Bab sembilan

Sampai sahaja di rumah qaisara pun membuka hadiah itu. Ianya adalah coklat kesukaan Qaisara.
Di dalam itu juga ada surat yang tertulis
" Saya mintak maaf
Saya tahu saya dah berjanji tapi saya terpaksa
Saya tiada pilihan
Saya harap awak dapat maafkan saya
Kalau awak maafkan saya jumpa lah saya
Di bawah rumah awak pukul 11"
Habis sahaja baca qaisara menyimpan surat permohonan maaf itu. Dia pun bersiap untuk berjumpa dengan Haris
Tepat pukul 11 dia turun dan mencari Haris di kawasan menunggu. Dia lihat Haris menunggu di situ. Jadi tanpa membuang masa di terus pergi ke tempat Haris berdiri.
"Tak payah pujuk sangatlah. Saya tak merajuk pun. Saya ni siapa je lah. Saya kan kawan awak je." Kata Qaisara
"Tapi saya tak anggap awak sebagai kawan sahaja. Tapi awak lebih dari kawan. Awak adalah sahabat saya. Awak adalah kawan baik saya." Kata Haris
Qaisara tersentuh dengan perkataan yang terkeluar dari mulut haris ketika itu. Dia terkeluar air mata.
"Qaisara. Awak tu kawan yang paling hebat yang saya ada. Saya tak tahu macam mana kalau hilang sahabat sebaik awak." Kata Haris
"Argh! Haris saya pun nak mintak maaf juga. Saya tahu saya tiada sebab pun patutnya nak merajuk dengan awak." Kata Qaisara
"Tak mengapa saya faham perempuan kan. Jom makan sama sama. Saya bawa. Awak naik kereta saya sahaja." Kata Haris
Qaisara angguk dan mereka pun bergerak ke suatu tempat. Haris membawa Qaisara bertemu dan bersemuka bersama Nini untuk pertama kalinya.
"Qaisara ni kekasih hati saya nini. Lusa dia dah nak balik Malaysia jadi saya berhajat untuk temukan awak dengan dia." Kata Haris
Qaisara tersenyum dan duduk di kerusi yang sediakan

