Haris masih juga tidak tiba di situ. Satu jam lebih dia menunggu di situ. Tapi Haris masih tak muncul kan diri.
Jadi Qaisara bertekad untuk pulang ke rumahnya sahaja. Dia berfikiran positif mungkin ada hal yang Haris tidak dapat elakkan sebab itulah.
Keesokan harinya ketika dalam perjalan Qaisara ke keretanya Haris mengejar lagi.
"Qaisara saya minta maaf sangat pasal semalam." Kata Haris
"Kenapa awak tak datang semalam." Kata Qaisara
"Nini girlfriend saya saja ajak saya pergi buka puasa sama sama last minute. Saya lupa nak telefon awak untuk bagitau saya minta maaf." Kata Haris
"Ouh keluar dengan kekasih hati. Tak pd lah saya faham. Okey. Saya tak kisah saya pergi dulu ya saya penat." Kata Qaisara
Qaisara pun terus masuk ke dalam kereta dan terus bergerak pulang ke rumahnya. Haris pun menepuk dahi.
Qaisara sampai sahaja di rumah dia tak dapat gambarkan perasaan ketika itu
"Ya Allah kenapa aku nak nangis ni. Kenapa aku cemburu ni. Qaisara dia bukan kekasih kau pun. Dia pun dah berpunya kau kena ingat tu." Kata Qaisara memujuk dirinya sendiri.
Haris cuba hubungi Qaisara berkali kali tanpa Qaisara tidak mahu menjawabnya. Haris pun rasa serbersalah jadi dia bergerak ke rumah Qaisara. Tidak sempat dia mahu memberi salam ke rumah Qaisara tiba tiba Nini mesejnya ajak keluar.
Dia pun terpaksa angkuh dan keluar jalan jalan bersama Nini. Dia sebenarnya tidak selesa apabila teringatkan Qaisara. Dia rasa serbersalah.
Keesokan harinya, dia pun letakkan hadiah di dalam beg Qaisara ketika Qaisara pergi ke tandas. Apabila Qaisara buka beg nya dia lihat hadiah itu.
Dia tahu pasti Haris berikan.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (158)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Jalan cerita menarik dan mudah difahami...
31/08/2022
0permulaan yg best..xsabar habiskan baca
27/08/2022
3ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️
5d
0View All