Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 29
Setelah Putra tahu bahawa Nashita adalah salah seorang suspek yang disyaki dalam kes itu,dia segera menghubungi Nashita untuk berjumpa.
Nashita mencadangkan perjumpaan di sebuah kafe yang sama ketika dia berjumpa dengan Zam sebelum kejadian itu.
Nashita tiba lebih awal berbanding mereka berdua.Sementara menunggu,dia duduk tenang di kerusinya sambil menghirup minumannya.Tidak lama kemudian,Rayyan dan Putra tiba di kafe itu lalu mendekatinya.Mereka duduk serta bersama dengan Nashita di situ.
"Makcik dah lama tunggu kah.."
Putra bertanya.
"Taklah,makcik pun baru ja sampai ke sini."
Nashita tidak keberatan.Rayyan sekadar duduk terdiam di sebelah Putra.Nashita juga terlihat Rayyan.
"Oh,ya..Awak kata..awak bawa kawan awak ke sini?Dia kah orangnya.."
"Ya,makcik.Ahm,perkenalkan ini Inspektor Rayyan yang juga kawan saya dari kecil."
Putra memperkenalkan.Rayyan sekadar tersenyum.
"Rayyan,ini pula makcik saya."
Rayyan segera memandang Nashita.
"Apa khabar,makcik."
"Khabar baik."
"Makcik..Puan Nashita kan.."
"Ya,saya.."
"Boleh berikan kerjasama untuk bagi keterangan selanjutnya.."
"Ya,silakan.."
"Makcik mesti kenal dengan mangsa yang bernama Zam kan?"
"Ya,saya kenal dia..Dia tu pembantu makcik saya,Suriana."
Putra sekadar mendengar perbualan mereka berdua.
"Baiklah,menurut dalam rekod panggilan mangsa,makcik ada hubunginya pada hari yang sama dia menghilangkan diri.Adakah makcik mengaku tentangnya?"
"Ya,memang betul tu.Saya ada telefon dia supaya berjumpa dengan saya atas urusan peribadi."
"Boleh saya tahu,apa urusan makcik dengan mangsa?"
Mendengarkan soalan itu,Nashita segera memandang Putra.Putra sekadar berdiam diri memandangnya.
"Sebenarnya,urusan kami berdua agak sulit.Tetapi,pada hari tu juga,saya dapat tahu tentang seseorang.Zam bagitau saya pada hari itu tentang awak,Putra."
Nashita menjelaskannya.Putra pula tersentak.
"Dia bagitau saya..yang awak masih hidup lagi.Malah,saya juga dengar daripada dia yang awak menyamar jadi orang lain buat masa sekarang."
Untuk membuktikan kepercayaannya,dia menjelaskan semuanya.Rayyan sekilas memandang Putra.
"Baik,lepas urusan tu,makcik ada singgah mana-mana lagi kah dengan mangsa?"
"Setakat tu tak ada.Saya terus ja keluar dari kafe dan balik dengan kereta saya.Dari situ,saya dah tak jumpa dia lagi.."
"Di mana makcik berjumpa dengan mangsa?"
"Saya jumpa dia kat sini.Kafe ni.."
Mereka berdua mengangkat kening kerana terkejut.
"Apa?Kat kafe ni?"
Putra mulai bersuara.Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain.
"Ya."
Nashita menjawab dengan yakin.
"Saya nak tanya pada awak,Zam dah sedar kah?"
Soalan itu merumitkan Putra.Putra berat mulut untuk menjawab.
"Dia dah meninggal dunia semalam.Saya minta maaf sebab lambat bagitau makcik pasal tu.."
Nashita amat terkejut sehinggakan dia menutup mulutnya.Mata Nashita mulai bertakung air mata.
"Buat masa ni,pihak polis sedang jalankan autopsi pada dia.Kita akan jumpa kebenarannya nanti.."
Kata Putra berharap.Rayyan sekadar berdiam diri.
"Terima kasih sebab berikan kerjasama,makcik.Saya akan siasat lagi pasal ni.Saya nak pergi dulu ya..Putra,saya nak bercakap dengan awak."
Rayyan penuh hormat sebelum pergi dari situ.
"Makcik,saya pergi dulu ya.."
Begitu juga dengan Putra.Dia pun berlalu dari situ dengan langkah yang berat.Nashita berasa sedih.Dia tidak menyangka bahawa Zam akan meninggalkan mereka dalam sesingkat ini.Hati Nashita mulai gugur.
Setelah Putra melangkah keluar,kelihatan Zam berwajah serius di luar kafe itu.
"Kita kena tengok keadaan di sini..Mungkin ada sesuatu yang kita boleh cari di sini.."
Rayyan berkata.Putra pun meliarkan matanya melihat sekeliling sehinggalah...
"Kejap,itu kereta Zam.."
Katanya segera berlari ke arah kereta itu.Rayyan sekadar mengikut jejak langkahnya.
"Ya,ini memang kereta dia.Makcik cakap betul.Mereka memang berjumpa di sini.Tapi,kenapa kereta dia masih ada kat sini?"
"Mungkin dia diculik masa dia nak masuk dalam kereta."
Rayyan mengikut naluri hati.Putra juga baru terfikir.
"Mari kita tengok dari rakaman CCTV kafe tu."
Rayyan yang tersangat mahir dia terlihat ada rakaman CCTV di luar kafe itu.Putra menganggukkan kepala tanda setuju.Tanpa berlengah,mereka pun segera ke kafe itu semula untuk mencari tahu kebenarannya.
***
"Ish,bosannya duduk kat bilik ni.."
Kata Maisarah yang sekadar duduk di kerusi putarnya.Dari tadi dia asyik termenung di dalam bilik pejabatnya.
"Apa saya nak buat ya..Bosan betul.."
Katanya lagi.
"Oh ya..Agak-agaknya,dia tak sibuk kah hari ni.."
Maisarah segera mendail nombor.Maisarah tersenyum.
"Hello,sayang..Awak sibuk kah hari ni..Jom kita pergi jalan-jalan.Awak tahu tak saya bosan tau hari ni.."
Maisarah teruja setelah teman lelakinya menjawab panggilan itu.
"Ahm,maaflah ya..Saya tak boleh lah hari ni..Saya sibuk sangat dengan kerja ni.Lain kali ja lah."
Katanya sebelum mematikan panggilan.Suaranya kelihatan dingin.
"Hello,sayang..Hello.."
Pudar senyumannya.Dia kembali muram.
"Dia kerja apa sebenarnya ni.."
Maisarah tiba-tiba berasa pelik.
"Hmm,memandangkan saya dah tak ada kerja nak buat apa-apa lagi,baik saya pergi ke bilik orang tua tu.Pasti sekarang mereka tengah mesyuarat,jadi rasanya saya boleh pergi ke sana.."
Katanya sebelum berlalu dari situ.Dia pun keluar menuju ke bilik Suriana.Memang betul sangkaannya,Suriana tidak ada dalam bilik itu.Pantas dia memasukinya.
"Besarnya bilik ni,kalau sayalah jadi pengerusi syarikat ni..tak tahulah macam mana rasanya."
Maisarah mulai berangan-angan.Dia duduk di kerusi putar milik Suriana.Lalu memandang laci-laci di meja kerja Suriana.
"Apa dia letak kat sini.."
Katanya dengan segera membuka satu-satu laci.Namun,dia terpandang ada botol ubat pil di dalam laci Suriana.Dia meneliti botol itu.
"Ubat apa ni.."
Katanya sambil berkerut dahi.Tiba-tiba,rancangan jahatnya menghasut.Dia segera mengambil satu pil itu.Dia segera keluar dari bilik itu setelah menyimpan semula botol itu ke dalam laci.Tiada siapa yang nampak dia.Apa yang dia akan lakukan dengan ubat itu?
*****
Walaupun Danish bersembunyi.Kamal tetap tahu di mana dia berada.Mereka.saling kejar-mengejar.Dua orang suruhan Kamal berlari mengejar Danish.
Beberapa saat melarikan diri,Danish menemui jalan mati.Dia tidak dapat lari lagi daripada Kamal.Dua orang suruhan itu pantas memukulnya.Danish yang hampir berusia tidak mampu melawan dua orang itu.Setelah Kamal tiba di sana,mereka segera berhenti memukul Danish.Kamal tersenyum lebar.Habis lebam muka Danish.
"Danish,lama tak jumpa..Saya dengar awak dah nak kahwin.."
Rupanya perkara itu pun diketahui Kamal.Danish tidak dapat berkata apa-apa.
"Apa yang awak nak..Tolonglah lepaskan saya.."
Kata Danish tercungap-cungap dan berasa gelisah.Kamal mencemuhnya.
"Kalau awak nak cinta hati awak hidup bahagia bersama dengan awak..baik awak cakap sekarang.."
Kamal mengugutnya.
"Tak banyak pun.Satu ja..Di mana Putra sekarang.."
Kamal ingin mengetahuinya.Danish yang berdiam diri hanya berfikir sejenak.
"Saya akam bagitau...Tapi awak kena janji..Tolong lepaskan saya.."
Danish gelisah sehinggakan dia melutut kepada Kamal.Kamal begitu gembira mendengarnya.
"Baiklah,saya tunaikannya.Jadi,di mana dia sekarang?"
Kamal bertanya sekali lagi.Danish mengangkat muka memandangnya.Demi kebaikannya,dia pun memberitahu perkara sebenar kepada Kamal.
***
Lokasi Putra didedahkan.Setelah Kamal memberikan tumbukan terakhir kepada Danish,dia segera berlalu dari situ.Melihatkan Kamal dan orang suruhannya semakin jauh,Danish segera mendail nombor seseorang.
"Encik,saya dah bagitau dia.Kejap lagi,dia pasti akan ke sana."
Kata Danish dengan wajahnya yang lebam.Mengapa Danish memberitahu lokasi Putra dengan mudah?
***
Sebelum itu..Di hospital.
"Danish,buat saja apa yang saya suruh."
"Baik,encik."
Aisyah sekadar berdiam diri memandang mereka.
"Bagitau saja di mana lokasi saya.."
"Apa?!Tapi encik.."
"Awak jangan risau..Bagitau saja dia bila dia cuba nak mengugut awak.Kita akan pastikan dia masuk perangkap."
"Perangkap?"
Aisyah bersuara.Putra berwajah sangat yakin.
"Kalau nak tangkap tikus,kenalah ada umpannya.Perangkap kenalah sentiasa bersedia.Ikut plan saya.Dia pasti akan tertangkap."
Itulah rancangan Putra.Patutlah Danish memberitahu sahaja lokasi Putra,rupanya mereka merancang untuk memasang perangkap untuk Kamal.Kali ini,dia pasti akan tertangkap.
***
"Apa?!Pil ni untuk pesakit yang menghidap penyakit Alzheimer?"
"Ya,cik.Ubat ni khas untuk pesakit Alzheimer bertahan buat sementara."
Doktor pakar baru sahaja selesai menganalisis.Maisarah sedikit terkejut.
"Wah,tak sangka betul dia ada penyakit ni.."
Maisarah langsung tidak menyangka.
"Tapi,kejap..Bukankah ini satu peluang sebenarnya?Lepas ni,mesti mama happy sangat."
Maisarah tersenyum lebar.Habislah Suriana apabila Zamri dan Shira mendapat tahu tentangnya.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (796)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
كتاب رائع وعميق🤯
21h
0yyyyyyyy
2d
0it is so beautiful
2d
0View All