"Sayang ni lah kawan baik yang I selalu cakap tu. Nama dia Qaisara. Qaisara ni nini." Kata Haris
"Ouh hi Qaisara. Saya Nini kekasih Haris. Cantiknya Qaisara ni." Kata Nini
Lalu Haris dan Nini berbual di situ sambil makan. Qaisara pula diabaikan.
Qaisara pun berbisik di dalam hati "Kenapa aku cemburu eh. Aku dah ada perasaan dekat Haris. Aku tak dapat tahan perasaan cemburu aku ya Allah."
"Qaisara habis kan lah makanan. Sayang you hantar Qaisara dulu kan baru hantar I." Kata Nini
"Okeh. Qaisara I hantar you dulu tau." Kata Haris
"Boleh! Saya tak kisah pun." Kata Qaisara sambil tersenyum terpaksa
Selepas sahaja habis makan mereka pun bergerak menghantar ke rumah Qaisara. Selepas itu hari menghantar Nini. Akhir nya baru dia bergerak pulang ke rumahnya.
Qaisara terus masuk ke biliknya dan menangis. Dia tidak dapat tahan sebak di dadanya. Dia terlalu layankan rasa cemburunya.
Dia pun solat dan tadah tangan "Ya Allah kalau benar dia jodoh ku maka rapatkan lah aku dengan dia dengan lebih erat ya Allah. Tapi kalau bukan jauh kan lah dia dari ku. Aku tak dapat menahan rasa siksa ini lagi ya Allah."
Manakala Haris pula sedang gembira kerana akhirnya dapat juga pertemukan Qaisara dan Nini. Dia tidak tahu bahawa Nini juga cemburu.
"Cantik betul perempuan tu. Boleh ke ada kawan baik perempuan. Aku pernah dengar orang cakap tak boleh bersahabat lain jantina nanti salah seorang pasti ada perasaan antara satu sama lain." Kata Nini kepada rakannya itu alya
"Kau pun cantik lah babe. Relax je. Lagipun tak akan lah kau nak syak was sangka dengan kekasih hati kau sendiri." kata rakannya iaitu alya
"Hmm. Entahlah alya kadang kadang lelaki kan boleh berubah perangai bila bila masa kan.". Kata Nini
Selepas beberapa Haris pun menghantar Nini ke lapangan terbang. Qaisara juga ikut kerana atas kehendak Haris.
Imbas kembali!
"Qaisara tolong lah teman saya hantar Nini ke lapangan terbang." Kata Haris
"Kenapa? Kalau saya ada ke tiada ke sama je. Elok je nanti." Kata Qaisara
"Ala kita kan kawan baik di mana saya pergi awak kena teman." Kata Haris
"Eh mengalah kan perempuan lah awak ni. Ye lah ye lah esok saya teman." Kata Qaisara
"Yey! Terima kasih Qaisara " Kata Haris
Selepas itu Qaisara pun masuk ke dalam rumahnya semula. Kini
"Sayang. Awak jangan terlalu rapat dengan perempuan ni pula?" bisik Nini
"Kenapa? Dia kan sahabat baik saya." Bisik Haris
"Sahabat baik pun boleh kawin kan. Jangan sampai terjatuh cinta sudah. Bukannya apa sebagai langkah berjaga jaga sahaja." Bisik Nini
Haris terus melihat kepada Qaisara. Qaisara pun tersenyum sahaja. Selepas itu mereka pun melambai lambai tangan
Qaisara cemburu melihat mereka berbisik tetapi apa boleh buat hanya mampu bersabar je lah.
Selepas itu mereka pun bergerak ke rumah.
Setahun kemudian,
Genap setahun Qaisara dan Haris belajar di situ. Hanya tinggal setahun setengah sahaja lagi mereka akan belajar di Paris.
Qaisara baru sahaja selesai mandi keluar dari biliknya. Tiba tiba telefonnya berdering jadi tanpa memikirkan apa apa dia pun menjawab.
"Hello mama dan papa. Eh ada kak Natasya juga lah dekat belakang tu." Kata Qaisara
"Haha. Ni kami nak cakap esok kami nak bergerak ke Paris. Tapi bukan kami sekeluarga sahaja keluarga haris sekali tau. Papa rasa keluarga dia mesti dah bagitau Haris. Korang berdua datang lah ambil kami ye dekat lapangan terbang." Kata papa
"Baik papa. Nanti Qaisara datang ambik papa. Nanti dah sampai terus hubungi Qaisara tau. Qaisara takut Qaisara lupa. Jumpa esok papa." Kata Qaisara
"Okey jumpa kamu esok juga sayang." Kata papa
Malam itu papa, mama dan kak Natasya mengemas pakaian mereka untuk pergi ke sana.
"Awak rasa anak kita macam mana dekat Paris itu." Tanya mama Qaisara
"Okey kot. Nampak gembira sahaja dia masa setiap kali kita hubungi dia. Dia dah biasa kan diri. Lagipun dah setahun lebih kot dia kat sana. Setahun lebih sahaja lagi dia dekat sana." Kata papa Qaisara
"Betul juga tu. Saya harap anak saya tu okey lah selalu dekat sana." Kata mama Qaisara
"InshaAllah tiada apa tu. Lagikan esok kita nak datang melawat dia dah. Saya ambil cuti seminggu semata mata nak tengok anak awak je tahu." Kata papa Qaisara
"Hehe. Kejap eh awak saya nak tengok Natasya dekat bilik dia." Kata mama Qaisara
Mama bangun dan terus pergi ke bilik Natasha. Dia pun mengetuk pintu. "Boleh mama masuk"
"Masuklah mama bilik tak kunci pun." Kata Natasya
Mama pun masuk ke dalam bilik itu. Melihat Natasya sedang mengemas pakaiannya untuk ke Paris
"Semua pakaian dah siap ke sayang?" Kata mama
"Dah mama. Natasha tak sabar sangat nak ke sana." kata Natasya
"Rindu nak jumpa adik ke? Ataupun teringin nak tengok Eiffel tower mana satu?" Kata mama
"Dua dua. Natasya dah lama tak gaduh dengan adik. Adik tiada Natasya pun tak tahu nak gaduh dengan siapa." Kata Natasya
"Itulah adik beradik. Bila jauh rindu bila dekat gaduh. Betullah tu siapa je tak sayang ahli keluarga sendiri kan." Kata mama
"Betul tu mama. Adik tu lah satu satunya adik Natasya. Natasya dah tiada adik dah. Gaduh seteruk mana pun Qaisara tu je lah adik Natasya." Kata Natasya
Keesokan harinya, mereka berkumpul dahulu di lapangan kapal terbang di Kuala Lumpur sebelum memulakan perjalanan. Dengan lafaz bismillah mereka pun memulakan perjalanan.
Selepas beberapa jam mereka pun tiba di lapangan terbang Paris. Mereka pun menghubungi Haris dan Qaisara. Tidak lama kemudian haris dan Qaisara sampai serentak.
"Mama! Papa" Jerit Qaisara
Mereka pun memeluk keluarga masing masing. Peluk erat kerana amat rindu keluarga masing.
"Ya Allah nampak matang anak mama." Kata mama Qaisara
"Hihi mana ada lah mama." Kata Qaisara
"Macam mana Qaisara dan haris sekarang dah kawan ke?" Tanya mama Haris
"Mestilah mama. Sekarang kami dah jadi kawan baik pun alhamdulillah." Kata Haris

"Harap dapat ke fasa seterusnya pula selepas ini. Hehe. Jom lah bawa kami jalan jalan kedai makan sedap dekat sini." Kata papa Qaisara
"Boleh jom. Qaisara follow kereta aku tau." kata Haris
"Okey boleh. Eh meh barang mama dan papa qaisara tolong tarik sekali. Kak Natasya tarik sendiri ye hahaha." Kata Qaisara
"Leh." Kata kak Natasya
Qaisara dan keluarga nya pun bergerak mengikuti kereta haris. Mereka bergerak ke sebuah kafe yang agak terkenal di Paris. Mereka pernah ke situ bersama abang Faiz dan kak Mira.
Sampai sahaja di situ mereka memesan makanan dan duduk sambil makan beramai ramai.
"Papa mama abang Faiz tak datang ke?" Kata Haris
"Tak. Kamu tahu abang Faiz pun kamu tu kuat betul keluar dating dengan kak Mira. Rapat betul mereka tu. Tak lama lagi boleh kawin dah dua mempelai itu." Kata mama Haris
"Hahaha dari dekat sini pun mereka memang rapat
Jadi tak pelik pun." Kata Haris
"Kamu berdua okey ke dekat sini. Gembira?" Tanya papa Haris
"Okey je papa. Kami gembira belajar dekat sini. Orang orang sini pun baik je melayan kami." Kata Haris
"Betul kata Haris tu uncle. Kami gembira belajar di sini. Tiada masalah dan gaduh dengan siapa siapa." Kata Qaisara
"Tak rindu akak ke duduk sini lama lama." Kata kak Natasya
"sikit hahaha. Rindu lah juga nak gaduh dengan akak. Ye lah lama juga tak gaduh dengan akak." Kata Qaisara
Lalu mereka berbual bersama sama sambil tertawa terbahak bahak. Habis sahaja mereka pulang dahulu untuk berehat. Selepas Sudha tunjukkan bilik Qaisara dan keluarga berkumpul di ruang tamu.
"Dah jatuh cinta dengan Haris?" Tanya papa
"Apa papa ni tiba je tanya soalan macam tu. Kami kawan je lah papa. Tiada apa apa hubungan pun lah papa. Belum masanya lagi. Qaisara tak mahu rasa bercinta lagi." Kata Qaisara
"Kamu jangan ingat papa tak tahu kamu bercinta dengan lelaki kaki clubbing tu dulu ya?" Kata papa








Book Comment (158)

  • avatar
    HarunHaslina

    Jalan cerita menarik dan mudah difahami...

    31/08/2022

      0
  • avatar
    Niena Gikim

    permulaan yg best..xsabar habiskan baca

    27/08/2022

      3
  • avatar
    maria julia alves

    ótimo o livro,Amei ,super facil de ler indico muito!❤️

    5d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters